Friday, 3 April 2015

Politik dan Penting Diri


Bila perhatikan reaksi masyarakat terhadap isu semasa, ada masanya terasa masyarakat kita semakin dibiasakan dengan budaya pentingkan diri. Ground rule adalah biar diri dia senang, orang lain biarkan adaptasi dengan keinginan diri dia. Kepentingan diri sendiri diutamakan berbanding kepentingan orang ramai. Ada beberapa contoh senario boleh kita perhatikan.

1. Ketirisan Wang Negara
Mereka masukkan duit rakyat dalam poket sendiri melalui tuntutan yang tidak wajar, biasanya boleh overclaim sehingga beribu atau berjuta ringgit. Kesannya, kewangan negara semakin membimbangkan. Tapi bagi mereka, apabila keadaan sedemikian berlaku, negara pasti akan ada inisiatif kewangan untuk mengawal keadaan ekonomi yang bahaya ini (seperti cukai dan kempen penjimatan). Faham mudah mereka, duit negara sentiasa ada, sayang jika tak tuntut walaupun dengan apa juga cara. Rasuah dibuat sewenang-wenangnya. Orang sibuk tingkatkan produktiviti, mereka membocorkan integriti.

2. GST
Negara kita dah sampai masanya dalam keadaan memerlukan tambahan masukan kewangan. Duit petroleum, sumber alam, mahupun pelbagai cukai sebelum ini dilihat tak mampu menambah baik kesihatan ekonomi negara. Solusi di pihak kerajaan adalah mendapatkan kewangan melalui cukai. Kesannya, akan berlaku penambahan harga (semakin banyak berbelanja, semakin tinggi jumlah GST). Tapi bagi sesetengah orang, mereka tidak peduli walaupun negara sudah tidak sihat kewangannya. Apa salahnya sedikit duit itu diberikan semula untuk sama-sama menolong membaiki ekonomi negara. Kes yang sama untuk subsidi minyak petrol; harga minyak yang rendah mengakibatkan pulangan kepada negara kita menjadi sedikit.

3. Undang-undang Sivil
Kadang-kadang di papan tanda “Dilarang Membuang Sampah, Denda RM 6000”, di situlah orang tidak kisah membuang sampah merata. Alasan biasa, Majlis Perbandaran sudah menggajikan orang untuk membersih persekitaran, apa salahnya membuang sampah merata-rata. Begitu juga peraturan lain seperti memandu secara berbahaya, kelakuan tidak senonoh di tempat awam dll. Mentaliti pentingkan diri seperti ini bukan sahaja tidak membantu, malah memburukkan lagi suasana.

Mungkin ini hasil didikan politik tidak sihat negara kita. Asalkan dapat kumpul orang tanda sokongan (punca penyakit penting diri), walaupun perlu dengan sengaja menyembunyikan fakta yang berkaitan.

Monday, 30 March 2015

Nota Ceramah Permasalahan Ummah dan Isu Semasa


Masjid Sultan Alang Iskandar, Kampung Dato Seri Kamarudin
Sabtu 28 Mac 2015
Oleh Us Hj Zamri Hashim, Timb Mufti Perak

1. Permasalahan ummah perlu dikongsi ramai. Agar yang merasa beban terasa ringan sedikit. Yang tak pernah merasa beban pula sedar pada tanggungjawab mereka.

2. Masalah luar masjid perlu dan boleh diselesaikan apabila masuk ke dalam masjid. Permusuhan sesama Islam tak perlu berlanjutan.

3. Mukaddimah dengan memetik kata Ibnu Qayyim. Perlunya kita duduk dengan orang soleh , dan kebanyakannya berlaku di masjid. Hasilnya akan berlaku enam jenis perpindahan:
  • daripada syak kepada yakin
  • daripada riya kepada ikhlas
  • daripada lalai kepada peka
  • daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat
  • daripada takabbur kepada tawadhu
  • daripada niat / sangka jahat kepada menasihat

4. alQardhawi menegur soalan bertanya haramkah membuka aurat. Soalan yang jelas dan yakin jawapannya. Namun diajak berbincang semula untuk menggugat kepercayaan / pegangan tersebut.

5. Syirik zaman moden dikenali dengan istilah liberalisme, pluralisme dsb. Agama disamaratakan dan disembunyikan atas alasan keharmonian. Ada ayat alQuran yang dituduh menjejaskan keharmonian Malaysia yang berbilang kaum. 

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). [alBaqarah, 2:120]

6. Antara bahaya pada hari ini ialah apabila semua pihak mahu bercakap dan memberi pendapat tentang agama walaupun tanpa kepakaran.

7. Hari ini berlaku proses normalisasi. Masyarakat diajak melihat dosa dan perkara yang salah sebagai sesuatu yang biasa.

8. Ramai yang sudah malu alah menyebut perkataan kafir pada hari ini sedangkan perkara tersebut ada asalnya daripada alQuran. Istilah dalam alQuran mempunyai maani (tujuan, maksud) yang tersendiri yang tak dapat dicapai apabila tidak digunakan. Menggunakan pendekatan tertentu jangan sampai menghilangkan pengertian dan tujuan mustalahat tersebut.

9. Berlaku pencerobohan terhadap khutbah Jumaat dengan mengatakan ayat alQuran yang dibaca ketika khutbah tidak sesuai dengan negara yang berbilang kaum. Sedangkan ia ibadah kita, dibaca di khalayak kita, dengan tujuan sebagai peringatan kepada kita.

10. Undang-undang moral yang dikenakan kepada masyarakat bukan menyekat kebebasan mereka, sebaliknya untuk menjaga keselematan mereka. Hari ini wujud orang yang tidak bersetuju dengan alasan soal agama dan kubur merupakan hal sendiri. Masyarakat tidak mempunyai hak untuk menjaga.

11. Islam bukanlah menyekat kebebasan media, cuma berjaga-jaga agar tidak masuk ke kawasan larangan seperti mempertikai akidah dan syariah Islam.

12. Antara perancangan tangan asing seperti NED terhadap negara Malaysia ialah dengan merancakkan kebebasan media, hak asasi manusia dan nilai-nilai demokrasi. Bagi kita, demokrasi hanya diikuti kerana pendekatannya dan ia tidak menjadi pegangan yang tetap seperti akidah.

13. Tangan yang melafaz syahadah perlu mengundi untuk bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam.

14. Persetujuan terhadap syariat merupakan kemestian manakala dalam soal pendekatan / pelaksanaan (tanfiz), ia boleh dibaiki secara bersama dari masa ke masa.

15. Malang dan sayangnya pada hari ini, untuk melaksanakan syariat Allah, kita perlu melihat kiri kanan dahulu untuk bersetuju. Ramai yang sudah menjada generasi yang malu dengan syariat agama sendiri di tanah air sendiri.

Friday, 27 March 2015

Budaya Meludah: Pengajaran Ekonomi dari Singapura untuk Malaysia


Laman web Foreign Policy pada minggu ini mengeluarkan artikel berkaitan keberkesanan perubahan yang dilakukan Singapura terhadap budaya meludah[1]. Pada tahun 1984, Perdana Menteri Lee Kuan Yew memperkenalkan undang-undang mengharamkan meludah, manakala pada tahun 1995, jumlah keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita Singapura merekodkan peningkatan sebanyak empat kali ganda. Secara tidak langsung ia menampakkan seolah-olah penguatkuasaan moral mempunyai kuasa mengubah kemajuan sesebuah negara.

Di Singapura, sesiapa yang ditangkap meludah boleh didenda sehingga $1000 atau $5000 bagi kesalahan berulang. Selain meludah, aspek moral lain yang dikuatkuasakan termasuklah membuang sampah merata-rata, penyebaran pornografi, tidak pam tandas selepas digunakan serta vandalisme[2]. Larangan meludah ini dilihat bertujuan mengekang kelakuan lama orang cina ini yang sudah terlalu biasa dan sukar dibuang.

Di mata Barat, undang-undang ini mengawal kelakuan individu seperti ini mungkin dianggap sebagai pencerobohan hak dan sesuatu yang pelik dalam suasana barat yang melaung-laungkan hak asasi dan kebebasan individu. Pada tahun 1984, ketika larangan meludah ini dikuatkuasakan secara serius, 128 orang didenda, manakala pada tahun berikutnya seramai 139 orang. New York Times melaporkan pada tahun 2003, 11 orang didakwa meludah dan didenda $300 seorang[3].

Undang-undang ini jarang dikaitkan sebagai faktor penyumbang kemajuan ekonomi Singapura, tetapi perkaitannya mungkin ada. Penguatkuasaannya berlaku ketika awal pertumbuhan pesat ekonomi yang menjadikan negara tersebut salah satu negara terkaya dunia. Mengikut laporan Bank Dunia, pada tahun 1980, KDNK per kapita Singapura serendah $5000. Pada tahun 1985, meningkat ke $6781 dan tahun 1995, $24 937[4]. Begitu juga dengan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang menyaksikan peningkatan lebih lima kali ganda antara tahun 1985 dan 1990.

