Sunday, 3 January 2010

Revision Thermodynamics Versi Baru

Kali ni nak buat revision sket untuk Sem 4 yang akan start hari Rabu ni.

Salah satu tajuk yang aku belajar dalam IB Physics kat Kmb ni namanya Thermodynamics. Ada satu equation (persamaan) yang sangat senang untuk diingat, kitorang memanggilnya sebagai First Law of Thermodynamic.

Delta Q sama dengan Delta U tambah Delta W

Upss, Delta Q is equals to Delta U plus Delta W

Nak mudahkan faham, Q itu sebenarnya energy atau dalam Bahasa Orang Putihnya dipanggil sebagai tenaga. U tu pulak tenaga dalaman ataupun orang Melayu panggilnya sebagai Internal Energy manakala W mewakili tenaga dilakukan ke atas sesuatu di luar sistem (work done on something outside of the system). Delta tu pulak maksudnya perubahan. Beres!

Dalam sesuatu proses thermodinamik, jumlah tenaga disedut sesuatu sistem mestilah bersamaan dengan hasil tambah jumlah tenaga iaitu kerja yang dilakukan oleh sistem tersebut dan juga perubahan tenaga dalaman sistem itu.
(Teruk giler bila nak kena explain dalam Bahasa Melayu!)

Dalam equation, explanation atas tu ditulis macam ni


Dah faham? Kalau dah, ni nak bagitau mesej dan perkaitannya.
Kita analogikan U sebagai usaha memantapkan unsur dalaman manusia eg intelektual dan juga spiritual. Manakala W sebagai kerjanya untuk menyeru orang lain kepada Islam.
Dalam versi Mustafa Masyhur ditulis sebagai
+U = اصلح نفسك
+W = ادع غيرك

Muslim yang baik ialah mereka yang sentiasa mempunyai nilai ∆Q yang positif. Atau dalam kata lainnya, dia sentiasa menggunakan tenaganya dan memanfaatkan usahanya untuk kebaikan agamanya, Islam sama ada dari segi dalaman, luaran ataupun kedua-duanya.

Jika ∆Unya = 0, setidak-tidaknya Wnya pasti positif. Ini berlaku ketika dia bertemu dengan masyarakat untuk menyampaikan apa yang telah dipesankan oleh Rasulullah. Masanya untuk bergelumang dengan nilai / pencemaran dalam masyarakat dan cuba untuk survive bersama mereka.

Namun jika ∆W = 0, dia akan memastikan ∆U positif dengan memantapkan dirinya dari segi internal eg menambah ilmu, skill, ketahanan mental, cara berfikir dll.

Nak mantap lagi, muslim yang bagus adalah apabila dia mampu menjadikan ∆U dan juga ∆W dalam keadaan positif. Mungkin dialah orang beriman yang digambarkan Rasulullah dalam hadisnya
Mukmin yang bercampur / bergaul dengan manusia dan bersabar dengan gangguan mereka adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bergaul dan tidak bersabar dengan gangguan mereka.
[HR Bukhari]

Pendek kata, gerakkan internal dan eksternal. Jika eksternal tidak bergerak, gerakkan internal. Jika internal tidak bergerak, gerakkan eksternal pula. Jadilah manusia yang sentiasa memanfaatkan tenaga dan usahanya.

Apa status ∆Q anda?

7 comments:

  1. Kesiannya Mal
    Kena bersegera positifkan balik.
    Increase the value of u / w

    Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;” Ali-Imran ayat 133.

    Guna YM ajak orang buat baik cepat
    Kalau ajak pes2010 susah gak
    Huhhu. Just kidding...

    ReplyDelete
  2. tp kalo surrounding does the work lg bez..xyh bazir tenaga..haha

    ReplyDelete
  3. Yes. Agree.
    Bila dah dapat kawan / suasana yg baik
    Macam cerita penjual minyak wangi tu

    Thinking again, ∆Q is actually talking about the human effort.
    Sebab tu bila persekitaran buat kerja, dia akan jadi sedikit.
    But supposedly when ∆W is negative, kita rasa lebih sket termotivasi untuk lakukan kebakan.

    Thanx for challenging my idea.

    ReplyDelete
  4. hu3~ dlm medic pun ade thermodynamic.. 1st law of thermodynamic is about total energy of system, "including its surroundings". xpernah terpikir nak kaitkan ngan 'islah nafsak,wad'u ghairak'... ape2 pun nice post!

    ReplyDelete

Labels