Wednesday, 6 October 2010

Kenapa Pergi Masjid

Entah ni entri ke berapa tentang masjid. Ok, saya terpaksa akui yang saya dah mula gelisah bila duduk jauh daripada masjid. Tapi bila ikhwah dah bagitau ketetapan di sini: Ikhwah yang duduk jauh jauh, paling sikit, dalam sehari mesti sekali ke masjid, adalah rasa lega datang sikit.

Paling tidak, kawan rapat saya nanti merupakan orang yang baik-baik. Yang mujahadahnya kuat. Naik bukit setiap malam memang mencabar. Dengan cuaca dan angin yang sejuk. Perjalanan yang jauh. Yang kuat iman, tak kuat badan pun akan mampu pergi. Yang kuat badan, tak kuat iman belum tentu sampai. Imanlah penggerak utama ke sini, dengan kepercayaan setiap langkahnya akan memberi pulangan rahmat dan keberkatan daripada-Nya.

Hanyalah yang memakmurkan mesjid-mesjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
[at Taubah, 9:18]

Bukan calang-calang orang yang dapat masuk dalam kumpulan ini: Beriman, solat, zakat dan takut Allah lalu harapannya mereka akan mendapat petunjuk. Kalau kita bukan orangnya, mengapa tidak kita bergaul dengan orang seperti mereka. Cukuplah hadis minyak wangi menjadi penguat semangat kepada kami.
Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya.
[HR Muslim]

Semalam, Andi tag kami di Facebook, suruh baca blog Encik Grimjow. Walaupun tak sampai 4 tahun mahupun 4 minggu duduk di sini, dah boleh rasa sayu apabila membaca entri ni.
"Perbetulkan niat untuk ke masjid tu adalah untuk mendapat keredhaanNya. Lepas tu bila dah satel solat semua, kita boleh bersalaman dan pulang turun bukit ke rumah masing-masing. Serius benda ni best untuk dibuat dan benda seumpama inilah korang akan kenang sampailah bila-bila. Tak mampu untuk 5 kali sehari sebab ada kelas, curilah masa at least waktu isya untuk ke MWHS tu, kerana masjid itu... MILIK KITA!"

mwhs.org.uk

Jenguk di IslamQA, terjumpalah satu soalan yang 95% mirip dengan keadaan kami di sini. Jawapan yang diberikan "If a person is not obliged to pray in congregation because he is far away from the mosque, it is still mustahabb for him, and he should be keen to come to the mosque time after time, especially if he is living far away from other Muslims. By meeting other Muslims he will renew his faith, raise his status, strengthen the bonds of brotherhood and love, and make his children get used to loving and respecting the mosque."

12 comments:

  1. salam ziarah ya akh..

    rindu nak balek malaysia dah ke?

    ReplyDelete
  2. salam ya akhi
    baru 2 minggu kat sini. Rasa macam dah nak balik Msia pun ada. Hehe. Ana pun dah terpikir nak cari ole2 apa utk anta =)

    ReplyDelete
  3. homesick ke faqih..hehe..

    ReplyDelete
  4. biasala tu...
    Hujan emas kat UK, hujan batu kat Msia. Best lagi duduk Msia. Hehhe

    ReplyDelete
  5. syukurnya dapat k masjid..kat galway ni ada satu masjid jer..tu pun rumah, dia jadikan masjid..dan sgt jauh dr tmpt tggl..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Masjid sini pun rumah jugak. Dalam kawasan perumahan. Azan memang langsung tak dengar kat luar, takut ganggu rumah lain.

    Tu la, walaupun dah jauh, at least kena pergi jugak. At least, menyala jugak mujahadah dalam diri.

    Selamat Mujahadah! [al Ankabut, 29:69]
    Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

    ReplyDelete
  7. n_n
    Mari, mari ke Newcastle~!
    Berkunjunglah ke Villa Kita, jarak ke masjid tidak sampai 3 minit dengan berjalan kaki sahaja~
    n_n

    ReplyDelete
  8. Tunggu kami datang Syahmi!
    "Kami" ni "Kita" ker? Hahha

    ReplyDelete
  9. Datang lekas2 skit...
    Nanti Sabtu & Ahad tak dapat nak jumpa dah...
    T_T

    ReplyDelete
  10. Ooo, korang ada freshers camp ea.
    Xpe2, kami akan menjajah Rumah Kita :D

    ReplyDelete
  11. Hohoh
    mai singgah Villa Kita dulu 1 malam...
    Rumah Kita tu rumah Rahmat~
    Rahmat pon g Fresher's Camp gak
    tapi housemate dia ada je kalo nak jajah~
    n_n

    ReplyDelete
  12. Penjajah sedang bersiap sedia utk bertolak
    Style la, hahha

    ReplyDelete

Labels