Saturday, 20 June 2009

Pendakwah Hipokrit

Semakan entri terdahulu. Version 2.1

Salah Faham + Penjelasan

Salah Faham
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ
2. Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
[as Saff, 61:2, 3]

Ayat yang sering disalahfahami. Dan juga sering menjadi serangan kepada para dai. Bahkan terdapat juga yang langsung terus gerun untuk berdakwah, semata-mata selepas mereka “disedar” dan “ditakutkan” dengan ayat ini.

Malah, terdapat juga ayat-ayat dan hadis yang lain yang sering dijadikan “senjata” yang cukup ampuh dan berkesan untuk memberhentikan para dai ini untuk melakukan kerjanya, bahkan sehigga sanggup memalukan peribadi dai tersebut.

Antaranya:
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُونَ
44. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal.
[al Baqarah, 2:44]

Seorang lelaki diheret pada hari Kiamat lalu dicampakkan ke dalam neraka, tali perutnya terkeluar dan berpusing-pusing seperti keldai megelilingi pengisar gandum. Penghuni neraka berhimpun lalu bertanya, “Wahai Fulan, mengapakah kamu ini? Bukankah kamu pernah menyuruh orang berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran?” Jawabnya, “Benar, aku menyuruh membuat kebaikan sedang aku tidak membuatnya, dan aku menyuruh mencegah kemungkaran sedang aku melakukannya.
[HR Muslim]

Bahkan saya sendiri pernah sekali tertunduk malu dan terasa tidak layak berdakwah apabila dalam suatu perjumpaan / liqa’, salah seorang daripada kami membacakan hadis riwayat Muslim di atas. Terasa diri ini yang disebut dalam hadis tersebut yang akan terburai tali perutnya. (Teringat cerita Happy Tree Friends pulak). Mula berasa tersipu-sipu disindir dan teringin sahaja berhenti daripada menasihat dan berdakwah kepada orang ramai.

Penjelasan:
Perlu dibezakan antara dua aspek yang wujud dalam ayat tersebut.
Pertama: Suruhan agar berkata / berdakwah
Kedua: Suruhan agar melakukan / beramal

Apa yang dipersalahkan dalam ayat itu sebenarnya? Adakah kesalahan tidak berbuat / beramal atau kesalahan tidak menyeru / berdakwah. Ya, sudah pasti, golongan yang dipersalahkan dalam ayat – ayat dan hadis tersebut ialah mereka yang tidak berbuat, bukannya tidak berdakwah.

Untuk lebih penjelasan, di sini disediakan empat jenis manusia berdasarkan dua aspek yang diperkatakan sebentar tadi.
Pertama: Buat maksiat + tidak berdakwah
Kedua: Tidak buat maksiat + tidak berdakwah
Ketiga: Buat maksiat + berdakwah
Keempat: Tidak buat maksiat + berdakwah
Perlu diingatkan, maksiat merupakan perkara yang dilarang dalam Islam manakala dakwah pula merupakan suatu kewajipan yang mesti dilakukan setiap individu muslim. Ulama ada mengatakan dakwah merupakan suatu kewajipan bagi individu. Bahkan sewajarnya ayat [ali Imran, 3:104] menjadi pembakar semangat untuk menyahut seruan Allah yang mengkehendakkan adanya golongan yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka itulah orang yang beruntung.
Jadi, melihatkan keadaan kita sekarang ini, yang imannya masih terumbang-ambing, masih lagi melakukan kemaksiatan, apakah yang sepatutnya kita lakukan. Adakah terus dengan kemaksiatan tanpa langsung lakukah usaha dakwah? Sepatutnya tidak. Mengapa begitu? Mari lihat suatu bentuk perbandingan berdasarkan jenis manusia di atas.
Pertama: Buat maksiat + tidak berdakwah
Jumlah dosa: 2 (Maksiat + tak dakwah)
Kedua: Buat maksiat + berdakwah
Jumlah dosa: 1 (Maksiat)
Ketiga: Tidak buat maksiat + tidak berdakwah
Jumlah dosa: 1 (Tak dakwah)
Keempat: Tidak buat maksiat + berdakwah
Jumlah dosa: 0 Excellent
Jadi, jenis manakah yang sepatutnya kita pilih? Sudah tentu keempat. Tapi, mana mungkin. Ada suatu kemustahilan di situ. Manusia = Makhluk xterlepas daripada kesalahan. Jadi, pilihan keempat dan ketiga ditolak. Maka, perbanyakkanlah istighfar.

Maka, pilihan yang ada hanya tinggal jenis yang kedua atau pertama. Kedua-duanya dikira berdosa kerana berbuat maksiat. Di sinilah kita perlukan Fiqh al Aulawiyyat. Antara dua dosa dengan satu dosa, mana satu yang perlu dipilih? Maka Prinsip Fiqh ini iaitu “Menolak kemudaratan besar lebih layak berbanding menolak kemudaratan yang kecil” haruslah digunapakai.

Hipokrit? Apa maksudnya tu? Hipokrit sebenarnya lebih sesuai dirujuk kepada mereka yang berbuat sesuatu kebaikan, sedangkan dalam hatinya masih penuh dengan penipuan, tidak terasa langsung mahu untuk berubah. Adakah itu sikap kita sebenarnya? Adakah layak kita menuduh orang lain sebagai hipokrit, sedangkan kita masih lagi belum membedah dada mereka untuk mengetahui tahap keimanan yang mereka ada. Jadi jangan menuduh seseorang itu hipokrit, kerana itu hal peribadi, hanya empunya diri dan Allah sahaja yang mengetahui. Jika anda berasa diri anda hipokrit, masih berniat jahat, maka itulah diri anda, jangan dituduh orang lain pula.

