Baru habis pilihan raya Smsa Ahad lepas, tahniah untuk komiti baru
Harapan Baru untuk SMSA!
Khutbah Jumaat yang lepas, khatib cakap pasal perlunya kita sebagai orang Islam concern dengan isu yang terjadi di sekeliling kita di Uk ni. Jangan sampai jadi macam katak bawah tempurung. Takut nanti orang label orang Islam di Uk ni tak mahu terlibat dengan masyarakat, tak concern pada isu Uk atau label-label negatif yang lain. Kalau di Malaysia, ibarat Mat Bangla yang datang Malaysia untuk kerja cari duit, tapi langsung tak tahu isu semasa di Malaysia, seperti siapa Agong / PM kita, tak kisah kalau duit petrol naik atau tak dan lain-lain..
Esok, 5 Mei, Uk ada buat referendum. Nak undi sama ada perlu atau tidak ahli Parlimen (MP) kat sini dipilih dengan sistem yang baru. Sekarang guna sistem First-Past-the-Post (FPTP), macam kat Malaysia. Referendum kali ni cadangkan sistem sekarang ni ditukar kepada Alternative Vote (AV).
Sistem AV yang nampak macam complicated (Wikipedia)
Video bawah ni memang terbaik untuk explain AV dan FPTP ni. Kalau tak cukup, BBC ada berikan FAQ tentang perkara ini.
Ramai orang ajak ajak undi NO esok. Tapi kalau nak dengar kempen semua pihak, boleh try baca artikel ni. [AV referendum: Where parties stand]
Walaupun kucing bawah ni dah comel-comel, tak semestinya saya vote Yes esok. Tapi saya terbayangkan undi orang Islam di Malaysia yang berpecah bila habis tengok video ni.
salam.
ReplyDeletepersoalan.
andai AV dilaksanakan di Malaysia, adakah kemungkinan makin bnyk parti Islam akan tertubuh? dan undi orang Islam akan berpecah.
hurm, jika begini, sampai bila umat Islam akan bersatu?
bagaimana hendak mencapai kerajaan Islam atau ustaziatul alam kalau hal ini berlaku?
maka, perlu ke ada taadud jemaah andai situasi ini berlaku?
hanya sekadar persoalan.
wsalam.. pada pendapat saya, kemungkinan untuk perpecahan berlaku memang ada, tapi apa yang penting sekarang adalah seandainya makin banyak parti-parti Islam yang muncul, mereka perlu bersatu atas paksi yang sama, dan atas dasar memperjuangkan dasar Islam. Sebab itulah saya merasakan 'paksi' harakah Islamiyah itu perlu kukuh sebelum ianya betul-betul matang untuk memasuki arena Politik. Marhalah dakwah perlu jelas dan tersusun.
ReplyDeleteMengenai sistem AV, apa yang bagus tentang sistem AV adalah pembuang undi dapat memberi keutamaan kepada siapakah yang lebih layak memimpin dan pada masa yang sama tidak menafikan kredibiliti pemimpin lain. Secara keseluruhannya, saya mengajunrkan agar harakah2 Islam perlu memikirkan kepentingan untuk bersatu atas dasar memastikan sistem Islam tertegak ni negara kita.
Setelah mereka berjaya mengawal kepemimpinan dan dasar2 negara, kemunculan lebih banyak parti2 Islam yang lain adalah lebih digalakkan kerana ianya menunjukkan satu persaingan yang sihat yang lebih kearah melengkapi sistem pemerintahan negara.
Secara jujurnya, saya pening dengan politik Malaysia..
Can't agree more with you Budak Badar :)
ReplyDeletePening dengan politik Malaysia? Sila duduk bertenang dan semak maqasid syariah kita semula.
Bagi saya, tertubuhnya banyak parti Islam bukanlah disebabkan av, andai diterapkan. Tetapi saya melihat jika berlakunya penubuhan parti Islam yang pelbagai, sistem Av ini mampu mengatasi masalah undi orang Islam di Malaysia yang berpecah seperti dalam analogi kucing dan anjing dalam video atas. Andai paksi Islam yang dibina dalam individu teguh.
ReplyDeleteSoal taadud jemaah merupakan persoalan yang memerlukan kajian yang meluas dan mengikut realiti sekarang. Tiada jemaah mahupun individu yang mahukan perpecahan sesama orang Islam.
Parti Islam Sepakat, Islam Berdaulat
Wallahu Alam