Friday, 24 September 2010

Perang Melawan Allah. Nak?

Tiga kali ulang alik untuk buka akaun. Nice.
Penat juga asyik-asyik  jalan kaki awal2 ni.


Is my accaunt an Islamic one? No.
Can you please make it an Islamic. Yes.
=)
Ramadan dah selesai. Yang dah graduate, sampai sekarang dia langsung tak sedar, sama ada dia telah menepati target yang disasarkan untuk menjadi student-Nya yang bertaqwa, ataupun belum, kerana dia masih lagi perlu terus menjaga reputasinya secara berterusan.

Checklist yang telah dibuat, jangan diberhentikan apabila Ramadan telah selesai. Teruskan. To-do-list yang tidak selesai-selesai, perlu juga dihabiskan dengan semangat tambahan. Entri kali ni hanya nak kongsi tentang to-do-list saya untuk Ramadan yang lepas. List adalah buat sikit-sikit. Alhamdulillah, sebahagiannya dapat diselesaikan dengan jayanya.

Salah satunya nak dapatkan ilmu asas mengenai kewangan Islam. Rujukan saya kebanyakannya daripada ustaz Zaharuddin: artikel di laman web dan rakaman video ceramahnya. Lagipun, ada banyak rakaman siaran di Tanyalah Ustaz, al Kuliyyah tv3 dan tv9 selain majalah dan buku-buku. Jadi la, sementara belum jumpa lagi ustaz untuk belajar depan-depan mata.
Ringkasnya, isu ini bukan isu boleh dipandang ringan, terutamanya bab riba / interest. Imam al Qurthubi pernah menulis mengenainya “Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364)

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
[al Baqarah, 2:279]


Macamane boleh tertarik untuk mempelajari tajuk ini, ia bermula dengan TER. Terbuka tv dengan sengaja, lalu tertengok siaran ulangan Tanyalah Ustaz TV9, lalu terduduklah di atas kerusi kerana berminat dengan cara ustaz memberi penerangan. Sebelum ni, memang langsung tak berminat nak baca tentang muamalah dalam Islam ni. Nampak je artikel, terus skip, tak nak baca. Jadi, kepada yang tak pernah berminat nak tau tentang isu ini, pandai-pandailah mencari ter-ter yang sesuai

For me, it needs a kickstart. Really.


Pandanglah duit raya itu betul-betul

11 comments:

  1. riba sangat berleluasa di malaysia, no doubt about it

    ReplyDelete
  2. apa lagi
    tukar course la,
    ambik economics mcm ana
    he he

    ReplyDelete
  3. klu blaja overc? kita buka bank account, setiap thun duit riba' masuk..camne?

    ReplyDelete
  4. perlu dikurangkan keleluasaannya
    masih jauh kita di belakang

    ReplyDelete
  5. Ada jer bank yang boleh kita buka islamic account. Cari la.
    Kalau xde gak islamic account, duit riba tu perlu dilupuskan.

    ReplyDelete
  6. he he
    praktikal sungguh cara tu =)

    ReplyDelete
  7. Camne nak dilupuskan ea? Klu kita transfer interest tu ntuk buat masjid bule tak? mksdnya, kita g kt bank ckp kat dia suh transfer interest tu masuk akaun buat masjid..ataupun kena bakar jer duit tu? huhuhu...

    ReplyDelete
  8. He is not entitled to anything more than his capital, and whatever is greater than his capital he must spend it on charitable causes.
    http://islamqa.com/en/ref/35726/

    The way to repent from acquiring haraam wealth is to get rid of it, and to spend it on charitable causes, which include building mosques.
    http://islamqa.com/en/ref/75410

    Wallahualam.

    Macam dah tau jawapan jer Amilin, hehhe

    ReplyDelete
  9. aik? camne tau nama sebenar nie? kantoi pula..

    ReplyDelete
  10. Dah letak nama KA, xde sape lagi KA yang ada kat sini.
    Cuba le letak nama IKA ker, baru la konfius sket :D

    ReplyDelete
  11. hahaha nice betul..

    (btw, ad org bg sggestion, so konfemkn jwapan kat sini. ihik3..)

    (n_n)v

    ReplyDelete

Labels