Sedangkan mereka yang berdakwah ini, hipokrit sudah pasti tiada dalam diri mereka. Mereka, walaupun berdakwah dan dalam masa yang sama masih melakukan kesalahan, sebenarnya dalam diri mereka masih terdapat keinginan untuk membaiki diri mereka sendiri dan berusaha ke arahnya. Bagi mereka ini ganjaran selagi mana mereka berjuang menentang keinginan dan nafsu mereka.

Sebenarnya ayat yang disebutkan di atas lebih merupakan amaran yang ditujukan kepada mereka yang menyuruh orang meninggalkan kejahatan, tetapi dalam masa yang sama langsung tidak berusaha untuk meninggalkan maksiat yang berada dalam diri mereka, malah berniat melakukan kejahatan lebih lagi.

Jadi, pilihlah dan jadilah manusia jenis yang kedua. Paling tidak, dosa tidak berdakwah dapat kita elakkan. Berdakwahlah, walau seteruk mana pun anda. Walau anda bukannya seorang ustaz mahupun anda tidak terlibat dengan badan-badan tertentu.

Mungkin hadis berikut boleh dijadikan hujah dan sepatutnya menjadi pegangan para dai:

Suruhlah kepada kebaikan, walaupun kamu tidak melakukannya dan cegahlah kemungkaran walaupun kamu kamu tidak menghindarinya sepenuhnya
[Hadis Hasan]

p/s ala, fikir logik pun boleh, semua manusia tak sempurna, lakukan kesalahan. Maka, kalau macam tu, xakan ada sesiapa la yang akan teruskan dakwah ni. Sedangkan dakwah merupakan sunnah Rasulullah yang paling besar, wajib dilakukan.

In both of these texts, what the Muslim is being warned against sinful behavior, especially when he knows what is the right thing to do. These texts are not warning us against calling others to what is right. This distinction has been explained by al-Qurtubî, Ibn Kathîr, and many other scholars.
edit dari: islamtoday.com

13 comments:

  1. salam.
    teringat pulak hadis nabi ttg kewAJIBAN menyampaikn. (Ballighu 'annii...)

    dlm dakwah, x leh klu xde ujian.
    yg penting kita sabar n istiqamah.

    ReplyDelete
  2. Yup
    Kalau dah senang2 boleh berputus asa
    Susah nak tengok Islam ni tersebar
    Kena jadi tough sikit
    Manja-manja kena buang awal-awal

    ReplyDelete
  3. salam...minta copy ye...

    nice one =D

    ReplyDelete
  4. satu penjelasan yang sgt baik..dalam memahami konteks dakwah yang sebenar..banyak para dai'e sgt takut dengan ayat yang dinyatakan dalam post nie..tp bila baca & direnungi balik berdasarkan aulaawiyat 1 dosa atau 2 dosa..rasanya stp dai'e akan memahaminya..

    ReplyDelete
  5. ---> PeRaNTaU
    Silakan, semoga dpt dimanfaatkan semaksimum mungkin

    ---> Ruh Al-Jadid (روح الجديد)
    Setuju, sebab kadang2 kita mengambil maksud ayat Quran mengikut lintas fikiran kita tanpa merujuk kepada tafsir atau hadis berkaitan.
    Pre-assumption ni yang sangat berbahaya

    ReplyDelete
  6. salam Faqih...

    I linked your post on my blog... want many more to read it... jkk

    ReplyDelete
  7. selamat.

    Tumpang tanye, Dr Yusuf Qaradawi sebut dlm kitab mane dakwah jadi fardhu ain? Aku tak pernah terjumpe or terlepas pandang. Reply kt email aku, syiha_baik@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. ---> Bohemian Virtuoso.
    Isi itu didapati melalui suatu artikel yang kami kongsi-kongsikan
    Masih lagi sedang mencari sumber asal isi-isi dalamnya
    Mungkin kita boleh tolong-menolong
    Kalau terjumpa, tolong bagitau kan ek

    Apa-apa pun, terima kasih bertanya
    Mungkin boleh baiki lagi metodologi
    Utk jadikannya lebih ilmiah

    ReplyDelete
  9. ---> Muhammad Anas bin Kamarudin
    Terima kasih
    Mana yang baik tu, sama-sama kita ambil manfaat

    ReplyDelete
  10. salam..

    saya terkesan dengan posting ini. mintak izin untuk mengambilnya.

    ReplyDelete
  11. ---> HURULAIN SAKINAH
    Dipersilakan
    Kongsi-kongsikan dengan yang lain

    ReplyDelete
  12. Ada dalam buku Fakharuddin Nursyam, Syarah Lengkap Arbain Da'awiyah.
    Boleh buat rujukan di situ.
    Jzkk Hairil.

    ReplyDelete
  13. Jazakallah
    Perkongsian yg baik. by the way, pasal hadis ni, saya pernah tertengok lafaznya(arabic punya). Kalau sape2 tahu boleh x kongsi lafaz arabic punya or bg nama buku atau mana2 rujukan. Ty.

    Suruhlah kepada kebaikan, walaupun kamu tidak melakukannya dan cegahlah kemungkaran walaupun kamu kamu tidak menghindarinya sepenuhnya
    [Hadis Hasan]

    ReplyDelete

Labels