Friday, 27 May 2011

Btn Meru 2010

Teringat Btn dulu, OC kata nak post gambar kami abseiling dalam Fb
Sampai sekarang aku tak jumpa-jumpa lagi, haisy :)

Sekarang ni dah boleh nampak macam-macam status junior di Kmb yang cakap tentang Btn. Baru sedar, dah genap setahun rupanya kami lalui perkara yang sama. Aku secara peribadinya sangat suka dengan Btn Meru dulu. Selain abseiling n jungle trekking yang menghilangkan bosan, off course benda paling penting yang aku dapat daripada kem tersebut ialah isi-isi perlembagaan negara kita.

Yang aku nampak, perlembagaan Malaysia sebenarnya dah cantik (walaupun masih ada ruang untuk dicantikkan lagi). Dengan kedudukan istimewa Melayu, Islam, Agong, Bahasa Melayu etc yang dinyatakan dalam perlembagaan negara kita, aku lihat Islam di negara kita ni dapat aman dipertahankan. Di sinilah uniknya negara kita, sebab tak ada peruntukan yang sama di negara lain. Melainkanlah kalau perkara-perkara ini mula dipertikaikan. Kononnya atas dasar hak asasi manusia.

Baru-baru ni, ada orang bagikan aku kertas kerja yang panjang, bertajuk Pelan Pengukuhan Kedudukan Islam di Malaysia. Tulisan Haji Naser Disa, Peguam Kanan Persekutuan. Sebab aku rasa kandungannya releven dengan isu semasa yang berlaku sekarang di negara kita + nak raikan junior yang tengah semangat tinggi bila baru balik dari Btn ni, aku sharekan sebahagiannya di sini.. Bahagian yang menarik perhatian aku adalah beberapa salah tanggapan terhadap beberapa perkara dalam perlembagaan negara kita. Ini antara kandungannya. Moga ada manfaatnya.

Salah tanggapan No. 1 - Islam sekadar Agama rasmi.
Ungkapan ini jauh tersasar dari kedudukan yang sebenar sebagaimana yang termaktub dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan – “ Islam is the religion of Federation...”

Perkataan “rasmi” adalah sekadar tambahan, tetapi impaknya telah mengelirukan semua pihak dan membuat tanggapan yang salah mengenai kedudukan Islam di Negara ini hingga menjadi – “Malaysia adalah sebuah negara demokrasi sekular dengan Islam sebagai agama resmi.” Hakikatnya ketiga-tiga perkataan - demokrasi, sekular dan rasmi tidak wujud sama sekali dalam Perlembagaan.

Salah Tanggapan Ke 2 - Malaysia Negara Sekular
Salah tanggapan mengenai hakikat kedudukan sebenar Islam sebagai Agama Negara menjadi penyumbang terbesar kepada kelangsungan hayat pemikiran sekular Barat di Negara ini. Faktor utama kepada pegangan sebegini berpunca daripada hakikat bahawa Perlembagaan Negara dirintis oleh sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid dengan dianggotai oleh hanya seorang hakim beragama Islam dari Pakistan.[v] Namun begitu tidak ramai yang menyedari fungsi dan peranan Suruhanjaya ini yang pada hakikatnya hanya menyediakan laporan. Sebuah Jawatankuasa Kerja yang dikenali sebagai Jawatankuasa White Paper juga bertanggung jawab untuk mencadangkan pindaan-pindaan terakhir kepada cadangan Suruhanjaya Reid selaras dengan kehendak Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin politik, pemerintah British bagi memuktamadkan Perlembagaan dalam proses menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa itu juga telah mengambil pendekatan menerima memorandum Perikatan untuk memasukkan prinsip Islam sebagai Agama Persekutuan “tetapi ia tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini”

Salah tanggapan ke 3 – Kedudukan Islam lebih rendah dari Perlembagaan.
Perkara 4(1) Ketinggian Perlembagaan- tidak menafikan kedudukan Islam sebagai agama Negara, malah ia memartabatkan perkara 3(1) - Islam Agama Negara sebagai undang-undang tertinggi. Kenapa kita perlu menjunjung sistem dan prinsip Barat yang langsung tidak disebutkan dalam Perlembagaan sebagai sebahagian dari undang-undang tertinggi Negara? Sedangkan peruntukan yang jelas mengenai Islam sebagai Agama Negara itu adalah perkara yang pertama sekali disebutkan, dan diikrarkan oleh YDPA, dikesampingkan dan dipinggirkan hingga tidak dianggap sebagai undang-undang tertinggi? Terserlah lah sikap hipocracy kelompok sekular dalam menanggapi kedudukan Islam dalam perlembagaan mencecah ke tahap pembohongan yang amat besar dalam sejarah Malaysia moden. Justeru salah tanggapan ini perlu diperbetulkan. Islam sebagai Agama Negara mesti dihormati dan dipatuhi. Sebarang dasar dan undang-undang yang digubal mestilah tidak bercanggah dengan agama Negara dan memelihara ketinggiannya adalah menjadi kewajipan pemerintah.

Kesimpulan yang aku dapat: Perlembagaan negara kita dah cantik dan mampu untuk menjadikan negara kita Islam secara total, andai ditafsirkan dengan betul. Lagi cantik kalau semua dasar, polisi dan undang-undang negara kita digubal atas roh dan semangat Perkara 3 - "Islam sebagai agama Persekutuan". Harapan itu masih ada.

Kumpulan 10 KKM Oversea 31 - 4 Jun 2010 Btn Meru
Terjumpa satu kesimpulan cantik sorang ni buatkan hasil program Btn baru ini
Kesimpulan yang dia berikan : Melayu Sepakat, Islam Berdaulat
Cantik hadamannya tu syeikh :)

Tuesday, 24 May 2011

Study, Exam dan Twitter

Study.
Walaupun nerd bunyinya, ia tetap jihad :)

Alhamdulillah, dua paper dah tamat. Tinggal satu lagi Khamis ni. Chemical Process. First year akan tamat beberapa hari je lagi, insya-Allah. Doanya, agar dapat selesaikan first year ini dengan cemerlang tanpa masalah. Tak sabar nak berkhidmat bakti untuk keluarga dan negara tercinta pula.

