Monday, 31 January 2011

Mesir 2011


Pengajaran 31 Jan

Kalau inginkan kebangkitan, biar ia kebangkitan yang bersedia. Bersedia untuk ditolak dan ditekan ke bawah, agar nanti kebangkitan itu tidak jatuh tersembam tak bangun-bangun. Perjuangan berpuluh-puluh tahun tidak berbaloi kalau dicantas dalam masa kurang setahun.


Isbir ya Ikhwati!
Teruskan doa agar jauh daripada segala keburukan mahupun pertempuran darah

Friday, 28 January 2011

10 Sirah Terdahulu [KEMM1511]

Tujuan tulisan ini sekadar sebagai membawa hujjah kepada keutamaan menyatukan Umat Islam khususnya bangsa Melayu di atas satu agenda perjuangan, bukan hendak berdakwah kepada memuja Melayu, bangsa dan menindas golongan lain. Seruan memperjuangkan hak-hak Melayu berlandaskan Asobiyyah Jahiliyyah adalah bertentangan dengan aqidah saya.

Nak kasik tambah panas sikit KEMM1511 hujung minggu ini. Last Promo.
  • Apabila Allah memerintah Nabi untuk berdakwah secara terbuka, Allah memerintahkan Nabi memulakan dakwahnya kepada “‘asyirah al-aqrabin” yakni kaum keluarga terdekat. [asy Syuara’, 26:214]
  • Ketika Nabi saw naik ke Bukit Sofa dan memanggil orang-orang Arab untuk berdakwah kepada mereka, Nabi saw menyeru nama-nama qabilah mereka.. “Wahai Bani Hasyim.. Wahai Bani Abd Manaf..
  • Nabi saw apabila berada di Madinah menitiskan airmata apabila memikirkan Mekah tanah tumpah darahnya.
  • Apabila Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, Nabi saw mengekalkan kewujudan kaum Muhajirin dan al Ansor.
  • Apabila ketua-ketua qabilah memeluk Islam di kalangan bangsa-bangsa Arab, Nabi saw mengekalkan mereka sebagai pemimpin kepada kaum mereka.
  • Nabi saw melantik para nuqaba daripada ketua-ketua qabilah yang sedia ada dengan mengekalkan kewujudan qabilah-qabilah tersebut.
  • Nabi memaafkan sahabatnya Hatib bin Abi Baltaah r.a. yang menghantar surat kepada keluarganya menceritakan kedatangan tentera Islam untuk membuka kota Mekah. Apabila alasan beliau melakukan semua itu hanya kerana kasih dan sayangkan keluarganya dan mengharapkan mereka terselamat bukan kerana mengkhianati Nabi saw, sedangkan Umar al Khattab r.a. meminta untuk dipenggal kepalanya.
  • Ketika sahabat-sahabat al-Ansor ingin melantik khalifah di kalangan mereka selepas kewafatan Nabi saw, abu bakar berkata bahawa Nabi bersabda “Al-aimmah min Quraisy”… lalu mereka membaiahkan Abu Bakar al Siddiq.
  • Apabila Islam datang ke Tanah Melayu, Empayar Kesultanan Melayu terkenal dengan namanya sebagai Kesultanan Melayu Melaka atau Tanah Jawi.
  • Pakaian jubah yang panjang dan berserban yang menjadi tradisi arab tidak diterapkan ke dalam tradisi pakaian kesultanan Melayu tetapi baju Melayu berseluar dan bersamping dan bertengkolok menjadi pakaian rasmi Melayu Islam sesuai dengan realiti alam Melayu yang berbukit, berbelukar, berpaya dan bersungai yang menyukarkan si pemakai jubah untuk berjalan.
Edit daripada: KEMM1511.net

Pendaftaran telah ditutup
Selamat Berkonvensyen!

Tuesday, 25 January 2011

Jawab Call / Message tu!

Message tak reply, Call tak angkat
Perangai ape la ni...

Satu malam bersama ahli-ahli rumah comel, sebelum solat Maghrib. Sembang-sembang dari satu topik, ke satu topik yang lain, sementara tunggu semua orang keluar bilik, mandi, ambil wudhu' etc. Seperti biasa, cerita berikut ini diriwayatkan dengan sanad yang amat dhaif, tapi alhamdulillah, masih belum dikira maudhu'.

