Sunday, 7 February 2010

Seronok Tak Semestinya Baik

Ini Langkahku
Yang akan kuayun walaupun payah

Kalau kita judge dan memilih benda-benda dalam hidup kita dari aspek seronok atau tidak, bosan atau tidak, dah pasti kita akan mengabaikan banyak benda baik dalam hidup kita.

Umpama ubat, tak semua benda yang pahit itu tidak baik. Begitu juga umpama glukosa, tak semua benda yang manis itu baik. Sebab itu kita kena bijak pilih benda sekeliling kita.

Join konsert bermain pes dota dan adik beradiknya, tengok movie atau anime memang seronok. Boleh gelak ketawa sakan, rapatkan hubungan, tenangkan fikiran dan macam-macam lagi keseronokan. Seronok memang seronok, tetapi wajar bagi kita menyemak semula adakah keseronokan yang kita rasai itu berbaloi dengan kebaikan yang kita dapat.

Jalan dakwah pula bukannya sepanjang masa manis. Karpet merah tidak akan terhampar selamanya bagi orang yang mengambil jalan ini. Ada masanya anda akan diuji dengan kesusahan, keletihan, sikap putus asa. Yang bagusnya, anda dapat mengambil sisi positif daripada ujian tersebut. Macam kata nenek moyang, “the higher you fall, the higher you must bounce”.

Yang penting kita dapat ekstrak mesej penting dalam setiap yang berlaku. Seronok tidak tentu hala namun tiada kebaikan, tetap tidak berfaedah. Habis terkial-kial dan gelak ketawa, tak tahu input apa yang masuk. Orang yang bagus, benda yang "slenge" pun dia boleh dapat menfaat dan pengajaran. Inilah kelebihan apabila kita dapat membezakan permata di celahan kaca.

Ingatlah jalan ke syurga itu terisi dengan perkara yang bukan kesukaan kita, jalan ke neraka pula ditemani perkara yang memuaskan nafsu, yang pastinya menyeronokkan.

Usrah yang bosan? Aku katakan, bersabarlah. Ambil benefits walaupun nampak slenge
[Mood Simpo Nuqaba']

Monday, 1 February 2010

Bukan Sekadar Datang

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah, menghunus senjata

Alhamdulillah, weekend lepas dapat attend Perbarisan Pentauliahan Diraja UPNM.
Congratz my bro, for your success of becoming the best army cadet.
Semoga kejayaan menjadi semangat kepada orang lain untuk lebih cemerlang, dunia dan akhirat, especially kepada diri aku ni.


Kali ini, mari bermuhasabah keberadaan kita dalam misi penting ini.
Sejauh mana kita menunjukkan komitmen kita atas jalan yang dipilih ini.

Berhalaqah itu
bukan sahaja anda dikira sebagai salah seorang ahlinya
Datang untuk mendengar ilmu dan pengisian
Berborak dan menambah gelak ketawa
Follow the flow of agenda
Dan lain-lain

Tapi

Anda perlu Faham
Berusaha untuk mendalami apa itu Islam dan pengisiannya baik melalui murabbi atau cara sendiri

Anda perlu ikhlas
Tidak mengharapkan Islamnya anda akan dibalas segera dengan balasan dunia, serta mengetepikan pujian atau ganjaran semata-mata

Anda perlu beramal
Sampaikan risalah Islam itu kepada sesiapa sahaja, bukan untuk simpanan peribadi sahaja dan Islam itu bukan berkembang dengan rehatnya para dai

Anda perlu tsiqah
Percaya bahawa Allah dan pertolongan-Nya akan sentiasa bersama anda, bahawa Islam akan ada memberikan kebaikan kepada anda.

Anda perlu Taat
Merelakan diri menjadi objek / bidak di atas papan dakwah, bukan mengeluarkan alasan-alasan yang direka-reka mahupun yang tidak munasabah

Anda perlu Ukhwah
Mencintai ikhwah dan menunaikan kewajipan kepada mereka, bukan memencilkan diri daripada ruh persaudaraan dan keimanan

Anda perlu Tajarrud
Membebaskan diri daripada perkara tidak bermanfaat lalu bersungguh-sungguh letakkan komitmen dan stamina untuk Islam

Anda Perlu Berkorban
Memahami bahawa Islamnya anda tidak akan disertai dengan kesenangan, sebaliknya anda perlu ketepikan kesenangan tersebut sementara untuk mengejar kesenangan ukhrawi

Anda perlu berjihad
Letakkan kesungguhan di jalan Allah untuk memastikan kalimat Allah berada paling tinggi dan tidak mensia-siakan tenaga pada jalan lain.

Anda perlu tsabat
Memilih untuk suka dan duka bersama Islam kerana anda tahu bahawa Islam akan sentiasa berjalan dari semasa dan semasa, baik bersama anda mahupun bersama orang lain,

Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Friday, 29 January 2010

Konsekuensi Taat

Mengharap Senang dalam Berjuang,
Bagai Merindu Rembulan di Tengah Siang

Konsep: Cerita Sahabat ra
Pengajaran: Pentingnya Bersifat Taat
Nama Watak Utama: Huzaifah al Yamani
Latar: Suatu malam yang dingin, semasa Perang Ahzab

Situasi
• Dikepung Abu Sufyan dan kafir musyrikin di sebelah pihak, Yahudi Bani Quraizah di sebelah pihak lain
• Takut jika sesuatu terjadi kepada wanita dan keluarga mereka.
• Malam sangat gelap sehingga tak dapat melihat jari sendiri, angin sangat kuat, derunya seperti halilintar menyambar

Kisah:
• Rasulullah berdiri dan mengelilingi sahabatnya yang duduk, seorang demi seorang.
• Sampai di Huzaifah, Rasulullah bertanya, “Siapa ini?” Huzaifah menjawab, “Huzaifah”.
• Ketika itu dia dalam posisi berlutut. Tiada pakaian yang menutupi dirinya daripada cuaca sejuk kecuali pakaian selendang isterinya yang tidak sampai menutup kedua-dua lututnya
• Rasulullah bertanya dengan nada yakin, “Huzaifah?” Huzaifah bersedekap mengerutkan diri ke tanah sebab enggan kalau dia mesti berdiri kerana dia sangat lapar dan dingin. “Betul Rasulullah,” jawabnya.

Perintah:
Sesungguhnya yang di sana itu terdapar segerombolan kaum, intipilah dan menyusuplah ke dalam tenteranya, kemudian sampaikanlah kepadaku tentang keadaan mereka.

Respons:
• Huzaifah segera keluar, dalam keadaan paling takut dan paling sejuk.
• Belum habis Rasulullah berdoa, “Ya Allah, jagalah dia ...”, Allah telah hilangkan segala perasaan takut dan sejuk daripada dirinya.
• Huzaifah segera lalu, kemudian menyusup dalam kepekatan malam, memasuki kawasan tentera musyrikin dan menjadi seolah-olah sebahagian daripada mereka.

Sumber: Dr Majdi al Hilali, Rakaizud Dakwah, Media Insani, 2003, Surakarta, Halaman 132 dan 133 daripada Suwari min Hayati as Sahabah

Pangkalnya Jauh Hujungnya Belum Tiba

Tuesday, 26 January 2010

Sayang-sayangkan Rumah

Emak aku selalu pesan, “Orang laki ni jangan dibiarkan lama sangat duduk rumah. Kena selalu keluar, buat dakwah!”

Fikir-fikirkan semula, ada betulnya cakap emak aku ni. Bila kita dah lama duduk di rumah ni, kita akan cenderung untuk bermalas-malasan. Berasa selesa dengan kesenangan dan keselesaan yang dah familiar dengan diri kita.

Sebab itu, bila dah lama sangat tak bergerak keluar dari rumah, akan rasa malas sikit untuk tinggalkan. Inilah yang dinamakan sayangkan kediaman yang selesa atau dalam bahasa Arabnya disebut Masakina Tardhaunaha.

