Sunday 14 February 2010

Buat Rancangan Harian

Maka demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah disebakan kamu, kepada seorang lelaki adalah lebih baik untukmu daripada memilki unta-unta merah.
[al Bukhari]

Kisah seorang lelaki yang pulang dari Kmb sebentar tadi. Terkejut dan gembiranya dia apabila terlihat sebuah buku merah, ditujukan buat dirinya. Tertampal atasnya kertas merah jambu, bertulisan, “to f*qi* *qi*i”. Hadiah daripada abangnya dari Bandung, Indonesia. (Terima kasih). Lelaki ini ingin berkongsi kandungan buku tersebut, yang kata penulisnya “menjawab tentang bagaimana cara bangkit dari kondisi lemah semangat (futur).”

Untuk kita rasa bersemangat balik setiap hari, kita kena ada jadual harian. Plan apa yang akan kita buat pada hari itu awal-awal lagi. Kalau boleh detail, detailkan lagi (eg: apa, bila, bagaimana, siapa lagi terlibat dll).

Jangan buat umum sangat. Contohnya “Hari ini sibuk giler”. Akhirnya kita tak tahu apa yang kita sibukkan. Kalau kita biarkan macamni, kemungkinan hidup kita pada hari itu akan jadi meaningless atau bosan. Kalau kita tahu detail / ada gambaran sket, kita akan jadi lebih semangat untuk lakukannya.


Kalau perlu, tulis planning anda. Beli diari / planner / gunakan Microsoft Outlook. Senang sket untuk kita mengingat apa yang akan kita buat. Xde la nanti senang “tergoda” untuk buat benda lain yang xdirancang (especially benda yang xde berfaedah)

Buat perancangan tersebut setiap hari, konsisten untuk mencapai tujuan anda. Kalau malas, paksa jugak! Kerana pada waktu itulah anda akan mendapat motivasinya.

Alih Gaya Bahasa daripada Satria Hadi Lubis, SuperMotivation.

Rasulullah, ketika bangun pagi, membaca ali Imran, 3:190 – 200. Hayati mesej ayat tersebut, buat bekalan sepanjang hari.

5 comments:

  1. haah, perancangan yg jelas memotivasikan diri!
    creasting sense of direction. MAslow?? hehe.

    ReplyDelete
  2. x main r pakai planner. pakai la planner dalam PDA or iPhone/iTouch.

    anyway, bagus la. especially kalau dah jadi dak medic yg busy memanjang ke nanti.

    thanks for the tip

    ReplyDelete
  3. ---> Amin Rox
    Tetiba suka kat Maslow
    Sebab hari tu Dr Harlina cakap pasal Maslow
    And then, dalam buku tu sebut pasal semua teori motivasi

    ---> NaMa SaYa ErNi!!!
    Sori, orang sini xberapa nak maju lagi
    Btw, good suggestion. Moga dipraktikkan seeffisyen mungkin
    Bukan senang nak susun jadual student medic

    ReplyDelete
  4. "Yang menarik, di akhir hidupnya Maslow menambahkan teorinya dengan satu keperluan yang berdimensi spiritual.

    Maslow akhirnya mengakui bahawa manusia tak akan puas hanya dengan memenuhi keperluan yang berdimensi material dan duniawi.

    Manusia akhirnya akan memerlukan sesuatu yang bernilai spiritual dan religious (ketuhanan)
    "

    [Satria Hadi Lubis, Total Motivation, Halaman 22, 23]

    ReplyDelete

Labels