Friday, 4 December 2009

Balik ke KL!

Jangan sekali-kali menulis bercakap ayat bawah ni atau yang seumpama dengannya.
Saya tak suka bercerita. Bila saya bercerita, saya selalu rasa macam cerita saya xbest.

Alkisah empat orang adik beradik ingin pulang ke KL selepas beraya Aidiladha di Perak; seorang perempuan, tiganya lelaki. Sampai dekat nak masuk Tol, kami sepakat nak beri peluang kepada perempuan muda ini untuk membawa kereta, bila dah mula masuk highway. Dia ni baru dapat P la katakan.

Perancangan berjalan lancar. Kereta berhenti di tepi highway, lalu pemandunya bertukar, disaksikan pemandu-pemandu kereta yang lain. Wah, mereka sangat laju!

Perempuan ni dah mula kelihatan gabra. Badan dah la rendah, terpaksa letakkan bantal atas seat driver. Cermin belakang langsung xadjust, entah macamana dia nak tengok kereta dari belakang. Ade ke patut, tengah2 bawak kereta tu, dia boleh adjust cermin pandang belakang tu. Uii, aku dah takut gila.

Uppps, kereta dah berjalan. Dia cuba nak ke kanan, masuk ke lane, tapi gaya masuknya cukup hebat. Terus pusing stereng, immediate entrance. Lalu kedengaranlah bunyi hon dari kereta belakang. Nasib baik signal dah diberi, kereta belakang tu dah aware sikit. Patutnya masukla slow-slow sikit. Adui...terasa lega, setelah jantung berdegup laju.

Lebih kurang 2 km jalan, tiba-tiba driver ni terperasan satu benda. “Aaa, tak pakai seatbelt! Camne, camne ni?” Terpaksa la berhenti sekali lagi. Benda sama bakal berulang lagi, disebabkan tak mahir lagi nak masuk balik ke lane sebelah kanan, sekali lagi adegan menakutkan, akan berlaku. Alamak, dia buat gaya sama, direct pusing stereng! Hon kedengaran lagi.

Banyak lagi peristiwa lain yang berlaku sepanjang driving lebih kurang 15 minit tu. Xlarat nak cerita. Kesimpulan yang dapat dibuat, 15 minit tu merupakan saat yang sangat mendebarkan dalam hidup aku ni. Jalan lurus pun aku takut. Takut-takut, dia termasuk lane lain. Memang banyak doa aku, takut terjadi apa2.


Alhamdulillah, tiada accident. Hampir-hampir dilanggar ada la. Tapi, pengalaman accident sikit-sikit, aku dah ada. Sehari sebelum raya korban. Kurang 1km lepas Tol Duta. Hmmm....

The pic that enough.

Banyak benda yang perlu kita tahu bila dah jadi kemalangan. Paling penting, kena cool / chill. Jangan panik / mengamuk xtentu pasal. Benda jarang berlaku, tepi perlu juga tahu. Google-googlekan la. Here some. One and Two.

Apa2pun, congratz aku ucapkan kepada akak aku sorang ni dapat bawak kereta atas highway. Mencabar sebenarnya, sebab semua kereta bawak laju2. Banyak lagi perlu dibaiki. Kena duduk sebelah driver selalu, tengok macamane orang bawa kereta.

Kalau nampak kereta yang macam ntahapehape gaya jalannya, mesti ada yang cakap macam ni, “Perempuan yang bawak la tu”.

10 comments:

  1. salam..

    ala, tak semestinya semua pempuan bawak mcm tu..
    hehe..

    ReplyDelete
  2. eventhough i'm somnolent while driving, i wont let my mom drive...i'll rather stop and buy something to refresh myself....haha

    ReplyDelete
  3. Nak buat macamana,
    Dah jadi generalization macam tu
    Universal, satu dunia boleh terima
    Kalau cari di Youtube pun, boleh jumpa banyak

    Nazrul Fazli has given one example. Hahha

    ReplyDelete
  4. Uuuii.. ccalar sakan tu faqih.. haha, cena jadi cenggitu.. tapi betul, jgn gabra.. (kdang2 kena gak gabra) :)

    ReplyDelete
  5. Time tu, kereta depan sudden break
    So, dah terkejut, kitorang pun break mengejut terus la
    Ingatkan dah ok dah, xlanggar kereta depan
    Dengar2, kereta belakang hentam. Aduisy....

    But yes, it's crucial to behave profesionally

    Amin dah tinggalkan mutiara kata dia
    kdang2 kena gak gabra

    ReplyDelete
  6. akmalhayat likes this post..haha

    normal rr tuh..kalau ada can nak masuk simpang, tapi takk masuk2 gak..slalu nya.."haisy!! pempuan la tuh.."

    Mksudnya, pempuan ni ekstrem utk 2-2 keadaan. Satu terlampau berhati2, satu terlampau gelabah.. tangah2 xdak.. generalnya laa..
    opss..no offense kay! ngheee~~

    ReplyDelete
  7. fiQ agrees to akmalhayat comment..haha
    Ayat hg memang sound ganas..
    Generalnya la...

    Luckily, we are between 2 edges.

    Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok)...
    [al Hujurat, 49:11]

    ReplyDelete
  8. huh..
    nsb bek ak x penah accident
    Alhamdullillah
    hu2

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah
    Siap sedia hadapi sebarang kemungkinan

    Accident ni pun bukan teruk mana,
    terlanggar sikit jer pon.
    Rosak2 kat bumper dan lampu depan

    Alhamdulillah, xde siapa yang injored

    ReplyDelete
  10. Looking at My Big Bro YM Status,
    Seems like the car already fixed
    =)

    ReplyDelete

Labels