Thursday, 27 May 2010

Perbezaan Pendapat

Berkeraslah, Kelak Anda akan Dikalahkan

Dalam hidup kita, memang ada macam-macam pendapat. Kata seorang kawan saya, inilah yang menjadikan dunia ini berwarna warni macam pelangi. Kalau hitam putih je, pastinya membosankan, katanya lagi.

Solat Isya
Kenapa masih di Food Court ni makan-makan? Orang dah azan tu, kena solat awal waktu
Solat Isya’ lebih afdhal dilewatkan sedikit ke tengah malam

Ikhtilat
'Jarak selamat' ikhwah akhwat tu 'sekian-dan-sekian'
Walaupun duduk dekatpun, kami ni bukannya bersentuh pun

Barang Boikot
Barang yang diboikot hendaklah tidak dimakan, walaupun hadiah daripada orang lain
Kalau dah orang bagi hadiah, apa salahnya kalau nak gunakan barang boikot tu

Puasa
Berpuasa Isnin dan Khamis tu mesti istiqamah, walaupun time exam. Jihadnya lagi besar.
Sedangkan time perang Badar pun, siapa kata sahabat-sahabat itu berpuasa wajib?

Halaqah / Meeting
Halaqah, especially syura gerak kerja mestilah serius, jangan makan-makan / gelak-gelak
Apa salahnya gelak / makan time meeting. Kami boleh je fokus, bahkan lebih fokus

Reformasi dari Dalam Organisasi
Selemah manapun sesebuah organisasi tu, janganlah ditinggalkan. Cuba baiki dulu.
Kapal dah bahaya, nak karam, tinggalkanje la. Kita kena selamatkan diri kita dulu.

Taghyir / Perubahan
Kita mestilah follow Maratib Amal sebagaimana Imam as Syahid HAB buat
Apa salahnya kalau nak berstrategi dan ubah sikit Maratib Amal tu

Dan macam-macam lagi contoh situasi sebenar dalam hidup kita.


Lain orang, lain gaya berfikirnya. Hormatilah antara satu sama lain. Melainkan dalam hal-hal prinsip, kita perlu ada sikap keterbukaan. Jangan dijumudkan sesuatu hal itu pada sesuatu perkara.

Berlapang dadalah. Jangan iri hati. Jangan merendah-rendahkan mahupun menghina mereka yang tidak sependapat dengan kita. Dan jangan pula sampai terkeluar perkataan: “Compare dengan kau, kami lebih wara’, kami lebih fleksibel, kami lebih beriman, kami lebih Ikhwan, kami lebih meyakinkan, dan macam-macam lagi kami lebih ...”

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ
Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok)...
[al Hujurat, 49:11]

6 comments:

  1. Itulah penyakit yang selalu melanda barisan pejuang.
    Jadikannya sebagai ujian yang perlu dilepasi.
    Ia juga tidak mustahil untuk diubati, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. penyakit yang melanda umat islam zaman kini, tapi susah untuk disedari bahawa sedang dijangkiti dengan panyakit tersebut

    ReplyDelete
  3. Paling tidak, jangan biarkan kita juga dijangkiti penyakit ini. Andai terjangkit, segeralah ubati.

    Banyakkan ke halaqah ilmu, dapatkan sebanyak mungkin nasihat, takut-takut dijangkiti penyakit secara xsengaja.

    Nauzubillahi Min Zalik

    ReplyDelete
  4. yup..ISLAM N EGO~~ selalu rasa diri lebih baik dr org lain..- setiap daie perlu diingatkan dgn bnda ni-

    ReplyDelete
  5. Betul. Agar membersihkan diri daripada sifat ini. Terutamanya bagi mereka yang menyampaikan peringatan seumpama ini.

    Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang yang beriman
    [az Zariyat,51:55]

    ReplyDelete

Labels