2014 baru sahaja berlalu. Seronok juga baca komentar golongan yang kononnya "moderate" memberikan rumusan peristiwa tahun lepas. Kumpulan Islam-Melayu seperti ISMA pasti di"highlight" kerana lantang menyuarakan pandangan mereka. Seolah-olahnya yang moderate ini rasa terancam agenda jahat mereka dalam negara ini dinampakkan dan ditentang.
Gaya yang selalu mereka gunakan untuk melekehkan (intimidate) kumpulan Islam-Melayu ialah "bilangan mereka sedikit", "majoriti rakyat yang diam sebenarnya tidak bersama mereka", "mereka tidak mewakili suara akar umbi rakyat Malaysia".
Tertanya juga kita, berapa ramai pula mereka ada? Antara taktik mereka
- gelarkan diri 25 Melayu, kemudian hilang seorang, tambah seorang, tambah 11. Entah lepas ni tinggal sorang. Melayu, tapi tak endah perkara mengancam Melayu
- wujudkan gabungan NGO yang banyak, tapi entah berapa ramai ahli dalamnya. Ada juga yang tidak berdaftar.
Namun, setakat 25 orang, atau 36 mahupun 100 orang sekalipun, masih tak boleh lawan 740 000 suara akar umbi rakyat Malaysia yang menolak gabungan liberal COMANGO dan agenda yang mereka bawa. "The tribe have spoken. It's time for you to go."
No comments:
Post a Comment