Sesiapa antara kamu yang melihat sesuatu kemunkaran, maka cegahlah dengan tangannya (kuasa). Jika dia tidak mampu, maka cegahlah dengan lisannya (dialog atau perundingan). Jika dia tidak mampu juga, maka cegahlah dengan hatinya (rasa benci). Dan itulah keimanan yang paling lemah. [HR Muslim]
Gene Sharp (2002) dalam buku From Dictatorship to Democracy (Mengubah Kuku Besi Menjadi Demokrasi) ada menulis satu bab bertajuk The Dangers of Negotiations (Bahaya Berunding). Saya rasa elok bab ini diulas ketika ada antara kita mengagungkan pendekatan berunding atau dialog dalam menghadapi konflik seolah-olah itulah kunci penyelesaian utama yang akan membawa suasana harmoni.
Saya cuba membandingkan kandungan buku tersebut dengan situasi hari ini memandangkan kedua-duanya melibatkan pergelutan dalam menentukan siapa dan agenda (ideologi) apa yang akan mendominasi sesebuah negara. Walaupun buku tersebut membayangkan keganasan pemerintah yang sanggup membunuh rakyatnya, ia tidak patut melarikan perhatian kita dari objektif utama Gray dalam menyarankan penggunaan kuasa berbanding berunding atau berdialog untuk memenangkan ideologi yang diperjuang.
Untuk memudahkan pemahaman pembaca, saya menyamakan pihak demokrat dalam buku tersebut dengan mereka yang mempertahankan asas negara kita (perlembagaan, bangsa Melayu, agama Islam dan institusi raja) dan menggelar mereka sebagai pejuang. Hal ini disebabkan kedua-duanya membawa agenda yang perlu dimenangkan selain mereka juga selalu dipujuk dengan tawaran berunding. Diktator kuku besi pula disamakan dengan mereka yang mencabar dan menghakis asas tersebut, dan dipanggil juga di sini sebagai pengkhianat dan penjahat.
Dalam buku ini, Sharp menegur mereka yang berharap bahawa dengan mengalah, berkompromi dan berunding boleh menyelindung atau menyelamatkan nilai positif yang diperjuangkan untuk dimenangkan di waktu akhir konflik (penyelesaian). Bagi Sharp, golongan tersebut berfikir sedemikian disebabkan ketidakmampuan mereka mencipta pilihan jalan lain dalam menghadapi penentangan tersebut.
Dalam pemikiran golongan ini, pertembungan secara kuasa bukanlah jalan yang harmoni, sementara meredah jalan tersebut bukanlah suatu pilihan. Mereka amat berharap agar kedua-dua belah pihak berfikiran waras dengan mencari jalan berdialog dan berunding untuk merungkai konflik yang berlaku. Golongan pejuang diharapkan mempengaruhi pihak pengkhianat dan menyakinkan mereka agar mengurangkan tekanan mereka sedikit demi sedikit seterusnya memberikan peluang kepada agenda perbaikan mengambil tempat.
Ada pepatah mengatakan kebenaran itu tidak semestinya pada satu pihak semata-mata. Maka bagi mereka, pihak pejuang boleh sahaja tersilap dalam memahami golongan pengkhianat, yang mungkin cuba bertindak atau bersuara tanpa ada motif jahat. Atau mungkin pengkhianat akan berhenti menggasak apabila pejuang mengorbankan sedikit apa yang mereka ada. Strategi menang-menang dianggap sesuai kerana memberikan pulangan kepada kedua-dua belah pihak. Risiko dan kesan buruk pertelingkahan akan berkurang jika mereka dengan rela hati menyelesaikan konflik dengan rundingan dialog. Inilah yang patut dipilih menurut kata mereka.
Perkara yang sama juga terjadi di Malaysia. Tindak-tanduk seperti menghina agama Islam di media sosial, mengusulkan penghapusan keistimewaan bangsa Melayu, tidak menghormati institusi raja sering diketepikan sebahagian pejuang (swept under the carpet) atau minta didialogkan. Seolah-olahnya mereka yang melakukannya wajar dibiarkan kerana jahil agama, kurang arif undang-undang perlembagaan dan tidak tahu sejarah serta adat setempat.
Ia sebenarnya merupakan perkara pelik kerana memberi gambaran bahawa mereka baru menjadi rakyat Malaysia (tidak memahami adat dan asas negara), tidak pernah bersekolah di sini (belajar sejarah) dan tidak pernah bergaul dengan orang Melayu (untuk mempelajari bangsa dan bahasa Melayu). Jahilnya mereka sepatutnya menghindarkan mereka daripada bersuara di khalayak ramai, namun apabila mereka membawa sesuatu isu sensitif ke perbincangan umum, pasti ada mileage sasaran yang mahu mereka capai.
Lebih menambahkan sangsi, tindakan seperti ini dilakukan mereka yang berjawatan dalam sesebuah organisasi, berlaku berulang kali atau dibuat secara terbuka. Lihat kes seperti
- penderhakaan komponen Pakatan Rakyat terhadap permintaan Sultan Selangor
- cadangan ahli parlimen PKR supaya menghapuskan budi bicara sultan
- mengatakan titah Agong tidak terpakai kepada bukan Islam
- tuduhan jahat Eric Paulsen terhadap kandungan khutbah
- mengaitkan Islam dengan ekstremisme di media massa
- Namewee menghina lagu Negaraku
- niat menghapuskan keistimewaan bumiputera dalam web DAP
- tuntutan Tony Pua DAP menghapuskan diskaun bumiputera dalam pemilikan rumah
- tetap degil mahu menggunakan kalimah Allah sebagai Tuhan walaupun Mahkamah Persekutuan berkata sebaliknya
- tuntutan hak asasi melamau oleh COMANGO
Semua ini menggambarkan adanya agenda tersusun untuk mencabar dan menghakis identiti negara agar menjadi republik, negara tanpa agama dan sejarah.
bersambung
No comments:
Post a Comment