Thursday, 11 February 2010

Cari Persamaan, Ketepikan Perbezaan

Alhamdulillah. All Praises to Allah

1. Allah menciptakan segala-galanya dengan unik. Masing-masing mempunyai ciri tersendiri. Kerana itu, pelabagai perbezaan dapat dilihat sesama manusia. Ada yang berbentuk fizikal badan, cara berfikir, semangat spiritual dan lain-lain.

2. Cukup baik jika kita selalu highlightkan persamaan, bukan perbezaan. Apabila perbezaan disebut-sebut, ini mudah menyebabkan wujud pergeseran sesama kita. Penyakit Iblis “Ana Khairun Minhu” [Aku lebih baik daripada dirinya] akan mudah menjangkiti orang yang suka membanding-bandingkan perbezaan. Sebaliknya bagi pihak yang mendengar, dia akan cenderung untuk bersangka-sangka buruk. Padahal kedua-duanya merupakan sifat yang buruk.

3. Menceritakan tentang islam khususnya, kita sepatutnya highlightkan persamaan yang utama iaitu akidah. Allah kita Esa, Nabi Muhammad Rasul kepada kita, agama Islam sebagai agama kita. Ini yang seharusnya kita selalu ceritakan.

4. Tapi, kalau nak cerita tentang perbezaan, memang seronok. Sebab perbezaan itu pelbagai dan bermacam-macam. Terkadang di mata kita, perbezaan pada orang lain dianggap sebagai kecacatan. Memadai apabila menceritakan mengenai perbezaan, kita ceritakan kelebihan yang ada pada orang lain. Tidak salah untuk kita merendah diri.

5. Setelah Allah menceritakan mengenai adab berukhwah dalam al Hujurat, 49, Allah sebutkan mengenai hakikat manusia yang berbeza-beza ini. Agar kita mengamalkan adab berukhwah dan menolak budaya pertelingkahan dan permusuhan.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
[al Hujurat, 49:13]

p/s
"Jika mereka tidak menjaga adab ukhwah, biar kita yang masih menjaganya"
Terima kasih Nukman atas taujih yang best ketika menziarahi kami

Popular Posts