Sunday, 6 December 2009

Solat Hajat + Solat Isya = [Apakah]

Saya diajar untuk memastikan dalil Quran dan Hadis perlu diutamakan apabila menceritakan tentang soal ibadah, bukan sangkaan perasaan semata-mata. Agama kita kan berdiri di atas hujah yang nyata.

Minggu Exam datang lagi. Exam yang dipandang sepi oleh ramai budak sem 3 sebab dah tak penting. Ditambah lagi dengan EE, IA dan segala macam kerenah yang IB rengek-rengekkan.

Aha, lagi satu isu datang menjenguk budak Kmb. Ada amalan baru lepas solat Isya setiap hari: Solat Sunat Hajat Secara Berjemaah. Satu yang disangkakan baik, terutamanya ketika minggu exam ni, untuk menambah amalan sunat di samping satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Erm, apa yang menjadi isunya?

Orang sudah mula bertanya, peliknya macam ni. Satu sembahyang solat fardhu isya di belakang (golongan dilewatkan), lagi satu jemaah solat sunat hajat di depan. Ni dia contoh soalan yang berlegar-legar
• Boleh ker ada dua jemaah dalam satu surau, depan belakang pulak tu?
• Apsal macam ni? Konfius la. Ingatkan imam aku takbir, rupanya imam lagi satu.

Aku tambah lagi soalan untuk mencabar minda budak Kmb yang tajam2 ni
• Bila la budak Kmb ni almost all jadi makmum jemaah pertama? Macam ni kan best.
• Kenapa xbuat solat hajat sendiri2 ker. Kan lagi selamat. Dapat keluar dari macam2 masalah berbangkit lagi.
• Boleh ker kita solat hajat berjemaah setiap hari ni? Aku dengar2 ada yang kata tak boleh, sebab tak de dalil. Ye ker?
• Kenapa tak buat solat hajat malam2 lagi ker? Masa lepas supper ker...
• Kenapa nama dia solat hajat ek?
• Solat hajat ni kena jemaah waktu exam jer ker?
• dan kenapa-kenapa lagi. Malas nak menulis pulak. Esok nak exam English la.

Saya budak baru belajar. Tapi saya suka bertanya dan mencari jawapan. Saya ni bukan ustaz pun, apatah lagi ulama mahupun seorang yang faqih. Saya ni Faqih pada nama jer. (isy, isy isy dengan nada menyesal)

Bagi aku, bila menceritakan bab ibadat khusus ni, kita tiada sumber lain untuk dirujuk melainkan al Quran dan hadis Rasulullah yang memenuhi syaratnya. Tiada unsur sangkaan / main pandai2 ketika ingin berbicara tentang ibadat khusus ini. Kita kan dah ada ramai ustaz ustazah di sini. Belajar pun jauh-jauh. Mengapa tidak meminta mereka untuk istinbatkan hukum berdasarkan dalil-dalik syarie. Tunjukkan jalan yang benar kepada budak-budak pandai kat Kmb ni.

Dan paling penting, sentiada tundukkan diri kita di bawah wahyu Ilahi. Barulah namanya hamba-Nya yang taat.

Saya suka keadaan macam ni! Harapnya orang tak sekadar bertanya jer. Jom la ligat cari jawapan sama-sama.
Erm... adakah harapan tinggal harapan?

7 comments:

  1. jawapan:dlm hal ni, better pastikan apa niat kita berjemaah, (solat hajat ke isya'), kes dua jemaah (atau lebih) sama je cam solat musafir kat masjid, bole je...
    (faqih, tolong ulaskan. aku xnak tulis panjang2)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. faqih bkn faqih atas nama je...
    bleh diusahakn..

    isu solat hajat berjemaah.. yg diberi thu
    solat sunat yg x disunatkn jemaah.. hukumnya harus jemaah..

    tp nabi S.A.W pon x solat hajat jemaah.

    pndpt peribadi,dh nme nye hajat.. mesti hajat len2.. klau nk khusyuk.. better solat sorng2 bila sunyi.. kn mudah nk mintak something bile xde gangguan?

    wallahu 'alam

    ReplyDelete
  3. "mulai hari ini kita akan solat hajat berjemaah. jemaah ni xde niat imam makmum tp kte solat same2"

    ReplyDelete
  4. pelik kn zat? kata niat lain2..x berjemaah..tp imam takbir, suma ikut..x nme berjemaah ke gitu.. isk3..

    ReplyDelete
  5. Justeru siapakah kita untuk menentukan apa yang baik atau buruk di sisi Allah?
    [Hafiz Firdaus Abdullah, Khairol Amin, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa, http://al-firdaus.com]

    Terima Kasih atas Komen
    Tajuk ini dianggap berat oleh sesetengah orang
    Justeru saya tidak mahu memperpanjangkannya sebab kasihankan suasana di Kmb
    Memadai saya tegaskan prinsip utama dalam soal ini iaitu Pentingnya Mematuhi Dalil Syarie dalam Ibadat Sehari-harian

    ..."Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata...
    [Yusuf, 12:108]

    ReplyDelete
  6. elakkan perbalahan itu yg lebih afdal.

    khilaf itukn rahmat~

    ReplyDelete
  7. Berlaku khilaf di kalangan ulama ttg hukum solat hajat. Al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmuk mengatakan hadith di bawah ini adalah dhaif :

    "Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada seseorang daripada kalangan anak Adam maka ambillah wuduk dan perelokkan wuduknya. Kemudian, kerjakanlah solat dua rakaat, kemudian pujilah kepada Allah azzawajallah dan berselawatlah ke atas Nabi saw. Lantas berkata : "...(ada matan khas utk selawat ini).."

    Namun, terdapat ulama yang mengatakan hukum solat hajat adalah sunat, juga berdasarkan hadith di atas. Alasan : walaupun hadith di atas dhaif, tapi cara2 solat hadith di atas tidak bertentangan dgn cara solat dalam hadith2 sahih. Oleh itu, hadith dhaif di atas diamalkan dalam kerangka targhib wa tarhib.

    Oleh itu, pndpt ana ia jatuh dalam bida'ah yg punyai usul (usul 12). Ia isu khilaf. Utk perlaksanaan apatah lagi secara berjemaah, antum lebih tahu maslahah dan mudharah di kmb.

    Ana secara peribadi, setelah memahami perkara ini, sangat terlampau jarang melakukan solat hajat secara bersendirian. Juga, ketika di kmb ana tak melazimkan utk solat hajat secara jamaah utk setiap hari. Ada hari2 yang ana sengaja tinggalkan. Kadang kala, join the crowd utk meraikan usaha murni. Fahmun syamil qobla iltizamun kamil. Elak murnikan ibadah dgn menambah mudharat.

    Juga, perlu dinasihati kepada sesiapa yang ingin melaksanakan sesuatu ibadah, mereka perlu menyelidik dan memastikan setiap amalan mereka . Ibadah tidak boleh dibina hanya dengan sangkaan semata-mata. Ibadah tidak boleh dilakukan melainkan dengan cara yang telah disyariatkan.

    Pendek kata, Ibadah = "semua tak boleh kecuali yang boleh". Muamalah = "semua boleh kecuali yang tak boleh"

    Wallahu taala a'lam

    ReplyDelete

Labels