(Saje letak tajuk gempak) Bukannya Seksis
Tetapi kerana ar Rijal itu perlu qawwamun ke atas an Nisa'
Di Kisas dulu, Ustazah Hayati selalu buat perumpamaan pentingnya lelaki ni jadi seorang yang berani. Ustazah selalu cerita pasal kisah suami isteri yang ternampak ular. Si suami terjerit-jerit lari ke arah isteri dia. Tapi si isteri dengan selambanya angkat penyapu nak pergi halau ular tu. Maka, tergelak-gelaklah kami dalam kelas, walaupun ustazah dah cerita tu banyak-banyak kali. :)
***
Anjing di Europe ni jenis yang jinak, macam kucing di Malaysia. Tetapi ramai orang Malaysia takut-takut dengan anjing sini. Kalau anjing lalu sebelah atau jauh sikitpun dah rasa geli. Ye la, bukannya anjing tu ganas, tapi leceh bila nak bersihkan najis mughallazah ni. So, tips yang kami dapat, buat cool je dengan anjing sini. Buat-buat jadi patung. Supaya nanti anjing tu akan ignore, pergi tempat lain.
Jump lepas, time lepak-lepak lepas selesai aktiviti di pantai, tiba-tiba ada datang seekor anjing perlahan-perlahan kat tempat kitorang. Semua dah gelabah, bising-bising. Harapnya anjing tu tak datang dekat n gesel-gesel badan dengan kitorang. Paan siap suruh baca doa supaya anjing tu pergi jauh-jauh. Tapi anjing tu buat donno jer. Last-last kami yang lari perlahan-lahan tinggalkan anjing tu. Kalau lari laju-laju, takut kena kejar pulak. Akhirnya, fuhh, selamat.
Esoknya pulak, waktu nak balik, lepas tangkap gambar ramai-ramai, ada seekor anjing lain pulak datang dekat kumpulan akhawat. Ada sorang sister ni, dengan beraninya halau anjing tu. Kami dari jauh tengok dengan kagum. Teringatlah kami peristiwa sehari sebelumnya. Kenapala takde orang buat macamtu dekat pantai semalam :)
Next time, berani lagi k! Especially dalam hal-hal dakwah. Biar rasa tercabar.
Antara cerita pasal ayah aku, kalau cicak tetiba jatuh, tak cakap banyak. Terus tangkap n buang.
Memang respek. Selamat Hari Bapa! :)
seyes.. klu kenangkan balik memng kelakar.
ReplyDeleteOk, next time kita cerita pasal "akhawat dalam bahaya" pulak k :)
ReplyDeletep/s kena istighfar banyak2 dulu
perlu ke sertu kalau bersentuhan ngan anjing?
ReplyDeleteanjing kat russia cute2..x garang mcm anjing kat malysia..mungkin anjing europe mcm tu kot
ReplyDeleteAizat: Perlu disertu apabila disertai cecair daripada anjing tersebut.
ReplyDeleteWallahu A'lam. Saya engineer-to-be, bukan ustaz :)
Mungkin jugak. Aku pun rasa macamtu.
ReplyDeleteCuba bandingkan dengan anjing kat arab pulak. Kan ada ayat Quran pasal anjing + kisah pelacur bagi minum pada anjing
salam, macam mana akhawat leh lagi berani nhe.x apa, kasi tercabar sikit.
ReplyDelete