Masa Rsp Sheffield dulu, sempat aku beli button "Save Gaza", Khai suruh, tanda membayar hutang kepada perjuangan membebaskan Palestin. Dan terus button tu tersemat pada kot aku, di bawa ke mana mana termasuk ke Cardiff baru ni. Memang ada kelainannya bila mula pakai button ni; rasa seperti perlu bersedia untuk ditanya dan dikaitkan dengan Palestin di mana-mana oleh sesiapapun.
Dalam perjalanan balik dari Cardiff baru ni, ada seorang nenek tua yang peramah menegur aku, bertanya tentang button yang aku pakai tu. Nasib baik dah dapat dua kali pengisian tentang Palestin ni, ada la perkara yang kami tukar tukarkan tentang Gaza. Cuma sebab waktu tu nak cuti Easter, panjang juga nenek tua ni membebel tentang Isa as yang baik hati tu.
Kalau nanti jadi perkara yang sama kat korang pulak lepas ni, ni cadangan sepuluh perkara yang korang boleh sembang tentang Gaza.
- Gaza merupakan wilayah kecil Palestin yang menjadi kubu terakhir buat rakyat Palestin mempertahankan hak-hak asasi yang mereka miliki sejak sekian lamanya
- Dengan hanya keluasan sebesar 363 km persegi dan penduduk seramai 1.5 juta menjadikan daerah kecil ini sangat padat dengan kependudukan yang tinggi.
- Laporan terkini mendapati bahawa lebih dua pertiga daripada jumlah penduduk Gaza ini adalah pelarian yang menyelamatkan diri mereka dari wilayah-wilayah Palestin yang telah dijajah Israel sejak tahun 1948 lagi.
- Kini Gaza yang seluas sekangkang kera telah dikepung tanpa peri kemanusiaan oleh regim Yahudi zionis sejak bulan Jun 2007 yang lalu.
- Penderaan, penganiayaan dan pembunuhan yang semakin dahsyat dari masa ke masa ini telah mengakibatkan krisis di Gaza semakin kritikal dan dianggap sebagai krisis kemanusiaan terbesar di abad ini oleh pelbagai badan dan pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak asasi kemanusiaan sedunia.
- Sukar untuk dibayangkan bagaimana keadaan sebenar yang terjadi di Gaza pada awal bulan Mac 2008 yang lalu apabila lebih daripada 120 penduduk Palestin yang tidak berdosa dibunuh secara kejam dalam tempoh hanya seminggu.
- Konspirasi menyepi yang berlaku adalah satu jenayah yang lebih teruk daripada apa yang telah berlaku di Gaza baru-baru ini.
- Tiada angka yang tepat bilangan jumlah bayi yang meninggal dunia kerana inkubator tidak dapat berfungsi kerana ketiadaan bekalan elektrik ataupun mati disebabkan kekurangan ubat secara berpanjangan.
- Ramai penduduk Gaza sebelum ini yang meninggal dunia bukan kerana serangan udara Israel tetapi adalah disebabkan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan.
- Bahkan pada 20 Januari 2008, penduduk Gaza terpaksa hidup dalam kegelapan dan kesejukan yang amat sangat untuk beberapa hari di musim sejuk apabila janakuasa utamanya tidak lagi boleh berfungsi kerana tiada bekalan petrol yang mencukupi
[Sumber: Zainur Rashid Zainuddin, Palestin Dijajah - Di Manakah Solahuddinnya, 2009]
Kalau pakai button tu, at least ada sesuatu yang boleh dimodalkan.
Beli jangan tak beli. Dah beli jangan lupa pakai pulak :)
No comments:
Post a Comment