Thursday, 6 February 2014

Respons terhadap "Sekolah Liberalisma untuk ISMA: Part 1"


Ini sebahagian jawapan yang sempat saya tulis berkenaan artikel tersebut. Terlalu banyak perkara tentang ISMA yang disalahfahami dalamnya.

Saya memandangnya dari sudut positif sebagai peluang untuk ISMA menjelaskan lagi pendirian dan agendanya terhadap perjuangan Islam di Malaysia tanpa perlu berselindung. Apa yang penting, agenda memartabatkan perjuangan Islam di negara ini perlu terus diarusperdanakan, sekaligus mengetepikan peluang liberalisme untuk merosakkan status dan identiti negara ini.

Jawapan diberikan dalam nota ringkas. Untuk maklumat lanjut, boleh luaskan bacaan dengan merujuk bahan bacaan yang disenaraikan.

Adakah tugas pemimpin menjaga akidah rakyat? Akidah merupakan persoalan hati
  • Ya, memang tugas pemimpin menjaga akidah umat Islam. Syara’ mengatakan sebegitu.
  • Baca: Dr Aznan Hasan, Tuntutan Comango menurut pandangan Syarak

ISMA menuduh Dr Asri liberal?
  • Tiada ayat jelas / secara langsung dalam berita tersebut menuduh Dr Asri sebagai liberal.
  • Dr Asri dijadikan contoh sebagai ulama yang perlu memainkan peranan menjaga akidah rakyat
  • Sebagai figur masyarakat sewajarnya beliau memberikan penerangan yang jelas kepada umat Islam mengenai perkara tersebut
  • Masalah terjadi apabila penerangan terhadap isu tersebut lari daripada konteks (mahal anNizak)
  • Baca: Ustaz Halim Abdullah, Isu kalimah Allah: Menjawab pemikiran Mujahid Rawa
  • Keseluruhannya, berita tersebut meminta agar ulama menjadi benteng kukuh pertahankan akidah rakyat, bukan menjadi alat senjata pihak musuh

Isu Kalimah Allah
  • Perbincangan tentang perkara ini sudah berlanjutan terlalu lama. Terlalu banyak hujah sudah diberikan oleh ulama, cendekiawan, bahkan hakim Mahkamah Rayuan. Hampir kesemuanya bersetuju kalimah God tidak wajar diterjemahkan sebagai Allah dalam bible berbahasa Melayu
  • Baca: Majlis Fatwa Kebangsaan, Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
  • Baca: Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi Bin Haji Ali, In The Court Of Appeal Of Malaysia (Appellate Jurisdiction) Civil Appeal No. W-01-1-2010

ISMA mengganggu perbicaran kes di mahkamah?
  • Tiada bukti kukuh, hanya dakwaan lemah. Langsung tidak berlaku.
  • Jika mengganggu, sudah pasti ISMA didakwa atas alasan menghina mahkamah (contempt of court)
  • ISMA cuba memberikan pendedahan realiti / mendidik masyarakat bahawa usaha kristianisasi merupakan perkara nyata di negara kita. Quran dan hadis membicarakan perkara ini, ISMA cuma menyampaikan dan mengaitkannya dengan realiti.
  • Ia tiada kaitan dengan prosedur yang berlaku dalam mahkamah.

Kenapa label musuh umat Islam, pelampau Kristian, kurang ajar?
  • Label diberikan bukan kepada umat kristian secara keseluruhannya, tetapi kepada pihak tertentu sahaja yang cuba menuntut sesuatu di luar perlembagaan dan peraturan negara kita
  • Kalau orang berterusan mencabar perlembagaan negara kita, tiada istilah tepat buat mereka melainkan pelampau
  • Apatah lagi kalau mereka degil dan berterusan melakukan perkara tersebut dan mengetepikan arahan sultan dan pihak berkuasa, kurang ajar namanya tu
  • Baca: Perkara 11 (4), Perlembagaan Persekutuan
  • Dengan menghormati perlembagaan (peraturan tertinggi di Malaysia), peraturan pihak berkuasa dan keputusan mahkamah, sudah pasti keadaan menjadi aman tanpa perbalahan kaum dan agama
  • Bahkan, 10 Points Agreements untuk Sabah Sarawak itu sendiri bukanlah sesuatu yang termaktub dalam perlembagaan