Mengatakan undang-undang ini sebagai faktor penyumbang langsung kepada pertumbuhan langsung mungkin tidak tepat. Namun ia boleh dilihat sebagai salah satu pakej yang menyumbang ke arah strategi kemajuan ini. Suasana bersih, sihat dan berdisiplin ini menjadikan negara yang menguatkuasakan undang-undang ini mempunyai pakej penarik untuk pelabur menjalankan perniagaan. Hari ini, negara Singapura menduduki tempat pertama dalam ranking Bank Dunia bagi Indeks Kemudahan Berniaga (ease of doing business) (Malaysia di tangga 18)[5].

Langkah ini yang dianggap asing ini kemudiannya ditiru oleh Hong Kong pada tahun 2003 ketika wabak SARS menular. Juga oleh Shenzhen, salah satu bandar negara China. Pada tahun 2005, survey membayangkan kejayaan larangan meludah ini, dengan menjadikan tabiat kotor ini sebagai amalan menjijikkan nombor satu bagi rakyat Hong Kong, Taiwan dan Singapura[6].

Menarik melihat komen Lee Kuan Yew dalam memoirnya From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000, dalam mengulas cubaannya mengekang tabiat biasa rakyat negara tersebut. Dia juga menghadapi kritikan dan sindiran untuk memperkenalkan undang-undang baru ini. Baginya, dia mahu menjadi orang yang gelak dan tersenyum pada hujungnya kerana misinya yang berjaya. Pada pandangannya, rakyat Singapura akan menjadi warga yang pengotor dan biadab tanpa peraturan tersebut. Apa yang penting ialah peraturan tersebut membawa kebaikan kepada pembangunan negara dan rakyatnya.

Pengajaran Buat Malaysia
Artikel ini dirujuk bukanlah mahu mengagungkan pendekatan negara tersebut atau menjadikan mereka kiblat dalam soal keberkesanan undang-undang moral. Cuma ada beberapa pengajaran penting yang boleh rakyat Malaysia pelajari daripada larangan meludah dan transformasi negara Singapura tadi.

Pertama, Islam pada hakikatnya lebih awal mengajar soal penjagaan dan penguatkuasaan akhlak juga moral awam. Islam juga menjadikannya sebagai amanah yang perlu ditunaikan oleh pemerintah. Polisi dan kebijaksanaan pengurusan negara ini disebut sebagai siyasah syariah yang didefiniskan oleh Ibnu Aqil sebagai tindakan yang menjadikan manusia lebih dekat dengan kebaikan dan lebih jauh daripada keburukan, walaupun Rasulullah tidak pernah melakukannya dan tiada wahyu turun mengenainya[7].

(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. [alHajj, 22:41]

Hari ini ada pasangan belum berkahwin berpeluk-pelukan di khalayak ramai atas alasan mereka berdua membuatnya secara rela dan tidak mengganggu orang lain. Ada juga yang membantah penguatkuasaan solat Jumaat kepada orang lelaki kerana akan menimbulkan sifat tidak ikhlas beribadah. Namun pada hakikatnya, suara yang mengatakan bahawa pihak berkuasa tidak boleh mencampuri urusan moral dan peribadi adalah terbatal. Selain merupakan perintah Allah, kebiasaanya perilaku tidak sopan seperti ini sinonim dengan integriti buruk yang pentingkan diri, tidak amanah dan cuai.

Kedua, dalam Islam, ada konsep perkaitan antara akhlak yang baik dengan kemakmuran sesebuah negara. Ada janji Allah kepada mereka yang mentaati suruhan Allah dan Rasul serta takut kepada-Nya (tidak berbuat syirik dan meninggalkan maksiat serta larangan) bahawa Allah akan membukakan pintu langit yang berlimpahan rahmat, berkat, perbendaharaan bumi dan rezeki yang baik.

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi … [al A’raaf, 7:96]

Dr Zahazan Mohamed mengulas perkataan keberkatan dalam ayat tersebut termasuklah membawa erti rezeki, keamanan, keselamatan daripada segala keburukan, kaya raya, stabil ekonomi dan politik dan penuh dengan kesejahteraan[8]. alQurtubi pula menghuraikan ayat tersebut bahawa Allah akan menyelamatkan mereka daripada kemarau dan kegersangan.


Oleh itu, adalah sesuatu yang pelik apabila ada yang berpandangan negara perlu utamakan mengejar kemajuan ekonomi dan tidak perlu fokus pada proses Islamisasi. Bahkan ada yang sinis rela tidak berjuadahkan nasi lemak asalkan hudud dijalankan. Persepsi sebegini tidak tepat, seolah-olahnya pemerintah langsung tidak peduli dalam soal pembangunan dan dinafikan kesungguhan mereka. Bahkan, janji Allah bahawa dengan menjalankan perintahnya akan membawa kemakmuran dan kestabilan perlulah diyakini.

Ketiga, sedangkan perkara yang remeh seperti meludah boleh dimasukkan dalam bidang kuasa pemerintah, apatah lagi perkara yang secara khusus diwartakan Allah sebagai larangan dan disertakan hukumannya secara spesifik. Penguatkuasaannya pastilah membawa kebaikan yang lebih jelas, apatah lagi jenayah seperti mencuri, membunuh dan berzina yang menjadi kerisauan dan penyakit sumbang dalam masyarakat.

Pada hari ini, undang-undang menjaga moral di Malaysia menerima pelbagai kritikan sepertimana yang boleh dilihat di media arus perdana. Pandangan yang menentang dizahirkan seolah-olah bilangan mereka ramai. Ironinya, mereka yang kononnya berlandaskan demokrasi ini langsung menafikan peluang undang-undang Islam yang dipersetujui ramai ini untuk dibincang dan melalui proses matang.

Namun, komitmen pemerintah serta golongan Islamis perlu diteruskan. Dalam menghadapi kritikan dan cabaran, kesungguhan mereka pada perintah Allah serta keyakinan pada janji-Nya perlulah melebihi kesungguhan dan keyakinan Lee Kuan Yew terhadap gelak terakhirnya.

“Sesungguhnya asas syariah adalah ia memberi hikmah dan kebaikan pada kehidupan manusia. Syariah semuanya adil, semuanya maslahah, dan semuanya hikmah.”[9]

--

[1] Alicia P.q. Wittmeyeralicia, Want Your City-State to Become a Capitalist Success Story? Ban Spitting. 2015, http://foreignpolicy.com/2015/03/24/want-your-city-state-to-become-a-capitalist-success-story-ban-spitting

[2] Noah Plaue, If You Think The Soda Ban Is Bad, Check Out All The Things That Are Illegal In Singapore, 2012, http://www.businessinsider.com/absurd-laws-of-singapore-2012-6?IR=T&

[3] Wayne Arnold, In Singapore, 1970’s Law Becomes Weapon Against SARS, 2003, http://www.nytimes.com/2003/06/10/health/in-singapore-1970-s-law-becomes-weapon-against-sars.html

[4] The World Bank Group, GDP per capita (current US$), 2015, http://data.worldbank.org/indicator/NY.GDP.PCAP.CD/countries/1W-SG

[5] The World Bank, Economy Rankings, 2015, http://www.doingbusiness.org/rankings

[6] Barclay Crawford, Spitting and bad service take top spots in the HK hate list, 2005, http://www.scmp.com/node/530784

[7] Hazizi Ab Rahman, Relevansi Konsep Negara Islam: Pelaksanaannya Dalam Sistem Demokrasi Malaysia, 2014, Simposium Pemikiran Politik Islam

[8] Zahazan Mohamed, Jangan Sampai Allah Murka, 2014, Solusi Isu 69

[9] Ibn alQayyim, I’lam Al-Muwaqqi’in, 3/3

--

Budaya Meludah: Pengajaran Ekonomi dari Singapura untuk Malaysia: diterbitkan kali pertama di Arus Baru 27 Mac 2015

Monday, 23 March 2015

Hudud: Berbeza Politik vs Berbeza Agama


Manusia yang ramai atas dunia ini dibezakan dengan pelbagai kaedah. Ada perbezaan yang semulajadi (seperti jantina, warna kulit dan keturunan) ada pula perbezaan berdasarkan pemilihan (agama, ideologi politik etc).

Perbezaan secara semulajadi ditanggapi dengan cara menghormati dan cuba berkenalan serta memahami (alHujuraat - litaarafu). Manakala perbezaan berdasarkan pemilihan ada masanya dirai, ada masanya pula manusia memusuhi. Terpulang kepada diri masing-masing dalam berhadapan dengan perbezaan ini.

Membahagikan manusia mengikut kaum, lalu berlaku perseteruan dan zalim-menzalimi antara kaum merupakan tindakan rasis. Namun membahagikan mereka untuk memahami sejarah dan status, lalu digunakan untuk membantu mengikut kaedah tertentu merupakan suatu keadilan. Begitu juga membahagikan manusia mengikut jantina lalu membuka ruang untuk deskriminasi dan penindasan merupakan suatu jenayah. Namun membezakan kedua-dua jantina ini untuk mengelakkan gejala sosial merupakan suatu tindakan terpuji.