On the way Exam Math, 24 Mei
Musim exam kali ni, dapat habit baru untuk hilangkan penat. Terasa nak aktif bertwitter. Kotak twitter pun dah diletakkan dalam blog ni. Selain kacau-kacau kawan, ni antara produk yang berjaya dihasilkan; kultwit. Kuliah di Twitter. Ikhwah kita di Indonesia, macam-macam tajuk dorang dah kultwit. Terdetik idea nak mulakan kultwit ni ketika solat Subh hari Jumaat. Habis solat subuh, muncullah produk sulung ini. Topik pertama: Surah as Sajdah.

1. Sempena #jumaat mubarakah ni, nak cuba buat #kultwit yg pertama.
2. #kultwit mrupakan singkatan bg "kuliah di twitter". Menarik n cabarannya adalah pd pgunaan ayat yg ringkas n padat.
3. Tiba2 dapat idea untuk mulakan #kultwit tntg surah as #sajdah.
4. Minggu pertama ni, kita kenal dulu dgn kelebihan surah #sajdah ni. Insya-Allah
5. Dalam HR Muslim, ada disebut, surah #sajdah ni yang dibaca oleh Rasulullah ketika solat subuh hari Jumaat.
6. Ia dibaca bersama dgn surah al Insan. Hal ata ala al Insan... Memang ini yg biasa kita jumpa di masjid / surau #sajdah
7. Dalam hadis lain, Rasulullah diberitakan xakan tidur kecuali apabila membaca surah as #sajdah dan al mulk.
8. Kedua2 waktu ni sgt menarik. Menjadi pembuka hari ketika subuh dan penutup mlm sebelum tidur. #sajdah
9. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Agar ia menjadi pegangan hidup kita selepas bangun hingga sebelum tidur. #sajdah
10. Lebih2 lagi, surah #sajdah ini turunnya di Mekah. Ayat2 Makkiah kan ciri2nya mbentuk akidah jati diri muslim.
11. Kata kawan saya, kurangnya penghayatan pada ayat2 Makkiah boleh menyebabkan lemahnya iman dlm diri seseorg. #sajdah
12. Jadi, bacalah #sajdah, moga terpelihara iman kita pada hari ini.
13. Buat penutup, moga kita dapat beristiqamah dgn surah #sajdah ini.
14. Surah pendek 3 mukasurat. Dan pasti, pahalanya pasti sangat xternilai di sisi-Nya. #sajdah
15. Wallahu A'lam. Moga dapat bertemu di #kultwit #jumaat akan datang. Selamat hari Jumaat!

Ini kultwit yang pertama. Cadangannya nak jadikan perkongsian mingguan untuk cuti summer ini. Kalau sebelum ni dah ada Qc di Holberry, inilah penggantinya di Malaysia nanti. Nak follow, boleh cari di kotak sebelah. Insya-Allah, moga Allah mudahkan agar dapat beristiqamah.

Musim exam ni la macam-macam movie orang promote. Adoi.
"Mihrab Cinta", "Aku Tidak Bodoh", "Valley of the Wolves"

Friday, 20 May 2011

Manusiakah Kita? ft. Hantu Kak Limah

Petikan ayat Quran dan hadis daripada hhutbah di Mwhs

Manusiakah Kita? Atau kita seorang hantu zombi?
“Perumpamaan orang yang berzikir mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak berzikir mengingati-Nya, seperti orang hidup dengan orang yang mati
[HR al Bukhari]

Rumah kita ni rumah yang cantik ataupun rumah usang berpuaka / kubur?
Perumpamaan rumah adanya zikir di dalamnya dengan rumah yang tiada zikir di dalamnya, seperti orang hidup dengan yang mati”
[HR Muslim]


"Kak Limah" itu mungkin kita, atau mungkin juga orang sekeliling kita. "Rumah Kak Limah" pun mungkin juga rumah kita, mungkin juga rumah sebelah rumah kita.

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.
[al Baqarah, 2:152]


Baru balik dari baca al Kahfi di Holberry
Insya-Allah, Holberry tu bukan "Rumah Kak Limah" versi Sheffield :)

Monday, 16 May 2011

Bangau oh Bangau

Bangau oh Bangau, kenapa engkau kurus?
Bagaimana aku tak kurus, ikan tak timbul timbul.

Suatu hari, bangau berjalan-jalan. Bangau disapa oleh manusia yang bertanya, "Bangau oh Bangau, kenapa engkau kurus?" Bangau termenung diam. Bangau terfikir, ikan yang tak timbul, pasti ada sebabnya. Kalau tiada ikan sekalipun, mengapa dia tidak mencari makanan alternatif lain. Bangau menyalahkan dirinya yang tidak berusaha menyelesaikan masalah tersebut. Lalu bangau menyatakan azamnya untuk menyelesaikan masalah itu secepat mungkin. Manusia yang bertanya itu terkejut. Dalam hatinya dia kagum, "Dunia sudah maju rupanya ..."

***

Sudah banyak kali, kalau kita menjawab persoalan dengan menyalahkan orang lain pula, sampai bila tidak akan muncul penyelesaiannya. Ibarat lagu Bangau oh Bangau.



***

"Kenapa ko bunuh perempuan tu?"
"Aku bunuh je perempuan tu. Ada orang lain tu, siap bunuh dan rogol lagi perempuan sorang tu. Kenapa tak tanya orang tu?"

***

Kenapa benarkan orang Kristian membina begitu banyak gereja dan dibina berskala besar, di tempat strategik, sedangkan penganutnya tidak ramai. Lagi pula gereja yang ada pada hari ini sudah lebih daripada mencukupi
Kalau kita tidak beri, mereka yang Kristian akan berhujah: “Kenapa kerajaan Kelantan membenarkan patung Buddha yang berbaring dan duduk begitu besar di sana sedangkan penganut Buddha atau bilangan orang Cina amat kecil?

***

Maknanya, apa juga fakta yang kita kemukakan, percayalah kita tidak akan menang, mereka akan mencari bukti dan seribu satu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka ... Namun, jika sebaliknya berlaku, dan kita terus menjadi pak turut semata-mata kerana hendak menjaga hati orang, menambah undi untuk terus berkuasa, maka tunggu kehancurannya.

***

“Bangau oh Bangau”, watak yang membuang masa. Sungguh, banyak lagi situasi keliling kita yang tak saling tumpahnya ibarat lagu "Bangau oh Bangau" ini. Politik terutamanya.


