Wednesday, 24 February 2010

Leadership

Ketika dah mula ramai orang bercakap pasal nak pilih bahtera yang mana satu, aku merasakan biarlah isu ini berlanjutan dulu. Medan di sini nampaknya tidak sesuai membesarkan isu itu

Salah satu topik yang aku pelajari dalam Business and Management IB kat Kmb ni adalah Leadership atau dalam Bahasa Melayunya Kepemimpinan.

Begitu juga dalam hidup kita dan juga dunia tarbiyyah, kita memang tidak dapat lari dari kemahiran ini, walaupun inilah skill yang paling mencabar dan menakutkan.

Macam-macam style kepimpinan yang aku belajar. Autokratik (kuku besi), democratic, paternalistic, laissez faire (ikut suka hati). Namun, keadaan sekeliling yang berbeza, orang yang bermacam ragam dan faktor lain akhirnya membuatkan tiada satupun skill yang paling sesuai untuk setiap masa, tempat, orang dan suasana.
sumber: Bized

Kadang-kadang, bila bermuhasabah, selalu terasa bahawa aku ini jenis leader yang autokratik. Dan ini menyebabkan aku rasa serba salah. Nak salahkan faktor suasana tempat aku membesar dan belajar boleh je, tetapi adakah ia menyelesaikan masalah.

Autokratik ini jika salah tempat aplikasi, buruknya akan menyebabkan pengikut menjadi tidak puas hati. Apabila pengikut merasakan dirinya tidak dihargai, inferiority dan meluat dengan ketuanya yang asyik perasan sentiasa betul, sumber dayanya ditakuti akan tersia-sia.

Namun, di sisi lain, Allah tetap menjadi tempat harapan yang tertinggi. Ketika berlaku kecelaruan untuk memilih style leadership, yakinlah dengan kekuasaan Allah yang mampu mengawal hati-hati manusia. Berhubunglah dengan-Nya dengan selalu, dengan rapat dan dengan baik. Agar tidak wujudnya sisi-sisi lompang, terutamanya ketika mengendalikan urusan-Nya.

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
[asy Syarh, 94:7]

O ikhwahku, wahai kawanku,
Andai aku tersilap langkah, nasihatkanku agar kita terus terbimbing dengan betul dan baik atas jalan-Nya

Ku pernah kagumi gaya leadership mamat ni, ku rasakan dialah model leader ku yang terbaik, namun di mata beberapa orang yang ku hormati “Dia bukan seorang leader yang baik”. Maka, kekeliruan datang bertamu...

2 comments:

  1. Dalam buku At-Thoriq ila jama'atil muslimin, ada satu prinsip yang diguna pakai
    'hendaklah diperhatikan bahawa 'bahtera-bahtera' itu terdiri dari kumpulan manusia yang pasti melakukan kesalahan sebagai manusia'
    Sekadar berkongsi. Teruskan langkah kerana Allah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mik atas nasihat
    Sudah pasti manusia itu bukanlah makhluk yang sempurna sifat dan karakteristiknya

    Teruskan langkah kita kerana Allah
    =)

    ReplyDelete

Labels