Sunday, 3 October 2010

Aku Tak Risau Kamu Jadi Miskin

“By Allah I don’t fear for you poverty, but I fear that the world would be abundant for you as it has been for those before you, so you compete for it as they have competed for it, so it destroys you as it has destroyed them.” 
[Agreed upon]

Duit elaun memang banyak, walaupun mula-mula ni kami agak kedekut sikit. Heater tak pernah on, untuk jimatkan bayaran gas. Tapi tak ada siapa dapat menafikan, kalau belajar di UK Ireland ni, memang kaya. Duit sentiasa cukup. Berlebih. Kalau convert ke duit Malaysia, satu pound boleh sampai mencecah RM 4.90. Dah kira banyak.


Cerita dan ajakan dah macam-macam. Ada orang nak beli IPhone Blackberry, ada orang nak beli Xbox PS3, juga boot Messi, ada yang nak melancong sampai ke Germany dan macam2 lagi. Entah la. Saya masih tak reti nak respond lagi. Takkan mulut nak cakap lain, prinsip dalam hati tulis lain.

Tarbiyyah saya dengan Dr Abu Muhammad tidaklah terlalu lama. Tapi kalau bab bermewah-mewah ni saya akan selalu ingat kata-kata dia. "Nabi Muhammad tentu lebih memahami maksud [al Araaf, 7:32]" Sehingga sekarang kata-kata inilah yang menahan diri saya daripada baham satu persatu benda mewah atas dunia ini.

Ternyata, kehidupan baginda memang mengagumkan sehinggakan Aishah bercerita "Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging". [HR Syaikhan] 

Suhaib webb pula menulis "The blessed Prophet recognized the true nature of this life. He understood what it meant to be in the dunya, without being of it. He sailed the very same ocean that we all must. But his ship knew well from where it had come, and to where it was going. His was a boat that remained dry. He understood that the same ocean which sparkles in the sunlight, will become a graveyard for the ships that enter it." Saya bersetuju. 100%.

Kalau buat perbandingan, antara hidup Malaysia dengan sini, hadis Mus'ab b Umair memang cukup untuk menjelaskan. Ketika melihat keadaan Mus'ab, teringatlah Nabi Muhammad kepada kemewahannya ketika di Mekah dahulu. Menitis air mata baginda. Lalu inilah yang disabdakan "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".
[HR Turmizi]

Ini penilaian sendiri-sendiri. Bagaimana anda menjinakkan nafsu dunia dalam hati masing-masing. Yang baiknya adalah seperti sabda baginda: Hari ini lebih baik daripada hari itu. Tetapi persetujuan kita tetap sama, infaq tetap infaq. Lokaliti kami dah tetap kadarnya. Sikit saya kira. Tapi kalau dah rasa mula mengarut-ngarut dalam spending tu, tak salah pun kalau nak infaq lebih, buat besarkan kantung amalan akhirat sana nanti. Lagi kekal nilaiannya.

Kaya vs Mewah. Hiduplah seperti hayat pedagang. Kun Ghariban!
Encik Hamka pun ada entri versi dia sendiri
Sham Tech pun ada gaya kaya dia sendiri =)

5 comments:

  1. sham tech?
    hehe... rindu sham tech..

    -am-

    ReplyDelete
  2. hehe, kena bagitau dia ni.
    datang la rumah kami kat sini am =)

    ReplyDelete
  3. "Dan telah Kami hamparkan Bumi, dan meletakkan gunung-ganang yg kukuh, dan menumbuhkan tuumbuh-tumbuhan yang cantik. Sebagai pengajaran dan peringatan kepada setiap yg kembali."

    Maka, berjalanlah di atas muka bumi ini untuk menghayati kebesaran Allah. Bukan untuk bermewah-mewah, namun inilah kurniaan Allah bagi hamba-hamba yg bersyukur. Gunakanlah harta pada jalan yg baik (fi Sabilillah..insyaAllah.). Seperti tafsiran kata saudara Faqih: "Kaya tak semestinya perlu mewah." ihik3.. =]

    p/s: Gaya kaya Shamstech mmg lain..Kaya berjimat untuk umat..ihik3..

    ReplyDelete
  4. Macam opposite dgn apa yang I dah plan. =_=!.
    Thanks for the reminder ya. :)

    ReplyDelete
  5. Memang opposite pun dengan plan ramai orang. Tu yang tulis kat atas tu, terpulang kepada diri masing-masing untuk jinakkan nafsu dalam diri.

    Banyak belanja, kena banyaklah juga ibadatnya =)

    ReplyDelete

Labels