Teringat Btn dulu, OC kata nak post gambar kami abseiling dalam Fb
Sampai sekarang aku tak jumpa-jumpa lagi, haisy :)
Sekarang ni dah boleh nampak macam-macam status junior di Kmb yang cakap tentang Btn. Baru sedar, dah genap setahun rupanya kami lalui perkara yang sama. Aku secara peribadinya sangat suka dengan Btn Meru dulu. Selain abseiling n jungle trekking yang menghilangkan bosan, off course benda paling penting yang aku dapat daripada kem tersebut ialah isi-isi perlembagaan negara kita.
Yang aku nampak, perlembagaan Malaysia sebenarnya dah cantik (walaupun masih ada ruang untuk dicantikkan lagi). Dengan kedudukan istimewa Melayu, Islam, Agong, Bahasa Melayu etc yang dinyatakan dalam perlembagaan negara kita, aku lihat Islam di negara kita ni dapat aman dipertahankan. Di sinilah uniknya negara kita, sebab tak ada peruntukan yang sama di negara lain. Melainkanlah kalau perkara-perkara ini mula dipertikaikan. Kononnya atas dasar hak asasi manusia.
Baru-baru ni, ada orang bagikan aku kertas kerja yang panjang, bertajuk Pelan Pengukuhan Kedudukan Islam di Malaysia. Tulisan Haji Naser Disa, Peguam Kanan Persekutuan. Sebab aku rasa kandungannya releven dengan isu semasa yang berlaku sekarang di negara kita + nak raikan junior yang tengah semangat tinggi bila baru balik dari Btn ni, aku sharekan sebahagiannya di sini.. Bahagian yang menarik perhatian aku adalah beberapa salah tanggapan terhadap beberapa perkara dalam perlembagaan negara kita. Ini antara kandungannya. Moga ada manfaatnya.
Salah tanggapan No. 1 - Islam sekadar Agama rasmi.
Ungkapan ini jauh tersasar dari kedudukan yang sebenar sebagaimana yang termaktub dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan – “ Islam is the religion of Federation...”
Perkataan “rasmi” adalah sekadar tambahan, tetapi impaknya telah mengelirukan semua pihak dan membuat tanggapan yang salah mengenai kedudukan Islam di Negara ini hingga menjadi – “Malaysia adalah sebuah negara demokrasi sekular dengan Islam sebagai agama resmi.” Hakikatnya ketiga-tiga perkataan - demokrasi, sekular dan rasmi tidak wujud sama sekali dalam Perlembagaan.
Salah Tanggapan Ke 2 - Malaysia Negara Sekular
Salah tanggapan mengenai hakikat kedudukan sebenar Islam sebagai Agama Negara menjadi penyumbang terbesar kepada kelangsungan hayat pemikiran sekular Barat di Negara ini. Faktor utama kepada pegangan sebegini berpunca daripada hakikat bahawa Perlembagaan Negara dirintis oleh sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid dengan dianggotai oleh hanya seorang hakim beragama Islam dari Pakistan.[v] Namun begitu tidak ramai yang menyedari fungsi dan peranan Suruhanjaya ini yang pada hakikatnya hanya menyediakan laporan. Sebuah Jawatankuasa Kerja yang dikenali sebagai Jawatankuasa White Paper juga bertanggung jawab untuk mencadangkan pindaan-pindaan terakhir kepada cadangan Suruhanjaya Reid selaras dengan kehendak Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin politik, pemerintah British bagi memuktamadkan Perlembagaan dalam proses menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa itu juga telah mengambil pendekatan menerima memorandum Perikatan untuk memasukkan prinsip Islam sebagai Agama Persekutuan “tetapi ia tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini”
Salah tanggapan ke 3 – Kedudukan Islam lebih rendah dari Perlembagaan.
Perkara 4(1) Ketinggian Perlembagaan- tidak menafikan kedudukan Islam sebagai agama Negara, malah ia memartabatkan perkara 3(1) - Islam Agama Negara sebagai undang-undang tertinggi. Kenapa kita perlu menjunjung sistem dan prinsip Barat yang langsung tidak disebutkan dalam Perlembagaan sebagai sebahagian dari undang-undang tertinggi Negara? Sedangkan peruntukan yang jelas mengenai Islam sebagai Agama Negara itu adalah perkara yang pertama sekali disebutkan, dan diikrarkan oleh YDPA, dikesampingkan dan dipinggirkan hingga tidak dianggap sebagai undang-undang tertinggi? Terserlah lah sikap hipocracy kelompok sekular dalam menanggapi kedudukan Islam dalam perlembagaan mencecah ke tahap pembohongan yang amat besar dalam sejarah Malaysia moden. Justeru salah tanggapan ini perlu diperbetulkan. Islam sebagai Agama Negara mesti dihormati dan dipatuhi. Sebarang dasar dan undang-undang yang digubal mestilah tidak bercanggah dengan agama Negara dan memelihara ketinggiannya adalah menjadi kewajipan pemerintah.
Kesimpulan yang aku dapat: Perlembagaan negara kita dah cantik dan mampu untuk menjadikan negara kita Islam secara total, andai ditafsirkan dengan betul. Lagi cantik kalau semua dasar, polisi dan undang-undang negara kita digubal atas roh dan semangat Perkara 3 - "Islam sebagai agama Persekutuan". Harapan itu masih ada.
yup kesimpulan yg sama. "melayu sepakat islam berdaulat"
ReplyDeleteLIKE :)
ReplyDelete