Thursday, 11 February 2010

Cari Persamaan, Ketepikan Perbezaan

Alhamdulillah. All Praises to Allah

1. Allah menciptakan segala-galanya dengan unik. Masing-masing mempunyai ciri tersendiri. Kerana itu, pelabagai perbezaan dapat dilihat sesama manusia. Ada yang berbentuk fizikal badan, cara berfikir, semangat spiritual dan lain-lain.

2. Cukup baik jika kita selalu highlightkan persamaan, bukan perbezaan. Apabila perbezaan disebut-sebut, ini mudah menyebabkan wujud pergeseran sesama kita. Penyakit Iblis “Ana Khairun Minhu” [Aku lebih baik daripada dirinya] akan mudah menjangkiti orang yang suka membanding-bandingkan perbezaan. Sebaliknya bagi pihak yang mendengar, dia akan cenderung untuk bersangka-sangka buruk. Padahal kedua-duanya merupakan sifat yang buruk.

3. Menceritakan tentang islam khususnya, kita sepatutnya highlightkan persamaan yang utama iaitu akidah. Allah kita Esa, Nabi Muhammad Rasul kepada kita, agama Islam sebagai agama kita. Ini yang seharusnya kita selalu ceritakan.

4. Tapi, kalau nak cerita tentang perbezaan, memang seronok. Sebab perbezaan itu pelbagai dan bermacam-macam. Terkadang di mata kita, perbezaan pada orang lain dianggap sebagai kecacatan. Memadai apabila menceritakan mengenai perbezaan, kita ceritakan kelebihan yang ada pada orang lain. Tidak salah untuk kita merendah diri.

5. Setelah Allah menceritakan mengenai adab berukhwah dalam al Hujurat, 49, Allah sebutkan mengenai hakikat manusia yang berbeza-beza ini. Agar kita mengamalkan adab berukhwah dan menolak budaya pertelingkahan dan permusuhan.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
[al Hujurat, 49:13]

p/s
"Jika mereka tidak menjaga adab ukhwah, biar kita yang masih menjaganya"
Terima kasih Nukman atas taujih yang best ketika menziarahi kami

7 comments:

  1. camane pulak kalau "kelainan" diri kite tuh yang menyebabkan kite segan utk bersama-sama ke "hdapan"?

    ReplyDelete
  2. Soalan macam general sangat so.enzyme
    I try to give u general answer

    Ramai orang memang sedar kelainan mereka tetapi orang cemerlang akan ketepikan perasaan inferioty itu. Setiap orang ada, bergantung sama ada dia akan menganggapnya sebagai penghalang keinginannnya ke hadapan ataupun pembakar semangat.

    Bagaimana nak hadapi perkara ini? Jika bergerak dalam kumpulan, anggaplah kelainan itu sebagai suatu keunikan yang menserikan lagi warna corak kumpulan tu. Pandang di sisi positif dan tunjukkan kita kelainan kita itu diperlukan.

    Ibaratnya, jika “@” berasa kelainannya berbanding abjad lain, xmahu (segan) jika digabungkan untuk menulis e-mail, tidak akan berfungsi alamat tersebut.
    Faham ker? =)

    ReplyDelete
  3. bgmane pula kalau mereka yg "bergerak dan berjuang" bersama-sama ngn kita tuh xboleh terima "kelainan" tu, walhal "kelainan" tuh sesuatu yang semula jadi dan sudah menjadi nadi sesorang tu?

    p/s: dan "kelainan" tuh tidak berdosa dan dipandang hina di sisi agama...

    * asif, kerana tanya soalan yang agak pelik

    ReplyDelete
  4. kan faqih..ak da cakap.. :PP
    cari persamaan, accept the differences.. ^_^

    ReplyDelete
  5. kan akmal..ak da cakap.. :PP
    I agree with you in certain extent.

    Accept the differences doesn't mean I must follow what you say.. ^_^

    Btw, so.enzyme
    Sori, masih mencari jawapan sesuai

    ReplyDelete
  6. to fiQ

    xpe2, diri ni akan tunggu jwpn tuh

    ReplyDelete
  7. Mungkin perlu kemaskan lagi konsep at Taaruf dan at Tafahum dalam kumpulan tu. Faham dan toleransi.

    Ada masanya kita kena ubah sedikit kelainan kita itu supaya dapat masuk/match dengan ahli kumpulan. Dan ada masa juga ahli kumpulan lain perlu diubah sikap mereka agar dapat sepadan dengan ahli lain.

    Kuncinya banyak berbincang dengan ketua / sesama ahli kumpulan tentang konsep team-building.

    ReplyDelete

Labels