[Idea daripada: Bertindak Sebelum Terlambat (Ridhuan Tee)]

"Kenapa P gabung dengan D"? "Ala, pergi tanya U, kenapa U gabung dengan M?"
Kan bagus kalau P berpakat dengan U, tak gaduh-gaduh

Friday, 13 May 2011

View All 114 Comments


Pernah tengok wall post di facebook yang sampai mencecah 100 komen atau lebih. Kebiasaannya isu-isu yang kontroversi. Yang komennya bukan picisan seperti hahha mahupun ikon :) ataupun LIKE 100x, tapi hujah yang sampai perlu klik [Read More...] untuk dibaca. Dan bila klik [View previous comments], dari atas sampai ke bawah, orang-orang yang sama je yang serang dan pertahankan hujah.

Ataupun pernah tengok mail thread di YG atau GG yang sampai beratus-ratus reply? Yang cecahan 100nya itu tak sampai pun 24 jam. Yang isinya bukan sembang kosong, tapi bersifat mari pertahankan Islam, sokonglah parti A, kenapa perlu perjuangkan B atau yang seumpamanya.

Atau kalau dalam dunia blog, followernya beribu-ribu. Entri dia beratus-ratus view dalam masa tak sampai sehari. Lagi mantap, orang terkejar-kejar nak menjadi first commentator di setiap entri. Mesti biasa kan. Atau secara literalnya, orang yang apabila dia bersuara sahaja, orang lain akan senyap, menantikan hikmah yang akan keluar daripada mulutnya. Lebih mantap lagi, orang yang sampai cuba ditiru cara dan gaya percakapannya.

Kawan saya pernah kata, dalam dunia ni, kalau kita ada dua perkara ni, memang orang akan pandang macho kepada kita, potensi kita besar, pengaruh akan meluas. Entah siapa la yang tak suka kalau dia ada dua perkara ni? Satu, hebat berkata-kata. Dua, badan yang fit.

Siapa yang suka kelihatan kalah berhujah, cakap tergagap, berhujah dungu di depan orang? Aku pun tak suka. Tapi apa gunanya menang di hadapan orang, tapi rupanya dalam hati, penakut tak seperti hujahnya yang berapi-api. Siapa yang suka kelihatan gendut, berperut boroi atau kurus melidi. Aku pun tak suka. Tapi apa gunanya otot besi, urat dawai, tapi ajak angkat sehelai selimut dari badan untuk solat subuh pun tak mampu.


Jangan sampai kitalah orang munafiq yang Allah sebut dalam al Munaafiqun, 63:4, ibarat kayu-kayu kosong yang tersandar.


Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?

Dan aku suka nasihat daripada kawanku ini. Tak salah untuk memiliki dua kelebihan tersebut, tapi pastikan pembinaannya seiring dengan pembinaan iman. Tak salah masuk berdebat, berlakon, tapi biarkan kita membumikan apa yang kita kata. Tak salah berbola sepak / work out / jogging setiap hari sampai slim n nampak 6 packs, tapi pastikan tough yang kita bina itu nanti disalurkan pada jalan-Nya.

Jangan nampak luaran sahaja hebat, dalaman pun cuba kasik hebat juga.
Ayuh gunakannya untuk kebaikan orang di sekeliling.

Sunday, 8 May 2011

Berhenti Sejenak

Kerana aku ingin bersama dengan orang baik walaupun aku bukan seperti mereka. 
Dan aku benci bersama orang jahat, meskipun aku serupa dengan mereka. 

***

Suatu hari Abu Hanifah rhm berjalan-jalan, tiba-tiba beliau terdengar orang berkata tentangnya: “Lelaki inilah yang menghidupkan seluruh malamnya.” Maka Abu Hanifah berkata: “Saya lihat manusia memperkatakan tentang diri saya sedangkan saya tidak melakukannya. Selepas saya mendengar ungkapan itu, saya sentiasa menghidup seluruh malam saya. Kerana saya malu dengan Allah lantaran saya disifatkan dengan perkara yang tidak saya lakukan dalam beribadah kepada-Nya.”

***

Malam yang gelisah itu, ketika rasa susahnya mengadap handout Design n Material, tak semena-mena terdengar lagu Rapuh yang keluar dari earphone. Berbetulan pula dengan wall post Dr Z yang dishare oleh seseorang di Fb. Lalu aku pun terfikir, entah bilalah aku akan update tarikh aku menangis kerana Allah.


Lalu aku teringat, kalaulah dosa itu sesuatu yang membusukkan, dah pasti tiada orang yang akan mendekati diri aku ni lagi. Astaghfirullah al Azim. Entah ini kali ke berapa sebutan ini baru keluar dari hati ini. 




Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu
Dalam dada ku harap hanya diri-Mu yang bertakhta

Wednesday, 4 May 2011

AV Referendum Esok

Baru habis pilihan raya Smsa Ahad lepas, tahniah untuk komiti baru
Harapan Baru untuk SMSA!

Khutbah Jumaat yang lepas, khatib cakap pasal perlunya kita sebagai orang Islam concern dengan isu yang terjadi di sekeliling kita di Uk ni. Jangan sampai jadi macam katak bawah tempurung. Takut nanti orang label orang Islam di Uk ni tak mahu terlibat dengan masyarakat, tak concern pada isu Uk atau label-label negatif yang lain. Kalau di Malaysia, ibarat Mat Bangla yang datang Malaysia untuk kerja cari duit, tapi langsung tak tahu isu semasa di Malaysia, seperti siapa Agong / PM kita, tak kisah kalau duit petrol naik atau tak dan lain-lain..

Esok, 5 Mei, Uk ada buat referendum. Nak undi sama ada perlu atau tidak ahli Parlimen (MP) kat sini dipilih dengan sistem yang baru. Sekarang guna sistem First-Past-the-Post (FPTP), macam kat Malaysia. Referendum kali ni cadangkan sistem sekarang ni ditukar kepada Alternative Vote (AV).

Sistem AV yang nampak macam complicated (Wikipedia)

Video bawah ni memang terbaik untuk explain AV dan FPTP ni. Kalau tak cukup, BBC ada berikan FAQ tentang perkara ini.


Ramai orang ajak ajak undi NO esok. Tapi kalau nak dengar kempen semua pihak, boleh try baca artikel ni. [AV referendum: Where parties stand]

Walaupun kucing bawah ni dah comel-comel, tak semestinya saya vote Yes esok. Tapi saya terbayangkan undi orang Islam di Malaysia yang berpecah bila habis tengok video ni.

