Tuesday, 25 May 2010

Experience is the Best Teacher

Saya suka quote tu, dan saya selalu menggunakannya dalam tulisan / percakapan saya. Semalam, hati saya ditenangkan selepas memikirkan semula quote ini. Dan saya akui, experience memang cikgu yang terbaek.

Apa yang saya tahu, banyaknya pengalaman yang diperolehi, bertitik tolak daripada ramainya orang yang kita jumpa. Macam-macam orang, macam-macam ragam, macam-macam peristiwa. Kepelbagaian pengalaman ini akhirnya akan membuka minda kita untuk memahami kekusutan dalam dunia ini. Bahkan jua kekompleksan dunia tarbiyyah!


Ketika mabit terakhir di Kmb dulu, saya ulang sekali lagi quote ini. Di samping itu, saya hadiahkan kepada mereka TiGuide [Tarbiyyah Instrument] sebagai panduan mereka menggerakkan dakwah dan tarbiyyah di sana. Saya ingat, mereka mudah belajar berdasarkan pengalaman-pengalaman saya di sana. Tetapi, murabbi saya akhirnya menyedarkan saya melalui pengalamannya, bahawa tarbiyyah itu sendiri merupakan pengalaman. Anda boleh membukukan pengalaman / guideline tarbiyyah anda, ternyata yang mengesankan hati mereka bukanlah guideline berdasarkan pengalaman anda, tetapi yang akan mematangkan mereka adalah pengalaman diri mereka sendiri sepanjang terlibat dalam tarbiyyah tersebut.

Dia ulang sekali lagi dalam wida kami yang terakhir [last of the last]. Katanya, walaupun kita datang semua halaqah, attend semua daurah, hidupkan semua mabit, itu semuanya belum cukup. Pengalaman kita selamanya tidak mencukupi. Apatah lagi, bagi mereka yang escape halaqah, escape daurah, escape mabit: Pengalaman anda lagilah tidak cukup untuk mendewasakan anda. Bahkan, Kmb sendiri bukanlah medan yang cukup dengan pelbagai pengalaman. Jauh daripada tidak cukup! Kerana itulah, kita perlu grab dan menghayati setiap perkara yang berlaku agar kita memperolehi pengajaran daripadanya.


Ya, betul: Saya boleh mendengar pengalaman mereka yang senior dalam jalan ini berhari-hari, tetapi akhirnya yang akan mematerikan pengajaran sepanjang perjalanan saya atas jalan ini pastinya pengalaman itu.


قُلْ سِيرُوا فِي الأرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ
Katakanlah: "Adakan perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu...
[ar Ruum, 30:42]

Kini, pengalaman di Kmb sudah berlalu. Pengalaman bercuti di rumah berulang. Pengalaman di oversea masih belum dirasai.

Percayalah jua dalam tarbiyyah ini, pengalamanlah yang akan menjadi silibus kebanggaan anda! Setinggi manapun anda, anda belum cukup tinggi seandainya anda tidak ditinggikan oleh pengalaman anda sendiri.

Ayuh, jangan rasa berat, jangan rasa malas mencari pengalaman tarbawi!

Hikmatu as Syuyukh, Hamasatu as Syabab!

5 comments:

  1. alfu syukran for this post..

    betul! setuju!
    my favourite quote!

    ReplyDelete
  2. salam akhi

    Ana nak TiGuide tu jugak =) boleh?
    hehe

    sadaqta ya akhi

    ReplyDelete
  3. bertitik tolak pengalaman itulah mengajar kta erti menangis krn Allah, bersabar krn Allah, berusaha mnjd Muslim sejati krn Allah..

    tarbiyyah tdk prnh ckp dlm hdp kta.. dunia dakwah dan tarbiyyah ini diibaratkan spt buku yg smkn hr, smkn tebal ketebalannya... Ia akan sntiasa menebal jka kta sntiasa berpegang pd kalimah thayyibah itu... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  4. salam.. akh, lama tak menjenguk antm..

    bila entah nak bertandang kemari..
    harap dapat berjumpa hujung minggu ni,datang tak?

    btw, selamat melakukan persiapan ruhi dan jasmani~

    ReplyDelete
  5. ---> Mohammad Aiman
    Dah bersetuju, jom cari. Mencari biar dibimbing =)

    ---> ammar Roslizar
    salam akhi
    afwan, xdapat bagi anta, dah habis. Peruntukan utk antum xde. Sori =(
    Anta pun kena buat TiGuide versi Uk.
    Kalau boleh, sharelah dgn ana yg baru nak belajar ni.

    ---> zinnirah
    Setuju. Buku pengalaman tidak akan selamanya habis, tapi ia akan semakin menebal.
    Tapi mereka yang tebal bukunya, jangan sangka 100% efisien.
    Walaupun tebal, tetap perlu mereka merendah diri.

    ---> ibnu ghazali
    ada apa tu hujung minggu ni? Xde info pun.
    Orang x ajak, segan pulak nak pergi. Huhhu

    Lagipun hujung minggu, ana ke n9, Gemencheh,
    Abang nak menikah.

    ReplyDelete

Labels