Sunday, 10 January 2010

Quotes Sharing

Ini hanyalah riwayat daripada rawi yang dhaif jiddan

Alhamdulillah, Allah berikan jua keizinan-Nya untuk membuat pahala weekend ini. Kali ini ke Ulu Bendul untuk sampaikan pengisian untuk ikhwah KMNS yang baru dihalaqahkan. Ramai-ramai aku ajak pergi, sorang junior jer yang menyambut seruan. Mereka ada benda lagi penting perlu diuruskan agaknya awal2 sem ni kot. Nanti ada cerita susulan pula kot.

Walaupun penat badan xhabis hilang lagi, tapi bila teringat janji personal aku kepada blog ini, terpaksa gagahkan juga untuk mengadap laptop untuk menaip. Tinggal TOK je kena hantar. Esok kena send Business Action Plan untuk Sem 4. Berkat pulak dah ajak meeting. Y1 perlu diperhatikan dan ditolong lagi. Hmm, benda biasa yang perlu aku tabahkan.

Apa-apa pun, kali ni nak share tiga quotes yang aku dapat baru-baru ni.

• “Bina mereka supaya mereka juga membina. Jangan ajar anak halaqah kita untuk tidak bergerak menghalaqahkan orang lain pula” - Ipin
Yang ini soal geraknya seorang dai dalam masyarakatnya. Ajar anak halaqah anda supaya jangan menjadi pendengar sahaja tetapi juga menjadi golongan beramal. Fahamkan bahawa Islam tidak berkembang seandainya Rasulullah saw berdiam diri ataupun Abu Bakar ra buat dek sahaja. Manfaatkan tenaga2 muda ini untuk menyebarluaskan rahmat Allah atas muka bumi ini.

• “Dakwah itu naturenya sentiasa bergerak. Sama ada ia bergerak bersama anda ataupun bergerak dengan orang lain.” - Ipin
Ikhtiar itu salah satu komponen dalam qadha dan qadar. Anda bebas berikhtiar untuk menunaikan tanggungjawab itu atau tidak. Cuma alangkah ruginya jika kita tidak bersama-sama dalam perlumbaan ini. Siapa kita jika kita abaikan sunnnah Rasulullah ini? Dan siapa kita jika bakti kita tidak disumbangkan kepada dakwah? Berasa malulah jika dakwah itu tidak lagi memerlukan anda.


• “Hidup biar simple living, high thinking. Jangan simple thinking, high living.”
Yang ini daripada Ustaz Daud Che Ngah time ceramah di Kmb hari tu, bila dia cerita pasal mentaliti masyarakat zaman sekarang. Hiduplah bersederhana, jangan bermewah-mewahan. Duit itu sama ada untuk keperluan diri dan tanggungan anda atau untuk diinfaqkan di jalan Allah. Takutlah apabila lebihan duit anda banyak, tetapi tidak diinfaqkan ke mana-mana.

Dan paksa diri kita untuk sentiasa berfikir. Banyak benda perlu difikirkan dengan serius dalam hidup ini. Contohnya [dalam konteks dakwah], target dakwah anda, apa perkembangannnya. Binaan halaqah anda, apa progressnya. Medan dakwah anda, apa update strategi yang perlu ada dan lain2. Ingat, jika kepala anda tidak dilatih dengan sentiasa berfikir, ia akan jadi tumpul / dull. Kalau dah asyik facebook, main game dan baca komik jer, adakah terasah pemikiran kita? Fikir-fikirkan.

Happy Birthday utk Mik, Akh Firdaus & IzzatRodzi

2 comments:

Labels