Saturday, 30 April 2011

3 Tips Exam IB

Semoga berjaya untuk junior di KMB
Kalau ada rezeki, kita jumpa di oversea ni :)

IB exam. Apabila dikenangkan semula, memang seronok sangat apabila kertas peperiksaan terakhir dah tamat. 2 tahun kepayahan membuat IB akhirnya tamat. Kalau nak tau kepayahannya bagaimana, itu kena tanya sesiapa yang ambil IB. Kata kawan aku, bukti payahnya buat IB ni, kalau kita google / youtube perkataan "IB life" di internet, macam-macam result yang kita jumpa. Yang horror pun ada. Tapi kalau google "A Level life" ker, atau life silibus persediaan lain, result yang keluar hampir semuanya tak memberangsangkan. Kalau tak percaya, sila cuba:) 

Kalau nak cerita point exam, daripada total 42 point, paling tinggi aku dapat, yang dah cuba sehabis baik pun adalah ketika Sem 1. Time tengah belajar silibus setaraf SPM. Sebab result SPM aku tip top sket, sem satu boleh la aku dapat 35, tinggi la jugak. Sem 2, point aku berkurang menjadi 33. Dan ketika Sem 3 yang busy tahap gaban tu, point aku berkurang dengan cantiknya, ikut arithmetic progression, jadi 31. Sebab aku ni bukan jenis yang genius + tak suka studi gila gila kot. 

Dah boleh mula bayangkan nombor apa yang akan tertulis atas Sijil IB nanti :)

Result ni aku bagitau bukannya apa, untuk bagitau bahawa input yang ada dalam kepala aku untuk dibawa masuk exam hall tu, tak la banyak mane. Tapi input yang dah masuk inilah yang aku jaga betul betul dalam kepala. Sebab tu aku kurang percaya kalau korang studi gila-gila last minit. Sebab biasanya akan end up berserabut akhirnya, sebab korang tercampur-campur dengan input input sebelumnya. Jadi, ini rahsia nombor satu: Jaga Baik-baik Input yang Dah Ada - Jangan Study Last Minute.

Rahsia nombor dua: Jaga Emosi. Aku nasihatkan tenang tenangkanlah diri musim periksa ni. Jangan gelabah dan takut sangat. Kalau kita cool, memang senang untuk kita keluarkan apa yang dah ada dalam kepala kita ni. Kalau dah start marah, gelisah tak tentu hala, sedih-sedih, memang hari itu akan jadi "bad day" untuk korang. Kalau ada perkara yang menggangu diri, selesaikan dengan tenang.

Teringat kisah aku seminggu sebelum exam, laptop yang selalu dibawa ke sana sini tiba tiba lesap sewaktu solat Subuh. Sebab aku ingat ada orang nak buat prank, aku biarkan sampai tengah hari. Tapi takde juga orang nak pulangkan. Akhirnya terpaksa naik jumpa HEM untuk report. Bukan belas kasihan yang dapat, tapi kena marah-marah 15 minit :) Tapi alhamdulillah, aku maintainkan hati ini tetap cool. Orang kata aku ni pelik. Bukannya apa, sebab aku sedar, kalau emosi tak stabil memang susah nak belajar. Jadi, tenangkan emosi selalu, dan "happy"kan diri k.

Dan tidak kurang pentingnya, Jaga Hubungan dengan Pemberi Rezeki Kita, Allah. Ini rahsia nombor tiga. Jaga solat jemaah lima waktu. Tambahkan dengan ibadah sunat. Perbanyakkan doa dan kebergantungan kepada Allah. Waktu macam inilah, Allah memang suka dengar rintihan kita agar Dia memberi kekuataan-Nya kepada kita. Tambahkan amalan ketaqwaan macamni, mudah-mudahan Allah berikan rezeki yang tidak disangka-sangka seperti dijanjikannya dalam at Talaq, 65:3. Ini penting, agar keputusan yang kita dapat nanti bukan suatu bentuk istidraj untuk menyesatkan kita.

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ
Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya...

Jadi 3 perkara aku dah bagitau korang. Jaga Baik-baik Input yang Dah Ada - Jangan Study Last Minute, Jaga Emosi, dan Jaga Hubungan dengan Pemberi Rezeki Kita, Allah. Akhir kata, Semoga Berjaya!

Dislaimer: Ini rahsia untuk lepas requirement IB jer
Bukan untuk dapat 40 ke atas, apatah lagi 45 ツ

Tuesday, 26 April 2011

10 Perkara Anda Boleh Sembang tentang Gaza


Masa Rsp Sheffield dulu, sempat aku beli button "Save Gaza", Khai suruh, tanda membayar hutang kepada perjuangan membebaskan Palestin. Dan terus button tu tersemat pada kot aku, di bawa ke mana mana termasuk ke Cardiff baru ni. Memang ada kelainannya bila mula pakai button ni; rasa seperti perlu bersedia untuk ditanya dan dikaitkan dengan Palestin di mana-mana oleh sesiapapun.


Dalam perjalanan balik dari Cardiff baru ni, ada seorang nenek tua yang peramah menegur aku, bertanya tentang button yang aku pakai tu. Nasib baik dah dapat dua kali pengisian tentang Palestin ni, ada la perkara yang kami tukar tukarkan tentang Gaza. Cuma sebab waktu tu nak cuti Easter, panjang juga nenek tua ni membebel tentang Isa as yang baik hati tu.

