Wednesday, 27 October 2010

40 Hours Program

Pesan Sheikh el Hamdoon, keikhlasan itu sangat penting. Kerana ini nilai paling besar yang diperolehi daripada grandmasters (al anbiya') kita. Ikhlas: tanpa meminta balasan daripada apa yang dilakukan. Mahupun menunjukkan ekspresi bahawa kita menginginkan balasan setimpal daripada mereka. Walaupun susah dan peritnya kerja yang kita lakukan.

Kerana bukan kepada manusia kita mengharapkan balasannya kembali. Susah untuk letakkan pengharapan kepada manusia. Mereka kerap terlepas pandang apa yang kita lakukan. Semakin kita berharap balasan daripada orang, semakin rosak nilai keikhlasan dalam diri kita, dan semakin menjadi sakit hati kita seandainya balasan yang diharap-harapkan tak kunjung tiba.

Part 2 of 14

Yang perlu diingat, hanya buah-buah keikhlasan yang akan terus kekal. "Whatever for Allah will remain," menjadi quote of the day. Dia contohkan kepada kami al Muwatta, yang nilainya berterusan dimanfaati sehingga sekarang. Maka kita perlu sedar, manusia yang didakwahi dengan hati yang sejahteralah yang akan terus memberikan pahala berterusan kepada kita. Sedekah yang keluar dengan ketulusan yang akan menjadi balasan yang jariah. Di sinilah titik penting mengapa kita perlu sentiasa mengikhlaskan selalu niat kita.

كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْحَقَّ وَالْبَاطِلَ فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الأرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ
Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang batil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.
[ar Ra'du, 13:17]

Liwajhillah! La Nuridu Minkum Jaza'an wa la Syukuran
Kerana Allah! Kami tak harapkan balasan mahupun terima kasih daripada anda!
Begitu ikhlasnya mereka yang menghiasi bacaan al Insan kita.

Popular Posts