Tuesday, 23 February 2010

Jangan Marah Kena Marah

Aku ni jenis orang yang xsuka argue / bertengkar mulut. Walaupun aku yakin aku ada hujah yang betul / strong, aku lebih suka biarkan orang yang banyak bercakap, jadi lebih banyak bercakap dan akhirnya dia “menang.”

Baru-baru ni, ketika aku tengah seronok menyaksikan perlawanan ping pong dekat blok B, Koci vs Aiman, aku dipanggil oleh seorang mamat ni. Gaya dia memang xpuas hati sebab dia panggil aku, then suruh aku pergi ke arah dia.

Diapun luahkan ketidakpuasan hatinya dengan aku atas beberapa isu. Katanya dah lama pendam. Adoyai, pendam sampai meletup rupanya. Tunjuk2 la alamat nak explode dulu. Bolehla aku buat some preparation ker.

Apa yang aku perhatikan marah ini umumnya tidak menyelesaikan masalah. Tambahkan masalah mungkin betul selain buang masa. Bila marah, xnampak kewarasan kita, buruknya wajah kita dan rendahnya intelligen diri kita. Aku lihat peristiwa ini lebih kepada peluang yang Allah berikan agar aku tidak cepat marah, terutamanya atas perkara yang simple, xmembuahkan hasil dan perkara bukan atas urusan agama. Lebih-lebih lagi, aku ni mungkin sama type dengan mamat ni: memendam. Banyak cara yang ada selain marah yang lebih efektif eg nasihat, orang tengah, contoh praktikal dll.

Maka teringat aku hadis makhluk hijau bernama Hulk,
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
[Bukhari]

Peristiwa ini membuatkan aku banyak bermuhasabah untuk baiki lagi diri aku. Terutamanya kata mamat tu di hujung marahnya “Ko janganla obses sangat dengan usrah ko tu. Ada anak usrah ko bla bla bla ...” Jika yang dia maksudkan tu suruh aku kurangkan masa usrah (yang sudah sedia paling sikit ratenya: sekali seminggu), “Oh tidak sekali-kali.” Jangan suruh aku berhenti usrah dan tarbiyyah ni sebab komplen pasal personaliti aku. Suruh aku perbaiki personaliti, itu xpe.

Kesilapan aku (yang kecik tu) dikaitkan dengan ke”obses”an aku dengan usrah (padahal langsung xde kaitan kot). Aku diajar dan berusaha jadikan usrah dan tarbiyyah itu selamanya no 1 dan studi itu xpernah jadi no 2. Gamaknya macamana pulak la kalau aku xgi usrah. Lagi aku xhargai masa, xamanah, studi tunggang langgang etc etc yang buruk2 belaka.

Hujugnya bila dia habis marah-marah tu, aku silap xsalam dia. Tapi malam tu aku text dia.
“I forgot to say sori just now. Forgive me n I rely willing to forgive u.”

Dan aku sentiasa optimis bahawa hubungan aku dengannya akan selamanya neutral. Buktinya semalam, mamat ni datang jumpa aku bertukar-tukar hadiah. Dia datang membawakan oblong Kfc dan air kotak soya, tanda kemaafan, membuatkan aku terharu sepanjang malam. Terima kasih atas kedua-duanya, menjadi teman aku untuk mengkhusyukan qiam tadi.

Dan begitu juga dengan pihak-pihak lain; moga hubungan kita akan terus menjadi lebih baik.

Apa aku dapat bila sembang dengan mak aku merangkap motivator rasmi aku tu,
“Buang yang keruh, ambil yang jernih”

2 comments:

  1. itu makhluq merah tu~

    ^_^

    "Peaceful Melancholy"

    hahah, idopp peaceful!

    ReplyDelete
  2. Makhluk hijau dah jadi merah sebab dah marah
    Xensem terus macam makhluk-makhluk hijau lain

    Nak jadi peaceful gak r =)
    Walaupun orang lain yang ajak kita gaduh

    ReplyDelete

Labels