"Aku, selalu jugak buat tak tau bila orang message aku. Bila orang complaint, aku cakap, "Oh, ye ker, ade message ker? Tak perasan..."

Aku yang baring tepi dia, balas ringkas jer. "Perangai ape la macam tu.", tanda tak puas hati dengan perangai tu. Tapi jangan risau, rumah kitorang ni dalam usaha menerapkan suatu budaya baru. Nak cakap, terus jer, jangan lapik-lapik. Elemen sindir-menyindir ajaran Prof Hatemanak sedang dipraktikkan.

Nazrul yang memang kuat suaranya sambung "Aku pantang betul orang yang bila call, dia tak angkat, message tak jawab". Ooo, tu aku setuju sangat-sangat. Dalam hati aku doa, jangan ko jadi macam tu sudah la.

Afifi yang baru masuk bilik tetiba bersuara, "Aku pulak, tak suka kalau ketuk pintu bilik orang, orang dalam bilik tu diam jer, tak menyahut...". Disambut gelak ketawa semua orang, hahha. Ok, dalam rumah kitorang ni ada orang yang perangai macamtu :) Tapi biasala, budaya sindir menyindir kan mampu merapatkan silaturahim antara kami bersaudara. Hik hik.
Habis solat Maghrib tu, aku fikir ibrah apa yang aku dapat: Pengajaran satu: Kalau orang panggil, menyahut. Orang call, angkat. Kalau miss, call dia balik. Kalau orang message, reply. Baru seronok hidup atas dunia ni. Komunikasi jalan lancar. Yang tak bagus + tak suka + menyampah, bila ko nak orang lain menyahut bila ko panggil dia, tapi bila orang panggil ko, ko buat tak tau. Selfish namanya tu.

Lagi satu pengajaran, entri ni adalah soal akhlak sesama manusia. Kalau dengan Allah, Allahpun suruh kita menyahut panggilan Dia.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ
Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu...
[al Anfaal, 8:24]

Tadabbur aku dengan ayat ni, kalau ada panggilan azan, cepat menyahut k. Itu untuk menghidupkan kita, agar hidup kita menjadi lebih berkat dan bermakna. Agar dekat tujuan hidup kita sebagimana dikehendaki-Nya. Kalau orang dah azan, ketuk pintu, call / sms ajak pergi sembahyang, jangan lambat-lambat respond. Takut kita "mati dalam hidup" pula nanti.

Lalu kitorang pun solat Maghrib berjemaah. Sebab kitorang dah gelak sakan before solat, tak tau siapa la khusyu' time solat tu. So lain kali, berikan tempoh masa bertenang sebelum solat. Dapat pahala lebih sket.

Saturday, 22 January 2011

Jangan Jadi Spy!


Surah al Hujurat, 49 suatu surah yang saya suka baca. Surah dan ayatnya tak panjang, dan apa yang disebut dalam surah ni memang berkait rapat dengan hidup kita, prinsip berukhuwwah. Walaupun selalu jugak saya ulang-ulang ayat 6 - 13 dalam solat tu, alhamdulillah xpernah rasa bosan, mungkin sebabnya peringatan tentang menjaga ukhuwwah itu sangat penting.

Salah satunya ada dalam ayat 12. Allah kata, La Tajassasu! Jangan mengintip hal orang lain! Bahasa mudahnya, jangan jadi spy, curi-curi maklumat kawan sendiri. Tak cukup dengan tu, Rasulullah pulak ada berkata dalam hadis sahih, "La Tajassasu wa La Tahassasu!" Tajassus tu kita dah tau maksudnya. Tahassus pulak, maksudnya curi-curi dengar perbincangan orang tanpa kebenaran. Dua-duanya tak dibenarkan. Ada La an Nahiyyah depannya, faham-faham maksudnya. Belajar usul Fiqh untuk tahu hukum detailnya apa.

Bila ada perkara yang seseorang sembunyikan, jangan kita cuba nak korek. Maksudnya ada sesuatu yang dia tak mahu orang lain tahu. Diari peribadi, blog rahsia, group private, apatah lagi yang dah memang terang-terang rahsia seperti no pin, password facebook, e-mel etc. Ye la, walaupun memang seronok bila kita tau apa yang orang lain tak tau / cuba sorokkan, tapi itu tak bagus! Lainlah kalau orang tu tak kisah, itu lain cerita.


