Sunday 30 May 2010

Walimatul-Urus Kapt Ahmad Muadz

Entri kali ini merupakan copy n paste daripada blog seorang ikhwah, Akh Rizal
bersempena Majlis Perkahwinan abang saya. Tak sempat nak buat sendiri: Off ke Btn Isnin hingga Jumaat ini.

Kesiapan adalah perpaduan harmonis antara pekerjaan akal, hati, dan anggota tubuh. Tidaklah seseorang dikatakan siap melakukan sesuatu sebelum akal, hati dan anggota tubuhnya menyatakan kesanggupan.-Di Jalan Dakwah Aku Menikah, Cahyadi Takariawan
"Sebenarnya aku dah bertunang semasa Hari Raya hari itu!" Muadz membisik perlahan, kala berkongsi mencubit ayam goreng KFC di dalam bilik kami.

"Uit!!" saya sedikit melatah. Kening saya terangkat sedikit tanda terkejut.

Muadz senyum sahaja, mempamer wajah tenang.

"Dengan siapa?" saya menimbulkan teka-teki.

"Dengan Wan Faridah..." Muadz membalas.

Saya mengendurkan sedikit wajah. "Oh, baguslah. Wan itu pun aku tengok baik orangnya."

dingin,

Dingin air-cond kereta Mohd Faisal sedikit meresap ke segenap kulit. Saya mengusap-usap lengan dengan tujuan memanaskan badan. Saya merenung jauh ke hadapan. Perjalanan kami ke walimatul urus Ahmad Muadz dan zaujahnya di Gemenceh ditemani banyak kereta mengisi lebuh raya. Almaklumlah cuti sekolah, kenduri kahwin berlangsung merata-rata. Sempat juga berpapasan dengan satu-dua kemalangan. Ternyata peringatan tentang kematian itu tetap ada di mana-mana.

Dialog di atas menggamit nostalgia saya beberapa bulan yang lepas. Kala itu saya dan Muadz masih lagi bertitle-kan Pegawai Kadet. Ternyata pertunangan ini amat dirahsia, hanya mereka yang terdekat sahaja mengetahui. Itulah yang lebih baik sebenarnya. Langsung, apabila Ahmad Muadz mengumumkan walimahnya ramai yang melahirkan rasa tidak percaya.

"Nak kahwin? Awalnya? Dengan siapa? Bertunang tidak diberitahu pun?"

Saya dihinggapi persoalan ini kala mengedarkan jemputan walimatulurus beliau. Maaf, jika ada yang terasa hati. Saya menjaga amanah sebenarnya. Sesuai dengan fikrah yang saya pernah nyatakan sebelum ini. Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan seperti mana perkahwinan. Kerana setiap sesuatu nikmat manusia itu, ada yang mendengkikan. Namun, ianya terletak pada budi bicara keluarga masing-masing sekiranya ada kehendak yang memerlukan.

Hari bersejarah buat teman.

Alhamdulillah, majlis berlangsung sempurna. Majlis ringkas dan sederhana. Dihadiri juga ramai teman-teman. Saya tidak berniat untuk menulis panjang, kerana di sini saya hanya mahu berkongsi gambar. Saya pasti, bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir. Gambar-gambar ini bisa menyenangkan kalian.

Selesai majlis akad nikah, cincin disarungkan ke jari. Tanda sedianya zauj memikul amanah membimbing zaujahnya ke arah Redho Allah Taala.


Syurga itu di bawah telapak kaki suami. Senyum dan steadylah Muadz!

Sempat berposing, mahu membenarkan kata syariat bahawa bercinta selepas kahwin itu lebih indah dan manis sebenarnya.

Keluarga Ahmad Muadz. Bro Fadzil(dua dari kanan) buat-buat muka tidak bersalah. "Sori bro, lambat sangat menunggu, adik langkah bendul dululah ye!"-Jangan Marah Akh Fadzil(",)

Kawan-kawan seperjuangan yang sempat hadir menyaksikan berlangsungnya pernikahan.

Sempat membuat rehearseal upacara sword bearer sementara menunggu masuk waktu zuhur.

Pengapit yang Macho!....erk. Kipas laju sikit bro, pengantin dah berpeluh-peluh itu!

Selamat berbahagia Muadz dan Wan!