Membahagi manusia mengikut ideologi politik, dalam banyak keadaan, menimbulkan perpecahan dan perbalahan. Dalam negara kita, berseteru antara PAS vs UMNO dan BN vs PR merupakan suatu bentuk kerugian. Namun para politikus yang mengejar status politik diri pula melihat ini sebagai suatu bentuk kematangan.

Undang-undang Hudud
Dalam kes hudud hari ini, ada politikus kelihatannya suka jika pendirian seseorang itu berdasarkan blok politik masing-masing. Mereka menuduh PAS menikam belakang dan mengkhianati persepakatan PR. ADUN PKR, sekalipun beragama Islam, diminta untuk tidak menyokong undang-undang tersebut. Dia sedaya upaya bersuara kuat berharap agar hudud ini tidak diluluskan atas alasan mereka sepakatan.

Namun rupa-rupanya lebih ramai yang mahukan jika pendirian terhadap hudud ini berlaku disebabkan agama. Orang Islam perlu menyokong hudud atas alasan ia tuntutan agama, sekalipun berbeza blok parti. Politikus kafir pula dibiarkan berbeza pendapat, mungkin kerana mereka tidak memahami, mungkin juga kerana mereka memusuhi.

Manusia selamanya akan berbeza, terutamanya dalam soal agama, ideologi dan politik. Cuma pilih sama ada mereka lebih selesa manusia berbeza kerana agama atau berbeza kerana politik. Hidup anda untuk agama, atau hidup anda kerana politik. Baca semula doa iftitah, anda akan temui jawapannya.

Dalam bahasa Arab, perbezaan ada dua kategori; 
ikhtilaf (minor), iftiraq (major)

Friday, 20 March 2015

Proses dan Hasil



Dalam sesebuah projek, selain hasil, proses juga menjadi antara komponen yang perlu dititikberatkan. Proses yang teruji dengan panjang, matang dan teliti akan memberikan hasil memuaskan serta mempunyai standard tinggi yang seragam.

Contohnya, sebuah penerbitan yang mahukan 5 penulisan dalam seminggu (hasil), mempunyai 20 orang penulis. Kalau mahukan hasil sahaja, penerbit boleh memilih 5 penulis yang terbaik lalu meminta mereka hasilkan penulisan setiap seorang. Berbeza kalau proses yang dititikberatkan; kesemua 20 penulis diminta menghasilkan penulisan masing-masing, kemudian penerbit memilih 5 yang terbaik. Kali ini, semua orang akan mendapat peluang dan mengasah kemahiran menulis masing-masing. Bilangan yang mahir pula akan bertambah dari masa ke masa.

Contoh lain, seseorang yang mahu mahukan poster siap, boleh diberikan peluang menggunakan perisian (eg. Photoshop, Firework, Office etc). Biasanya, dia bukan sahaja akan berjaya menyiapkan poster tersebut, tetapi mendapat peluang menjelajah (explore) kemahiran dan kegunaan lain perisian tersebut.

Kita bukan sahaja mahukan orang pandai dan berpengalaman sahaja yang lakukan kerja, tetapi mahukan setiap orang merasai tanggungjawab dan memikul beban secara bersama. Pengalaman, selain boleh dipelajari, perlu juga dilalui oleh mereka yang mahu mencapai kemahiran yang tinggi. Ada masa boleh belajar melalui orang lain, ada masanya melalui kesilapan diri sendiri.

Yang berpengalaman perlu mempunyai keyakinan kepada mereka yang baru untuk lakukan kerja. Secara tidak langsung, yang baru akan terasa dihargai dan dapat membentuk hubungan baik antara mereka berdua.

Monday, 16 March 2015

Skrip MC Program "How to Write an Essay"


Get Attention
May I have your attention please. In few minutes we will start the program.
I would like remind all of you to sit properly set your phone silent as we go along this program.

Welcome and Salutation
A very warm welcome to
• our honourable speaker: En Jaafar and Cik Noorhayani
• the coordinator of this program, i-GURU members and KRIM,
• teachers, students and all.

Assalamu alaikum wbt.

Alhamdulillah rabbil alamin … Welcome to our workshop today, entitled “Bengkel How to Write an Essay” organized by Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia or i-GURU, with cooperation of Kelab Remaja ISMA (KRIM).

Program Introduction
We are here today to enhance our skill in mastering English especially on writing an essay. I would like to thank all of you for attending this program although your schooling is now on holiday. Just remember, learning is a lifelong process.

As a quick intro on why we are here today, Ministry of Education has put a requirement that in order to have SPM certificate, one needs to pass Bahasa Melayu, Sejarah and English. This is why i-GURU feels the urgency to help our students, especially of our Malays, to master in English. Statistic shows that the percentage of passing amoing Malay students is not much encouraging.

So i-GURU comes with this program, which tries to give motivation and techniques to master in English. As for your information, i-GURU or Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia is an NGO established to elevate the teaching profession, to ensure the well-being of students and to provide their contemporary needs.

The objective of this program are
• for the participants to master the techniques on how to write and get familiar with them
• to boost the motivation among participants to learn English and to learn more
• as a medium to get know each other among the participants, parents and the organizers (i-GURU and KRIM)

So here is the tentive for this program. It will also be displayed around this hall for you to refer:
9.00-10.30 : Slot 1: Motivation
10.30-1.00 : Slot on How to Write an Essay
Break and zuhur prayer
2.30-4.30 : Workshop
4.30-5.00 Closing, Tea session dan Asar Prayer.

Let us pray that this program will go smooth and achieve its objectives. Allahummaftah … O Allah, open the gates of knowledge and wisdom for us, and shower upon us your blessings. O Possessor of Majesty and Reverence’. Rabbana atina … "Our Lord, give us in this world [that which is] good and in the Hereafter [that which is] good and protect us from the punishment of the Fire.” Ameen.

First Slot (Motivasi)
Now for the first slot here, I would like to invite En Jaafar b Othaman to give his talk on motivation.

Here is a quick introduction about him.
He is Jaafar bin Othaman from Batu Gajah Perak. He grew up and currently lives there.
He is an experienced motivator of more than 10 years with company: Pure Base Training Centre
He graduated from UTM Skudai in Engineering.
Currently lives happily with his family of a wife and a son.

Hope that you can give full attention and grab all the inspirations from his speech. Now please welcome our speaker, En Jaafar.

Thank you En Jaafar b Othaman for the inspirational session just now. Hope that everyone gains all the benefits to be a bright and motivated student.

Now I would like to invite our program advisor, Ustazah Noorakhilah bt Baharin, accompanied by program director, Siti Rabiatul Adawiah to give our token of appreciation to our speaker, En Jaafar ... A big thank you again.

Break
Now is time for break. We will take a break for half an hour. There are food and drinks for you to take. We will meet again at 10:30 for the next session. Thank you.

Slot “How to Write an Essay”
* Get Attention
For the next session, I would like to invite Cik Noorhayani Mohd Ibrahim for our main slot today on “How to Write an Essay”.

Here is a brief introduction about her.
Cik Noorhayani comes from Bota Perak. She is an experienced teacher from MRSM Parit. She got about 10 years of teaching experience. Before MRSM Parit, she teached in MRSM Ulul Albab, Besut. She graduated from UIA and UPSI. SERATA

Hope that you can give full attention and grab all the important points from this session. Now please welcome.

Thank you Cik Noorhayani Mohd Ibrahim for her informative session just now. Hope that everyone get and remember all the important points just now as we will practice writing an essay later after this.

Break and Photography Session
Now is time for lunch. We will take a break until 2:30 PM. There are lunches available for you to take. We will meet again here for the next session at 2:30.

For Zuhur prayer, we will pray together at Pusat Islam UniKL at 1:30 PM. The committee will help you to go there for prayer.

But before that, can we have all the particapants to come forward for the photography session. We will have the photography session before the lunch. Now please everybody to come forward. Thank you.

Workshop
* Get Attention
Now is time for the next session, workshop on how to write an essay. I would like to invite our speaker, Cik Noorhayani to handle the next session. Please welcome.

Thank you to our speaker for her workshop just now. Hope that everyone get all the important points and master them to be good at writing an essay. A big thank you again.

Closing Remark and Present
Now we are at the closing of the this program. Please welcome Ustazah Noorakhilah bt Baharin, to the stage to give her final remark. She is the the advisor of this program and also the central committee of i-GURU which in charge of student development. Please welcome.

Thank you Ustazah Noorakhilah for the important remarks just now. Next, I would like to invite our speaker, Cik Noorhayani to give away the certificates to our participants. The participants will be called according to the group ...

Last but not least, I would like to invite Ustazah Noorakhilah, the advisor of this program to give our appreciation to our helpful speaker, Cik Noorhayani. Please welcome.