Macam aku, ade je orang pernah mintak aku tolong dia, dengan memberi aku password emel, account blog, no pin bank dia . Kalau dia kata bukak sekali, sekali jer la aku guna, walaupun sampai sekarang aku simpan no pin n password tu. Kadang-kadang tergerak jugak hati nak guna balik password n no pin tu utk bukak usha-usha account emel dorang, untuk saje suka-suka, tapi bila ingat ayat ni, terpaksa la buang niat jahat tu.

Macam kawan aku sorang pulak ni, dia cerita dia ada buat blog private, tak bagi siapa-siapa tengok, orang tertentu je boleh. Walaupun aku ada peluang untuk hack account dia / curi-curi baca, tapi sebab dia kata tak boleh, maka tak boleh la baca. Fine, cukup sampai situ. Itu sempadan privasi dia.

Sebab yang aku faham, Islam iktiraf nilai privasi seseorang, jangan sesuka hati nak melanggarnya. Ini perkara perlu dijaga dalam hidup berukhuwwah. Siapa la suka paparazzi ramai-ramai intip hidup dia. Ingat sekali lagi: La Tajassasu!

Yang menariknya, awal ayat Allah dah kata, Ijtanibu Kathiran Min az Zhan
Jauhi kebanyakan daripada prasangka yer! Ada bukti, baru ok.

Wednesday, 19 January 2011

Kalau Mereka Ikhlas (Versi Nasionalis)

Iza Faquhu Akhlasu. 
Apabila dia faham ikhlas

Cubaan Che Det para nasionalis menanam jati diri hebat ke dalam diri kita, bahkan dengan air mata, jangan dipandang remeh dan sia-sia. Kita hargai sumbangan yang mereka sumbangkan, walaupun kita ketepikan sebentar sisi gelap yang mereka ada.

Sebab aku juga percaya, seorang nasionalis, seandainya dia ikhlas, bukankah sumbangan dan tenaganya itu bersifat Islami. Baik kesan yang akan dia bawa kepada kita.

Bukan Nasionalisme Jahiliyyah...
[Majmuatu ar Rasail, Dakwatuna]

Sunday, 16 January 2011

Mantap Rupanya Melayu Ku Ini!

Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya


Part I | Part II | Part III | Part IV | Part V | Part VI | Part VII | Part VIII

Teringat talk Jums lepas, Ustaz Lah ceritakan tentang Melayu. Pernah hebat sebenarnya kita ini. Kalau bab rajin, memang superb. Buktinya, awal-awal pagi buta dah keluar rumah. Ada yang ke laut, ada ke ladang getah, ada yang ke sawah. Bekerja sungguh-sungguh. Rehat tengah hari tu, kalau dah habis makan, terus nak sambung kerja. Belum lagi cerita kerja-kerja sambilan yang mereka lakukan.

Bahkan zaman sekolah rendah saya dulu, cikgu pernah kata, bayangkanlah kalau dulu nak hasilkan sebutir padi tu memerlukan setitis air mata darah, maka lihatlah berapa banyak ekar padi yang dah mereka berjaya usahakan. Maka kesimpulan yang aku buat: Ada sesuatu yang hebat mengalir dalam diri kita, orang Melayu.

Kata Che Det pula, "Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya, bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap, menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal? Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian? Di manakah silapnya..."

Sampaikan juga, pernah terjadi perbincangan dalam sebuah kelas mengenai hakikat di sebalik nama Melayu ni. Inilah diskusi kelas yang kita idam-idamkan.
"Dan itulah Melayu. Orang Melayu memang layu, tapi mereka layu bukannya kerana mereka lembik. Mereka layu bukannya kerana mereka tidak berguna. Tetapi orang Melayu itu layu kepada kuasa Allah SWT. Sebagaimana hebatnya mereka menguasai Melaka, sehingga bahasa Melayu menjadi lingua franca di rantau ini, mereka tidak angkuh. Lantaklah kita hebat macam mana, kita control perdagangan timur dan barat sekalipun, akhirnya kita semua kembali tunduk dan layu kepada Allah SWT. Itulah maksud Melayu", jelas Cikgu Fazdhly kepada seisi kelas.

