Monday, 27 September 2010

Muhasabah Pertama

Kerana Allah yang kami sembah di sini tetap Allah yang sama
Syaitan dan gengnya di Malaysia, tetap ada networknya di mana-mana

Cikgu BM Kolej kami dah pesan dulu, sebelum pergi belajar oversea, download azan awal-awal di Malaysia. Baru aku tahu kenapa. Masjid memang jauh dari sini, dan dorang tak guna mikrofon macam di Malaysia yang boleh dengar azan berkilometer jauhnya. Alhamdulillah, bermula dua hari lepas akhirnya dapatlah kami mendengar azan berkumandang dalam rumah kami. Tak perlu download susah-susah di rumah Zakwan (yang jadi transit n lepak-lepak kami), tapi kami sendiri yang azan.

So far, saya sebenarnya merindui suasana di Malaysia ketika solat di awal waktu menjadi suatu kemestian. Seminggu di sini, jadual kami hiruk pikuk. Berjalan ke sana sini, urusan pendaftaran yang sibuk menyebabkan waktu solat kami selalu terlewat. Ditambah lagi dengan waktu solat yang entah bila masuknya kerana tak dapat dengar azan. Tetapi, Khamis lepas dah dapat jadual waktu solat dan insya-Allah, kami akan usahakan untuk perbaikan.
(Kalau duduk dengan Yat sini, mesti dah lama kena marah. Huhu)

Peristiwa 25 Sept akan menjadi ingatan. Hikmahnya tetap ada, Tetapi yang kami risau, disiplin masa akan melonggar. Komitmen dengan al Baqarah, 2:238 akan berkurang. Dan hati jadi resah semacam sebab satu kewajipan tak disiap-siapkan. Bagi aku, perkara sebeginilah yang akan mengurangkan semangat dan himmah dalam diri. Lama-lama berjangkitlah sindrom iman yang down. Lalu menjadilah seperti manusia yang ditegur dalam at Taubah, 9:38.

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

Nauzubillah. Mudah-mudahan permulaan ini bukan permulaan yang menakutkan. Doakan kami survive sebagai orang kuat dan hebat!


Iqbal, bila nak hidup kat sini? Coordinate la gerakan kami cepat-cepat.

3 comments:

  1. InsyaAllah lama2 biasa la tu..hehe..
    dulu sy smpi kt overc nie pun sedar-sedar rupanya kami solat d hujung waktu..kdg-kdg tu terlepas wktu bersahur, sdar2 jer da masuk subuh dah...ada masa pulak, terawal solat belum masuk waktu cm wktu isyak dulu dlm 9.30pm..
    erm macam-macam..mana taknya, beza perubahan waktu solat setiap hari lebih kurang 2/3 minit..mmg stp kali nk solat, kena tgk wktu solat seterusnya..haha hrap2 antum sekeluarga d sana dptlah sentiasa mnjaga waktu solat..insyaAllah.. =)

    ReplyDelete
  2. Ye la, harapnya antum sekeluarga pun hidup dengan bahagia di Ireland tu, di samping dapat menghabiskan puasa (6)
    Insya-Allah...

    ReplyDelete

Labels