Kalau nanti jadi perkara yang sama kat korang pulak lepas ni, ni cadangan sepuluh perkara yang korang boleh sembang tentang Gaza.
  • Gaza merupakan wilayah kecil Palestin yang menjadi kubu terakhir buat rakyat Palestin mempertahankan hak-hak asasi yang mereka miliki sejak sekian lamanya
  • Dengan hanya keluasan sebesar 363 km persegi dan penduduk seramai 1.5 juta menjadikan daerah kecil ini sangat padat dengan kependudukan yang tinggi.
  • Laporan terkini mendapati bahawa lebih dua pertiga daripada jumlah penduduk Gaza ini adalah pelarian yang menyelamatkan diri mereka dari wilayah-wilayah Palestin yang telah dijajah Israel sejak tahun 1948 lagi.
  • Kini Gaza yang seluas sekangkang kera telah dikepung tanpa peri kemanusiaan oleh regim Yahudi zionis sejak bulan Jun 2007 yang lalu.
  • Penderaan, penganiayaan dan pembunuhan yang semakin dahsyat dari masa ke masa ini telah mengakibatkan krisis di Gaza semakin kritikal dan dianggap sebagai krisis kemanusiaan terbesar di abad ini oleh pelbagai badan dan pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak asasi kemanusiaan sedunia.
  • Sukar untuk dibayangkan bagaimana keadaan sebenar yang terjadi di Gaza pada awal bulan Mac 2008 yang lalu apabila lebih daripada 120 penduduk Palestin yang tidak berdosa dibunuh secara kejam dalam tempoh hanya seminggu. 
  • Konspirasi menyepi yang berlaku adalah satu jenayah yang lebih teruk daripada apa yang telah berlaku di Gaza baru-baru ini.
  • Tiada angka yang tepat bilangan jumlah bayi yang meninggal dunia kerana inkubator tidak dapat berfungsi kerana ketiadaan bekalan elektrik ataupun mati disebabkan kekurangan ubat secara berpanjangan.
  • Ramai penduduk Gaza sebelum ini yang meninggal dunia bukan kerana serangan udara Israel tetapi adalah disebabkan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan.
  • Bahkan pada 20 Januari 2008, penduduk Gaza terpaksa hidup dalam kegelapan dan kesejukan yang amat sangat untuk beberapa hari di musim sejuk apabila janakuasa utamanya tidak lagi boleh berfungsi kerana tiada bekalan petrol yang mencukupi
[Sumber: Zainur Rashid Zainuddin, Palestin Dijajah - Di Manakah Solahuddinnya, 2009]

Kalau pakai button tu, at least ada sesuatu yang boleh dimodalkan. 
Beli jangan tak beli. Dah beli jangan lupa pakai pulak :)

Friday, 22 April 2011

Sistem Sokongan - Support System

Faham itu cantik kalau digandingkan dengan memahami

Untuk seronok-seronok jalan cuti Easter ni, saje aku join talk Road Show Palestin Dr Z dua kali; satu di Sheffield, lagi satu di Cardiff. Off course, banyak sangat persamaan dalam isi ceramah yang disampaikan. Cuma antara point Dr Z yang melekat dalam kepala aku ni ialah support system.

Sistem sokongan. Perkataan yang dulunya aku hafal dalam subjek Biologi tentang tulang belakang manusia. Yang aku belajar, manusia tanpa tulang belakang ibarat sotong; yang lembik ke kiri ke kanan. Manakan si sotong dapat hidup berdiri di atas darat. Begitu juga seorang pejuang tanpa sistem sokongannya, akan terbantut dan tempang pergerakannya.

en.wikipedia.org

Kata Dr Z, anak isteri merupakan komponen penting dalam sistem sokongan. Siapa yang tidak teringinkan seorang isteri yang memahami perjuangan si suami. Rela ditinggalkan di rumah untuk mendidik anak. Atau mungkin rela adanya hari yang berlalu tanpa suami di sisi. Bahkan selalu mengapi-apikan semangat suami untuk tabah meneruskan perjuangan.

Siapa juga yang tak inginkan anak yang cerdas melontarkan idea sokongan. Bonus jika ada anak yang berani menegur langkah si ayah. Atau setidak-tidaknya anak yang cukup menjadi [Qurratu A'yuni] penyejuk mata seperti dalam al Furqan, 25:74. Ketiadaan sang ayah bahkan melatih mereka bersifat matang dan mandiri, bukannya semakin rosak sehingga menjejas reputasi perjuangan si ayah.

Tapi untuk orang yang tak kahwin lagi ni, carilah sokongan daripada mak ayah n adik beradik. Teringat pula dialog aku sehari sebelum SOS di Sheffield; sempat aku telefon Malaysia, nak minta berkat sket daripada parents untuk kendalikan majlis ni. Yang terharunya, apabila aku menceritakan tentang tema RSP kami ni iaitu Searching for Salahuddin, yang mak aku komenkan tentang Salahuddin al- Ayyubi ini adalah hebatya baginda dalam tahajjud dan bangun malamnya.

Tersentak aku dalam diam, mula aku bermuhasabah bagaimana kualiti solat malamku. Ironi juga, jika hajat di hati menganjur program ingin mencari Salahuddin, tetapi sesi ekslusif dengan Tuhan di waktu malam diabaikan. Salahuddin seperti apa yang ingin dicari sebenarnya. Kekuatan perubahan daripada siapa yang diharapkan jika doa dengan Allah dilupakan. Cukup nasihat si ibu ini untuk memberi semangat kepada anaknya untuk terus memantapkan langkah ke hadapan.

Sistem sokongan. Tanpanya akan tempanglah gerakan seseorang al akh. Moga kuat mencengkam akar sokongan kita.

Monday, 18 April 2011

Khutbah yang Mantap

Khutbah merupakan masa ketika orang rela untuk mendengar nasihat daripada khatib
Rugi kalau peluang itu tidak dipergunakan sebaiknya

Selepas mendengar khutbah yang mantap dan mengancam Jumaat lepas, terkeluar idea untuk buat talk dalam versi movie. Ok, inilah hasil kerja yang pertama, terimalah Khutbah Jumaat 14 Apr 2011 di Muslim Welfare House of Sheffield (MWHS) bertajuk Ujian Solat Subuh: Kepentingan dan Tips untuk Melepasinya. Ye la, subuh hari ni je masuk 4:10 pagi n habis 6:01 pagi.

Secara ringkasnya, khutbah ni tentang ujian yang kita duduki setiap hari: Solat Subuh. Apa gred yang kita capai setiap hari dalam seminggu ini. Mungkinkah cemerlang seperti gred A, atau cukup-cukup makan untuk gred C, atau langsung fail untuk gred F? Kenapa solat subuh, dan bagaimana caranya untuk lepas ujian ini dengan "flying colours". Mari bermuhasabah.



Serius, ini merupakan suatu contoh khutbah yang besh dan ditunggu-tunggu. Moga lahir ramai khatib seperti ini suatu hari nanti, terutamanya di bumi Malaysia sana.

Salahuddin al Ayyubi tak pernah miss solat berjemaah, 
kecuali beberapa waktu sebelum kemangkatannya. Kita bagaimana?

Teaser untuk Entri Akan Datang
Cari persamaan antara dua gambar di bawah

Thursday, 14 April 2011

GBP 642. Terima Kasih!



