Aku bukanlah seorang perwira
Gagah, menghunus senjata
Alhamdulillah, weekend lepas dapat attend Perbarisan Pentauliahan Diraja UPNM.
Congratz my bro, for your success of becoming the best army cadet.
Semoga kejayaan menjadi semangat kepada orang lain untuk lebih cemerlang, dunia dan akhirat, especially kepada diri aku ni.
Kali ini, mari bermuhasabah keberadaan kita dalam misi penting ini.
Sejauh mana kita menunjukkan komitmen kita atas jalan yang dipilih ini.
Berhalaqah itubukan sahaja anda dikira sebagai salah seorang ahlinyaDatang untuk mendengar ilmu dan pengisianBerborak dan menambah gelak ketawaFollow the flow of agendaDan lain-lainTapiAnda perlu FahamBerusaha untuk mendalami apa itu Islam dan pengisiannya baik melalui murabbi atau cara sendiriAnda perlu ikhlasTidak mengharapkan Islamnya anda akan dibalas segera dengan balasan dunia, serta mengetepikan pujian atau ganjaran semata-mataAnda perlu beramalSampaikan risalah Islam itu kepada sesiapa sahaja, bukan untuk simpanan peribadi sahaja dan Islam itu bukan berkembang dengan rehatnya para daiAnda perlu tsiqahPercaya bahawa Allah dan pertolongan-Nya akan sentiasa bersama anda, bahawa Islam akan ada memberikan kebaikan kepada anda.Anda perlu TaatMerelakan diri menjadi objek / bidak di atas papan dakwah, bukan mengeluarkan alasan-alasan yang direka-reka mahupun yang tidak munasabahAnda perlu UkhwahMencintai ikhwah dan menunaikan kewajipan kepada mereka, bukan memencilkan diri daripada ruh persaudaraan dan keimananAnda perlu TajarrudMembebaskan diri daripada perkara tidak bermanfaat lalu bersungguh-sungguh letakkan komitmen dan stamina untuk IslamAnda Perlu BerkorbanMemahami bahawa Islamnya anda tidak akan disertai dengan kesenangan, sebaliknya anda perlu ketepikan kesenangan tersebut sementara untuk mengejar kesenangan ukhrawiAnda perlu berjihadLetakkan kesungguhan di jalan Allah untuk memastikan kalimat Allah berada paling tinggi dan tidak mensia-siakan tenaga pada jalan lain.Anda perlu tsabatMemilih untuk suka dan duka bersama Islam kerana anda tahu bahawa Islam akan sentiasa berjalan dari semasa dan semasa, baik bersama anda mahupun bersama orang lain,
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
assalamu'alaikum..
ReplyDeletemaaf saya ingin bertanya mengenai taat..
adakah kita dikira memberi alasan hendak study pada ketika itu taklifan diberikan sedangkan priority kita adalah sebagai seorang pelajar.. saya agak lemah dalam bab fiqh aulawiyat.. minta saudara boleh terangkan..
Salam noor
ReplyDeleteSaya lebih memandang soal ini di sini sebagai soal yang senang difahami melalui perbincangan, bukan melalui tulisan kerana ia lebih bersifat semangat dorongan dan motivasi.
Ada beberapa pilihan: Studi dan taklifan, Study, Taklifan atau Dua-dua tinggalkan
Tidak bermakna apabila kita mengambil taklifan, kita perlu mengetepikan study. Cantik kalau kedua-duanya dapat dipadatkan sekali. Lazimnya apabila jadual menjadi lebih padat, kita akan lebih bijak mengendalikan masa agar dapat dgunakan untuk study dan menjayakan taklifan tersebut. Ia bukan seperti kata-kata “If you are not with us, you are (definately) against us.”
Apa-apapun, sekiranya anda terpaksa memilih salah satu, perlu ada perbincangan dalam penilaian. Murabbi perlu rasional, mutarabbi perlu mendengar. Bergantung kepada masa. Ada masanya studi menjadi ibadah yang afdhal dan ada masanya sang murabbi sengaja ingin melihat tahap ketaatan mutarabbinya.
rukun bai'at, ringkas dan padat. like3. baru berpeluang menyelak majmu rasail. huhu
ReplyDelete