Maka positiflah. Ini zaman gerhana kita. Kita perlu bangkit. Islam ada sebagai penyelesaian. Ketepikan nilai negatif yang ada pada kita. Jangan percaya dengan momokan bahawa genetik kita genetik layu, lemah dan tak boleh berjaya. Takut menjadi gajah sarkas pula kita. Jangan amalkan juga budaya "Janji Melayu" sebagai contoh, mahupun mengiktirafnya, takut kita silap meraikan sifat bangsa sendiri.


Kejatuhan 1511, jadikannya pengajaran. 500 tahun dah berlalu, perlu ada sesuatu yang kita ibrahkan. Carilah.

Jom ke KEMM1511! (vEurope harapnya ade la...)

Thursday, 13 January 2011

Bila Ditimpa Kesusahan (Feat. Sudan)

Islamedia: Katakan Tidak Pada Pemisahan Sudan!

Bila dah ditimpa susah, barulah kita sedar tempat kembali kita yang paling terbaik adalah Allah. Walaupun terkadang Allah itu yang menjadi tempat terakhir. Dah penat cari-cari dan jumpa ramai-ramai orang, dah nak dekat nak putus asa, barulah kita teringat pada-Nya. Memang typical manusia. Astaghfirullah.

Bila ditimpa kesusahan juga, yang kita suka dan harap-harapkan, adalah datangnya bantuan tak tersangka daripada Allah. Kalau dah dapat tu, alhamdulillah, harapnya ia tanda sayang-Nya Dia pada kita. Harapnya juga ia merupakan janji yang Allah tunaikan atas dasar ketaqwaan kita. Mungkin juga doa orang yang mengingati kita. Mungkin juga atas doa yang pernah kita hantarkan kepada saudara kita suatu masa dulu. Harapnya, ia bukan istidraj semata-mata.

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ
Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya...
[at Thalaq, 65:2,3]

"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'"
[HR Muslim]

Kesimpulan yang aku dapat buat, we must give first. Hulurkan tangan dulu. Bab balasan dan baki yang tinggal, Allah dah janji, we will get later. Let Him do the rest. Teringat lagi kat Ipin dulu, dia pernah ajar kami: Allah give and forgive. Humans get and forget. Tak salah untuk hayati sifat pemurahnya Allah. Beri dan maafkanlah. Manalah tau, suatu hari nanti, kita pula yang menantikan huluran tangan orang lain. 

Sebab tu, bila orang lain ditimpa kesusahan, mari hulurkan bantuan terus. Barulah nampak kita ni bersaudara. Macam-macam pertolongan yang boleh kita hulurkan. Ikut kemampuan. Ada pertolongan yang namanya fizikal, ada material. Dah tak mampu, biarkan hati itu menyesal atas kesempitan bantuan yang tak dapat kita hulurkan. Jangan lupa lupa pulak hantar doa untuk mereka.

Part I | Part II | Part III | Part IV | Part V | Part VI | Part VII

Balik Jums, kami dapat tau rumah Ustaz Yunus Birm dimasuki perompak. Kesian juga atas kehilangan barang-barang yang dialami. Isma Eropah lancarkan tabung derma kilat. Tarikh tutup, sebelum masuk hari esok.
Sort: 77-74-01
Acc. No: 86053868
Ref: Ustaz Yunus

Balik Jums jugak, selipar aku tertinggal, kad debit bank n pendrive pun hilang. Memang mula-mula gelabah. Alhamdulillah, Allah campakkan segera instinct untuk mengingati-Nya ketika susah, lalu memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan hikmah suatu hari nanti atas kehilangan. Tak seberapa sebenarnya kesusahan dan kehilangan tu.

Kawan kita di Sudan pula, apa cerita kesusahan mereka? Ayuh kita hulurkan doa. Itu yang dapat kita berikan. Sebar dan jangkitkan doa / kesedaran kita pada muslim lain. Sampaikan harapan kita agar mereka terus berada dalam kesatuan, bukan dipecahbelahkan mengikut agenda konspirasi antarabangsa.

Monday, 10 January 2011

Amazing Race Kami

Dalam banyak-banyak game, aku suka Amazing Race.
Nak menang pun, jangan sampai langgar syariat peraturan.