Definisi Liberal
  • ISMA tidak tenggelam dalam mendefinisikan apa itu liberal, ke mana susur galurnya, siapa tokohnya dll, apatah lagi liberalisme bukannya berasal daripada Islam
  • Isi utamanya, kita mempunyai syariat yang memberikan panduan untuk segenap aspek hidup. Syariat ini datangnya daripada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Menjadikan akal / barat sebagai neraca pertimbangan merupakan kesalahan kerana mereka mempunyai kelemahan yang banyak. Apabila mereka bertembung dengan syariat, syariat perlu didahulukan.
  • ISMA memberi fokus untuk melawan ideologi yang bertentangan dengan syariat
  • Perkaitan pengaruh liberalisme sehingga melahirkan fahaman “Islam Liberal” sudahpun dikaji oleh ramai sarjana. Maka tidak wujud dakwaan ISMA sewenang-wenangnya mengaitkan apa yang berlaku dalam negara ini dengan unsur liberalisme.
  • Baca: Ustaz Hazizi, Pencerahan, Modernisme, Sekularisme, Demokrasi, Liberalisme, Pluralisme: Protes Yang Bertukar Menjadi Agama
  • Baca: Hj Mohammad Ariffin b Ismail, Cabaran Akidah: Pemikiran Islam Liberal

ISMA tidak konsisten dalam isu perlembagaan?
  • Kebebasan beragama tidak bermaksud agama lain juga akan mendapat keistimewaan yang ada pada Islam.
  • Islam perlu diletakkan pada kedudukannya, iaitulah agama yang paling tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya (hadis)
  • Bebas beragama boleh difahami sebagaimana ayat alQuran “Tiada paksaan dalam beragama”. ISMA sendiri tidak bercita-cita memaksa semua rakyat Malaysia untuk memeluk agama Islam.
  • Di sudut lain, Islam dan Melayu mempunyai kedudukan istimewa dalam perlembagaan yang memustahilkan kedudukan dan haknya disamaratakan dengan agama lain. Adil bukanlah bermaksud sama rata, sebaliknya memberikan yang hak kepada yang berhak.
  • Baca: Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan
  • Baca: Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan
  • Jadi, dua isu yang dibangkitkan tersebut merupakan dua perkara yang berbeza.

Artikel Ustaz Hazizi tentang Rahmatal Lil Alamin dan pembahagian masyarakat
  • Serahkan kepada para ustaz untuk menghuraikan konsep tersebut, bukan kepada mereka yang tidak mendalami ilmu diniah dan tabiat gerakan Islam secara mendalam
  • Selain mempunyai ustaz yang berwibawa, ISMA turut dipandu Majlis Ulama ISMA (MUIS) dan Majlis Syura untuk membaca realiti masyarakat dan status Malaysia menurut pandangan syara’.
  • Atas kapasiti ilmu masyarakat awam yang tidak tinggi, pendirian mengenai persoalan mendalam tentang soal tersebut bolehlah disandarkan kepada para ustaz

ISMA terperangkap dalam teori konspirasi?
  • Bahkan strategi mereka dijelaskan tanpa berselindung lagi.
  • Mereka sendiri mendedahkan nama mereka dan bagaimana mereka bekerja
  • Naif jika kita mengatakan tiada agenda penjajahan berlaku pada zaman sekarang
  • Lebih penting lagi, Allah sudah menyebutnya dalam alBaqarah, 2:120. Begitu juga dalam hadis Rasul mengenai lubang biawak, yahudi dan nasrani.
  • Baca: Dr Kamsani Samingan, Demokrasi liberal: Strategi penjajahan baru Barat di dunia Islam
  • Baca: RAND Corporation, Building Moderate Muslim Networks

Liberalisme = Feminisme
  • Sekali lagi, ISMA tidak mahu tenggelam untuk mendalami sedalam-dalamnya susur galur feminisme.
  • ISMA hanya mahu fokus / menarik perhatian pada sisi feminisme yang bertentangan dengan syara’ eg wanita boleh menjadi imam solat bagi lelaki, perkahwinan poligami tidak sah, perkahwinan berbeza agama sah.
  • Baca: Muhammad Ariffin bin Ismail, Gerakan Feminisme, Persamaan Gender Dan Pemahaman Agama
  • Baca: Dr Rafidah Hanim, Gerakan feminisme – Pintu masuk agenda Liberalisasi