Akhirnya ia berjaya dilaksanakan.
Tahniah kepada semua tenaga kerja, hadirin dan pemberi sokongan



Dan diumumkan: Jumlah Kutipan untuk Palestin pada 13 April sahaja di Sheffield sebanyak
GBP 642
hasil daripada makanan, buku, barangan yang dijual, frame gambar yang dilelong, tabung yang dijalankan.


Moga Allah menggantinya dengan sebaik-baik balasan yang banyak.

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
[al Baqarah, 2:274]
Yang penat itu akan hilang
Yang bermanfaat itu akan berkekalan

Sunday, 10 April 2011

Top 5 Lagu Santai yang Best

Untuk komiti Santai,
Korang memang best! Tahniah.

Semalam kami ada event, SANTAI atau nama panjangnya Sheffield Acoustic Night. Ala-ala konsert macam Malaysian Night / Geek Night. Kalau ikut penerangan dalam laman web, objektifnya memang mantap, suatu transformasi yang baik, aku kira. "... as a medium for any talented person who are interested to perform in a very relaxed atmosphere while conserving the good messages, following the syara’ and respecting the norm of the society."

Bak kata Raihan:
berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah
hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah.

Mula-mula sebelum persembahan, siap ada tayangan video lagi, memetik ucapan Dr Asri / Ustaz Azhar dan Fatwa al Qardhawi tentang hiburan. Nak bagitau yang hiburan ni suatu fitrah bagi manusia, dan manusia tak mampu menafikannya. Macam-macam kisah dari sahabat diceritakan. Kesimpulannya, hiburan nyanyian itu harus dan tiada dalil qat'ie mengharamkan alat-alat muzik. So, let's have FUN!

Ok dalam banyak banyak persembahan yang ada tu, ni dia list top 5 yang aku suka dan enjoy mendengarnya. Aku kalau bab lagu ni, rentak yang aku consider dulu sama ada lagu tu best atau tak. Kalau lirik dia pulak bawa mesej yang mendalam, terus lagu tu aku jadikan lagu favourite yang akan selalu aku dengar.

5. Semangat yang Hilang

Malu bertanya kawan Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan Di lubuk hati terbenam

Entah la aku tak dapat cari kat mane bestnya lagu ni. Rentak santai. Dan mungkin sebab lagu ni pasal semangat n semangat dalam diri aku ni kejap naik turun kejap ada hilang, tu sebabnya lagu ni jadi best kot.

4. Mirae

Impian selalunya dari langit yang tinggi
Aku takut tak dapat mencapainya, tetapi aku tetap berusaha

Kali terakhir aku dengar lagu Jepun ni, semasa zaman sekolah dulu. Liriknya mendalam; mengenai masa depan. Rentaknya pun masuk. Mantapnya lagu ni sampai tak cukup dengan terjemahan, siap ada yang buat lagu ni dalam versi Bahasa Melayu lagi.

3. Bukan Kerana Nama

Dengarkan bersama Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih Pada sesama insan Dan menyatakan kasih sayangmu

Lagu ni mengusik aku untuk bermuhasabah tentang keikhlasan dalam perbuatan seharian aku, terutamanya tulisan yang aku publish dalam blog ni, wall fb dan di tempat lain. Bukan banyak like yang dicari, tapi kesan keikhlasan yang aku alami.

2. Permata untuk Isteri

Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan

Bila dengar lagu ni, memang teringat pada pasangan suami isteri paling bahagia yang aku ada sekarang ni. Tak lain tak bukan ayah dan mak aku. Faktor rindu famili yang menebal dalam diri aku ni mungkin menambahkan lagi kesan lagu ni. Dengar lagu ni, rasa macam nak je dedikasikan lagu ni untuk mak aku bagi pihak ayah aku. Ye la, aku kan mane ade isteri lagi =)

1. Selagi Ada Rindu

Selagi ada waktu Selagi ada rindu
Biar beribu batu Ingin aku bertemu

Ok, ni lagu yang layak dapat tempat no satu untuk event ni. Walaupun macam femes, ni kali pertama aku dengar. Persembahan oleh Abg Safuan. Sebelum nyanyi, dia kata lagu ini untuk memperingati Rasulullah saw. Dan ia memang masuk dan menyentuh hati. Lebih hebat daripada nyanyian Kristal atas ni, mahupun Pak Long. Persembahan yang superb, ditambah dengan respond baik dari audiens. Thumbs up!

Kesimpulan yang aku buat, penganjuran kali pertama event ni memang mantap, dan ruang pembaikan masih banyak lagi. Apa-apapun, bravo.

Dan, yang pasti lagu yang live dengar time Santai 
lagi best daripada dengar di Youtube :)

Wednesday, 6 April 2011

Hanzalah dan Thermodynamic


Mungkin kita ada fikir, apabila Quran banyak menceritakan tentang akhirat, syurga neraka dan macam macam perkara ghaib lagi, manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan. Nampak macam betul. Tapi hakikatnya tidak. Manusia yang membaca al Quran itu masih lagi lalai dan terpengaruh dengan dunianya.

Kenapa ye? Sebab ikut logik alam pun, sesuatu benda yang tak dijaga, pasti akan menjadi rosak dan usang dengan sendirinya. Degraded / turun ke stage atau level bawah.

Ibarat air, pastinya akan mengalir dari kawasan tinggi ke kawasan rendah. Sebabnya, tidak ada air yang bergerak dari bawah ke atas melainkan adanya tenaga daripada pam atau haba untuk menyejatkanya. 

Ibarat manusia, kalau ditutup matanya dan dibiarkan berjalan lurus [as Sirat al Mustaqim?] keseorangan, dia akan menyimpang juga ke kiri dan ke kanan, walaupun pada mulanya dia dah set kaki dada dan postur badannya akan bergerak lurus. Melainkan adanya orang di sebelahnya / dari jauh memberikan panduan / arahan agar dia dapat bergerak dengan lurus.


Ibarat hukum thermodinamik kedua, sesebuah sistem itu akan menjadi semakin kacau dan huru hara jika dibiarkan begitu sahaja, melainkan kalau ada tenaga dari sumber luar yang datang untuk membaiki.
The Second Law says that entropy always increases in a closed system. Entropy can decrease in an open system only if energy is received from an outside source.