Kalau cakap pasal student, kediaman ini tentulah hostel dorang. Kalau cakap pasal orang kaya, kediamannya mungkin lebih up, ada taman dan kolam. Yang pasti, macamana pun bentuk kediaman kita, kita pasti rasa berat untuk tinggalkannya.

Mengapa berat untuk keluar? Sebab kediaman itu selesa. Ada katil untuk berbaring-baring dan macam-macam kemudahan lain. Ada bilik air free, makanan senang dapat, ada kawan / isteri / anak untuk menceriakan suasana dan lain-lain. Sikap bermalas-malasan akan semakin bertambah. Tapi bila dah bermusafir, kita terpaksa mengetepikan sebentar nikmat tersebut. Biasala.

Bercakap dalam konteks sekarang, keluarnya kita dari kediaman boleh dirujuk untuk menghadiri program dakwah atau tarbiyyah. Kita ada daurah, halaqah, rehlah, jaulah, seminar, konvensyen, simposium dan lain-lain. Yang pastinya, semuanya bermanfaat, paling tidak, mewujud dan merapatkan ukhwah sesama teman musafir.

Dalam sirah, kita ada seorang sahabat yang tersilap perkiraanya apabila selesa dengan kediaman mewah yang dimilikinya. Kaab b Malik. Buah-buah yang masak ranum, layanan isteri yang ada pada kediamannya membuatnya bertangguh-tangguh untuk menyertai ekspedisi ketenteraan ke Tabuk bersama Rasulullah menyebabkan beliau tertingal. Penghujungnya, beliau mengakui kesilapan dilakukan seperti yang digambarkan dalam at Taubah, 9:118.


قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: "Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
[at Taubah, 9:24]

Kirakan cumulative days berapa banyak kita dah stay di kediaman, jangan sampai ia menjadi besar. Kalau diajak, terus ambil peluang keluar kerana diamnya kita dalam sesuatu kawasan akan merosakkan kita sedikit demi sedikit

Air yang bertakung mudah menjadi busuk

Friday, 22 January 2010

Pandanglah dengan Kasih Sayang

Mukmin itu sifatnya berlemah lembut sesama orang beriman. Dia keras dengan orang Kafir. Ini yang disebutkan Allah dalam firmannya dalam al Maidah, 5:54

... قَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ...
... suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya...

Perbezaan pendapat sesama orang beriman sewajarnya disikapi dengan rasional, berpandukan al Quran dan as Sunnah. Bukan emosi semata-mata walaupun anda memang terkenal emosional. Sikap berlebih-lebihan dalam beremosi ini akan memakan diri apabila kita mula mengetepikan adab-adab berukhwah dalam Islam seperti yang digariskan dalam al Hujurat, 49:11-12.

Mari kita berfikir, mengapa hanya kerana berbeza pendapat, menyebabkan kita berburuk sangka dan berpandangan skeptik sesama orang beriman? Bukankah berlapang dada atau berprasangka baik itu tahap ukhwah yang terkebawah, atau dikenali sebagai Husnu Zan.


Jangan sampai kita salah bersikap. Adakah perlu kita bersikap skeptik sesama orang beriman sehingga renggang hubungannya dengan kita, tetapi dalam masa yang sama kita berhubungan terlalu rapat dengan manusia awam. Bandingkan hubungan kita dengan masyarakat awam dan hubungan kita dengan orang beriman lain (yang mungkin berbeza pendapatnya hanya dalam aspek methodologi dakwah), mana satu yang lebih kita rapat dan sayangi?

Bukan berniat merenggangkan hubungan kita dengan masyarakat awam, tetapi untuk mengajak kita mengetepikan perbezaan pendapat sesama orang beriman lalu mewujudkan hubungan yang lebih akrab dan harmoni.

Dua tiga kali aku dengar perkataan ini. "Faqih yang tak faqih". Bila la aku nak faqih dalam Pure Math ni. Hahha ...

Tuesday, 19 January 2010

Tercampak ke Mana-mana


Alhamdulillah, sekali lagi diizinkan oleh-Nya untuk berbakti, menyebarkan mesej Rasulullah dan ayat-ayat-Nya di atas muka bumi ini. Ahad lepas berjaya memberikan pengisian untuk ikhwah UPM dan UKM di Serdang.

Tajuk yang diberikan “Memandu kereta dakwah”. Ikhwah minta huraikan melalui skop team-work. Agak-agaknya dia minta cara berkonvoi agaknya kerana aku percaya kita masing-masing mempunyai jenis kereta dakwah. Mungkin ada yang “Alphard”, mungkin “Accord” atau “Alza”. Hebatnya kereta kita bergantung kepada macamana kesungguhan kita atas jalan ini. Dan kehebatan kereta kita itu sewajarnya membantu konvoi untuk berjalan dengan lancar dan pantas.

Tak aku sanga-sangka, ada cenderahati yang dorang diberikan. Buku Misteri Solat Tahajjud menjadi token cenderahati daripada mereka. Haha, inilah pengisian pertama yang ada hadiah. Bagusnya ikhwah-ikhwah ni. Mudah-mudahan dapat habiskan buku itu, xde la berat dan panjang sangat.


Yang ini kerja kami weekend lepas.

Yang ni pulak kerja kitorang minggu lepas. Awal2 tahun dah pergi picnic Negeri Sembilan


Kali ini nak berkongsi quote lagi. Pentingnya bagi kita untuk menjadi kaum yang beramal / bergerak. Lebih berbentuk motivasi / dorongan kepada dai untuk bercampur dalam masyarakat.

Quotes for the Day. Selepas diedit untuk mengelokkan gaya bahasa.
“Mungkin antum akan tercampak ke kawasan yang ikhwah tak ada. Yang orang-orang beriman masih lagi dalam nafsi nafsi. Sendiri-sendiri. Dia beriman sorang-sorang. Dia pergi masjid sorang-sorang ... Antum pula beriman, dan antum tahu bahawa sesungguhnya iman itu perlu digerakkan. Iman itu perlu dicambahkan.

Adakah antum akan bersikap reaktif atau proaktif?

Reaktif adalah antum tergantung kepada suasana. Kalau ikhwah ada, ana boleh berdakwah. Kalau ikhwah xde, ana senyap.

Ataupun antum mahu proaktif. Antum kata kat mana saje aku berada, aku pastikan aku berada dalam lingkungan ikhwah. Kalau ikhwah tak ada, aku akan bina lingkungan itu.

Boleh x mind setting itu pada kita?

Friday, 15 January 2010

Horoskop Itu Berbahaya!

Bersempena dengan Solar Eclipse yang jarang-jarang berlaku ni. Tapi petang tadi jugak, Cikgu Siti buat kelas Math. Melepas lagi aku nak solat gerhana matahari.

Ada dua perkataan, eja dekat-dekat, tapi agak jauh maksudnya. Aku sedut maksud dua perkataan ini daripada Kamus Cambridge.

Astronomi itu the scientific study of the universe and of objects which exist naturally in space, such as the moon, the sun, planets and stars

Astrology itu pulak the study of the movements and positions of the sun, moon, planets and stars, and the skill of describing the expected effect that these are believed to have on the character and behaviour of humans

Astronomi itu aku sanjung. Satu bentuk ilmu fardu kifayah. Tak ramai antara kita yang tahu selok belok sains angkasa lepas tu. Yang pelik dan perlu kita jauhi ialah astrologi, atau orang sekarang tukar namanya kepada horoskop.