Part I | Part II | Part III | Part IV | Part V | Part VI

Waktu Jums pun kami ada buat amazing race. Tempat dah besar, salji pun agak tebal, cuaca jugak sejuk, memang mencabar jugak untuk tengok kumpulan mana yang cepat buat dan dapat markah banyak. Dengarnya ada 11 checkpoint. Dalam keadaan terkejar-kejar pun, kumpulan kami sempat buat lapan jer.


Dalam banyak-banyak checkpoint, ada dua checkpoint yang aku tak sangka ajk nak buat.

1. Bait al Muslim
Nama pun dah mantap. Kitorang ingat mesti checkpoint ni paling best. Mesti la nak cepat ke checkpoint ni. Rupa-rupanya ada akhi Wan Ibrahim dengan zaujahnya. Ingatkan nak bagi tips / perancangan masa depan, rupanya main sudoku jer. At least, ada la jugak faedahnya pada aku. Entah la, bila balik Jums aku rasa aku dah semakin minat dengan sudoku ni. Sebelum ni rasa macam game ni sampah jer, tak kembang minda sebab sikit-sikit tengok nombor 1 - 9. Tanya encik google apa faedah sudoku, ni jawapan dia.

  • Critical thinking. Logic is the key to solving the puzzle. As you make it a habit, your ability to think critically improves.
  • Patience. You get such a nice feeling as you complete the puzzle. However, patience is needed to outsmart the tricky challenge. Also, temperament is one thing that develops in you as you get to more advanced levels.
  • Focus. Focus is important to get every number into its right box. Studies show that short attention span is improved as you make Sudoku part of your everyday habit.
  • Creativity. Since you want to finish the challenge the fastest way possible, you then think of ways on how to do it. That’s where your creative juices kick in. The more you think of ways to solve Sudoku, the more you develop your right brain.
2. Ustaz
Tengah kejar-kejar masa tu, boleh pulak ada check point Ustaz. Semua orang kena duduk, check bacaan al Fatihah masing-masing dengan Ustaz Lah. Lepas tu pulak dapat assignment hafazan, surah al Hasyr, 59:18-21. Akhirnya mode laju bertukar. Jadi mode duduk baik-baik, hafal Quran. Bagus gak, tak de la aku jumpa orang yang terkejar-kejar menghafal Quran, ataupun laju-laju baca al Fatihah untuk menang Amazing Race.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ. وَلا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ أُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ. لا يَسْتَوِي أَصْحَابُ النَّارِ وَأَصْحَابُ الْجَنَّةِ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمُ الْفَائِزُونَ. لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Ingat lagi tak ayat-ayat yang kita dah hafal tu. Harapnya, dapatlah maintain hafazan lagi. Alang-alang dah hafal sebab requirement amazing race, baik ulang-ulang lagi hafalan ayat tu sampai sekarang. Dapat ingat terus. Ikhlas paling penting.

Say Insha Allah!
Make intention brother!

Friday, 7 January 2011

Dah 500 Tahun Rupanya

2011 dah masuk, 1511 jangan dilupa
Prolog: Cuba teka apa maksudnya kalau wallpaper phone aku tukar macamni?


Part I | Part II | Part III | Part IV | Part V

Teka-teki balik Jums lagi, selepas modify ikut suka hati. Dah tak ingat siapa yang bagi teka-teki asal.


Ditakdirkan cerita, Panglima Negeri Sembilan diperintahkan memimpin pasukan Melaka menentang Portugis tahun 1511 tu. Tapi kenapa walaupun ramai tentera nak tolong Melaka ni, tetap kalah jugak?

Tapi soalan ni tak la susah macam Part I. Dah common kot. Sekali teka, terus betul jawapan. Simple.


Sebab waktu perang tu, bila Panglima Neg Sembilan tu suruh serang, dia pun jerit dalam loghatnya, "Soraaaaaang!" Maka sorang je la tentera dia keluar berlawan. Yang lain, tunggu arahan seterusnya pulak dari panglima tu. Sorang-sorang keluar perang, memang alamatnya kalah la. Hahha. :)

Fine, memang cerita di atas tiada dalam mana-mana manuskrip sejarah pasal kejatuhan Melaka 1511 dulu tu. Tapi dah pasti, kegagalan mematuhi arahan orang atasan selalu menjadi punca kelemahan sesuatu pasukan. Cukuplah Perang Uhud menjadi sempadan bagi diri kita.