Ibarat ayat dalam surah at Tin yang memberitahu bahawa kita pada asalnya sudah merupakan sebaik-baik kejadian, tapi secara sendirinya status kita akan jatuh terhina, melainkan adanya unsur iman dan amal soleh.
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
[at Tiin, 95:6]


Ibarat Hanzalah r.a yang pernah akui kemunafikannya apabila terpisah daripada majlis Rasulullah. Kerana bagi dirinya, membiarkan imannya berada di rumah bererti merosakkannya perlahan-lahan.

Maka, apa kesimpulan yang dapat kita peroleh? 
Make efforts brother!

"Ubat Hati kan ada 5 Perkara!" :)

Saturday, 2 April 2011

Mesti Kita Rasa Seronok Kan Kalau...

40 Jam Keluar daripada Kesibukan Dunia Jap
Mode 40 Hours Program sekali lagi

Kat syurga nanti, setiap orang daripada kita ni ada rank / level masing-masing. Terpisah-pisah. Mengikut amal dan kesungguhan kita di dunia ni. Kata Sheikh Omer dalam program tadi, kalau orang yang level tinggi, dorang boleh turun untuk lawat orang yang level syurganya rendah, tapi orang yang level rendah tak boleh naik melawat orang yang level syurganya tinggi.

Tapi kalau yang berbeza level itu ada hubungan ahli keluarga, Allah akan naikkan ahli keluarga yang levelnya rendah tu, untuk sama-sama berada di level syurga ahli keluarga yang tinggi. Ada reunion. Barulah jadi One Happy Family at Home Jannah.

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.
[at Thur, 52:21]


Mesti kita rasa seronok kan? Kalau mula-mula ahli keluarga kita ada yang level syurganya rendah, tapi sebab dalam ramai-ramai ahli keluarga kita tu, level kita paling tinggi, lalu kita dapat buat reunion kat dalam syurga level kita. Besar jasa kita pada waktu nanti tu kan?

Saya sayang ahli keluarga saya, terutamanya mak bapak saya :)
Saariu!


Macam-macam cerita lawak yang kami dah dengar akan berlaku di syurga nanti
Banyak kali kami tergelak-gelak :) Ihik3

Tuesday, 29 March 2011

Sudut Kopi I

Dengan apologi kepada Akmal Hayat
Budak Imperial yang hebat

1
Orang yang bertimbang rasa adalah mereka yang apabila dia masuk sesebuah tandas, tandas tersebut menjadi lebih kemas dan bersih apabila dia keluar.

2
Apabila kita memarahi / tidak puas hati pada seseorang, sangat tinggi kemungkinan kita berasa diri kita betul, berasa lebih baik daripada dirinya, dan miliki tahap ego yang tinggi ketika itu.

3
Berapa ramai yang bersyukur ketika bangun di pagi hari apabila mata masih dapat melihat, rumah tak dimasuki pencuri, kencing masih boleh dibuang lagi.

... membataskan aktiviti seharian, bahkan mewujudkan rasa tidak selesa ...


Selepas terjumpa satu lagi slot di Ikim.fm yang lebih kurang hebatnya dengan Tafsir bersama Us Zahazan. Bersama Prof Muhaya Muhammad, Pakar Mata Opthalmology dalam Slot Islam itu Indah. Rabu 10 Pagi (3 Pagi UK) dan Ulangan Khamis 1 Pagi (Rabu 6 Ptg UK)

Terkenang slot slot kami dimuhasabah Cikgu Mariah di Kisas dulu
Berderu deru kata hikmah keluar untuk mematangkan kami. Terima kasih cikgu.

Friday, 25 March 2011

Nak Cuba Kuiz Salahuddin al Ayyubi?

Walaupun jasadmu tiada Semangatmu tetap menyala
Kekal menjadi aspirasi Mujahid kini dan selamanya


Kali ini, kita tukar sket cara penulisan. Untuk cerita tentang Salahuddin al Ayyubi bersempena Road Show Palestin (RSP) yang akan datang ni, kita buat kuiz jom. Soalan yang senang tahap gaban. Rugi kalau tak cuba. Respons dan jawapan yang betul akan diberikan kepada sesiapa yang mencuba.

Mari kenal Salahuddin!



Pengumuman
Bersempena dengan RSP: Mencari Jiwa Sehebat Salahuddin ini, Isma Eropah bersama Aman Palestin Eropah akan menganjurkan kuiz secara online menggunakan medium Google Docs seperti di atas. Peserta sasaran ialah yang berada di Eropah ini. Minimum tiga pusingan akan diadakan. Sebagai token penghargaan, peserta dengan jawapan yang betul paling banyak akan diberikan hadiah mengikut checkpoint RSP yang berdekatan dengannya. Mungkin anda pemenang hadiah hebat ini. Siapa tahu.



Semarakkan lagi Kempen 5 untuk Palestin. Ayuh!

Monday, 21 March 2011

Sebelum Finishing Move Itu...

“Verily the practice that is most dear to Allah is one performed continously though a little ” 
[Agreed Upon]

Di antara kesan utama Intifadah ialah
  • Hilangnya rasa selamat di kalangan orang-orang Israel
  • Berkurangnya penghijrahan orang Yahudi ke Palestin,
  • Kemerosoton ekonomi mereka,
  • Peningkatan jumlah orang Israel yang keluar dari Palestin,
  • Berlakunya pengislahan dan penstrukturan semula rakyat Palestin
  • Meningkatkan keyakinan mereka untuk terus berjuang menentang penjajahan dan kezaliman Zionis

Kemenangan hampir tiba. Tidakkah anda mahu terlibat dengannya. Masih tinggal beberapa langkah untuk serangan dan pertahanan sebelum sampai masanya kita menggunakan "Finishing Move" kita.

Jadilah sebahagian daripada Salahuddin!


Sertai Kami!

Thursday, 17 March 2011

Mencari Jiwa Sehebat Salahuddin


Bumi Eropah dan Sheffield akan sekali lagi menerima gelombang kesedaran Palestin. Kali ini Isma Eropah membawakan Dr Zainur Rashid Zainuddin (DrZ) dengan tema "Mencari Jiwa Sehebat Salahuddin (al Ayyubi)", dijalinkan dengan Kempen 5 untuk Palestin.

Siapapun anda, baik engineer, doktor mahupun cikgu masih berpeluang menjadi hebat sepertinya. Jom sertai kami dalam menjayakannya.


Warga Sheffield, 13 April Jom! 

Video mantap! Ada kaitan dengan Entri Harapan Itu Masih Ada









Target kami GBP 4000 kali ini. Dengan kudrat yang kami ada ni, tak mustahil bro!