Horoscope: A description of what is going to happen to you, based on the position of the stars and planets at the time of your birth

Wikipedia

Kenapa horoskop itu pelik dan salah, bahkan boleh mencemar akidah kepercayaan kita?
Adapun sebab Islam melarang penggunaan bintang, planet dan matahari sebagai sumber ramalan, adalah kerana ilmu-ilmu ghaib tidak tersimpan dalam objek-objek tersebut. Apabila seorang muslim menggunakan bintang, planet dan matahari untuk membuat ramalan tertentu, seolah-olah dia mempercayai objek-objek tersebut mampu mengkhabarkan kepada dia ilmu ghaib tentang sesuatu yang akan berlaku. Ini semua adalah kepercayaan yang salah kerana tiada siapa atau apa jua yang mengetahui ilmu ghaib kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Dengan itu juga, sikap seorang muslim terhadap Horoscope adalah seperti perbincangan yang lepas tentang hukum mengunjungi bomoh. Seorang muslim bukan sahaja dilarang daripada membenarkan ramalan Horoscope tetapi juga membacanya. Seorang muslim tidak boleh memiliki apa-apa urusan dengan Horoscope melainkan untuk menerangkan kesalahan dan kesia-siaannya kepada orang lain.

Membaca pun merupakan suatu yang sangat bahaya. Inikan pula sengaja meminta ingin tahu apa ramalan untuk diri kita. Melihatkan ramai juga kawan aku yang bermain-main dengan horoskop ini di Facebook (walaupun tanpa mempercayai), dan juga ramalan Tok Nujum, ataupun horoskop di surat khabar, terasa kasihan dengan mereka. Perlunya bagi kita untuk menyedarkan mereka mengenai pencemaran akidah ini. Tinggalkan kejahilan, bergerak menuju kefahaman.

Bersihkan diri anda daripada tag / subscription horoskop

Wednesday, 13 January 2010

Views From The Bottom

Dari Raheeq Makhtum: Secebis Peristiwa Badar
Rasulullah mengerakkan tenteranya untuk mendahului kaum musyrikin ke perigi Badar, dan menghalang mereka dari menawan perairan berkenaan, Baginda mengambil tempat di malam itu di kawasan terdekat kepada perairan Badar itu. Di masa itu al-Habab bin al-Munzir selaku pakar ketenteraan, bertanya kepada Rasulullah, "Apakah kawasan yang kita bertempat sekarang ini suatu yang sudah ditunjukkan oleh Allah hingga tidak boleh kita maju atau ke belakang selangkah pun? Atau apakah ianya sebagai pemilihan strategi dan taktik?" Jawab Rasulullah: "lanya adalah strategi dan taktik semata-mata." Kata al-Habab: "Kalau demikian ya Rasulullah, lanya bukan tempat yang sesuai, tuan hamba boleh berpindah bersama sekalian tentera ke perairan kaum musyrikin, kita timbuskan dan musnahkan kolah yang di tepiannya dan kita bina pula takungan, kemudian dipenuhkan dengan air hingga dengan itu semasa bertempor nanti kita akan minum manakala kaum musyrikin dalam kekeringan dan kehausan", kata Rasulullah (s.a.w): "Kau telah memberi pendapat yang baik".

Peta Peperangan Badar

1. Berbeza pendapat dengan ketua bukanlah suatu kesalahan. Ada masanya, pendapat ketua bukanlah yang terbaik meskipun pengalamannya luas, ilmunya tinggi. Pendapat orang bawahan pula, bukan semuanya salah.

2. Sewajarnya orang bawahan diberikan peluang untuk memberikan pendapat. Ruangkan masa untuk mendengar idea mereka. Pertimbangkan secara bersama untuk mendapatkan idea terbaik. Bersikap tawadhu’lah, bukan bersifat ego.

3. Yang penting, berhemahlah ketika memberikan pendapat. Memulakan memberi pendapat dengan pertanyaan seperti yang dikemukakan al Habab di atas merupakan contoh yang bagus. Rasionalkan juga sebab-sebab anda berpendapat sedemikian.

4. Jangan senyap / malu. Jika pendapat yang ada pada anda dirasakan bagus, suarakan. Sesebuah organisasi akan rugi seandainya hanya orang atasan sahaja yang mengeluarkan idea tanpa variasi daripada yang bawah. Juga, jika sudah beridea, elakkan menunggu selepas nasi sudah menjadi bubur, atau ketika nasi hampir-hampir jadi bubur. Masalah teknikal memang mudah akan berlaku.

5. Sangat harmoni apabila pendapat orang bawahan dihargai, malah diikuti. Rasulullah memberikan uswah terbaik dengan memuji al Habab. Dan sebenarnya tidak sukar untuk membina peribadi seperti ini.

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
[al Ahzab, 33:21]

Sunday, 10 January 2010

Quotes Sharing

Ini hanyalah riwayat daripada rawi yang dhaif jiddan

Alhamdulillah, Allah berikan jua keizinan-Nya untuk membuat pahala weekend ini. Kali ini ke Ulu Bendul untuk sampaikan pengisian untuk ikhwah KMNS yang baru dihalaqahkan. Ramai-ramai aku ajak pergi, sorang junior jer yang menyambut seruan. Mereka ada benda lagi penting perlu diuruskan agaknya awal2 sem ni kot. Nanti ada cerita susulan pula kot.

Walaupun penat badan xhabis hilang lagi, tapi bila teringat janji personal aku kepada blog ini, terpaksa gagahkan juga untuk mengadap laptop untuk menaip. Tinggal TOK je kena hantar. Esok kena send Business Action Plan untuk Sem 4. Berkat pulak dah ajak meeting. Y1 perlu diperhatikan dan ditolong lagi. Hmm, benda biasa yang perlu aku tabahkan.

Apa-apa pun, kali ni nak share tiga quotes yang aku dapat baru-baru ni.

• “Bina mereka supaya mereka juga membina. Jangan ajar anak halaqah kita untuk tidak bergerak menghalaqahkan orang lain pula” - Ipin
Yang ini soal geraknya seorang dai dalam masyarakatnya. Ajar anak halaqah anda supaya jangan menjadi pendengar sahaja tetapi juga menjadi golongan beramal. Fahamkan bahawa Islam tidak berkembang seandainya Rasulullah saw berdiam diri ataupun Abu Bakar ra buat dek sahaja. Manfaatkan tenaga2 muda ini untuk menyebarluaskan rahmat Allah atas muka bumi ini.

• “Dakwah itu naturenya sentiasa bergerak. Sama ada ia bergerak bersama anda ataupun bergerak dengan orang lain.” - Ipin
Ikhtiar itu salah satu komponen dalam qadha dan qadar. Anda bebas berikhtiar untuk menunaikan tanggungjawab itu atau tidak. Cuma alangkah ruginya jika kita tidak bersama-sama dalam perlumbaan ini. Siapa kita jika kita abaikan sunnnah Rasulullah ini? Dan siapa kita jika bakti kita tidak disumbangkan kepada dakwah? Berasa malulah jika dakwah itu tidak lagi memerlukan anda.


• “Hidup biar simple living, high thinking. Jangan simple thinking, high living.”
Yang ini daripada Ustaz Daud Che Ngah time ceramah di Kmb hari tu, bila dia cerita pasal mentaliti masyarakat zaman sekarang. Hiduplah bersederhana, jangan bermewah-mewahan. Duit itu sama ada untuk keperluan diri dan tanggungan anda atau untuk diinfaqkan di jalan Allah. Takutlah apabila lebihan duit anda banyak, tetapi tidak diinfaqkan ke mana-mana.

Dan paksa diri kita untuk sentiasa berfikir. Banyak benda perlu difikirkan dengan serius dalam hidup ini. Contohnya [dalam konteks dakwah], target dakwah anda, apa perkembangannnya. Binaan halaqah anda, apa progressnya. Medan dakwah anda, apa update strategi yang perlu ada dan lain2. Ingat, jika kepala anda tidak dilatih dengan sentiasa berfikir, ia akan jadi tumpul / dull. Kalau dah asyik facebook, main game dan baca komik jer, adakah terasah pemikiran kita? Fikir-fikirkan.

Happy Birthday utk Mik, Akh Firdaus & IzzatRodzi

Sunday, 3 January 2010

Revision Thermodynamics Versi Baru

Kali ni nak buat revision sket untuk Sem 4 yang akan start hari Rabu ni.