Final and Thank You
So that is the final of today's program. After this, we will have tea session and Asar prayer before everybody get dismiss.

Thank you everyone for your cooperation and making this workshop today “How to Write an Essay” a succesful event. I hope that everybody here meets their expectation and gains all the benefits from this program,

On behalf of the organizing committee, i-GURU and KRIM, I would like to apologize for all the mistakes and unconveniences throughout the program. Thank you for attending this program. Hope that we can see each other again next time.

Subhanakallahumma …

Wassalamu alaikum wbt.

APPENDICES

Peranan MC
• mempengerusikan setiap slot
• mc majlis penutup
• menghidupkan suasana program
• mengingatkan peserta tentang tentatif / perjalanan program

Thursday, 12 March 2015

Berpandangan Matang dan Tidak Bias


Antara tanda kebijaksanaan dan kematangan berhujah adalah apabila kita mampu menimbangkan kesemua sisi pandangan yang ada. ia kemudiannya digunakan untuk menentukan kesimpulan dan pendirian terhadap perkara tersebut. Perkara ini walaupun perkara biasa diajar dalam mengkaji atau bereksperimen (tujuan, hipotesis, pemerhatian, perbincangan, kesimpulan), namun kelihatan asing dipraktikkan dalam pertimbangan seharian.

Untuk menilai sesuatu perkara, tak boleh letakkan kesimpulan terlebih dahulu. Paling tidak perlu senaraikan pemerhatian yang ada. Tidak cukup dengan hanya tahu apa hujah menyokong sesuatu perkara tersebut, tetapi juga perlu tahu hujah menentang dan atas sebab apa ia tidak terpakai. Semakin banyak pemerhatian dan sudut pandang, semakin baik perbincangan yang akan dibuat selepas itu. Meletakkan kesimpulan terlebih dahulu, kemudiannya baru mencari hujah hanya akan menampakkan unsur bias si pengkaji.

Contoh Seharian
Contoh yang terkait dengan perkara terbaru ialah GST. Kalau awal-awal lagi dah bawa kesimpulan GST itu haram membebankan, maka hujah yang dicari ialah hujah yang menunjukkan cukai ialah haram dan membebankan. Hujah yang menyokong GST pula akan diketepikan awal-awal. Mungkin atas alasan yang menyokong GST ialah bias kerajaan. Padahal langsung tidak menimbangkan kebaikan GST itulah yang bias sebenarnya. Method berhujah dan mengkaji sendiri sudah salah.

Contoh lain, ada yang berpandangan dalam Islam, hubungan dengan bukan Islam ialah sentiasa berlembut. Golongan seperti ini, ketika berhujah handal mengeluarkan pelbagai sirah yang menceritakan kelembutan baginda saw, terutamanya ketika fasa Mekah dan berhubung dengan Arab Badwi. Dalam membawa pandangan keseluruhan yang matang, sepatutnya naratif ketegasan baginda saw dalam berhadapan dengan pihak Yahudi yang mungkir janji, juga golongan bukan Islam yang menghina baginda juga patut diketengahkan. Barulah dapat difahami dalam keadaan apa baginda bertegas, dalam keadaan apa baginda berlembut.

Contoh lain, ada yang berpandangan meninggikan diri langsung tidak dibenarkan dalam Islam. Orang Melayu lebih selesa dengan konsep ‘tawadhu’ terutamanya dalam bab beragama, lalu menyebabkan usaha untuk menonjolkan keberanian dan nilai Islam dalam diri mereka menjadi sukar. Dalam Islam, ada masanya perlu merendah diri, terutamanya ketika bermunajat kepada Allah, namun dalam urusan seharian, umat Islam patut memberikan keputusan dan usaha yang paling baik. Bahkan perlu lebih gah berbanding dengan bukan Islam. Perkara sebegini berlaku disebabkan mereka tidak terdedah dengan kepentingan “meninggikan diri” lalu wujud “stereotype” bahawa ia sentiasa salah.

Sebab itu dalam berhujah dan mahu sampai pada suatu kesimpulan, tak cukup dengan kemukakan satu dalil atau fakta semata-mata. Perlu biasakan mendengar pendapat yang kontra, selain belajar mengurus dan menyusuaikan perbezaan pandangan yang wujud. Agar perkara yang kita bincangkan menjadi matang dan tidak bias.

Monday, 9 March 2015

Do Not Impose Your Religion


Selalu juga orang berkata "do not impose your religion to other people", lebih lagi pada hari ini ketika ramai yang tidak mahu terikat dengan peraturan agama. Lebih parah lagi apabila ia diucap oleh orang Islam sendiri yang tidak menyedari bahawa agama itu meliputi keseluruhan aspek kehidupannya.

Khalifah
Pertama, Islam merupakan agama menitikberatkan hubungan sosial. Ketika Allah menjadikan kita, Dia mengamanahkan kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini sebagai misi hidup. Tugas ini tidak dapat ditunaikan melainkan kita berhubung dengan manusia lain dengan pelbagai cara seperti menegur sapa, tolong menolong dalam kebaikan, hidup berorganisasi.

Secara tidak langsung ia menafikan kata-kata "do not impose your religion to other people" kerana dalam Islam, menegur sapa, berkerjasama yang dilakukan seharian, sama ada terhadap ahli keluarga atau kawan, merupakan sebahagian daripada agama dan dituntut serta diganjarkan pahala apabila melakukannya.

Peraturan
Kedua, peraturan merupakan sebahagian daripada perkara dalam perhubungan tersebut. Islam bukan sekadar menyuruh manusia berbuat baik dengan manusia lain, tetapi juga menetapkan larangan yang boleh merosakkan perhubungan tersebut. Malah, walaupun kesalahan itu kesannya terhad terhadap diri sendiri, Islam tetap melarangnya sebagai tanda rahmat (mengambil berat) terhadap keadaan diri tersebut daripada menderita kesusahan.

Sebab itu pelik kalau seseorang itu mahu orang lain bertegur sapa dengannya, menolongnya dalam kesusahan, tetapi apabila dia melakukan kesalahan, dia tidak mahu kesalahan tersebut dibetul dan dihentikan.

Ibadah Dengan Manusia Lain
Ketiga, dalam Islam ibadah yang melibatkan diri sendiri sangatlah sedikit berbanding ibadah melibatkan manusia lain. Ibadah sendiri terhad pada solat, zikir, self-help dan sebagainya. Itupun belum diambil kira bahawa solat fardu dituntut dilaksanakan secara berjemaah. Menguruskan zakat perlu beramai-ramai. Untuk berkahwin perlukan pasukan menjayakannya. Begitu juga mewujudkan komuniti yang selamat sejahtera. Apatah lagi dalam usaha menegakkan negara yang beroperasi berlandaskan syariat agama. Semuanya ada "do and don't" yang perlu dijaga.

Jadi, awal-awal lagi ayat "do not impose your religion" tersebut telah salah, kerana dalam Islam sendiri agama terlibat penting dalam perhubungan sesama manusia, bahkan menyumbang komposisi yang banyak dalam bentuk ibadah seseorang manusia.

In other words, yes you can say "do not impose your religion to other people", if and only if that religion is not Islam and that religion do not covers social aspect of human being.

Thursday, 5 March 2015

Pengkhianatan yang Dibiarkan (Kelemahan Dialog Bahagian V)

Jika dipandang secara keseluruhan, siri-siri tindakan pengkhianat sedikit sebanyak menampakkan pelbagai niat mereka seperti merebut kuasa politik, mengubah pemikiran masyarakat, melunakkan nilai agama dalam negara atau sebagainya. Semua objektif ini tidak akan tercapai jika mereka tidak mendesak dan menimbulkan keraguan agar dapat menghakis perkara asas negara ini sedikit demi sedikit. Dan apabila topik tersebut dibawa ke dalam dialog, mereka akan mempromosi, menghias tindakan mereka dan tegar mempertahan hujah agar motif ini tercapai nanti.

Perlu disedari bahawa apapun hasil atau persetujuan yang mereka mahu bincangkan ketika sesi dialog, tujuan asal mereka melakukan perkara tersebut adalah agar agenda besar mereka (dalam konteks Malaysia iaitu mencairkan agama Islam / bangsa Melayu / perlembagaan) tercapai sedikit demi sedikit. Medium dialog tersebut digunakan untuk melontar dan menyebar luas propaganda mereka kepada orang ramai.

Lebih membahayakan jika dialog tersebut dapat diakses oleh orang ramai yang naif mengenai percaturan pengkhianat ini. Disebabkan inilah, sesi dialog berkenaan perkara sensitif negara wajar dilakukan secara dalaman agar kekeliruan yang timbul dalam sesi tersebut dapat segera diselesaikan sebelum merebak kepada orang ramai.
Sharp seterusnya memberi amaran kepada para demokrat (pejuang) bahawa mereka akan kecewa sekiranya berhenti / bertangguh menggunakan kuasa terhadap diktator (pengkhianat). Baginya jarang tindakan tersebut dapat mengurangkan tekanan daripada mereka. Sebaliknya, apabila pejuang berhenti menggunakan kuasa, para pengkhianat akan bertindak lebih agresif mencabar dan menimbulkan kegusaran masyarakat sesuka hati mereka. Sharp memetik kata-kata penulis Krishnalal Shridharani “Diktator kuku besi hanya berkuasa menindas apabila kita tidak mempunyai kekuatan untuk melawan mereka”.

