Friday, 22 April 2011

Sistem Sokongan - Support System

Faham itu cantik kalau digandingkan dengan memahami

Untuk seronok-seronok jalan cuti Easter ni, saje aku join talk Road Show Palestin Dr Z dua kali; satu di Sheffield, lagi satu di Cardiff. Off course, banyak sangat persamaan dalam isi ceramah yang disampaikan. Cuma antara point Dr Z yang melekat dalam kepala aku ni ialah support system.

Sistem sokongan. Perkataan yang dulunya aku hafal dalam subjek Biologi tentang tulang belakang manusia. Yang aku belajar, manusia tanpa tulang belakang ibarat sotong; yang lembik ke kiri ke kanan. Manakan si sotong dapat hidup berdiri di atas darat. Begitu juga seorang pejuang tanpa sistem sokongannya, akan terbantut dan tempang pergerakannya.

en.wikipedia.org

Kata Dr Z, anak isteri merupakan komponen penting dalam sistem sokongan. Siapa yang tidak teringinkan seorang isteri yang memahami perjuangan si suami. Rela ditinggalkan di rumah untuk mendidik anak. Atau mungkin rela adanya hari yang berlalu tanpa suami di sisi. Bahkan selalu mengapi-apikan semangat suami untuk tabah meneruskan perjuangan.

Siapa juga yang tak inginkan anak yang cerdas melontarkan idea sokongan. Bonus jika ada anak yang berani menegur langkah si ayah. Atau setidak-tidaknya anak yang cukup menjadi [Qurratu A'yuni] penyejuk mata seperti dalam al Furqan, 25:74. Ketiadaan sang ayah bahkan melatih mereka bersifat matang dan mandiri, bukannya semakin rosak sehingga menjejas reputasi perjuangan si ayah.

Tapi untuk orang yang tak kahwin lagi ni, carilah sokongan daripada mak ayah n adik beradik. Teringat pula dialog aku sehari sebelum SOS di Sheffield; sempat aku telefon Malaysia, nak minta berkat sket daripada parents untuk kendalikan majlis ni. Yang terharunya, apabila aku menceritakan tentang tema RSP kami ni iaitu Searching for Salahuddin, yang mak aku komenkan tentang Salahuddin al- Ayyubi ini adalah hebatya baginda dalam tahajjud dan bangun malamnya.

Tersentak aku dalam diam, mula aku bermuhasabah bagaimana kualiti solat malamku. Ironi juga, jika hajat di hati menganjur program ingin mencari Salahuddin, tetapi sesi ekslusif dengan Tuhan di waktu malam diabaikan. Salahuddin seperti apa yang ingin dicari sebenarnya. Kekuatan perubahan daripada siapa yang diharapkan jika doa dengan Allah dilupakan. Cukup nasihat si ibu ini untuk memberi semangat kepada anaknya untuk terus memantapkan langkah ke hadapan.

Sistem sokongan. Tanpanya akan tempanglah gerakan seseorang al akh. Moga kuat mencengkam akar sokongan kita.

1 comment:

Labels