Antara teman-teman yang hadir memberikan penghormatan kepada x-Best Cadet Army ini.


Sayonara zaman bujang!

Thank You Skuad!

Seri pengantin...

Mini gathering ATMA intake 10.

Kapten Ahmad Muadz bin Ahmad Shuhaili RAMD dan zaujahnya Kapten Wan Faridah binti Omar KJLJ

Diucapkan selamat berbahagia kepada kalian. Ingatlah perkahwinan adalah kontrak sosial yang terkandung ibadah dan harapan umat di dalamnya. Bahawa visi membentuk masyarakat yang mawaddah wa rahmah lahir dari ibadah mulia ini. Semoga kamu dikurniakan zuriat soleh dan solehah yang dilahirkan zaman bagi menyelesaikan masalah umat pada zaman tersebut.
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ
“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan memberkahi (pernikahan)mu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.”

MS Rizal,
32100, Lumut,
30 Mei 2010/1431H

Sila-sila la pulak datang ke Seri Manjung, Hari Sabtu ini: 5 Jun 10
Owh, aku lima tahun terkebelakang rupanya...
=)

Thursday 27 May 2010

Perbezaan Pendapat

Berkeraslah, Kelak Anda akan Dikalahkan

Dalam hidup kita, memang ada macam-macam pendapat. Kata seorang kawan saya, inilah yang menjadikan dunia ini berwarna warni macam pelangi. Kalau hitam putih je, pastinya membosankan, katanya lagi.

Solat Isya
Kenapa masih di Food Court ni makan-makan? Orang dah azan tu, kena solat awal waktu
Solat Isya’ lebih afdhal dilewatkan sedikit ke tengah malam

Ikhtilat
'Jarak selamat' ikhwah akhwat tu 'sekian-dan-sekian'
Walaupun duduk dekatpun, kami ni bukannya bersentuh pun

Barang Boikot
Barang yang diboikot hendaklah tidak dimakan, walaupun hadiah daripada orang lain
Kalau dah orang bagi hadiah, apa salahnya kalau nak gunakan barang boikot tu

Puasa
Berpuasa Isnin dan Khamis tu mesti istiqamah, walaupun time exam. Jihadnya lagi besar.
Sedangkan time perang Badar pun, siapa kata sahabat-sahabat itu berpuasa wajib?

Halaqah / Meeting
Halaqah, especially syura gerak kerja mestilah serius, jangan makan-makan / gelak-gelak
Apa salahnya gelak / makan time meeting. Kami boleh je fokus, bahkan lebih fokus

Reformasi dari Dalam Organisasi
Selemah manapun sesebuah organisasi tu, janganlah ditinggalkan. Cuba baiki dulu.
Kapal dah bahaya, nak karam, tinggalkanje la. Kita kena selamatkan diri kita dulu.

Taghyir / Perubahan
Kita mestilah follow Maratib Amal sebagaimana Imam as Syahid HAB buat
Apa salahnya kalau nak berstrategi dan ubah sikit Maratib Amal tu

Dan macam-macam lagi contoh situasi sebenar dalam hidup kita.


Lain orang, lain gaya berfikirnya. Hormatilah antara satu sama lain. Melainkan dalam hal-hal prinsip, kita perlu ada sikap keterbukaan. Jangan dijumudkan sesuatu hal itu pada sesuatu perkara.

Berlapang dadalah. Jangan iri hati. Jangan merendah-rendahkan mahupun menghina mereka yang tidak sependapat dengan kita. Dan jangan pula sampai terkeluar perkataan: “Compare dengan kau, kami lebih wara’, kami lebih fleksibel, kami lebih beriman, kami lebih Ikhwan, kami lebih meyakinkan, dan macam-macam lagi kami lebih ...”

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ
Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok)...
[al Hujurat, 49:11]

Tuesday 25 May 2010

Experience is the Best Teacher

Saya suka quote tu, dan saya selalu menggunakannya dalam tulisan / percakapan saya. Semalam, hati saya ditenangkan selepas memikirkan semula quote ini. Dan saya akui, experience memang cikgu yang terbaek.

Apa yang saya tahu, banyaknya pengalaman yang diperolehi, bertitik tolak daripada ramainya orang yang kita jumpa. Macam-macam orang, macam-macam ragam, macam-macam peristiwa. Kepelbagaian pengalaman ini akhirnya akan membuka minda kita untuk memahami kekusutan dalam dunia ini. Bahkan jua kekompleksan dunia tarbiyyah!