Penentangan dengan kuasa (bukan dialog / rundingan) sangat penting dalam berhadapan dengan konflik yang melibatkan perkara asas negara. Hampir dalam semua keadaan, penentangan mestilah berterusan untuk mengelak golongan pengkhianat ini mendapat kuasa. Tambah Sharp, kejayaan sesuatu agenda tidak ditentukan dengan cara berhujah sebaliknya melalui penggunaan kuasa yang bijak dan tepat (wise and powerful).

bersambung

Monday, 2 March 2015

Persoalan dan Kemungkinan (Kelemahan Dialog Bahagian IV)


Antara masalah yang akan timbul apabila berdialog ialah pertimbangan (neraca) atau nilai apakah yang akan digunakan dalam menyelesaikan konflik. Perkara seperti keadilan, keharmonian, kebebasan merupakan suatu perkara yang mempunyai spektrum yang sangat luas dan pelbagai sudut pandang.

Dalam sesi dialog, perbincangan tentang definisi ini lazimnya akan memakan masa dan tidak dapat sampai ke titik akhir yang dapat disepakati bersama. Lalu persoalan seterusnya ialah adakah apabila kedua-dua belah pihak tidak bersetuju, dialog tersebut dikira berjaya. Dan jika ia tidak berjaya, sampai bilakah perbincangan tersebut perlu diadakan untuk mencapai tahap semua bersetuju dengan sesebuah konsep tersebut.

Sebagai contoh, keadilan dalam Islam ialah memberikan yang hak kepada yang berhak. Berhukum dengan agama dalam soal pemerintahan juga merupakan keadilan yang Islam gariskan kepada umatnya capai. Antara yang ditentukan ialah keperluan bagi pemimpin utama dan yang memegang posisi penting mestilah beragama Islam. Namun, orang lain akan membawa naratif keadilan melalui kaedah yang berbeza seperti peratusan kerusi, komposisi kaum dan adat tradisi.

Ingkar Persetujuan
Selain itu, soalan yang menjadi tanya tanya ialah bagaimana pula jika mereka bersetuju dalam dialog tersebut, dokumen ditandatangani, namun bertindak sebaliknya selepas dialog tersebut. Contoh yang rapat bagi contoh ini ialah perjuangan PAS mewujudkan negara Islam yang tidak sehaluan dengan perjuangan DAP. Wujud dokumen yang menunjukkan mereka bersetuju untuk berbeza namun apabila konsep tersebut cuba diimplementasi, DAP bertindak memberi amaran untuk mengeluarkan mereka daripada Pakatan Rakyat.


Inilah yang Sharp cuba gambarkan kepada kita bahawa dalam sesebuah dialog atau rundingan, menilai sesuatu pendirian itu sama ada baik atau tidak sebenarnya tidak menyelesaikan sesuatu masalah. Walaupun perkara tersebut akan dibincangkan, penyelesaian terakhir terletak pada siapa yang paling berkuasa menentukan tindakan seterusnya.

Lihat kes Kalimah Allah, kerajaan sejak awal lagi merasakan mereka mempunyai kuasa eksekutif meletakkan larangan tersebut berdasarkan pertimbangan mereka. Pihak gereja pula mencari mahkamah sebagai pihak yang mempunyai kuasa tanpa mempedulikan larangan kerajaan. Dialog awal-awal lagi telah pihak gereja ketepikan. Segala puji bagi Allah yang menetapkan keputusan akhir mahkamah menyebelahi apa yang syara tetapkan. Itupun pihak gereja masih lagi mencari ruang mencabar dengan mengemukakan semakan kes mahkamah.

Beralah
Perhatian juga patut diberikan kepada apa yang pejuang dan pengkhianat mahu mengalah dalam usahanya menjayakan dialog. Mengambil contoh konflik antara PAS dan DAP sebelum ini, lazimnya sesuatu rundingan hanya berhasil apabila wujud kompromi antara kedua-dua belah pihak. Perlu ditanya apa yang pejuang akan benarkan pengkhianat lakukan nanti, dan apa pula pengkhianat mahu berikan sebagai pulangan kepada pejuang.

Soalan seterusnya pula, adakah mereka akan selama-lamanya akan berpuas hati dengan perkara yang telah mereka beralah. Hakikatnya, tidak ada persetujuan yang akan berkekalan selama-lamanya. Pelbagai faktor seperti bidang kuasa, pandangan masyarakat akan mengubah sesuatu persetujuan, maka menjadi keutamaan pihak pejuang untuk memastikan hak mereka tetap terpelihara tanpa menyibukkan diri dalam dialog yang tidak menentu destinasi akhirnya.

Dan katakan sesebuah persetujuan itu nanti dicapai, perdamaian atau penyelesaian bentuk apakah yang akan terbentuk. Wujudkah nanti agree to disagree yang menyaksikan pejuang hanya mampu bersuara tanpa memiliki kuasa eksekutif. Adakah pengamalan dan agenda Islam akan lebih dihormati, atau ruang untuk pengkhianat mencabar asas negara semakin terbuka luas. Ini yang sepatutnya lebih difikirkan untuk dipertahan berbanding untuk diam dan bersetuju.

bersambung

Thursday, 26 February 2015

Apa Salahnya Dosa Sendiri-sendiri


Kesalahan ada degree (tingkatan) yang berbeza. Dalam Islam, ada dosa besar, dosa kecil. Ada kesalahan melibatkan diri sendiri, ada kesalahan melibatkan orang (makhluk) lain. Ada kesalahan secara sembunyi, ada kesalahan yang orang lain nampak. Ada kesalahan yang sengaja, ada yang tidak sengaja.

Apapun jenis, bentuk dan kesan kesalahan tersebut, ia tak sepatutnya menanggalkan sifat malu dari dalam diri pelakunya. Sejahat mana sekalipun seseorang itu, perlu sedaya upaya timbulkan sifat kekesalan apabila melakukan kesalahan, supaya kesalahan tersebut tidak lagi berulang lagi pada masa akan datang.

Hari ini ada trend pelik berbangga dengan kesalahan yang dilakukan. Mungkin disebabkan sensitiviti yang semakin menghilang dan terpengaruh dengan ideologi hak asasi. Lalu timbul kata-kata seperti “semalam ada pesta arak, lupa pulak nak ajak”, “kami berzina atas kerelaan kami, dalam rumah sendiri, tiada siapa paksa”, “apa salahnya berjudi / lgbt etc, bukannya melanggar hak asasi” atau juga “apa salahnya berikan ruang agama lain berdakwah dalam media utama”.

Hakikatnya, ia tetap dosa dan kesalahan meskipun dalam apa keadaan sekalipun. Sebagaimana dosa ada tingkatannya, begitu juga akibat dan hukuman dosa tersebut, ada tingkatannya yang berbeza. Sebab itu ada hukuman hudud yang berat hukumannya untuk kesalahan yang berat dan terbuka. Ia dikira mencabar peraturan yang Allah tetapkan untuk hamba-Nya. Jika tidak jatuh pada hukuman hudud, ada ta’zir mengikut pihak berkuasa. Jika tidak di dunia, mungkin di akhirat nanti akan kena. Hukuman juga, mungkin bentuk yang setimpal, mungkin juga dalam bentuk yang berbeza seperti kesihatan dan kebahagiaan yang terancam.

Sebab itu kita perlu sedar dan kembali pada asas. Bumi ini Allah yang cipta, begitu juga diri kita, semuanya merupakan milik-Nya, dan Dia telah tetapkan peraturan bagi setiap perkara. Peraturan-Nya, sifatnya membawa kebaikan. Melanggar peraturan-Nya bererti mengundang keburukan. Maka sikap kita adalah menjauhi kesalahan sebagaimana analogi hadis yang mengingatkan agar menjauhi masuk ke sempadan kawasan larangan.

Monday, 23 February 2015

101: Islam dan Kafir


Antara kekeliruan dalam kalangan orang Islam terhadap konsep keimanan ialah tiada keperluan untuk melabel seseorang itu secara spesifik sebagai kafir atau muslim. Bagi mereka, menentukan seseorang itu kafir atau muslim, ke syurga atau ke neraka, merupakan perkara hati, dalaman dan ghaib. Perkara begini hanya ditentukan oleh Allah, sedangkan manusia tidak wajar menentukan demikian. Meletakkan label kafir atau mengatakan nasib mereka akan ke neraka merupakan hukuman terburu-buru yang berbentuk penghinaan lalu menyebabkan mereka menjauhi Islam. Kekeliruan seperti ini perlu dibetulkan supaya pendirian dan muamalah seharian kita menjadi jelas.