Salah satu tajuk yang aku belajar dalam IB Physics kat Kmb ni namanya Thermodynamics. Ada satu equation (persamaan) yang sangat senang untuk diingat, kitorang memanggilnya sebagai First Law of Thermodynamic.

Delta Q sama dengan Delta U tambah Delta W

Upss, Delta Q is equals to Delta U plus Delta W

Nak mudahkan faham, Q itu sebenarnya energy atau dalam Bahasa Orang Putihnya dipanggil sebagai tenaga. U tu pulak tenaga dalaman ataupun orang Melayu panggilnya sebagai Internal Energy manakala W mewakili tenaga dilakukan ke atas sesuatu di luar sistem (work done on something outside of the system). Delta tu pulak maksudnya perubahan. Beres!

Dalam sesuatu proses thermodinamik, jumlah tenaga disedut sesuatu sistem mestilah bersamaan dengan hasil tambah jumlah tenaga iaitu kerja yang dilakukan oleh sistem tersebut dan juga perubahan tenaga dalaman sistem itu.
(Teruk giler bila nak kena explain dalam Bahasa Melayu!)

Dalam equation, explanation atas tu ditulis macam ni


Dah faham? Kalau dah, ni nak bagitau mesej dan perkaitannya.
Kita analogikan U sebagai usaha memantapkan unsur dalaman manusia eg intelektual dan juga spiritual. Manakala W sebagai kerjanya untuk menyeru orang lain kepada Islam.
Dalam versi Mustafa Masyhur ditulis sebagai
+U = اصلح نفسك
+W = ادع غيرك

Muslim yang baik ialah mereka yang sentiasa mempunyai nilai ∆Q yang positif. Atau dalam kata lainnya, dia sentiasa menggunakan tenaganya dan memanfaatkan usahanya untuk kebaikan agamanya, Islam sama ada dari segi dalaman, luaran ataupun kedua-duanya.

Jika ∆Unya = 0, setidak-tidaknya Wnya pasti positif. Ini berlaku ketika dia bertemu dengan masyarakat untuk menyampaikan apa yang telah dipesankan oleh Rasulullah. Masanya untuk bergelumang dengan nilai / pencemaran dalam masyarakat dan cuba untuk survive bersama mereka.

Namun jika ∆W = 0, dia akan memastikan ∆U positif dengan memantapkan dirinya dari segi internal eg menambah ilmu, skill, ketahanan mental, cara berfikir dll.

Nak mantap lagi, muslim yang bagus adalah apabila dia mampu menjadikan ∆U dan juga ∆W dalam keadaan positif. Mungkin dialah orang beriman yang digambarkan Rasulullah dalam hadisnya
Mukmin yang bercampur / bergaul dengan manusia dan bersabar dengan gangguan mereka adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bergaul dan tidak bersabar dengan gangguan mereka.
[HR Bukhari]

Pendek kata, gerakkan internal dan eksternal. Jika eksternal tidak bergerak, gerakkan internal. Jika internal tidak bergerak, gerakkan eksternal pula. Jadilah manusia yang sentiasa memanfaatkan tenaga dan usahanya.

Apa status ∆Q anda?

Friday, 1 January 2010

Kepada Budak-budak Bijak

Entri berikut ini ditujukan khas kepada budak2 Kmb, mahupun budak Kisas, ataupun sesiapa sahaja yang Allah telah diberikan ilmu tip-top n baek punya.

Ulu Baqiyyah (UB) mungkin sangat asing dalam kepala otak kita. Sangat-sangat asing dan mungkin xpernah dijumpai mahupun didengari sebelum ini. Tapi, percayakah kita bahawa Ulu Baqiyyah itu mungkin merujuk kepada diri kita sendiri. Mari kita semak ayat berikut.

فَلَوْلا كَانَ مِنَ الْقُرُونِ مِنْ قَبْلِكُمْ أُولُو بَقِيَّةٍ يَنْهَوْنَ عَنِ الْفَسَادِ فِي الأرْضِ إِلا قَلِيلا مِمَّنْ أَنْجَيْنَا مِنْهُمْ وَاتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَا أُتْرِفُوا فِيهِ وَكَانُوا مُجْرِمِينَ
Maka mengapa tidak ada dari umat-umat yang sebelum kamu orang-orang yang mempunyai keutamaan yang melarang daripada (mengerjakan) kerusakan di muka bumi, kecuali sebahagian kecil di antara orang-orang yang telah Kami selamatkan di antara mereka, dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan yang mewah yang ada pada mereka, dan mereka adalah orang-orang yang berdosa.
[Hud, 11:116]

Perasankanlah bahawa ayat ini menceritakan tentang kita? Ibn Kathir mengatakan Ulu Baqiyyah itu orang yang bijak kepala otaknya. Begitu juga dalam Tafsir al Jalalain, UB itu orang yang mempunyai kelebihan dari sudut kefahaman dan intelektual. Dah masuk Kmb / Kisas / apa2 tu, bukannya dah nama bijak pandai ker?

Apa yang diharapkan daripada Ulu Baqiyyah ini? Jelas Allah mengharapkan mereka melarang kerosakan daripada berlaku di dunia ini. Juga disebut sebagai amar makruf, nahi munkar. Paling hebat, anda menggunakan kuasa yang ada. Paling ringan, anda mesti membenci kerosakan yang berlaku di depan mata anda. Lalu, tafsir Ibn Kathir mengaitkannya dengan ayat ali Imran, 3:104 dan juga hadis ini.
Sesungguhnya, apabila sekumpulan manusia melihat kemunkaran, namun tidak mencegahnya, ditakuti Allah akan liputi mereka dengan azab-Nya.



Ternyata, sekali lagi golongan UB ini sedikit jer dalam sirah umat2 terdahulu. Ayuh bersama2 kita menjadi puak minoriti ini. Teruskan kerja kita (dengan izin Allah): Melarang kerosakan atas bumi ini. Jangan asyik fokus dan tenggelam dalam nikmat dan kemewahan itu. Fikir2kanlah.

Penghujungnya, mari bersama2 menghayati bacaan al Quran daripada al Ghamidi mengenai ayat sebentar tadi.
“I haven’t cried since long time but this recitation really make my tears drop.”


p/s melihatkan gelagat muda-mudi di Countdown New Year, kita perlu berasa tercabar dengan prestasi kita. Gencar dan sungguh2lah lagi dalam dunia ini.

Wednesday, 30 December 2009

Sifat Budak-budak Yang Best

Syabab itu pemuda. Shabwah itu pula kebudak2an.

Sangat hebat seandainya syabab itu tidak memiliki sifat shabwah. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah dalam satu hadis yang disahihkan oleh Albani suatu ketika dulu.

إن ربّك ليعجب للشّاب لا صبوة له
“Sesungguhnya Tuhanmu kagum kepada pemuda yang tidak memiliki sifat shabwah (kejahilan dan keanak-anakan).”

Apa sifat budak yang biasa bagi mereka? Yang ni boleh kita cari n baca sama2 kat internet atau buku parenting. Kalau tengok budak2 pun boleh sedar sifat n perwatakan dorang. Bawah ni ada sedikit yang aku terjumpa.

1. Setiap benda dibuat, mesti nak dipuji dan dihargai
Contohnya dia dah mintak awal2, apa yang dia akan dapat kalau dapat nombor satu dalam exam. Adakah kanak2 ini tidak ikhlas? Owh, tidak. Mereka masih belajar sebenarnya.

2. Cuba lari dari masalah, tapi xmahu menyelesaikannya.
Dia tahu hidup dia ada banyak masalah, tapi xcukup berani untuk selesaikannya. Mungkin kerana ketakutannya untuk bertindak atau melakukan perubahan.