Ketika mabit terakhir di Kmb dulu, saya ulang sekali lagi quote ini. Di samping itu, saya hadiahkan kepada mereka TiGuide [Tarbiyyah Instrument] sebagai panduan mereka menggerakkan dakwah dan tarbiyyah di sana. Saya ingat, mereka mudah belajar berdasarkan pengalaman-pengalaman saya di sana. Tetapi, murabbi saya akhirnya menyedarkan saya melalui pengalamannya, bahawa tarbiyyah itu sendiri merupakan pengalaman. Anda boleh membukukan pengalaman / guideline tarbiyyah anda, ternyata yang mengesankan hati mereka bukanlah guideline berdasarkan pengalaman anda, tetapi yang akan mematangkan mereka adalah pengalaman diri mereka sendiri sepanjang terlibat dalam tarbiyyah tersebut.

Dia ulang sekali lagi dalam wida kami yang terakhir [last of the last]. Katanya, walaupun kita datang semua halaqah, attend semua daurah, hidupkan semua mabit, itu semuanya belum cukup. Pengalaman kita selamanya tidak mencukupi. Apatah lagi, bagi mereka yang escape halaqah, escape daurah, escape mabit: Pengalaman anda lagilah tidak cukup untuk mendewasakan anda. Bahkan, Kmb sendiri bukanlah medan yang cukup dengan pelbagai pengalaman. Jauh daripada tidak cukup! Kerana itulah, kita perlu grab dan menghayati setiap perkara yang berlaku agar kita memperolehi pengajaran daripadanya.


Ya, betul: Saya boleh mendengar pengalaman mereka yang senior dalam jalan ini berhari-hari, tetapi akhirnya yang akan mematerikan pengajaran sepanjang perjalanan saya atas jalan ini pastinya pengalaman itu.


قُلْ سِيرُوا فِي الأرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ
Katakanlah: "Adakan perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu...
[ar Ruum, 30:42]

Kini, pengalaman di Kmb sudah berlalu. Pengalaman bercuti di rumah berulang. Pengalaman di oversea masih belum dirasai.

Percayalah jua dalam tarbiyyah ini, pengalamanlah yang akan menjadi silibus kebanggaan anda! Setinggi manapun anda, anda belum cukup tinggi seandainya anda tidak ditinggikan oleh pengalaman anda sendiri.

Ayuh, jangan rasa berat, jangan rasa malas mencari pengalaman tarbawi!

Hikmatu as Syuyukh, Hamasatu as Syabab!

Sunday 23 May 2010

Facebook 20 Mei

Stop breaking, burning, and screaming.
Start building, learning, and calling.

Antara yang Terbaru: Event di Facebook 20 Mei dulu, menggalakkan orang melukis gambar Nabi Muhammad Saw. Persoalannya, apa respons kita seterusnya, apabila berulang lagi event-event seumpama ini?

1. Jangan Terkejut Beruk sehingga Menjejaskan Tahap Emosi dan Intelektual Anda.
Bahkan sudah dikhabarkan Allah awal-awal lagi, akan sentiasa ada golongan yang tidak berpuas hati terhadap agama Islam. Perlukah kita mempertahankan baginda? Ya. Bagaimana? Dengan menyampaikan risalahnya, di samping menceritakan sirah-sirah baginda. Bahawa baginda bukanlah seperti yang mereka sangka-sangkakan, sebaliknya sirah baginda membuktikan bahawa bagindalah [Laala Khuluqin Azim]

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
[al Baqarah, 2:120]

2. Jika ingin membalas, balaslah sebagaimana yang baginda perintahkan kepada kita.
Dah lama penghinaan ini berlaku. Dan ia akan terus berlaku. Muhammad dipanggil Mudzammmam [Yang tercela], Assalamualaikum menjadi Assamualaikum [Kematian ke atas kamu]. Apa tindakan baginda? Dengan coolnya, baginda menjawab “Waalaikum”. Jika baik respon kita, beransur baiklah isu ini. Jika kasar respon kita, betambah rumitlah isu ini. Jangan sampai celaan dan kutukan itu mengurangkan kredibiliti diri kita, selain meruntuhkan imej agama kita.