Berhukum
Dalam Islam, ada satu kaedah terkenal yang disebut "nahkum biz zawahir, wa natawalla bis sarair” yang bermaksud kita berhukum dengan aspek luaran dan yang dapat diperhati, manakala aspek tersirat dan tersembunyi pula diserahkan kepada Allah untuk membalasnya. Lazimnya perkara dalaman seseorang akan terzahir melalui perkara luaran. Iman akan terzahir melalui akhlak. Orang Islam akan terzahir melalui ibadah sehariannya.

“Berhukum” merupakan perkara lazim seharian sama ada berbentuk panggilan, label, pengakuan dan sebagainya. Contohnya, hakim memberi hukum melalui perkara zahir berbentuk hujah peguam, keterangan saksi. Keputusan hakim dan implikasinya seperti memenjara dan mendenda akan digunapakai apabila ia telah diputuskan, walaupun mungkin hakim tersebut tersilap dalam penghakimannya.

Sama seperti kisah lawan Saidina Ali di medan perang yang tiba-tiba mengucap syahadah, namun Saidina Ali tetap membunuhnya kerana menganggap ia helah lawannya daripada dibunuh. Sesampainya berita ini kepada baginda saw, baginda berasa marah dan menyesal melalui sabdanya “Adakah kamu telah membelah dadanya sehingga kamu tahu dia jujur atau tidak”.

Ia juga bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita sebenarnya kerana berhukum dengan zahir, melabel memang merupakan kelaziman manusia. Jika bertemu dengan orang Melayu di mana-mana, terus dianggap sebagai muslim tanpa perlu diselidik sah syahadahnya juga sempurna solatnya. Jika orang Islam meninggal dunia, jenazahnya akan dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan; sebagai tanda ia seorang muslim. Begitu juga mayat agama lain tidak dilakukan sedemikian sebagai tanda ia bukan Islam.

Seorang tuan guru yang selalu memberi kuliah, mentadbir negeri dengan nilai Islam, apabila meninggal dunia, pasti diyakini dalam keadaan beragama Islam tanpa perlu diragui detik akhirnya. Sama juga zahirnya bagi seorang pemimpin parti sekular, ada tanda kekafiran melalui nama dan amalan sehariannya, juga pernah menghalang pelaksanaan syariah dalam hidupnya, apabila meninggal dunia, mayatnya akan diselanggarakan sebagai kafir, tanpa perlu bertanya-tanya detik akhirnya bagaimana. Implikasi zahir juga akan digunapakai; orang Islam akan menuju ke syurga, manakala mereka yang kafir akan diseksa dan menuju ke neraka.

Bukan dalam soal mati sahaja berlaku label dan pendirian berbeza terhadap yang Islam dan bukan Islam, dalam kehidupan seharian juga ada. Orang Islam mempunyai hak ukhuwah yang akan ditunaikan sebagai tanda ia bukan Islam e.g. memberi salam, menziarah, amar maruf nahi munkar. Orang bukan Islam pula tidak ditunaikan hak sedemikian (tidak diberikan salam, diajak solat dsb) sebagai suatu bentuk pengakuan bahawa mereka bukan beragama Islam.

Mereka yang tidak mahu menghukum dan melabel ini sebenarnya kadang-kadang boleh terperangkap dengan kebiasaan diri sendiri. Makanan yang mereka makan pastinya mereka sudah labelnya secara spesifik ia halal, oleh sebab itu mereka makan. Makanan mengandungi babi akan dihindari sebagai tanda keharamannya. Hubungan keturunan juga merupakan satu label sebenarnya. Orang yang mereka panggil ayah dan ibu merupakan label yang mereka berikan walaupun mereka tidak mempunyai ingatan ketika beberapa tahun awal mereka dilahirkan.

Hikmah
Label kafir dan hukuman ke neraka ini sebenarnya mempunyai hikmah tersendiri. Ia merupakan suatu bentuk cara menyedarkan mereka bahawa mereka dalam keadaan bersalah dan perlukan pembetulan. Hanya mereka yang sedar mereka salah sahaja yang akan mahu untuk berubah. Jika kafir itu label umum yang tidak perlu dispesifikkan, bagaimana Rasulullah boleh merealisasikan perintah Allah untuk menyampaikan seruan kepada orang kafir.

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: "Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan" [Ali Imraan, 3:12]

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala. [alAnfaal, 8:38]

Persoalan ini merupakan asas dalam muamalah dan berpendirian. Untuk mereka yang mempunyai salah faham ini, eloklah mantapkan pengetahuan dalam perkara asas syara ini supaya kukuh agar tidak menjadi kecacatan dan kelompongan ketika membicarakan perkara yang lebih besar dan kompleks.

Thursday, 19 February 2015

Dhab, Iman dan Amal: Suatu Renungan








Monday, 16 February 2015

Tarbiyyah dan Ilmu: Satu Pemerhatian


Sesunguhnya aku melihat air yang bertakung itu merosak (dan berbau busuk)
Jika ia mengalir, ia bersih. Jika ia tidak bergerak, ia tidak mensuci

Ramai selalu mengaitkan tarbiyyah dan usrah ini dengan ilmu. Betulkah datang ke usrah untuk dapatkan ilmu. Adakah yang tinggi ilmu agama lebih mudah memahami dunia tarbiyyah. Perlukah ilmu yang sangat tinggi untuk menyumbang pada jalan ini. Disebabkan persoalan yang banyak ditemui inilah saya tuliskan lintasan dan pemerhatian selama berada dalam jalan ini. 

Dan untuk terus straight, ilmu menggunung tinggi bukan ukuran kecemerlangan seseorang dalam tarbiyyah. Ilmu agama sekalipun. Dalam tarbiyyah, kami diajar untuk lebihkan pada kerja dan disiplin dalam bergerak.

Bukan untuk katakan ilmu tidak penting. Ia penting sebagai pemula / kickstart anda memahami jalan ini, tetapi hasil akhirnya terletak sama ada anda mampu menyusun segala ilmu itu untuk berdepan dengan jahiliyyah pada hari ini. Jahiliyyah ditentang agar tidak menimbulkan fitnah. Dan berdepan itu pula, bukan berseorangan, tetapi dengan rakan tarbiyyah anda yang lain. Inilah (sebahagian) yang mahu dimaksudkan sebagai amal dan disiplin gerakan.

Dan dalam tarbiyyah ini, ilmu berselerak yang anda temui hari-hari akan disusun. Silibus yang diberikan sebenarnya bukan sekadar untuk menambah ilmu anda semata-mata. Ia ada objektif dan sasarannya tersendiri. Cuba tanya, kenapa dalam banyak-banyak ilmu dalam Islam, tajuk tertentu yang dipilih dalam usrah. Ia pasti ada signifikannya tersendiri. Dapatkan objektif itu dan kuasainya bersungguh-sungguh. 

Saya sendiri, melihat ada empat jenis ilmu yang sentiasa diberi penekanan. Sejarah dan jati diri. Tarbiyyah dan harakah. Syahadah dan tuntutan. Fikrah dan realiti. Empat inilah yang anda cuba kuasai dan kukuhkan sebaik sahaja anda mahu serius dengan jalan pilihan ini. Elok pemahaman anda dengan empat ini, insya-Allah betul cara pandang dan objektif tindakan anda untuk agama ini.

Untuk mereka yang baru berjinak dengan dunia ini, dengarlah nasihat para murabbi dalam memandu anda menapaki langkah ini. Pemanduan murabbi itu penting. Sebab itu hubungan dengan murabbi perlu anda titikberatkan. Usrah merupakan tempat utamanya menyampaikan pesanan panduan. Bersungguhlah untuk hadir, cuba untuk campai zero-absenteeism. Kehadiran anda menjadi salah satu petanda berapa jauh anda mampu berada dalam susunan barisan ini.

Ada lagi satu rahsia. Dalam tarbiyyah ini, murabbinya tidak akan depress dengan mereka yang kurang dalam bab agama, juga tidak impress pun dengan mereka yang datang dari sekolah agama. Asalkan anda bersungguh mahu untuk beramal dan bergerak, anda akan dapati ilmu yang anda pelajari akan menjadi pembasah, penyubur dan penolak penting atas jalan ini. Banyak ilmu anda hanya akan berguna apabila betul bertemu fungsi dan salurannya.

PM, CEO ramai mana memegang PhD
Dan jangan terkejut kalau ada yang tak habis mengaji

Thursday, 12 February 2015

Pivot 2.0: Peluang Amerika Menjejakkan Kaki ke Malaysia

CSIS (Centre for Strategic & International Studies) pada awal tahun ini mengeluarkan dokumen bertajuk “Pivot 2.0” menyenaraikan peluang bagi US (Amerika Syarikat) terlibat di rantau Asia.[1] Badan ini memetik sebuah survey yang dijalankan pada tahun lepas oleh The Chicago Council on Global Affairs yang menunjukkan majoriti rakyat US bersetuju bahawa mereka mempunyai kepentingan yang tinggi di rantau ini.[2] Survey ini juga mendapati majoriti pakar Asia menyokong usaha Obama untuk mengimbangi kuasa di rantau Asia Pasifik ini.