3. Setiap benda dilakukan mesti hendakkan keseronokan
Selagi mana benda itu tak seronok, minat dia xkan datang. Dia akan jadi bosan, then terus tinggalkan kerja tu. Apa kau ingat setiap benda dalam dunia ni mesti seronok ker? Ada masanya kita kena suffer sedikit untuk dapatkan keseronokan yang berpanjangan.

4. Pentingkan diri.
“Apa yang aku buat, aku mesti dapat benefit. Aku xsuka kalau apa yang aku buat rugikan diri aku sendiri. Orang lain rugi, lantakla, aku xpeduli.” Macam tu kot kata2 hatinya. Kita kena belajar untuk mula memikirkan untuk orang lain sebenarnya. Hadapi susah senang bersama2. Jangan asyik complaint jer.

5. Xbanyak berfikir.
Jadi budak2 ni seronok sebab xbanyak benda perlu dipertimbangkan dalam hidup. Semua benda dalam hidupnya dah difikirkan oleh orang lain yang lebih dewasa eg mak ayah atau cikgunya. Bila xbanyak berfikir, neuron2 dalam otak kurang dijanakan, menjadikannya agak slow dalam belajar. Xsesuai untuk proses tumbesaran. Agak berbahaya jika tiba2 dipaksa untuk berfikir bila masalah tiba2 datang.

6. Dll. Sambung kemudian n bila2 lagi.

Aha, yang penting, kita perlu transform / hijrah untuk menjadi semakin matang / dewasa. Tahun 2010 pun nak dekat dah. Dengan kematangan itulah akan terserlah kebijaksanaan kita. Kebijaksanaan inilah yang akan digunakan untuk deal dengan setiap benda yang berlaku di sekeliling kita. Dakwah apatah lagi memang memerlukan kepada hikmah @ kebijaksanaan. Tidak ada istilah “sudah terlambat” dalam melakukan kebaikan.

Sunday, 27 December 2009

10 Minute: SEIC IV

Alhamdulillah, badan ini telah dipenatkan dengan amal yang berfaedah kepada diri dan orang lain. SEIC IV akhirnya melabuhkan tirai pagi tadi, melengkapkan lima hari aku tak balik2 rumah. Stats n homework lain tengah beratur menunggu untuk disiapkan. Btw, terima kasih kepada Pure Base Training Centre yang telah menganjurkan kem ini. Pengalaman bersiang malam dengan ikhwah memang membahagiakan. Ibarat berkawan dengan penjual minyak wangi.
Mak aku pesan, orang laki2 ni, xboleh duduk rumah lama2 sangat. "Pergi dakwah luar tu!"

First time dapat pengalaman menjadi facilitator kepada pelajar2 lepasan SPM yang telah dihalaqahkan di sekolah masing2. Mudah2an mereka terus beristiqamah dengan Halaqah Lepasan SPM pulak cuti 6 bulan ni. Iman itu tidak senang dijaga di rumah sebagaimana di sekolah dulu.


Anyway, ada sedikit bingkisan setelah blog ini telah lama tidak diupdate. Alhamdulillah, persembahan selamba daripada barisan facilitator untuk MAKSI semalam sebenarnya diciplak sikit daripada filem pendek di bawah ini. Cuma latar Serejevo ditukarkan ke Palestin.
Tajuk tetap sama: 10 Minutes.


Mudah2an masa yang terluang di rumah dapat dimanfaatkan sebaiknya. Ingatlah, hargai setiap 10 minit yang berlalu. Isikan masa dengan sebanyak perkara bermanfaat yang mungkin, bukan hanya dengan one-single aktiviti sia2 sahaja.

Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
[al Asr, 103]

Saturday, 19 December 2009

Apa Illuminati?

Ini hanyalah muntahan daripada kepala otak yang baru lepas berserabut

Peristiwa 1
“Semasa mereka sampai ke Darul al-Nadwah seperti yang dijanjikan, mereka telah dihalang seketika oleh Iblis yang menyamar dengan berpakaian seperti seorang syeikh yang mulia iaitu pakaian ahli zuhud. Iblis berdiri di pintu masuk lalu mereka semua bertanya: "Siapa tuan syeikh ini?" Jawab Iblis: "Aku seorang syeikh dari Najd telah mendengar berita perjumpaan ini dan aku datang untuk mengikuti perbahasan kamu semoga aku boleh menyumbang sesuatu yang tidak merugikan kamu, pendapat ataupunnasihat". Lantas mereka pun menjawab, "Betapabaiknya cadangan itu, ayuh! persilakan masuk".
[Ar Rahiq al Makhtum]

Peristiwa 2
“Semasa tentera Makkah mula bergerak, Quraisy teringat permusuhan dengan kabilah-kabilah Banu Bakr, mereka takut kabilah ini akan menikam mereka dari belakang, jadi mereka akan tersepit di antara dua musuh, hampir-hampir permasalahan ini melemah dan menggagalkan usaha mereka, tetapi iblis telah menjelma dalam rupa paras Suraqah bin Malik Ibnu Ja'syam al-Mudlaji, ketua Kabilah Banu Kinanah, dengan menyeru kepada mereka kalian: Aku adalah penjamin kepada kamu di mana Kinanah tidak akan menyerang dari belakang kamu, suatu hal yang kamu tidak senang dengannya.”
[Ar Rahiq al Makhtum]

• Kalau nak cakap pasal illuminati, dua peristiwa sirah ini sentiasa terlintas dalam fikiran aku. Satu, kisah iblis meeting bersama2 dengan pemimpin Quraisy sehingga keluar resolusi paling hina: membunuh Rasulullah beramai-ramai. Lagi satu, Iblis ni menyerupai Suraqah untuk memberi jaminan keselamatan kepada kaum Kafir semasa Perang Badar.

• Kedua-duanya ada persamaan: Iblis menyerupai manusia biasa, bahkan seorang yang nampak berketokohan tinggi. Kehadirannya memberi sumbangan idea dan motivasi kepada manusia2 yang berkumpul untuk merancang kerja jahat mereka.

• Wiktionary bagi definisi Illuminati macam ni. Kumpulan elit rahsia sedunia yang mempunyai objektif mantop menguasai manusia sehingga manusia2 ni menyerah diri kepada mereka dengan rela. Tetapi wiktionary katakan society ini sebagai “alleged”. Entah ada, entah x.
An alleged global, elite, secret society which has as its ultimate objective the subjugation of humanity

• Teori kewujudannya memang banyak dibincangkan. Siapa illuminati, apa dibincangkan, kekuatan pengaruh mereka, dekat mana meeting, macam mana meeting, aku xminat nak ikuti discussion panjang tu. Yang ni boleh jumpa n cari kat internet. The Arrival pun ada cerita pasal Secret Society ni yang membawa kepada New World Order.



• Memadai rasanya bagi kita untuk menyedari sememangnya ada suatu kumpulan yang [menjadi mastermind rancang kejahatan atas muka bumi], [mempunyai pengaruh kuat sehingga mampu mengawal manusia], [mengajak manusia lari daripada Allah dan mensyirikkan-Nya dengan sesuatu] dan [lain2], namun dalam masa yang sama [kita sedari keberadaan dan seruannya]

• Di sinilah letaknya peranan Iblis yang akan menyumbang idea dan sokongannya kepada kumpulan manusia ini. Tujuannya sudah pasti untuk menyesatkan manusia daripada jalan Allah. Bukankah dia telah berjanji di depan Allah untuk menyesatkan anak cucu Adam. Dan sudah pasti dia sudah bersedia dengan pelbagai rancangan jahat yang licik. Rancangan inilah dibisik dan dipandu oleh Iblis sebagai satu cara baginya untuk menunaikan janji jahatnya kepada Allah suatu ketika dulu.

Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,
[al A'raaf, 7:16]

• Jadi apa sikap kita? Kita sambung bila2 nanti.


