Sunday, 16 January 2011

Mantap Rupanya Melayu Ku Ini!

Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya


Part I | Part II | Part III | Part IV | Part V | Part VI | Part VII | Part VIII

Teringat talk Jums lepas, Ustaz Lah ceritakan tentang Melayu. Pernah hebat sebenarnya kita ini. Kalau bab rajin, memang superb. Buktinya, awal-awal pagi buta dah keluar rumah. Ada yang ke laut, ada ke ladang getah, ada yang ke sawah. Bekerja sungguh-sungguh. Rehat tengah hari tu, kalau dah habis makan, terus nak sambung kerja. Belum lagi cerita kerja-kerja sambilan yang mereka lakukan.

Bahkan zaman sekolah rendah saya dulu, cikgu pernah kata, bayangkanlah kalau dulu nak hasilkan sebutir padi tu memerlukan setitis air mata darah, maka lihatlah berapa banyak ekar padi yang dah mereka berjaya usahakan. Maka kesimpulan yang aku buat: Ada sesuatu yang hebat mengalir dalam diri kita, orang Melayu.

Kata Che Det pula, "Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya, bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap, menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal? Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian? Di manakah silapnya..."

Sampaikan juga, pernah terjadi perbincangan dalam sebuah kelas mengenai hakikat di sebalik nama Melayu ni. Inilah diskusi kelas yang kita idam-idamkan.
"Dan itulah Melayu. Orang Melayu memang layu, tapi mereka layu bukannya kerana mereka lembik. Mereka layu bukannya kerana mereka tidak berguna. Tetapi orang Melayu itu layu kepada kuasa Allah SWT. Sebagaimana hebatnya mereka menguasai Melaka, sehingga bahasa Melayu menjadi lingua franca di rantau ini, mereka tidak angkuh. Lantaklah kita hebat macam mana, kita control perdagangan timur dan barat sekalipun, akhirnya kita semua kembali tunduk dan layu kepada Allah SWT. Itulah maksud Melayu", jelas Cikgu Fazdhly kepada seisi kelas.

Maka positiflah. Ini zaman gerhana kita. Kita perlu bangkit. Islam ada sebagai penyelesaian. Ketepikan nilai negatif yang ada pada kita. Jangan percaya dengan momokan bahawa genetik kita genetik layu, lemah dan tak boleh berjaya. Takut menjadi gajah sarkas pula kita. Jangan amalkan juga budaya "Janji Melayu" sebagai contoh, mahupun mengiktirafnya, takut kita silap meraikan sifat bangsa sendiri.


Kejatuhan 1511, jadikannya pengajaran. 500 tahun dah berlalu, perlu ada sesuatu yang kita ibrahkan. Carilah.

Jom ke KEMM1511! (vEurope harapnya ade la...)

Popular Posts