Thursday, 25 February 2010

Akhlak Superb

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu

Peristiwa 1
Saat Bani Makhzum meminta baginda membatalkan hukuman ke atas jenayah seorang perempuan bangsawan, baginda menegaskan: Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kamu adalah apabila seorang bangsawan mencuri, mereka membiarkannya dan apabila yang mencuri itu rakyat biasa, mereka menegakkan hukum ke atasnya. Demi Allah, seandainya Fatimah anak Muhammad mencuri, maka Muhammad tetap akan memotong tangannya.”

Peristiwa 2
Suatu hari datanglah seorang Arab Badwi ke masjid yang belum mengetahui adab di masjid. Tiba-tiba dia kencing di lantai masjid yang berlantaikan pasir itu. Para sahabat sangat marah dan hampir saja memukulnya. Sabda baginda kepada mereka: “Jangan, biarkan dia menyelesaikan hajatnya.” Sang Badwi kagum, dia mengangkat tangannya, “Ya Allah, kasihilah aku dan Muhammad. Jangan kasihi seorangpun yang bersama kami.” Dengan tersenyum ditegurnya Badwi tadi agar jangan memnyempitkan rahmat Allah.

Peristiwa 3
Pada suatu hari, dalam perkhemahan perang, baginda bersabda: “Andainya ada seorang yang soleh mahu mengawalku pada malam ini”. Atas kesedaran dan cinta, beberapa sahabat mengawal khemahnya. Di tengah malam terdengar suara gaduh yang mencurigakan. Para sahabat bergegas ke sumber suara. Ternyata baginda telah ada di sana mendahului mereka, tegak di atas kuda tanpa pelana, “Tenang, hanya angin gurun,” hiburnya. Nyatalah bahawa kemahuannya terhadap pengawal itu bukan kerana ketakutan atau memanjakan diri, tetapi tarbiyyah mengenai disiplin dan kesetiaan.

Peristiwa 4
Ketika kemenangan besar Makkah dibuka, dengan sejumlah besar pasukan muslimin, baginda menundukkan kepala, nyaris menyentuh punggung untanya sambil selalu mengulang-ulang tasbih, tahmid dan istighfar. Baginda tidak mabuk kemenangan.


Peristiwa 5
Ketika masyarakat Thaif menolak dan menghina baginda, malaikat penjaga bukit menawarkan untuk menghimpit mereka dengan bukit. Baginda menolak, “Kalau bukan mereka, aku berharap keturunan dari tulang belakang mereka kelak akan menerima dakwah ini, mengabdi kepada Allah sahaja dan tidak menyekutukan-Nya dengan apapun.”

Edit daripada: Tim dakwatuna.com

Moga mengalir kerberkatan dalam hidupku
Untuk mengikut jejak langkahmu

2 comments:

  1. mantap

    sikit ana nak kongsi,
    innama bu'is-tu li-utamimma solihal akhlak

    "sesungguhnya tidak lain hanya
    -telah diutuskan/telah dibangkitkan aku- untuk memenuhkan/mensempurnakan- baik- akhlak/attitude/peradaban(civilization)/karakter(manusia)"

    terjemah perkata, pandai-pandailah faham


    hoho

    ReplyDelete
  2. Hoho
    Thanx akhi gelapcerah
    Menambahkan sentuhan sabda baginda di sini

    Semoga penghayatan MR membuahkan amal

    ReplyDelete

Labels