وَقَالَ الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا بَلْ مَكْرُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِذْ تَأْمُرُونَنَا أَنْ نَكْفُرَ بِاللَّهِ وَنَجْعَلَ لَهُ أَنْدَادًا
Dan orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: "(Tidak) sebenarnya tipu daya (mu) di waktu malam dan siang (yang menghalangi kami), ketika kamu menyeru kami supaya kami kafir kepada Allah dan menjadikan sekutu-sekutu bagi-Nya".
[Saba’, 34:33]

Kalau ada illuminati yang kerjanya merancang kerja2 jahat (menjauhkan manusia daripada jalan Allah) siang dan malam, kita juga perlu meramaikan lagi dai yang sanggup berfikir dan bekerja siang dan malam merancang kerja2 baik.

Wednesday, 16 December 2009

Graping = [Menganggur]?

Menganggur itu bukan tanam anggur
Dan anda tidak dikira menganggur jika anda tanam anggur

Menganggur merupakan jawapan yang paling xbest diberikan jika orang bertanya tentang pekerjaan anda, tetapi anda sebenarnya tiada pekerjaan pun. Ia sangat memalukan.

Dan sebenarnya ada jugak manusia yang phobia bila habis belajar, takut tak dapat kerja. Bila dah tak dapat kerja tu lah orang akan panggil penganggur. Orang macam ni akan berusaha sungguh2 untuk dapatkan kerja. Dia akan buka surat khabar tengok job vacancy, suruh kawan carikan kerja, sediakan diri untuk sedia diinterview dan lain2 lagi.

Tapi, ada jugak orang yang xkesah walaupun dapat title penganggur. Orang macam ni berkemungkinan dijangkiti penyakit malas. Sikap berharap dengan pertolongan orang tanpa bekerja dengan usaha sendiri memang tak bawa diri tu ke mana. Umpama parasit yang hidup di badan orang gemuk; memang banyak makanan boleh dapat. Tapi, xkan la kita hendak jadi parasit.

Bila cerita pasal tajuk ini, aku tertarik dengan artikel dakwatuna di sini [Pengangguran Haraki]. Aku pastekan perenggan awal. Bakinya boleh dibaca di link asal. Fenomena seorang dai yang menganggur sebenarnya amat menakutkan. Manusia ini pastinya, jika dirinya tidak disibukkan dengan kebaikan, dia akan disibukkan dengan kejahatan dan perkara sia2.


Apa yang penganggur ini akan buat? Dia isi masanya bermain game, tengok movie, baca anime dan perkara pelik2 yang tidak melambangkan kematangan dirinya sebagai seorang yang sudah dewasa, apatah lagi seorang dai.

Lebih parah lagi bagi dai itu mensibukkan diri dengan kejahatan. Mata digunakan untuk memandang maksiat, kaki digunakan untuk berjalan ke tempat sia-sia, lidah digunakan untuk mengumpat dan mencaci manusia lain dan lain-lain lagi. Seoalah-olahnya nikmat yang dia dapat, merupakan hasil usaha dirinya sahaja, bukan daripada Allah.

Dan ada juga “this so called dai” yang bila sudah tiada kerja nak dibuat (padahal banyak jer...), dia mula nak cari gaduh dengan dai2 lain. Dengki dengan prestasi dai lain, tapi xreti mensalurkannya pada tempat yang betul. Ini yang sampai berusaha menghalang manusia daripada jalan2 Allah. Wa al Iazu billah.

Sibuk / pening kepala dengan kebaikan itu bagus sebenarnya. Cukuplah hadis di bawah ini menjadi bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang bersungguh-sunggu mendekati-Nya. Jangan sampai kita menjadi serik melakukan kebaikan, tetapi yakinlah dengan kelebihan dan manfaat yang akan kita berikan kepada manusia lain.
وَ مَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِيْ بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ وَ مَا زَالَ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَوَفِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ
Dan tiada seseorang hambaKu yang bertaqarrub kepadaKu dengan sesuatu yang lebih kucintai daripada ia menunaikan segala yang Kufardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaku bertaqarrub kepadaKu dengan Nawafil, sehingga Aku mencintainya.
[HR Bukhari]

Sama-sama mengenali diri. Kita katakan full time dai, tapi ada juga masa yang kita buang2kan. Mengakui diri penuh kelemahan, banyak dosa, tetapi tidak berusaha untuk menguatkan diri / bertaubat dari dosa tersebut. Habis tu, siapakah diri kita sebenarnya?

Ada beragam penyakit tarbawi yang sangat berbahaya, jika ia tersebar dalam barisan dakwah, dan mendapatkan tempat dalam jiwa personelnya, maka pasti yang terjadi adalah keterpurukan, keguguran, menarik diri dan meninggalkan kancah dakwah secara diam-diam, kemudian kebangkrutan dalam arti yang luas dan menyeluruh

Di antara penyakit tersebut dan utamanya adalah al-bithalah ad-da’awiyah (pengangguran da’awi) atau al-kasal al-haraki (kemalasan haraki) atau futur, al-faragh (tidak ada pekerjaan), al-qu’ud ‘anil ‘amal (berpangku tangan), at-taqa’us ‘an ada’ al-wajib (tidak menunaikan kewajiban), at-tanashshul minal qiyam bil maham ad-da’awiyah (tidak menjalankan tugas-tugas da’wah) yang sangat beragam, istimra’ halat ar-rahah (terbiasa menikmati suasana santai), at-taharrur min tahammul at-tabi’ah wal mas-uliyyah (berlepas diri dari upaya memikul beban dan tanggung jawab).

Semua tadi merupakan gejala satu penyakit yang jika menimpa para aktivis di medan dakwah dan harakah, niscaya menimpa pada posisi yang mematikan, kecuali jika segera mendapatkan kebangkitan hati, atau mengambil ibrah dari suatu mau’izhah, atau mengambil manfaat dari suatu nasihat, dan tentunya, sebelum, saat dan setelah itu ia mendapatkan rahmat, kebersamaan dan taufiq Allah SWT.

Monday, 14 December 2009

Apabila Zweimer Berkata-kata

  • Dalam hidup ni, kadang-kadang kita perlu mendengar pandangan dan apa yang dikatakan oleh musuh-musuh kita.
  • Kebiasaannya merekalah yang akan memberikan gambaran yang jujur tentang kelemahan dan kekuatan diri kita, walaupun di sisi lain mereka tetap akan menunjukkan bahawa merekalah yang lebih kuat dan akan menang. Psy-war la katakan.
  • Itu tidak penting. Yang penting ialah kita menyedari dan cuba memperbaiki kelemahan yang wujud di sisi kita.
  • Di bawah ni aku paste-kan pidato ucapan Zweimer, orang kuat Yahudi. See what he is talking about for us to ponder.
Saudara-saudara seperjuangan!

Salam bagi kalian semua. Semua menyampaikan salam dari para tetua kita bagimu wahai pahlawan-pahlawan yahudi. Anda sekalian merupakan para pahlawan orang-orang yahudi, yang berjuang menegakkan agama kita, dan mengagungkannya di negara-negara islam. Sebab itu, Anda akan selalu memperoleh pertolongan dan pembelaan dari Elohim, Allah yang kita cintai, Maha Agung dan Maha Suci.

Saudara-saudara telah menunaikan tugas dengan sangat baik, tetapi di sekitar kita masih terdapat orang-orang yang tidak memahami misi kita ini. Kami berani mengatakan bahwa orang islam yang lari dari agamanya, kemudian berusaha memeluk agama yahudi, bukanlah orang yang sungguh-sungguh menghayati islam. Kebanyakan mereka yang keluar dari islam adalah salah satu dari tiga ini :
  • Anak yang tersisih dari keluarganya sehingga apatis terhadap islam dan tidak mengerti islam dengan benar.
  • Orang yang selalu masa bodoh terhadap perjuangan agama, dan setiap hari hanya memikirkan isi perut saja. Dia menghadapi kemelut ekonomi dan memerlukan sesuap nasi. Dia merupakan budak dari dunia,
  • Atau orang yang didorong oleh kepentingan nafsu pribadi.
Namun, yang perlu saudara-saudara perhatikan adalah bahwa tujuan misi yang telah diperjuangkan bangsa Yahudi dengan mengirim saudara-saudara ke negeri-negeri Islam, bukanlah untuk mengharapkan kaum muslim beralih ke agama Yahudi atau Kristen. Bukan itu. Tetapi tugasmu adalah mengeluarkan mereka dari islam, menjauhkan mereka dari islam, dan tidak berpikir mempertahankan agamanya. Di samping itu saudara-saudara harus menjadikan mereka jauh dari keluhuran budi, jauh dari watak yang baik.

