Monday, 18 April 2011

Khutbah yang Mantap

Khutbah merupakan masa ketika orang rela untuk mendengar nasihat daripada khatib
Rugi kalau peluang itu tidak dipergunakan sebaiknya

Selepas mendengar khutbah yang mantap dan mengancam Jumaat lepas, terkeluar idea untuk buat talk dalam versi movie. Ok, inilah hasil kerja yang pertama, terimalah Khutbah Jumaat 14 Apr 2011 di Muslim Welfare House of Sheffield (MWHS) bertajuk Ujian Solat Subuh: Kepentingan dan Tips untuk Melepasinya. Ye la, subuh hari ni je masuk 4:10 pagi n habis 6:01 pagi.

Secara ringkasnya, khutbah ni tentang ujian yang kita duduki setiap hari: Solat Subuh. Apa gred yang kita capai setiap hari dalam seminggu ini. Mungkinkah cemerlang seperti gred A, atau cukup-cukup makan untuk gred C, atau langsung fail untuk gred F? Kenapa solat subuh, dan bagaimana caranya untuk lepas ujian ini dengan "flying colours". Mari bermuhasabah.



Serius, ini merupakan suatu contoh khutbah yang besh dan ditunggu-tunggu. Moga lahir ramai khatib seperti ini suatu hari nanti, terutamanya di bumi Malaysia sana.

Salahuddin al Ayyubi tak pernah miss solat berjemaah, 
kecuali beberapa waktu sebelum kemangkatannya. Kita bagaimana?

Teaser untuk Entri Akan Datang
Cari persamaan antara dua gambar di bawah

2 comments:

  1. tak jelas la sound video tuh.. ader alternatif dak?
    tgh semangat nak dgr nih...
    hehe

    ReplyDelete
  2. Sori Am. Tak sempat nak amplify audio khutbah tu.
    Alternatif lain mungkin boleh cuba naikkan volume sehabis kuat. Kalau tak cukup kuat, cuba cari laptop yang mantap speakernya :)

    Tak pun try pasang kat external speaker..

    ReplyDelete

Labels