Liberalisme = Kebebasan dengan hanya merujuk logik akal tanpa merujuk kepada ulama
  • Jawapan logik mudah, kalau ada orang tersilap memahami agama, mereka perlulah ditegur dan dibetulkan. Kesalahan tak boleh didiamkan atas alasan kebebasan bersuara. Maka di sinilah peranan yang perlu dan sedang dimainkan oleh ulama dan organisasi Islam seperti ISMA
  • Kalau bertembung pandangan syara’ dengan akal, pandangan syara’ perlu diutamakan
  • Baca: Hasan alBanna, Usul 19
  • Tiada masalah jika perbicaraan berkisar ilmu dunia (hadis kamu lebih mengetahui urusan dunia), tetapi ISMA menjadi sensitif jika perbicaraan mengenai syara’ diadakan sesama mereka yang tidak pakar mengenainya (hadis apabila urusan diberikan kepada yang bukan urusannya).

Bekerjasama dengan bukan Islam memperjuangkan keadilan
  • Tahaluf Siyasi telah dihuraikan panjang melalui beberapa siri artikel. Soal utamanya ialah dominasi dalam perkongsian kuasa dengan bukan Islam dan menjatuhkan pemerintahan orang Islam dengan bantuan orang kafir
  • Sekali lagi, perbincangan perlulah berada dalam ruang lingkup konteksnya (mahal anNizak)
  • Baca: Ustazah Norsaleha, Tahaluf siyasi: Hukum & syarat menurut Muhamad Ahmad Rasyid
  • Baca: Ustaz Abdullah Zaik, Siyasah Syar‘iyyah & Tahalluf Siyasiyy Di Malaysia: Satu Analisis Kritikal
  • Baca: Ustaz Sharipudin, Kesan liberalisasi ke atas gerakan Islam di Malaysia

Islam Liberal = Penyokong Ambiga
  • Tak pernah ISMA memberikan persamaan Islam Liberal sebegitu
  • ISMA ambil pendekatan berhati-hati terhadap demonstrasi dan tokoh yang dikehadapankan dalam siri demonstrasi tersebut
  • Baca: Ustaz Abdullah Zaik, ISMA Tidak Tolak Demokrasi
  • Baca: Ustaz Annuar Salleh, Liberalisma jelmaan sekular
  • Baca: Ustaz Fauzi Asmuni, Demonstrasi: Kebebasan bersuara atau jenayah?
  • Baca: ISMAweb, UMNO perlu lakukan transformasi akhlak besar-besaran

Liberal = Mu’tazilah, Golongan Apologis Islam
  • Persoalan yang sama, pendefinisian liberalisme yang ISMA tidak mahu lemas dalamnya. Rujuk isi kandungan sebelum ini: Definisi Liberal
  • Nilai-nilai barat (demokrasi beragama, hak asasi manusia, demokrasi dll) ada batasannya untuk diterima masuk dalam Islam
  • Nilai-nilai tersebut yang perlu mengikut Islam, bukan Islam yang perlu mengikut nilai tersebut (hadis Riyadhus Solihin, Kewajipan Mengikuti Hukum Allah)

Kesimpulan Respons
  • ISMA tidak berdiam diri, bahkan berusaha bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawabnya memberikan pelbagai kajian dan panduan kepada umat Islam tentang bahaya agenda liberalisme yang mencairkan peribadi muslim, terutamanya melalui portal ISMAweb
  • Hanya perlu meluangkan masa untuk membuka arkib lama di web tersebut dan mula membaca dan menilai
  • Dalam masa yang sama, ISMA tidak pernah memaksa umat Islam khususnya ahlinya untuk menerima perkara tersebut bulat-bulat atau menghalang mereka untuk mengkaji lebih lanjut mengenai perkara tersebut
  • Pokok utamanya: umat Islam perlu terus berpegang teguh dengan Islam dan menjauhi pengaruh liberisme dalam masyarakat