United Kingdom, Faqih Aqili Bin Ahmad Shuhaili, Sort: 77-74-01, Acc. No: 86053868

Download dan sebarkan. Ayo!

Dalam minggu ni asyik mengadap komputer jer main-main buat poster. Bila AK pesan jangan malu nak copy style orang lain kalau poster dorang dah nampak lawa, baru aku perasan yang aku ni jenis yang suka start daripada (nearly) zero idea. Sebab aku suka paksa diri cungkil kreativiti kot. Entah la...

Sunday, 13 March 2011

Sheikh Google


Kita tak nafikan sumbangan "Sheikh Google" apabila ia digunakan dengan tepat, dalam masa yang sama kita masih tak ketepikan bahawa "Sheikh Google" tetap tak layak untuk menggantikan peranan Sheikh yang sebenarnya.
[Suhaibwebb]



Kerana setiap perkara / sesuatu ada baik dan buruknya. Jangan pernah ada pada kita, mentaliti tidak mahu mengakui sumbangan seseorang / sesebuah pihak kepada kita. Walau kita tidak menyukai orang / pihak tersebut.

وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا

... Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil ...
[al Maidah, 5,8]

Yang penting, kenalilah dengan siapa kita berguru.

Wednesday, 9 March 2011

Orang yang Ajaib

Independent
This is the strength that I can see from all of you

Setiap apapun yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau itu perkara baik, jangan sampai bergembira lebih sangat, mendabik dada dengan kekuatan yang ada, merasakan itu hasil kerja anda semata-mata. Islam kan mengajar kita erti bersederhana.

Tapi kalau dah fail tu, memang selalu automatik teringat pada Allah. Putus asa jangan pernah sekali. There's always cloud in silver linings. Usaha tetap perlu dijalankan, cuma perlu lebih berhati-hati untuk tidak melakukan kesalahan sekali lagi.

(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,

[al Hadid, 57:23]

Apapun yang berlaku, ia pasti merupakan kebaikan, jika yang alaminya adalah orang yang beriman seperti hadis ajaibnya orang beriman dlam riwayat Imam Muslim. Jika dapat nikmat, dia bersyukur. Kalau dapat musibah, dia bersabar. Ajaib! Tapi jangan sampai sengaja menempah kegagalan. Salah cara pemahaman macam tu.

عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير ، وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن ؛ إن أصابته سرّاء شكر ؛ فكان خيراً له ، وإن أصابته ضرّاء صبر ؛ فكان خيراً له



Masa depan tak dapat kita pastikan. Masa yang lepas dah tak dapat nak diubah. Tinggal sekarang untuk masa kita teruskan kerja dan berusaha. Ayuh!

"Result exam lepas dah keluar, wait till I tell you k"
Tiada kaitan dengan Arsenal mahupun Barca, apatah lagi ManU :)

Sunday, 6 March 2011

Lapang Sebelum Sempit


Gunakan kesempatan yang masih diberi, Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan, Kerna ia takkan kembali


Ightanim Khamsan Qobla Khomsin...
... Faroghaka Qobla Fakhmik ...


Nak hadapi zaman busy untuk sebulan mendatang ni, dah kena apply regulation berkaitan masa sejak dari sekarang.
  • Baca rss news n berita terkini hanya ketika waktu pasif (time tunggu orang, tahan mengantuk time lecture etc)
  • Mengadap fb dan adik beradiknya hanya selepas dah cukupkan bacaan Quran utk hari tersebut
  • Check email yang tak penting hanya sebelum waktu tidur (buat jadi ubat tidur)
  • Siang mesti ada minimum 15 minit tidur untuk stay up buat kerja waktu malam dan pagi
  • Tak boleh tangguh buat revision. Paling minimum, untuk masuk kelas, lesson sebelumnya dah diulangkaji.
  • Hobi menulis dah kena dikurangkan kekerapannya. Kalau sebelum ni tiga hari sekali keluar entri, sekarang mungkin empat


Tu la, dah boleh rasa (perasan) busy tahap gaban sekarang. Kerja di dunia realiti lagi banyak daripada dunia digital dan komputer. Tak cukup masa berada depan laptop sebenarnya.

Menyebabkan aku tabik spring kepada beberapa ikhwah kami dalam team Isma Eropah ni yang walaupun sibuk dalam fasa promosi sekarang nu, dengan event bertimbun, mereka masih boleh cool dan handle satu persatu kerja. Bravo bro! May Allah grant you success here and hereafter. Ameen.

Haarisun ala waqti, ayo!

Wednesday, 2 March 2011

Dia Jujur kepada Allah

Kata Umar ra, “Bercita-citalah!”
"Aku bercita-cita tampilnya orang seperti Abu Ubaidah Al Jarrah, Muadz Jabal, dan Salim maula Abu Hudzaifah"

Aku sentiasa membayangkan seseorang yang jujur dengan cita-cita perjuangan-Nya seperti kisah si arab badwi pada zaman Rasulullah yang langsung anonymous namanya. Apabila diserahkan harta sebagai bahagiannya dalam rampasan peperangan, dia menolak dengan alasan bukan harta yang sedang dicari olehnya, sebaliknya agar anak panah terkena lehernya lalu menemui ajal untuk ke syurga.

"Dia jujur kepada Allah ...", kata Rasulullah, "... maka Allah penuhi permintaannya."


Jelas dia nyatakan apa yang dia kehendaki dan dalam keadaan apa dia akan mati untuk ke syurga.

Meskipun begitu, aku sedar tak semua yang aku inginkan tidak akan dapat aku kecapi sebagaimana yang terjadi pada Saifullah al Maslul kita. Khalid al Walid ra. Cemerlang dalam setiap siri peperangan sehingga syahid tak kesempatan menjemputnya. Katil pula yang menjadi teman ketika ruhnya berangkat menuju ar Rafiiq al A'la.
Kerana di akhirnya Allah yang mengetahui bagaimana jujurnya kita dengan cita-cita kita. Terpampang dan terbukti melalui kata-kata yang kita ucapkan, ke mana harta kita habiskan, untuk apa tenaga dihabiskan, dialog apa yang kita sembangkan, dengan siapa kita berkawan.

Mulut mungkin boleh gempak mengata, ingin syahidla, ingin tegakkan semula khilafahla
Tapi anggota lain tak mampu menipu untuk membuktikan sejauh mana komitmen kita

Labels