Tuesday, 2 June 2009

Bersungguh-sungguhlah

Memang tidak dapat dinafikan, perjuangan yang dilakukan oleh Rasulullah beserta sahabatnya bukanlah suatu perjuangan yang ala kadar, bermain-main, ikut suka hati, namun merupakan perjuangan yang disertakan dengan kesungguhan yang sangat tinggi.

Kesungguhan sangat penting dalam hal ini. Tanpa kesungguhan, seorang dai akan cepat berputus asa lalu mengambil jalan belakang, dengan meninggalkan apa yang telah dilakukan selama ini.

Bukan senang untuk bersungguh-sungguh di jalan ini. Kadang-kadang seseorang itu perlu mengorbankan perasaan, keinginan, harta malah diri semata-mata untuk memastikan dia terus komited dalam melaksanakan amanah dakwah Allah ini.

Sebagai contoh, apabila ingin menghadiri suatu program dakwah, tiba-tiba datang suatu aktiviti yang kurang prioritinya berbanding program dakwah yang kita sertai, namun permintaan daripada orang lain untuk ktia menghadirinya sangat kuat. Mereka yang lemah semangatnya akan terus tunduk kepada permintaan orang tersebut lalu mengetepikan prioritinya. Akan tetapi, bagi yang tahu dan faham bahawa kehadirannya ke setiap program dakwah merupakan suatu hal yang sangat penting, dia tidak akan senang untuk tunduk kepada permintaan itu. Segala pujukan atau ugutan tidak langsung mengurangkan keazamannya. 

Semua halangan yang datang, dia akan akan mencari jalan penyelesainnya. Nikmat otak yang kreatif akan digunakan sebaik mungkin di jalan Allah untuk mecari jalan keluar, bukan terus berhenti apabila ada halangan di tengah jalan. Oleh itu, sebarang cubaan yang datang, hendaklah kita anggapi sebagai cabaran yang perlu diselesaikan, bukan halangan yang langsung menghentikan. Dengan cubaan tersebut, barulah terasa apa yang kita lakukan ini payah, dan kepayahan inilah yang akan mematang dan mendewasakan kita.

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
[at Taubah, 9:41]

Apa yang Imam asy Syahid perkatakan tentang kesungguhan / jihad dengan panjang lebar dalam Risalah Taalim, perlulah kita telitikan secara bersama. Dalam mukaddimahnya, beliau mengatakan, 

Jihad adalah satu kefardhuan yang akan terus diwajibkan sehingga hari kiamat. Selain itu jihad juga ialah apa yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah s.a.w.:
من مات ولم يغز ولم ينو الغزو مات ميتة الجاهلية
“Orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah berniat untuk berperang dia mati dalam keadaan jahiliyah.”


Perang memang menuntut kesungguhan yang sangat tinggi. Seandainya kita bermain-main dengan tuntutan seumpama ini, muncullah tabiat bertangguh-tangguh, menganggapnya ringan dan tidak penting lalu apabila tertinggal atau terlepas peluang untuk keluar menyertai pasukan, barulah kesalan datang meninggi. 

Inilah yang dialami oleh Kaab b Malik ketika perang Tabuk hendaklah diambil pengajaran. Sikapnya yang bertangguh ketika pokok sedang berbuah dalam tamannya, ditambah lagi dengan nikmat kasih seorang isteri, menjadikannya terleka lalu menanguh-nangguh persiapannya untuk bersama Rasulullah dan pasukan baginda dalam perang tersebut.

Namun, jangan pula menjadi orang munafik yang lansung mencari alasan lalu menceritakannya di depan Rasulullah. Apabila melakukan kesilapan, contohilah Kaab, mengakui kesilapannya lalu bertaubat kepada Allah.


وَعَلَى الثَّلاثَةِ الَّذِينَ خُلِّفُوا حَتَّى إِذَا ضَاقَتْ عَلَيْهِمُ الأرْضُ بِمَا رَحُبَتْ وَضَاقَتْ عَلَيْهِمْ أَنْفُسُهُمْ وَظَنُّوا أَنْ لا مَلْجَأَ مِنَ اللَّهِ إِلا إِلَيْهِ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ لِيَتُوبُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
[at Taubah, 9:118]

Sama-sama kita meningkatkan kesungguhan kita, terutamanya ketika waktu cuti ini, kerana nikmat bersenang-lenang dalam rumah kediaman pasti akan melalaikan kita, sedikit demi sedikit.

5 comments:

  1. btol..
    kne sungguh2.
    kalau x
    jd lagha mcm ak
    hu2

    ReplyDelete
  2. Mana bleh jadi lagha yard
    camna nak lumba2 sem 3 nnt nih

    ReplyDelete
  3. salam,

    permintaan : buat la topic cara2 memantapkan iman.

    ReplyDelete
  4. haha..ok..
    baik ustaz faqih..
    kena la tunjuk video selalu kat aku..
    kah3..

    ReplyDelete
  5. ---> siti salwani
    dah diuploadkan. boleh rujuk list download di sebelah.
    topik ruhiah lain sedang diusahakan dlm cuti ni. Kalau ada rezeki, boleh upload lagi satu hadis ruhiah.

    ---> Syamil
    erm, bila pulak ko nak tunjuk video kat aku?
    dah lama tunggu nih. Asyik2 pes jer. Hahha, melawak jer

    ReplyDelete

Labels