Entah la, macam-macam kesilapan dikaitkan dengan kejatuhan Melaka 500 tahun lepas. Waktu kem Btn kat Meru dulu, kami siap dapat sekeping gambar untuk dibincangkan tentang masalah Melayu Melaka waktu tu. Satu gambar yang mewakili pelbagai macam jenis manusia dan masalahnya. Bermula dari yang duduk di pondok dan istana, sehingga kepada mereka yang berkawal di kubu dan jalanan.

Ada kelemahan pemimpin. Kurang kaliber seperti Tun Perak. Pemimpin bermasalah pilih kasih seperti Tun Mutahir, sehingga difitnah lalu dihukum bunuh. Terpilihnya pemimpin yang tak cekap, uzur dan tepok seperti Tun Perpatih Putih. Belum lagi cerita tentang rasuah, fitnah yang berleluasa dan kadar cukai (harga barang jugak kot) yang tak munasabah.

Ada yang kata perpaduan rakyat. Orang Melayu gaduh-gaduh rebut pengaruh seperti Laksamana Khoja Hasan dengan Tun Mutahir. Sesama pembesar negara pun kalau tiada kata sepakat, jadi masalah seperti Raja Mendeliar dengan Tun Mutahir.

Belum lagi pasal persediaan sebagai warga / tentera yang kuat. Senjata belum mantap, struktur tak jelas. Takut-takut, sejarah kita mengharapkan askar upahan dari Jawa pun berulang lagi masa kini, yang akhirnya tanpa disedari, mereka lari meninggalkan kita. Tak cerita lagi pasal sikap malas, tamak, hasad dengki yang cukup menebal ditiup syaitan masuk dalam diri kita, andai tak cuba dibuang sungguh-sungguh.

Yang pasti, kalau kita masih lagi ada sifat seperti yang dah disebut tadi, kita ni dua kali lima, lima kali dua juga. 500 tahun dulu, Portugis kuat. Zaman sekarang, jahiliyyah barat pula yangkuat. Akhirnya menjadi bangsa yang dipolitik [musayyasah] / dijajah sekali lagi. Sifirnya mudah, kalau kita tiada agenda, maka kitalah yang akan diagendakan.

Maka, yang duduk di Malaysia sana, nak dengar kupasan lanjut tentang 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka, datang, jangan tak datang ke Kemm1511. Nak book tarikh anda 29 Januari ni boleh? Insya-Allah, atas runtuhan Kota Melaka, kita bina Generasi Harapan yang berjaya.

Kalau Kobanna ada versi Tour Europe, mungkinkah Kemm juga?
Kita nantikan...

Tuesday, 4 January 2011

Cerita Jums Kami IV

Part I | Part II | Part III | Part IV

Orang-orang belakang tabir ni, kita tak perasan pun kerja mereka.
Tapi bila ada spoil, selalu jugak orang ini yang akan difire dulu.


Biasala, kalau ada program, mesti la ada orang yang kerja keras untuk jayakannya. Ada belakang tabir, ada depan tabir. Ada kerja sebelum program start, ada juga sepanjang program. Dah habis program sekalipun, masih ada jugak orang yang kerjanya tak habis lagi. Tanyalah Pengarah, Bendahari, AJK Logistik etc.

Ada satu kerja yang mesti jalan sepanjang program. Tukang Masak. Sila-sila la ucap terima kasih kepada mereka ni kerana dah menunaikan nafsu perut anda. Mereka yang kadang-kadang hilang semasa talk / aktiviti dijalankan. Dengan niat untuk gembirakan perut anda bila dah penat bagi fokus semasa talk mahupun jerit-jerit dan lari-lari semasa aktiviti. Kalau terlepas main games, ok la jugak. Tapi melepas dengar talk, susah nak dapat balik, especially yang talk special yang ada hanya pada Jums ni jer.


Tapi, aku tersentuh dengan semangat seorang chef kita ni. Mula-mula kesian kat dia sebab terlepas talk penting hari tu, dimensi perubahan / agenda Isma melawan barat. Tapi, aku kagum dengan jawapan dia. "Tak pe la, nanti aku dapatkan balik recording hari tu." Masya Allah brother! Dah terlepas live, catch up recording pun jadi la bagi diri dia.