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
[an Nahl, 16:125]


3. Terus bekerja untuk Islam dengan memaparkan contoh dan imej yang baik kepada setiap manusia.
Biarkan amal yang berbicara. Daripada bersikap terlalu risau dan takut dengan penghinaan seperti ini, baiklah kita memfokuskan kerja, masa, tenaga dan pemikiran kita untuk bekerja untuk Islam. Jauh lagi perjalanan Maratib Amal kita, jangan kerana perkara ini, terlari fokus utama kita. Kemuliaan agama ini dan ummatnya, hanya Allah yang menentukan. Yang penting, kita perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
[ar Ra’d, 13:11]


... dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. [25:63]

Friday 21 May 2010

Ujian: Lalai dan Takhta

Dunia ibarat air laut Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana Indah di mata namun tiada

Ingat:
Apabila kita lalai daripada urusan akhirat,
Dunialah akan bertakhta di hati kita.

Apabila kita lalai daripada urusan dunia,
Akhiratlah akan mewarnai hati kita

Soalnya: Apa yang akan bertakhta di hati kita sepanjang waktu cuti kita berbulan-bulan ini? Di sinilah ujian bagi iman kita yang seterusnya...

تِلْكَ الدَّارُ الآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الأرْضِ وَلا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ
“Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.’
[al Qasas, 28:83]

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kita akan diuji keimanan kita pada waktu cuti ini
Ayuh mulakan taktik seranganmu. Jangan diabaikan pula langkah pertahananmu.

Oatmeal

Monday 17 May 2010

Mata Hati

Pandangan Mata Selalu Menipu 
Pandangan Akal Selalu Tersalah 
Pandangan Nafsu Selalu Melulu

Orang yang sudah mempunyai ketajaman mata hati,
• Tak mudah tersinggung dengan kata-kata kasar orang lain
• Tak mudah marah ketika orang menyindir dirinya
• Tak mudah sakit hati ketika orang lain menghinanya
• Tak mudah dendam ketika dikhianati orang lain
• Tak mudah marah-marah bila menemukan sesuatu yang tak berkenan di hatinya
• Tak mudah menyalahkan orang lain ketika sesuatu menimpa dirinya
• Tak mudah mencari “kambing hitam” atas kesalahannya sendiri
• Tak mudah sakit hati bila ditinggal pergi orang yang dicintai
• Tak menyerah bila sesuatu yang dicita-citakan tak tercapai
• Tak mudah mengurung diri bila dijauhi
• Tak mudah melarikan diri bila ujian datang menghampiri
• Tak mudah putus asa bila harapan tak sesuai dengan kenyataan

Yang ada di hati dan lisannya adalah tetap pujian untuk-Nya
Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah.

Sumber: Eramuslim.com [Oase Iman]


Dunia di Mata Hati

Pandangan Hati itu Yang Hakiki Kalau Hati itu Bersih

Saturday 15 May 2010

Anda Tahu, Sedar, Kecewa dan Peduli?

Palestine you will regain your land Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again And filled with the worship of Allah

Anda Tahu?
• Union Jack pernah diturunkan di Palestin, lalu digantikan dengan “The Star of David”.
• Perdana Menteri Israel yang pertama ialah David Ben Gurion.

Anda Tahu Bilakah Peristiwa ini Berlaku?
• 62 Tahun yang Lepas
• 14 dan 15 Mei 1948
• Mengikut Versi Encik Wiki: 1948 – David Ben-Gurion publicly read the Israeli Declaration of Independence at the present-day Independence Hall in Tel Aviv, officially establishing a new Jewish state in parts of the former British Mandate of Palestine.

Anda Sedar?
• Anda dipaksa untuk menerima peleburan konsep ummah dan digantikan dengan konsep negara bangsa 'nation state'
• Namun, dalam masa yang sama Allah mengatakan bahawa kita merupakan ummatnya yang satu? [al Anbuya’, 21:92]
• Musuh Islam melakarkan sempadan-sempadan politik yang 'palsu' sehingga wujudlah 67 negara bangsa yang kadang-kadang hanya dipisahkan oleh garisan lurus yang dilukis dengan pembaris
• Malaysia dan Indonesia juga dipisahkan di peringkat awal lagi oleh satu garisan lurus yang merentas Selat Melaka pada tahun 1824 hasil persetujuan British dan Belanda.
• Palestin di kelilingi oleh negara-negara Arab-Islam yang kaya raya dengan hasil petroluemnya tetapi seolah-olah mandul tidak dapat berbuat apa-apa.