Walau bagaimanapun, beberapa keadaan dikenalpasti mampu melemahkan rancangan ini termasuklah sokongan yang berkurang semasa pilihan raya US tahun 2014, kekangan bajet kewangan serta keterlibatan dalam krisis di Ukraine dan Iran – Iraq. Meskipun begitu, kekuatan mereka terletak pada persepakatan kukuh antara Parti Demokrat (kerajaan) dan Parti Republikan (kongress) terhadap isu ini (penglibatan di rantau Asia).

Artikel kali ini akan merumuskan dua aspek cadangan yang terkait dengan Malaysia iaitu Trans-Pacific Partnership (TPP) dan situasi semasa di negara sekitar Laut China Selatan (LCS). Ia bertujuan memberikan penerangan dari sudut mengapa dan bagaimana US mahu terlibat di rantau ini. Artikel ini bukanlah menyokong keinginan mereka di rantau ini, sebaliknya memberikan kefahaman terhadap tindakan US agar strategi mereka terlibat di sini dapat dibaca dan dijangka terlebih dahulu.

Cadangan pertama diutarakan dalam dokumen tersebut ialah memulakan kempen membina sokongan masyarakat mereka agar menyokong pelaksanaan TPP dan perjanjian perdagangan yang berkaitan sebelum musim panas (Jun) 2015. Bagi US, TPP akan menjadi komponen ekonomi yang utama dalam mengimbang kuasa di Asia. Dengan termeterainya TPP akan menjadikan Asia sebagai kawasan perdagangan bebas yang terbesar (40% of all merchanise trade) bagi US.

TPP penting bagi US kerana ia akan membantu menyediakan set peraturan perdagangan baru untuk Asia Pasifik yang akan memberikan keuntungan besar terhadap syarikat mereka pada masa ini dan akan datang. TPP juga akan mengukuhkan kehadiran mereka di rantau ini dengan memaparkan imej mereka sebagai kuasa di kawasan Pasifik. Tanpa TPP, negara serantau hanya akan memandang skeptik pengimbangan kuasa US di sini sebagai suatu bentuk projek ketenteraan semata-mata.

Selain proses undang-undang dalaman US yang memerlukan persetujuan kedua-dua parti di sana, perkara lain yang diperlukan untuk menjayakan TPP pada tahun 2015 ialah persetujuan negara terlibat. Awal 2008, Pentadbiran George W Bush telah melibatkan Singapura, Brunei, Chile dan New Zealand dalam usahanya melancarkan TPP. Pentadbiran Obama selepas itu pula cuba mengembangkannya menjadi 12 buah negara di Asia Pasifik termasuklah Malaysia. Rundingan ketika ini sedang menghampiri penamatnya. Ketika persidangan Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) November 2014, mereka menyatakan, “kami telah mengarahkan menteri kami untuk menjadikan penyelesaian rundingan TPP ini sebagai suatu keutamaan besar”.

Untuk rekod, selain menerima bantahan keras rakyatnya daripada menandatangani TPP lantaran bakal merugikan negara,[3] Malaysia belum memberi kata putus untuk menyertai Perjanjian TPP. Beberapa fleksibiliti diminta oleh Malaysia dalam beberapa isu berkepentingan seperti bumiputera, hak cipta intelektual dan syarikat milik negara.[4]

Cadangan kedua dalam dokumen tersebut pula, antara lain ialah mendapatkan sokongan antarabangsa dan serantau dalam keputusan mahkamah melibatkan Filipina menentang tuntutan Sembilan Garis Putus (9GP) oleh negara China di LCS. Dijangkakan keputusannya akan dikeluarkan sebelum penghujung tahun ini. Selain tuntutan Filipina, Malaysia dan Vietnam pernah menghantar penghujahan secara bersama di Commission on the Limits of the Continental Shelf untuk menyemak batasan pentas benua negara masing-masing sehingga menimbulkan bantahan negara China.[5] Bagi CSIS, apapun keputusannya nanti, ia akan menjadi titik perubahan terhadap kes pertindihan tuntutan di sana serta akan melihatkan sama ada penglbatan US di rantau ini menyakinkan atau tidak.

Dalam hal ini, pentadbiran Obama telah mengambil banyak langkah bijak dalam menyatakan pendirian tidak bersetuju terhadap tuntutan China di LCS. Yang terbaru merupakan laporan kajian keabsahan 9GP yang dikeluarkan State Department.[6] US dijangkakan akan turut mendapatkan sokongan antarabangsa terhadap keputusan tribunal ini dalam masa yang sama menekan negara China agar menerima apa sahaja keputusan yang akan diberikan. Sokongan dan tekanan US penting dalam usahanya mengukuhkan kedudukannya di Asia Tenggara agar hak Filipina membawa kes tersebut ke mahkamah mendapat sokongan penuh ASEAN.

Dalam masa yang sama, US perlu menggandakan usahanya meningkatkan kesedaran terhadap kawasan maritim, patrol dan kemampuan mencegah (deterrence capabilities) di Asia Tenggara. Perkara ini termasuklah melipatgandakan dana, latihan dan pemindahan peralatan kepada rakannya di sini termasuklah Malaysia. Ini tidak lain agar US dapat kelihatan gah dalam berdepan negara China yang berpotensi mencabar dominasi kuasanya di sini. Oleh sebab itulah, US perlu nampak berperanan dalam tuntutan ini dengan apa juga cara seperti menyampaikan saranan dan sokongan terhadap apa-apa tindakan diplomasi yang berkaitan.

Menariknya pada cadangan kedua ini, laporan turut menimbang demokrasi yang tidak stabil di Myanmar dan Thailand sebagai peluang untuk terlibat di rantau Asia Tenggara ini. Melihatkan perkembangan mutakhir di Malaysia yang menyaksikan hukuman penjara terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, ia kelihatannya membuka ruang tambahan kepada penglibatan US di sini. Selain wujudnya petisyen mendesak pentadbiran Obama mempercepat proses pembebasan Anwar dari penjara[7], duta US ke Malaysia turut menyuarakan kritikan secara terbuka keputusan badan kehakiman negara.[8] Perkembangan seperti ini sebenarnya boleh dijangka melihatkan kesungguhan US untuk terlibat secara aktif di rantau ini.

Nota Tambahan: Boleh dikatakan tahun 2015 ialah masa untuk rakyat Malaysia berjaga-jaga dengan tindak-tanduk US, khususnya berkenaan polisi mereka ke atas negara-negara di rantau ini. Rekod seperti yang ditulis William Blum (2000) menyaksikan campurtangan US dalam sesebuah negara hanya menguntungkan kuasa besar tersebut semata-mata sedangkan tuan rumah akhirnya akan ditinggalkan menderita.[9] Cukuplah sejarah ini menjadikan kita berhati-hati dalam berurusan dengan negara kuasa besar ini.

Rujukan:
[1] Michael J. Green, Nicholas Szechenyi, Victor Cha, “Pivot 2.0”: How the Administration and Congress Can Work Together to Sustain American Engagement in Asia to 2016, 2015

[2] Dina S. Smeltz and Craig Kafura, Americans Affirm Ties to Allies in Asia, 2014

[3] Memorandum bantahan TPPA, Aug 29, 2013, http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130829/dn_01/Memorandum-bantahan-TPPA

[4] TPPA: Malaysia minta fleksibiliti, Feb 26, 2014, http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140226/ek_01/TPPA:-Malaysia-minta-fleksibiliti

[5] Permanent Mission of the People’s Republic of China to the United Nations, letter to Ban Ki-moon, May 7, 2009, http://www.un.org/depts/los/clcs_new/submissions_files/mysvnm33_09/chn_2009re_mys_vnm_e.pdf

[6] U.S. Department of State, Limits in the Seas No. 143 China Maritime Claims in The South China Sea, 2014, http://www.state.gov/documents/organization/234936.pdf

[7] Petisyen desak pembebasan Anwar dibuat di laman web White House, Feb 11, 2015, http://www.astroawani.com/berita-dunia/petisyen-desak-pembebasan-anwar-dibuat-di-laman-web-white-house-53751

[8] U.S. Embassy Statement on The Conviction of Anwar Ibrahim, Feb 10, 2015, http://malaysia.usembassy.gov/pr_emb_statement_anwar-021015.html

[9] William Blum, Rogue State: A Guide to the World’s Only Superpower, 2000

Pivot 2.0: Peluang Amerika Menjejakkan Kaki ke Malaysia: diterbitkan kali pertama di IRIS Institute 15 Feb 2015

Monday, 9 February 2015

Jangan Risau, Rakyat Malaysia Imannya Kuat!