Jawapan oleh
Faqih Ahmad Shuhaili
ISMA UK-Eire
Membangun Umat Beragenda

12 comments:

  1. Jelas dalam Sinar Harian, pengarang menyatakan Dr Asri seorang liberal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seems that some people is always trying to divert the issue...sudah2lah....semua org yang membaca sinar nampak begitu...typical ahli yg mengikut

      Delete
    2. Keadaan menjadi lebih buruk dan rumit apabila terdapat para ‘cendiakawan @ ulama’ bersifat ‘ solo’ yang sepatutnya memimpin umat Islam dengan ilmu pula mengajar rakyat dengan memakai fikrah fahaman liberal yang sifatnya asing dan mengelirukan, terpisah daripada konteks gerakan pembangunan dan taghir (perubahan) masyarakat Islam.

      ‘Ulama’ ini membuat rakyat umum menjadi bertambah liberal dan sekali gus dalam masa yang sama dia menjadi popular, dipuji musuh dan mendapat liputan media liberal.

      Kalau betul mereka itu cendiakawan atau ulama, mereka patut membuat pendirian untuk membenteng akidah umat Islam, Dr Asri mantan Mufti Perlis adalah antaranya!

      Delete
    3. Jwpn pysing balik. Isma x label begitu, tp editor sinar harian ckp gitu. Hence, the blame goes to SH.

      Isma x bertanggungjawab dgn apa yang ada di media. Tugas isma adalah membenteng akidah umat melayu Islam malaysia.

      Delete
    4. Anon 2- Jadi apa beza Ustaz Hazizi sebagai ahli majlis syura ulama' isma dalam membuat kenyataan mengenai PAPISMA? Tidakkkah dia juga bersifat solo? Dah tengok screenshot Dr Syed Khaliq kat facebook?

      Anon 3-kalau kesalahan hanya diletakkan kepada editor Sinar Harian pula, ini tidak berwibawa. Layak siar di ismaweb saja.

      Delete
    5. Kepada Anonymous 5:32 AM

      Sinar Harian ambil sebijik dari ismaweb tanpa edit

      http://www.ismaweb.net/v4/2014/02/bolehkah-najib-anwar-jaga-akidah-rakyat/

      Delete
  2. Ada banyak deduktif perlu dibuat berdasarkan tiga perenggan yang panjang tersebut. Orang yang tergesa-gesa buat kesimpulan sahaja yang akan katakan sebegitu. Ini yang saya maksudkan dengan tidak jelas. Wallahu a'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah. Semua manusia selain ahli isma tidak tahu berbahasa melayu yang betul. :)

      Delete
    2. Saudara Faqih ni dah bertanya pada pengarangnya belum?
      Mana tahu, mungkin boleh kongsikan maksud sebenar agar manusia yang membaca tulisan ilmiah saudara ini tidak lagi membuat deduktif yang salah.

      Delete
  3. Mudah saja kalau nak tahu pendirian ISMA dalam banyak isu. Kenapa main-main pilih saja, marah/tidak setuju kalau mana-mana pimpinan ISMA komen terhadap seseorang tokoh pujaan hati? Ramai yang menggunakan status Anonymous ni untuk menulis komen-komen di sini tak berani nak dedahkan identiti sendiri ke? Atau tersngat malu nak nyatakan pendirian sendiri? Pengarang telah membalas balik apa yang ditulis oleh orang lain terhadap ISMA, sekali dengan rujukan-rujukan yang boleh dicari dari laman web ISMA atau link-link lain. Malas nak baca, atau seronok nak main tembak saja? Kenapa tak tanya sama ada pengarang telah bertanya sendiri secara peribadi (face to face) kepada mana-mana pimpinan ISMA yang kononnya "melabel" mana-mana tokoh tersebut?

    ReplyDelete
  4. Tahniah Saudara Faqih atas penerangan yang memuaskan. Saya kira respon yang sebegini sangat baik, menyediakan ruang rujukan untuk kita membuat perbandingan sendiri terhadap perkara yang diperkatakan. Teruskan usaha memberi kefahaman. Moga Allah merahmati.

    ReplyDelete
  5. Mantap akhi Faqih. Lama x berkunjung blog faqih. Baru terjumpa artikel ni..hoho

    ReplyDelete

Labels