Anda Kecewa?
• Rakyat Gaza berhadapan dengan sekatan bahan api, bekalan elektrik di potong, tidak ada barangan yang boleh di bawa masuk atau keluar, terputus bekalan ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas yang lain, bahkan bekalan klorin untuk merawat air minuman juga dinafikan kepada mereka.
• Pesakit-pesakit meninggal semata-mata kerana hospital tiada bekalan elektrik dan tidak dapat membekalkan ubat-ubat untuk peyakit kronik seperti pesakit buah pinggang, kencing manis dan kanser.
• Apabila penduduk Gaza merobohkan tembok sempadan di Rafah, Mesir untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan mereka, sempadan tersebut ditutup semula atas arahan Israel.

Anda Peduli?
• Rasulullah SAW memberi khabar gembira tentang satu kelompok yang terus berjuang dan mereka tidak mungkin dikalahkan oleh musuh-musuh mereka sehinggalah Allah memberi kemanangan kepada mereka.
• Apabila sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW di manakah mereka itu, dijawab oleh Nabi 'mereka itu berada di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis'.

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang bersama berjuang untuk membebaskan bumi Palestin, tanah suci umat Islam dari penjajahan musuh. Ameen Ya Rabuul Alaamin

Modify: Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Thursday 13 May 2010

Ada Yang Kuat, Ada Yang Lemah

Kalau tak kuat, jangan pulak lembik selembik-lembiknya.
Kalau dah kuat, jangan perasan diri tu kuat sangat.

Approach (uslub) dakwah pelbagai. Semuanya memberi nilai tambah bagi dakwah.

Cuma dalam dakwah, ada yang dinamakan amalan nilai tinggi (amal qawiy) dan juga amalan nilai rendah (amal dhaif).

Contoh amal qawiy ialah dakwah fardiah yang membawa kepada pembinaan qaidah sulbah (kader inti) melalui sarana-sarana tarbiyah yang ditetapkan. Yang mana proses takwin dapat dipantau dan ditingkatkan.

Contoh amal dhaif pula ialah ceramah-ceramah umum, menulis blog, facebook dan pelbagai lagi yang seangkatan, yang berfungsi sebagai nasyrul fikr (menyebarkan fikr) di mana kita tidak dapat memantau dan meningkatkan audiens kita ke tahap qaidah sulbah.

Kedua dua amalan ini saling melengkapi, tidak berseberangan. Cuma sahaja, di dalam kehidupan dakwah kita, kita harus menumpukan perhatian kita lebih kepada amal qawiy tersebut.

Sebagai sebuah jemaah dakwah, boleh dinisbahkan, yang paling ideal ialah 70% amal qawiy dan 30% amal dhaif.

Wallahua'lam.

Edit daripada: Abu Humaira @ Halaqah-Online.com

"Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila berkerjasama, semua jadi mudah"

Berbaki 2 paper lagi. Doakan terus smooth. Iman lebih terjaga.

Monday 10 May 2010

Kisah Dua Orang Ikhwah.

Kisah dua orang Ikhwah yang Suka Berdebat. Debat bahagian lain boleh dilihat di [Halaqah-Online.com]

Sa’id: .. Tak ada apa-apa akhi, hanya ana memikirkan masalah Ummat. Bagaimanakah harus ana lakukan sesuatu agar Ummat ini kembali kepada agama yang syumul. Akhi, jom makan, anta belanja ana ... ok tak?

Samad: Oh makan... Tak nak lah ana belanja anta.

Sa’id: Tapi ni kan ana yang ajak anta makan... Tak apa lah sekali sekala anta belanja ana, memberi minum pada orang yang sedang menuntut ilmu tu kan besar ganjarannya. Inikan pulak belanja makan nasik beriyani lauk ayam tandoori.

Samad: No way man, anta telah menggunakan dalil untuk kepentingan diri sendiri. Ana kasi flykick nak.

Sa’id: Bukan untuk kepentingan ana je akhi, untuk anta jugak, pahala dan ganjaran untuk anta di sisi Allah SWT... Amacam?

