Friday, 7 January 2011

Dah 500 Tahun Rupanya

2011 dah masuk, 1511 jangan dilupa
Prolog: Cuba teka apa maksudnya kalau wallpaper phone aku tukar macamni?



Teka-teki balik Jums lagi, selepas modify ikut suka hati. Dah tak ingat siapa yang bagi teka-teki asal.


Ditakdirkan cerita, Panglima Negeri Sembilan diperintahkan memimpin pasukan Melaka menentang Portugis tahun 1511 tu. Tapi kenapa walaupun ramai tentera nak tolong Melaka ni, tetap kalah jugak?

Tapi soalan ni tak la susah macam Part I. Dah common kot. Sekali teka, terus betul jawapan. Simple.


Sebab waktu perang tu, bila Panglima Neg Sembilan tu suruh serang, dia pun jerit dalam loghatnya, "Soraaaaaang!" Maka sorang je la tentera dia keluar berlawan. Yang lain, tunggu arahan seterusnya pulak dari panglima tu. Sorang-sorang keluar perang, memang alamatnya kalah la. Hahha. :)

Fine, memang cerita di atas tiada dalam mana-mana manuskrip sejarah pasal kejatuhan Melaka 1511 dulu tu. Tapi dah pasti, kegagalan mematuhi arahan orang atasan selalu menjadi punca kelemahan sesuatu pasukan. Cukuplah Perang Uhud menjadi sempadan bagi diri kita.

Entah la, macam-macam kesilapan dikaitkan dengan kejatuhan Melaka 500 tahun lepas. Waktu kem Btn kat Meru dulu, kami siap dapat sekeping gambar untuk dibincangkan tentang masalah Melayu Melaka waktu tu. Satu gambar yang mewakili pelbagai macam jenis manusia dan masalahnya. Bermula dari yang duduk di pondok dan istana, sehingga kepada mereka yang berkawal di kubu dan jalanan.

Ada kelemahan pemimpin. Kurang kaliber seperti Tun Perak. Pemimpin bermasalah pilih kasih seperti Tun Mutahir, sehingga difitnah lalu dihukum bunuh. Terpilihnya pemimpin yang tak cekap, uzur dan tepok seperti Tun Perpatih Putih. Belum lagi cerita tentang rasuah, fitnah yang berleluasa dan kadar cukai (harga barang jugak kot) yang tak munasabah.

Ada yang kata perpaduan rakyat. Orang Melayu gaduh-gaduh rebut pengaruh seperti Laksamana Khoja Hasan dengan Tun Mutahir. Sesama pembesar negara pun kalau tiada kata sepakat, jadi masalah seperti Raja Mendeliar dengan Tun Mutahir.

Belum lagi pasal persediaan sebagai warga / tentera yang kuat. Senjata belum mantap, struktur tak jelas. Takut-takut, sejarah kita mengharapkan askar upahan dari Jawa pun berulang lagi masa kini, yang akhirnya tanpa disedari, mereka lari meninggalkan kita. Tak cerita lagi pasal sikap malas, tamak, hasad dengki yang cukup menebal ditiup syaitan masuk dalam diri kita, andai tak cuba dibuang sungguh-sungguh.

Yang pasti, kalau kita masih lagi ada sifat seperti yang dah disebut tadi, kita ni dua kali lima, lima kali dua juga. 500 tahun dulu, Portugis kuat. Zaman sekarang, jahiliyyah barat pula yangkuat. Akhirnya menjadi bangsa yang dipolitik [musayyasah] / dijajah sekali lagi. Sifirnya mudah, kalau kita tiada agenda, maka kitalah yang akan diagendakan.

Maka, yang duduk di Malaysia sana, nak dengar kupasan lanjut tentang 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka, datang, jangan tak datang ke Kemm1511. Nak book tarikh anda 29 Januari ni boleh? Insya-Allah, atas runtuhan Kota Melaka, kita bina Generasi Harapan yang berjaya.

Kalau Kobanna ada versi Tour Europe, mungkinkah Kemm juga?
Kita nantikan...

Popular Posts