Menarik meneliti respons rakyat Malaysia berkenaan placard “I’m a Muslim, I love Hindus” semasa perhimpunan Thaipusam baru-baru ini. Selain respons Timb Mufti Perak dan Jawatankuasa Pusat ISMA, saya cuba bawakan beberapa perkara lain untuk diperhatikan dalam isu ini.

Pertama, carikan hadis Rasulullah secara jelas menyebut “Aku sukakan orang kafir”.
Ramai berhujah placard tersebut tiada masalah kerana Rasulullah berdiri ketika mayat Yahudi lalu di hadapan baginda. Untuk mereka, kita bawakan hadis yang lebih tepat “(Di akhirat,) seseorang itu akan berada bersama dengan mereka yang dia cintai”. Juga kaedah "keredaan terhadap kekufuran merupakan kekufuran”. Sebenarnya, ada bezanya suka dengan hormat, juga ada beza batasan keimanan dengan kemanusiaan. Ibu bapa yang kafir, ketika dicintai bukanlah atas kapasiti kekafirannya lalu boleh diangkat placard "I Love Kaafir", tetapi atas kapasitinya sebagai ibu bapa, "I Love my Dads and Mums”. Sayang terhadap orang kafir, jika sekalipun dihujah, perlu diarah untuk menyedarkan dia terhadap kesalahan agama mereka dan kebenaran agama Islam. Selalulah baca surah alKaafirun, begitulah dialog yang sepatutnya diungkapkan. "I'm a Muslim, I do not worship what you worship."

Kedua, pencegahan perlu dilakukan agar masyarakat menjauhi perkara yang salah.
Kita tidak perlu menunggu sehingga rakyat Malaysia ramai-ramai dijangkiti pluralisme, murtad atau tiada agama, baru kita perlu bertindak. Ada konsep sadd zarai’ (menutup jalan bahaya) yang boleh dipraktikkan. Dalam Islam, bukan sahaja iman perlu dikukuh (tahalli), tetapi unsur perosak juga perlu dihapuskan (takhalli). Ibarat menanam kelapa sawit, baja perlu diletak, selain pagar perlu dibina untuk mengelak kambing menceroboh makan. Pokoknya pencegahan perlu dilakukan ketika sihat, bukan menunggu sindrom dan penyakit barulah diubati. Lupakah mereka pada kes Hartina Kamarudin, Lina Joy dan Aishah Bukhari; banyak ilmu di dada sekalipun bukan petanda tidak akan terjebak dalam kekufuran.

Ketiga: iman yang kuat bukan diukur dengan memakai tudung, bersolat dan status dalam MyKad semata-mata.
Ada yang cuba berhujah, terlibat dalam perhimpunan tersebut hanyalah perkara kecil, sekejap dan tidak menjejaskan iman. Bukan sahaja orang bukan Islam, orang Islam sendiri berikan alasan tersebut. Mereka guna pembariskah mengukur iman untuk lihat perbandingan sebelum dan selepas perhimpunan tersebut sehingga yakin berkata sedemikian. Saya yakin para sahabat ra yang tinggi imannya, tidak akan mengangkat placard cinta tersebut, apatah lagi bersetuju dengannya atas alasan harmoni. Iman itu holistik sifatnya, tertunjuk dalam segenap aktiviti hidup, diterjemahkan dalam amal menguntungkan Islam. Eloklah baca tulisan Ustaz Mustafa Masyhur, Jalan Dakwah untuk ukur iman yang rakyat Malaysia, sudah bina cukup kuatkah?




Published on 2/6/15. 12:45 PM
Malaysia Time

Thursday, 5 February 2015

Nampak Permainan Mereka?


Langkah Mengekstrimkan Islam
  1. Lakukan provokasi terhadap orang Islam dengan menghina / mencabar / merampas hak mereka.
  2. Cari respons yang kasar dan ekstrim daripada orang Islam, selau ungkit dan tekankan. 
  3. Sembunyikan provokasi yang telah dibuat sebelum itu.
  4. Kes ditutup. Kesimpulan: Islam merupakan agama yang ekstrim.
Langkah Mensederhanakan Islam
  1. Lakukan provokasi terhadap orang Islam dengan menghina / mencabar / merampas hak mereka.
  2. Cari kumpulan yang tidak berikan respons / diam. Beritahu kepada masyarakat pendekatan seperti itulah yang terbaik. Pilih contoh sirah ketika umat Islam mempunyai bilangan dan kuasa yang sedikit.
  3. Dalam masa yang sama, burukkan umat Islam yang merespons dengan tegas. Ketepikan contoh sirah ketika umat Islam merespons dengan tegas apabila mereka mempunyai kekuatan dan bilangan.
  4. Kes ditutup. Kesimpulan: Islam mengajar sederhana. Pasif dan diam merupakan ajaran islam yang paling harmoni dan berhikmah.
Langkah Memangsakan Bukan Islam
  1. Lakukan provokasi terhadap orang Islam dengan menghina / mencabar / merampas hak mereka.
  2. Cari tindak balas umat Islam terhadap provokasi tersebut, terutama yang melibatkan amaran dan kuatkuasa.
  3. Beritahu hak bersuara bukan Islam selalu dinafikan dan mereka kerap dibuli. Sembunyikan provokasi yang telah dilakukan.
  4. Kes ditutup. Kesimpulan: orang Islam selalu membuli bukan Islam dan menjadikan mereka mangsa.
Langkah Membanding dan Memburukkan Islam
  1. Berikan contoh gagalnya Yahudi dan Kristian dalam mengintegrasikan agama dan politik
  2. Cadangkan pengasingan agama dari politik sebagai alternatif kepada pembawaan teruk Yahudi dan Kristian (sekularisme)
  3. Arus perdanakan sekularisme sebagai pilihan terbaik untuk manusia pada hari ini
  4. Tunjukkan ia lebih baik daripada Islam dengan membawakan contoh pembawaan Islam yang gagal (walaupun Islam ada rangka yang baik berlandaskan wahyu)
  5. Kes ditutup. Kesimpulan: sekularisme merupakan konsep terbaik berbanding kegagalan Islam. 

#CabaranLasak #EcoChallenge #KualaWoh

Berakit-rakit di hujung minggu 
Berenang-renang dah banyak kesempatan 
Bersakit-sakit memang perlu 
Bersenang-senang itu suatu persiapan





Monday, 2 February 2015

Tarbiyyah Realiti


Dulu waktu belajar tentang ghazwul fikr, selalu keluar tentang formula seperti 5F 5S sebagainya. Formula merumuskan medium musuh Islam melemahkan umatnya. Fun Food Film Female Song Sex Screen bagai. Disebutnya satu-satu contoh yang masyarakat dah termasuk dalam serangan musuh ini. Pernah juga duku jumpa kawan yang teruja dengan pendedahan seperti ni, siap selalu jadikan sebagai tajuk tazkirah. Harapnya sampai sekarang dia komited berhati-hati dengan serangan itu.

Bagus dan terujanya pendedahan seperti ini, sebab ia berkaitan dengan realiti yang boleh dijumpai berhari-hari. Ia menterjemahkan idea pertembungan dan permusuhan yang ada dalam buku ke bahasa realiti. Fikrah diterjemah pada situasi hari ini dan terasa lebih dekat dengan manusia.

Dan pada hari ini, pertembungannya bukan sahaja secara idea, tetapi dengan manusia. Ia bukan lagi dibuat secara dalaman tersembunyi, tetapi terbuka dan berhadapan. Bukan lagi beretorik seperti jaguh kampung berbincang idea sesama orang Islam, tetapi menegur dan memberi amaran secara berhadapan dengan musuh dan mediumnya.

Contoh, kerapuhan liberalisme dihuraikan bukan sahaja secara akademik dalam kuliah di masjid atau kertas kerja konvensyen secara terbuka, tetapi juga menjelaskan siapa musuhnya dan mengkritik agenda yang mereka bawa. Masyarakat diperkenalkan kepada siapa dalangnya, dari organisasi mana, siapa yang mendanai mereka dan pelbagai maklumat lagi agar dalang-dalang ini dijauhi.

Harga yang perlu dibayar juga bertambah. Ada masa perlu berurusan dengan mahkamah disaman seperti kes Marina dan Comango. Ada masa dituduh menghasut seperti sejarah pencerobohan bangsa Cina. Ada masa dituduh sebagai pelampau dan ekstremis. Pertembungan secara berhadapan ini bertambah sengit.

Mungkin inilah pengertian tarbiyyah - pengembangan. Fikrah itu bukan sahaja berada dalam kepala, tetapi juga berkembang ke realiti. Ia bukan sekadar manis diungkap dalam tazkirah, tetapi mengasah kejantanan menghadapi musuh dengan berani. Mengungkap fikrah bukan lagi dengan rakan seikhwah, tetapi juga dalam bahasa mengkritik musuh, juga difahami masyarakat. 

Dan apabila pertembungan diterjemah dengan bertambah jelas seperti ini, semakin terasalah bagus dan terujaan yang dirasai berbanding apa yang dialami dahulu.

Labels