Samad : Oo, betul juga, apa kata ana belanja anta, anta belanja ana, dua-dua dapat pahala. Dah sudah debat. Jom, jangan selalu banyak hujah, kita kena terus beramal. Jom la, mu duk wak gapo lagi itu ya akhi. Cepat la....

Sa’id: Wah, bijaknya anta....

Thursday 6 May 2010

Business dan Dakwah

Akhirnya, selesai satu pertiga IB
Doakan yang terbaik untuk kami dalam exam yang masih berbaki ini

Kerana business dan dakwah itu sudah tidak dapat dipisahkan
Maka jangan dibakar kitab-kitab Business and Management Paul Haong itu
Jangan dilupakan teori-teori yang telah diajarkan oleh cikgu-cikgu
Jangan dibuat macam tak pernah tahu ilmu sebegitu

Bized

Kerana
Jika anda hebat dalam business, boleh score 6 atau 7
Anda juga hebat dalam dakwah dan tarbiyyah
Jika anda seorang Faqih yang memahami!

Khiaruhum fi al Jahiliyyah Khiaruhum fi al Islam
Iza Faqahu / Faqihu [HR Bukhari]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,
[as Saff, 61:10-11]

Siapa yang dah tak nak tengok Buku Paul Haong tu, boleh la bagikan kat aku yer.

Saturday 1 May 2010

Memoir Ukhwah Kita

Kerana hidupnya kita atas muka bumi ini, bukan sekadar untuk berukhwah semata.

Bingkisan Liqa Wida’ 30 Apr 2010.


Akh,
Ternyata antum telah menjadi seorang murabbi yang hebat. Disiplin yang antum selalu titikberatkan, jenaka antum yang selalu merehatkan, pengalaman antum yang menginspirasikan, mudah-mudahan berjaya membentuk kami untuk menjadi binaan yang lebih hebat dan berkualiti, seteguh [Bunyanun Marsus] selain berjaya mewarnakan kebersamaan kita. Seindah pelangi!

“Mudah mudahan, kelemahan-kelemahan ana tidak diwariskan kepada mutarabbi mutarabbi ana”. Masya-Allah, begitulah selayaknya pengalaman antum menjadi pengajaran buat kami. Agar kami berterusan belajar dan belajar, berjuang dan berjuang serta bersemangat dan bersemangat di jalan ini.

Ikhwah seperjuangan
Ingat, apa yang diberikan Allah kepada kita, yang namanya ukhwah itu tidak lain merupakan hasil nikmat yang Allah kurniakan. [Wazkuru Nikmatallahi Alaikum] dan [Faasbahtum Bini'matihi Ikhwana], sebagaimana yang disebutkan dalam [ali Imran, 3:103] akan selamanya menjadi bukti nikmat Allah kepada kita. Antum telah akui, ketika nyaris sahaja kita tergelincir ke jurang neraka, ternyata dengan ukhwah itu menyelamatkan kita agar tidak berterusan berada di [Syafa Hufratin Min an Nar] itu. Mari kita terus memperjuangkan agama ini, agar dapat menyelamatkan lebih ramai orang yang lain daripada terjatuh ke dalam jurang tersebut.  Kerana hidupnya kita atas muka bumi ini, bukan sekadar untuk berukhwah semata.

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
[ali Imran, 3:103]

Ikhwah seperjuangan
Ingat, dakwah itu bukan untuk orang yang manja. Bukan untuk orang yang malas. Bukan juga untuk orang yang banyak beralasan. Oleh itu, berjiwa besarlah. Janganlah hal-hal yang remeh meranapkan cita-cita kita yang besar, tidak lain dan tidak bukanlah untuk bertemu dengan figur yang kita cintai, Rasulullah. Meskipun pencarian amal unggulan kita masih belum terlihat kelibatnya.

Dari itu, ayuh, besarkanlah mujahadahmu itu!

Kini dengarkanlah Dendangan lagu tanda ikatanku Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan Bersimpul padu


Pray for us, especially ikhwah di Kmb ni, agar mendapat keputusan yang cemerlang (Honour Roll) dalam peperiksaan IB yang tinggal 3 hari lagi ni. Agar menjadi qudwah buat yang lain.

Labels