Saturday, 1 May 2010

Memoir Ukhwah Kita

Kerana hidupnya kita atas muka bumi ini, bukan sekadar untuk berukhwah semata.

Bingkisan Liqa Wida’ 30 Apr 2010.


Akh,
Ternyata antum telah menjadi seorang murabbi yang hebat. Disiplin yang antum selalu titikberatkan, jenaka antum yang selalu merehatkan, pengalaman antum yang menginspirasikan, mudah-mudahan berjaya membentuk kami untuk menjadi binaan yang lebih hebat dan berkualiti, seteguh [Bunyanun Marsus] selain berjaya mewarnakan kebersamaan kita. Seindah pelangi!

“Mudah mudahan, kelemahan-kelemahan ana tidak diwariskan kepada mutarabbi mutarabbi ana”. Masya-Allah, begitulah selayaknya pengalaman antum menjadi pengajaran buat kami. Agar kami berterusan belajar dan belajar, berjuang dan berjuang serta bersemangat dan bersemangat di jalan ini.

Ikhwah seperjuangan
Ingat, apa yang diberikan Allah kepada kita, yang namanya ukhwah itu tidak lain merupakan hasil nikmat yang Allah kurniakan. [Wazkuru Nikmatallahi Alaikum] dan [Faasbahtum Bini'matihi Ikhwana], sebagaimana yang disebutkan dalam [ali Imran, 3:103] akan selamanya menjadi bukti nikmat Allah kepada kita. Antum telah akui, ketika nyaris sahaja kita tergelincir ke jurang neraka, ternyata dengan ukhwah itu menyelamatkan kita agar tidak berterusan berada di [Syafa Hufratin Min an Nar] itu. Mari kita terus memperjuangkan agama ini, agar dapat menyelamatkan lebih ramai orang yang lain daripada terjatuh ke dalam jurang tersebut.  Kerana hidupnya kita atas muka bumi ini, bukan sekadar untuk berukhwah semata.

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
[ali Imran, 3:103]

Ikhwah seperjuangan
Ingat, dakwah itu bukan untuk orang yang manja. Bukan untuk orang yang malas. Bukan juga untuk orang yang banyak beralasan. Oleh itu, berjiwa besarlah. Janganlah hal-hal yang remeh meranapkan cita-cita kita yang besar, tidak lain dan tidak bukanlah untuk bertemu dengan figur yang kita cintai, Rasulullah. Meskipun pencarian amal unggulan kita masih belum terlihat kelibatnya.

Dari itu, ayuh, besarkanlah mujahadahmu itu!

Kini dengarkanlah Dendangan lagu tanda ikatanku Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan Bersimpul padu


Pray for us, especially ikhwah di Kmb ni, agar mendapat keputusan yang cemerlang (Honour Roll) dalam peperiksaan IB yang tinggal 3 hari lagi ni. Agar menjadi qudwah buat yang lain.

6 comments:

  1. akh..tinggal selangkah lagi untuk menuju satu medan yang lebih mencabar,persiapkanlah diri insyaAllah.

    tapi..jangan lupa ziarah2 kami nanti,tanda ukhwah sejati~

    ReplyDelete
  2. ---> ibnu ghazali
    Trailers of my future lives there have been released. Quite aanxious, Huhhu.

    Mudah-mudahan persiapan mencukupo. Berdebar-debar juga melihat masa depan nanti. Dengar ceritanya, lebih menterujakan di samping lebih dengan mehnah dan ujian.

    Doakan!

    InsyaAllah, ada peluang berziarah, ana akan ke sana. Ukhwah sejati~ Amin.

    ReplyDelete
  3. benar,disiplin yg sangat tinggi diperlukan untuk menjadi dai'e yang berkualiti sekaligus untuk mencapai syurganya yang tertinggi,ingatlah penapisan Allah itu sentiasa berlangsung setiap masa untuk menguji hambaNya yang benar2 beriman dan benar2 bertekad di atas jalanNya,semoga istiqamah.Salam perjuangan!

    ReplyDelete
  4. Mudah-mudahan, bukan diri kita yang akan menjadi residue, sisa-sisa yang menunggu masa untuk dibuang.

    Bahkan, biarlah kita yang menjadi filtrate solution, terlarut bersama-sama nilai Islam

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Post 2 dalam 1

    Sempena Persaraan Ustaz Sulor dan Liqa Wida kami di Kmb
    Dua-duanya sangat special bagi ikhwah di Kmb
    =)

    ReplyDelete

Labels