40 Jam Keluar daripada Kesibukan Dunia Jap
Mode 40 Hours Program sekali lagi
Kat syurga nanti, setiap orang daripada kita ni ada rank / level masing-masing. Terpisah-pisah. Mengikut amal dan kesungguhan kita di dunia ni. Kata Sheikh Omer dalam program tadi, kalau orang yang level tinggi, dorang boleh turun untuk lawat orang yang level syurganya rendah, tapi orang yang level rendah tak boleh naik melawat orang yang level syurganya tinggi.
Tapi kalau yang berbeza level itu ada hubungan ahli keluarga, Allah akan naikkan ahli keluarga yang levelnya rendah tu, untuk sama-sama berada di level syurga ahli keluarga yang tinggi. Ada reunion. Barulah jadi One Happy Family at Home Jannah.
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ
Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.
[at Thur, 52:21]
Mesti kita rasa seronok kan? Kalau mula-mula ahli keluarga kita ada yang level syurganya rendah, tapi sebab dalam ramai-ramai ahli keluarga kita tu, level kita paling tinggi, lalu kita dapat buat reunion kat dalam syurga level kita. Besar jasa kita pada waktu nanti tu kan?
Saya sayang ahli keluarga saya, terutamanya mak bapak saya :)
Saariu!
Macam-macam cerita lawak yang kami dah dengar akan berlaku di syurga nanti
Banyak kali kami tergelak-gelak :) Ihik3
salam..ana sgt post2 dlm ni share lah psl perkara lawak yg berlaku d syurga nti
ReplyDeleteInsya-Allah dalam masa terdekat ni akan ada entri tentang lawak syurga. Mudah-mudahan termotivasi..
ReplyDeletesalam, just nak tanya berkenaan 'ahli keluarga' tu.
ReplyDeleteadakah bond itu blood relationship which is ahli keluarga sedarah daging,
or ahli keluarga (orang-orang yang beriman)?
ana pernah dengar tafsir al-inshiqaq by bro nouman ali khan,
ayat 84:9, keluarga itu bukan blood relationship je tapi orang2 yang sama beriman dgn risalah Allah.
jzkk atas pencerahan.
Salam
ReplyDeleteKalau ikut konteks at Thur, 52:21 atas ni, bond itu merupakan keluarga, melalui penggunaan perkataan "zurriyatahum" dan ini disokong Ibn Katheer rhm melalui tafsirnya.
Dalam al Inshiqaaq, 84:9 pula, perkataan yang digunakan adalah "ahl" yang cakupan maksudnya lebih luas berbanding "zurriyat". "ahl" juga boleh digunakan untuk apa-apa bond yang ada, termasuklah bond di kalangan orang beriman.
Kalau diperhatikan, at Thur bercerita mengenai status syurga ahli keluarga yang akan dinaikkan, manakala al Inshiqaaq sekitar kembali / berjumpanya semula penduduk syurga dengan "ahl" mereka.
Wallahu A'lam, ana bukan ustaz. Dan kalau enti dapat share link talk bro Nouman Ali Khan tu di sini, bagus juga. Jzkk.