Oleh karena itu, tugas saudara adalah membuka jalan agar kekuatan kolonial mampu menerobos benteng kerajaan islam. Cara ini telah Anda lakukan dengan baik seratus tahun lalu. Kita dan seluruh saudara kita sangat gembira dengan hasil perjuangan saudara selama ini.

Selama tiga abad silam, kita telah berhasil menguasai sektor pendidikan di negeri-negeri islam yang independen dan yang telah kita kuasai. Banyak pula yang belum kita kuasai sepenuhnya, tetapi masih bisa kita kendalikan.

Di wilayah negara-negara tersebut banyak perlindungan terhadap missionaris, gereja, organisasi, dan sekolah yang mengikuti petunjuk gereja Eropa dan Amerika. Banyak agen-agen kita yang bekerja di bawah tanah yang sama sekali tidak boleh ditunjukkan sekalipun dengan bahasa isyarat. Semuanya bisa karena hasil perjuangan saudara-saudara hingga mencapai hasil yang amat gemilang. Ini merupakan misi yang paling berbahaya di dunia sepanjang sejarah umat manusia.

Sarana yang telah saudara-saudara bawa saat ini ternyata mampu mengubah pikiran dunia mengikti kita. Itulah jalan yang telah saudara-saudara perjuangkan dengan susah payah untuk mengeluarkan kaum muslimin dari agamanya. Kini saudara-saudara telah berhasil mencetak kader-kader dari berbagai macam bangsa yang tidak mengenal hubungannya dengan Allah dan memang mereka tidak ada keinginan sedikitpun untuk mengerti tentang-Nya.

Saudara-saudara telah mengeluarkan kaum muslimin dari agama mereka, sekalipun mereka tetap enggan memakai baju yahudi atau baju kristen. Gaya hidup seperti itulah sasaran perjuangan kita, yakni para pemuda islam yang malas, enggan bekerja keras, cenderung berfoya-foya, hanya gemar mempelajari segala hal yang berkaitan dengan sensualitas dan nafsu syahwat, bekerja semata-mata demi mengejar kekayaan material dunia semata, memburu jabatan, memuaskan nafsunya, dan sebagainya.

Kini tugas saudara-saudara telah terlaksana dengan amat baik. Saudara-saudara telah mengagungkan agama kita semua, agama yahudi.

Saudara-saudara patut mengetahui bahwa para tetua kita sangat gembira dengan segala apa yang telah saudara-saudara hasilkan. Oleh sebab itu, lanjutkanlah perjuanganmu demi risalah agamamu. Semoga saudara-saudara semua mendapat berkat dari Tuhan kita, Elohim, Allah yang Maha Suci dan Maha Agung. Lanjutkanlah perjuangan ini hingga dunia benar-benar terberkati.
Sedut teks: fiqy.wordpress.com

Baru2 ni mfr5071 mintak aku komenkan pasal Illuminati
Terus aku teringat post ni yang dah lama dibiar jadi draft
So, post ni akan jadi mukaddimah dulu
insya-Allah akan ada yang menyusul

p/s Ada orang panggil aku illuminati. Macam teruk jer bunyinya

Saturday, 12 December 2009

Sedia Nak Kahwin

You’ve made my day.

Post kali ni untuk mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada sesiapa yang telah wish birthday aku tempoh hari, 29 Nov lepas. Disebabkan busy yang melampau ditambah lagi dengan IA, EE dan exam yang kena diprioritikan, terlambat sikit nak reply dan ucapkan terima kasih ni.

Sampai satu tahap terpaksa reply guna ayat sama untuk setiap sms. Facebook comment n Present plak, aku click kat Like jer. “Faqih Aqili Likes This Post”. Jauh di sudut hati, aku memang hargai setiap ucapan dan doa tersebut. Yang bagi hadiah lagi best. Yang aku pelik kenapa diorang bagi aku makanan ek. Aku ni xcukup besar lagi ker? Lelaki ni, kalau dia menghargai sesuatu, biasanya dia xucapkan melalui mulut dia. Penghargaan bukan dinilai ikut kata-kata, tapi dia akan tunjukkan penghargaan dia melalui tindakan. Ni hipotesis aku. Hehhe.

Begitu jugak kepada sesiapa yang xwish aku pun. Sikit pun hati tak terguris (Alamak, ayat sastera!) Kakak aku ada cakap:
... Ramai yang wish. Aku rasa seronok sangat. Tapi ada gak yang tak wish, tapi aku tak kesah pun sebab tak semestinya kalo orang tu tak wish dia tak sayangkan kita.Ye tak?”
Even ada kawan rapat aku tak wish aku, tapi aku tau diorang sayangkan aku.

Hmm, tahun ke 20 hidup aku ni, terasa dunia teenagers akan meninggalkan aku dengan macam2 kenangan. Yang penting, apa yang telah dilakukan sepanjang hidup atas dunia ni selaku orang yang bergelar sebagai muslim.

Plan aku untuk tahun ke 20? Bila orang tanya, aku jawab without offence: Nak bersedia untuk nikah. Sebelum ni bila orang cerita pasal nikah (esp ikhwah yang suka menyakat2 ni), aku xminat langsung. Apehal la dorang ni kemaruk pasal nikah? Tapi aku raikan kan la gurau senda dorang ni. Ye lar, bukan keperluan lagi, aku rasa. Aku pun pelik apsal la ikhwah ni sikit2 cerita pasal nikah.


Tapi sekarang terasa kena buat persediaan secukupnya bermula sekarang. Nak bersedia, bukan sehari dua. Duit kena cari banyak lagi, ilmu kahwin kena belajar, ilmu pasal perempuan kena tahu, emosi kena sentiasa stabil dll. Yang penting, niat kena betul. Sekarang ni, on the way untuk tamatkan buku Fiqh of Marriage. Nata de Coco pulak akan dimantapkan lagi sales and promotion.

Lastly, mudah-mudahan, usia yang lepas, sekarang dan akan datang dipenuhi dengan keberkatan daripada Allah.
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالأرْضِ
Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
[al Araaf, 7:96]

Friday, 11 December 2009

Hidup Jangan Jadi Parasit

Akhirnya sampai juga di rumah. Tamat Sem 3 Kmb yang mensengsarakan. Tapi cikgu aku pulak dah mintak postkan EE 2nd Draft minggu depan. Aduisy...

Semalam selesai perjalanan dari Kmb ke Seri Manjung. Alhamdulillah, pelbagai kemudahan dan ke’smooth’an Allah berikan. Cerita ditumpangkan orang, bas yang sentiasa on time dan tiket yang datang secara tiba-tiba selepas hampir putus harapan dah jadi asam garam journey sesiapa saja yang dah biasa dengan alam bas ni.

Ke Kisas semalam. Melihat panorama ‘tadika’ yang selalu digembar-gemburkan. Dengan wajah selebet aku masuk ke office meminta sijil GCE Cambidge. At last, dapat jugak sijil ini, selepas agak hampa dengan result IELTS yang xlepas Band 7 tu.

