Saturday, 13 February 2010

6 Best Traits

Alkisah tersebutlah kisah Dr Harlina Siraj datang ke Kmb untuk bercakap pasal Sexual Health, dianggap lelaki Kmb sebagai seorang yang "bias"

Bawah ni senarai sebahagian sifat yang aku respect. Walaupun list ni sebenarnya mungkin lebih panjang, kita pilih mana yang susah dan jarang nak dijumpai.

Tak Pentingkan Diri
[... berat terasa olehnya penderitaanmu ...]
Dalam keadaan semua orang ada masa dan keinginan masing-masing, anda akan menjadi istimewa jika ada sikap ini sebab sifat ini jarang dapat dijumpai sekarang. Yang ini dapat dilihat dari sudut berapa banyak masa yang kita boleh berikan kepada orang lain, kemahuan kita untuk mendengar, tahap kesabaran dan juga kasih sayang dan keprihatinan yang kita berikan.

Toleransi
[...menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal ...]
Orang macam ni akan senangkan orang lain dan dia akan jadi orang yang istimewa di sisi orang lain. Memang manusia diciptakan berbeza-beza dan bermacam-macam ragam, tapi kemampuan kita menerima perbezaan tersebut dan mampu untuk tidak mengharapkan mereka menjadi seperti yang kita harapkan akan menjadikan hubungan dengan orang lain menjadi baik.

Genuin
[... mengatakan dengan mulut mereka:"Kami telah beriman", padahal hati mereka belum beriman ...]
Lawan kepada hipokrit. Untuk membina hubungan yang tidak hipokrit dengan orang lain, kejujuran memang penting. Ini memerlukan kita untuk mendengar dan merespon dengan cara yang kadang-kadang kita tidak suka. Jika kawan anda melakukan kesalahan, anda perlu jujur dalam menegurnya, bukan membiarkannya dalam kesalahan tersebut.

Sensitif
[...belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.]
Orang macam ni akan sentiasa berfikir, suka menghargai dan penyayang. Dia akan selalu memikirkan jika tindakan atau perkataannya akan memberi kesan negatif kepada orang lain.

Sincere / Ikhlas
[...tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah ...]
Sikap yang makin sukar dijumpai. Anda memang unik jika ada sikap ini ketika manusia suka memilih pekerjaan yang paling menguntungkan diri dia sahaja, tonjolkan diri untuk menjadi popular dan memilih untuk melakukan benda yang seronok-seronok sahaja.

Rendah diri
[... janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia ...]
Orang yang genius, talented mahupun hensem akan menjadi lebih hebat apabila dia buat tidak tahu tentang kelebihan yang ada pada diri dia. Biasanya orang kalau dia tahu dia tu genius, talented mahupun hensem, dia senang bangga diri. Apabila anda merendah diri, anda akan menjadikan seolah-olah orang lain turut merasai kelebihan tersebut,

Terjemah dari sini

2 comments:

Labels