Bagus bila ramai orang macam ni. Attitude yang susah jugak nak jumpa. Tak dapat attend usrah, dia tanya apa yang dibincangkan, apa boleh buat untuk usrah akan datang. Tak dapat follow jaulah, dia support kewangan perjalanan ikhwah. Tak dapat support material sekalipun, dia support dengan doa.

Ketiadaannya bukan hanya jasadiah semata-mata. Dia hidup seiring jalannya dakwah dan tarbiyyah

Siapa chef kita tu agaknya yer? :)
Yang melepas sebab terlelap pulak, macamane...

Saturday, 1 January 2011

Cerita Jums Kami III

Part I | Part II | Part III

Selamat Tinggal Agenda 2010
Akan  ku teruskan dengan Agenda 2011 pula

Semalam time Quranic Circle @ Holberry, hampir semua orang dapat peluang cerita pasal Winter Gath masing-masing. Jums ada, PMS ada, Fuiyo pun ada. Sebab ramai sangat yang datang Jums, tak sangka pulak Zakwan sampai hati tak bagi peluang kat aku untuk bagi komen jugak. Tak pe, aku cerita kat dalam blog ni jer la.

Komen aku, pengisian nampak mantapnya. Speaker pun bukan calang-calang, dijemput dari Malaysia. Ustaz Lah terus. Merasalah download pengalaman daripada Pres Isma ni. Dr Kam pun tak kurang terserlahnya juga. Alang-alang Pres dah datang, tu yang teros dapat pengisian berat. Macam biasa la, mula-mula tu berpinar-pinar jugak. Tapi dari feedbacknya, nampak student Uk ni bijak sebab dapat nampak rangka overall semua pengisian ni akhirnya.

Kan dah kena marah :)

Apa kesimpulan yang aku dapat: Slot pertama cerita pasal agenda barat untuk merosakkan umat Islam. Slot penuh dengan fakta, dan nampak seperti sengaja dibiarkan tergantung hujungnya. Rupanya disambung dengan siri kedua. Agenda Isma pula dibentangkan untuk jelaskan bagaimana melawan agenda barat tersebut, dalam konteks kecil iaitu diri dan negara. Tapi disebabkan peserta tak puas hati dengan sesi soal jawab yang pendek, siri ketiga datang menyambung untuk jelaskan lagi beserta lebih lama sesi soal dan jawabnya. Sesi panas hujung sesi dua akhirnya dirungkaikan. Dan akhirnya datang sesi terakhir, Lets Colour the Future, dengan harapan kita mempunyai agenda masing-masing yang akan kita sepakati bersama. Tak dilupakan, kuliah subuh bersiri mengenai betapa syumulnya Islam.

Satu part menarik yang aku ingat, ada satu soalan pendek jer ditanya kepada Ustaz. "Kita ada Parti A dan B. Apa solusinya?" Lalu Ustaz Lah pun jawab dengan simple dan jelas. Tapi entah macamana dia sambung lagi jawapan tu, bawak audiens pusing-pusing. Kejap sentuh pasal agenda barat, kejap akidah La Ilaha Illa Allah, kejap liberalisme, kejap pasal jati diri, pasal kedudukan Melayu dan akhirnya beri jawapan simple tu balik.

Balik rumah, bila baca artikel terbaru Ustaz Lah di blog dia mengenai Islam, Liberalisme dan Autokratik, baru aku faham tersiratnya kenapa Ustaz Lah bawak pusing-pusing time jawab soalan tu. Yang lawaknya, aku dah pernah baca artikel tersebut, tapi terasa macam di awang-awangan kali pertama tu. Tapi bila dah faham maksud lain, tersenyumlah aku sorang-sorang dalam bilik. Bijak Ustaz ni, mudah-mudahan dapat lead dalam melakar agenda ummah Melayu Islam kita ni.

Bab game? Memang best. Siap ada misteri Batu 8 / W lagi. Tapi tak sempat dah nak cerita kat sini. Kita cerita part lain "Cerita Jums Kami" pulak k.

Membina Generasi Harapan
Melayu Sepakat Islam Berdaulat!

Labels