Solat Asar di musolla Saidina Ali merupakan saat yang ditunggu. Dan buat kali terakhirnya untuk batch Gen54 tu, aku dijemput untuk memberikan pengisian selepas solat Asar. Isi xlari jauh mana, pusing2 soal tarbiyah dan soal budak Kisas ni kena kuat amalkan ayat [Hud, 11:112] sebab dah jadi slogan sekolah dorang. Isi lebih berlegar2 tentang apa yang akan dilakukan bila habis exam nanti.

Disebabkan xdisangka dijemput, xbanyak preparation boleh dibuat. Isi dalam kepala sikit je. Teknik ucapan hebat mengatakan jika anda tidak bersedia untuk berucap, jangan katakan anda tidak bersedia kerana audiens akan mula memandang slack kepada pengucap. Dan kali ni pulak kongsi idea yang masuk secara spontan petang semalam: MUTUALISM and PARASITISM.


Apa tu? Mutualism ni hubungan antara dua pihak. Mereka saling memberikan manfaat sesama mereka. Parasitism pulak hubungan antara dua pihak, satu akan mendapat manfaat daripada pihak lagi satu. Pihak lagi satu itu pula akan menderita / mengalami permasalahan.

Kaitannya dengan budak Kisas?
Dah jadi budak Kisas tu, terupgrade sikit kecemerlangan diri. So, in simple words Kisas had benefited you. But then you as x-kisasians, you grabbed all the oppurtunities (and in the sama time you created some problems) but then you just left it with your good result.

Tak namanya style ala-ala parasit ker? So, sumbang2kanlah apa-apa yang anda anda. Idea, tenaga, duit, sokongan dll.

Kaitannya pulak dengan dunia tarbiyyah?
Dah join usrah / halaqah (etc) tu, bertambah pengetahuan dalam Islam, terasa nikmat ukhuwwah + bertambah luas network, terjaga sedikit iman, thus in simple words Tarbiyyah benefits you. But then ... what benefits you are going to give? Let you answer for yourself. Rajin-rajinkan diri, ramai-ramaikan lagi orang tersentuh dengan tarbiyyah dan tonjol2kan la imej yang terbaik sebagai seorang al akh – contoh je la.

Mudah-mudahan bermanfaat.

Dan jangan jadikan diri anda parasit kepada dunia dakwah ini...


خير النّاس أنفعهم للنّاس
Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling banyak memberikan manfaat kepada manusia yang lain
[Hasan Sahih]

Sunday, 6 December 2009

Solat Hajat + Solat Isya = [Apakah]

Saya diajar untuk memastikan dalil Quran dan Hadis perlu diutamakan apabila menceritakan tentang soal ibadah, bukan sangkaan perasaan semata-mata. Agama kita kan berdiri di atas hujah yang nyata.

Minggu Exam datang lagi. Exam yang dipandang sepi oleh ramai budak sem 3 sebab dah tak penting. Ditambah lagi dengan EE, IA dan segala macam kerenah yang IB rengek-rengekkan.

Aha, lagi satu isu datang menjenguk budak Kmb. Ada amalan baru lepas solat Isya setiap hari: Solat Sunat Hajat Secara Berjemaah. Satu yang disangkakan baik, terutamanya ketika minggu exam ni, untuk menambah amalan sunat di samping satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Erm, apa yang menjadi isunya?

Orang sudah mula bertanya, peliknya macam ni. Satu sembahyang solat fardhu isya di belakang (golongan dilewatkan), lagi satu jemaah solat sunat hajat di depan. Ni dia contoh soalan yang berlegar-legar
• Boleh ker ada dua jemaah dalam satu surau, depan belakang pulak tu?
• Apsal macam ni? Konfius la. Ingatkan imam aku takbir, rupanya imam lagi satu.

Aku tambah lagi soalan untuk mencabar minda budak Kmb yang tajam2 ni
• Bila la budak Kmb ni almost all jadi makmum jemaah pertama? Macam ni kan best.
• Kenapa xbuat solat hajat sendiri2 ker. Kan lagi selamat. Dapat keluar dari macam2 masalah berbangkit lagi.
• Boleh ker kita solat hajat berjemaah setiap hari ni? Aku dengar2 ada yang kata tak boleh, sebab tak de dalil. Ye ker?
• Kenapa tak buat solat hajat malam2 lagi ker? Masa lepas supper ker...
• Kenapa nama dia solat hajat ek?
• Solat hajat ni kena jemaah waktu exam jer ker?
• dan kenapa-kenapa lagi. Malas nak menulis pulak. Esok nak exam English la.

Saya budak baru belajar. Tapi saya suka bertanya dan mencari jawapan. Saya ni bukan ustaz pun, apatah lagi ulama mahupun seorang yang faqih. Saya ni Faqih pada nama jer. (isy, isy isy dengan nada menyesal)

Bagi aku, bila menceritakan bab ibadat khusus ni, kita tiada sumber lain untuk dirujuk melainkan al Quran dan hadis Rasulullah yang memenuhi syaratnya. Tiada unsur sangkaan / main pandai2 ketika ingin berbicara tentang ibadat khusus ini. Kita kan dah ada ramai ustaz ustazah di sini. Belajar pun jauh-jauh. Mengapa tidak meminta mereka untuk istinbatkan hukum berdasarkan dalil-dalik syarie. Tunjukkan jalan yang benar kepada budak-budak pandai kat Kmb ni.

Dan paling penting, sentiada tundukkan diri kita di bawah wahyu Ilahi. Barulah namanya hamba-Nya yang taat.

Saya suka keadaan macam ni! Harapnya orang tak sekadar bertanya jer. Jom la ligat cari jawapan sama-sama.
Erm... adakah harapan tinggal harapan?

Friday, 4 December 2009

Balik ke KL!

Jangan sekali-kali menulis bercakap ayat bawah ni atau yang seumpama dengannya.
Saya tak suka bercerita. Bila saya bercerita, saya selalu rasa macam cerita saya xbest.

Alkisah empat orang adik beradik ingin pulang ke KL selepas beraya Aidiladha di Perak; seorang perempuan, tiganya lelaki. Sampai dekat nak masuk Tol, kami sepakat nak beri peluang kepada perempuan muda ini untuk membawa kereta, bila dah mula masuk highway. Dia ni baru dapat P la katakan.

Perancangan berjalan lancar. Kereta berhenti di tepi highway, lalu pemandunya bertukar, disaksikan pemandu-pemandu kereta yang lain. Wah, mereka sangat laju!

Perempuan ni dah mula kelihatan gabra. Badan dah la rendah, terpaksa letakkan bantal atas seat driver. Cermin belakang langsung xadjust, entah macamana dia nak tengok kereta dari belakang. Ade ke patut, tengah2 bawak kereta tu, dia boleh adjust cermin pandang belakang tu. Uii, aku dah takut gila.

Uppps, kereta dah berjalan. Dia cuba nak ke kanan, masuk ke lane, tapi gaya masuknya cukup hebat. Terus pusing stereng, immediate entrance. Lalu kedengaranlah bunyi hon dari kereta belakang. Nasib baik signal dah diberi, kereta belakang tu dah aware sikit. Patutnya masukla slow-slow sikit. Adui...terasa lega, setelah jantung berdegup laju.

Lebih kurang 2 km jalan, tiba-tiba driver ni terperasan satu benda. “Aaa, tak pakai seatbelt! Camne, camne ni?” Terpaksa la berhenti sekali lagi. Benda sama bakal berulang lagi, disebabkan tak mahir lagi nak masuk balik ke lane sebelah kanan, sekali lagi adegan menakutkan, akan berlaku. Alamak, dia buat gaya sama, direct pusing stereng! Hon kedengaran lagi.

Banyak lagi peristiwa lain yang berlaku sepanjang driving lebih kurang 15 minit tu. Xlarat nak cerita. Kesimpulan yang dapat dibuat, 15 minit tu merupakan saat yang sangat mendebarkan dalam hidup aku ni. Jalan lurus pun aku takut. Takut-takut, dia termasuk lane lain. Memang banyak doa aku, takut terjadi apa2.

Labels