Sunday, 23 May 2010

Facebook 20 Mei

Stop breaking, burning, and screaming.
Start building, learning, and calling.

Antara yang Terbaru: Event di Facebook 20 Mei dulu, menggalakkan orang melukis gambar Nabi Muhammad Saw. Persoalannya, apa respons kita seterusnya, apabila berulang lagi event-event seumpama ini?

1. Jangan Terkejut Beruk sehingga Menjejaskan Tahap Emosi dan Intelektual Anda.
Bahkan sudah dikhabarkan Allah awal-awal lagi, akan sentiasa ada golongan yang tidak berpuas hati terhadap agama Islam. Perlukah kita mempertahankan baginda? Ya. Bagaimana? Dengan menyampaikan risalahnya, di samping menceritakan sirah-sirah baginda. Bahawa baginda bukanlah seperti yang mereka sangka-sangkakan, sebaliknya sirah baginda membuktikan bahawa bagindalah [Laala Khuluqin Azim]

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
[al Baqarah, 2:120]

2. Jika ingin membalas, balaslah sebagaimana yang baginda perintahkan kepada kita.
Dah lama penghinaan ini berlaku. Dan ia akan terus berlaku. Muhammad dipanggil Mudzammmam [Yang tercela], Assalamualaikum menjadi Assamualaikum [Kematian ke atas kamu]. Apa tindakan baginda? Dengan coolnya, baginda menjawab “Waalaikum”. Jika baik respon kita, beransur baiklah isu ini. Jika kasar respon kita, betambah rumitlah isu ini. Jangan sampai celaan dan kutukan itu mengurangkan kredibiliti diri kita, selain meruntuhkan imej agama kita.

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
[an Nahl, 16:125]


3. Terus bekerja untuk Islam dengan memaparkan contoh dan imej yang baik kepada setiap manusia.
Biarkan amal yang berbicara. Daripada bersikap terlalu risau dan takut dengan penghinaan seperti ini, baiklah kita memfokuskan kerja, masa, tenaga dan pemikiran kita untuk bekerja untuk Islam. Jauh lagi perjalanan Maratib Amal kita, jangan kerana perkara ini, terlari fokus utama kita. Kemuliaan agama ini dan ummatnya, hanya Allah yang menentukan. Yang penting, kita perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
[ar Ra’d, 13:11]


... dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. [25:63]

1 comment:

  1. nsb bek ak x penah tgk gmbr 2..
    kalau x ak mesti terbayang2 time selawat..
    astaghirullahalzim

    ReplyDelete

Labels