Friday, 5 November 2010

Quranic Circle. Jom!

Even though I didn’t understand any Arabic in those days, I was just mesmerized by the beauty and power of this chapter.
[Suhaibwebb]

Saya suka tunggu Hari Khamis datang. Sebab malamnya akan ada Quranic Circle. Baca surah al Kahfi ramai-ramai. Lepas tu ada tadabbur, kemudian agenda bebas. Semestinya Zakwan dan ahli rumahnya akan menjaga kebajikan sesiapa yang datang. Faham-faham je la maksudnya. Tapi jangan tersalah niat pulak nak ke Holberry Close tu.


Alhamdulillah, dah tiga kali kami ber"circle". Penuh ruang tamu Rumah Kebajikan tu. Pernah bilik tu mampat sangat. Mampat dengan Malaikat bagus dah. Lagi bagus kalau orang yang tambah memampatkannya. Waktu mampat macam inilah ada terbukanya ruang untuk kita diperluaskan ruang pula oleh Allah. Bagaimana caranya? al Mujadalah ayat 11 ada jawapannya.

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Mula-mula cadangannya nak baca surah Yasin. Hidupkan suasana macam di Malaysia. Biar ada masa untuk orang Malaysia berkumpul beramai-ramai. Tapi kata Iqbal, takut ada orang yang tak setuju. Takut jadi isu. Jadi kami cuba option lain, baca surah al Kahfi. Bagus tu memang bagus. Sebab dalam tafsir Ibn Katheer adanya hadis Saheeh tentang bacaan al Kahfi pada malam Jumaat.
"Sesiapa yang membaca surah al Kahfi pada hari Jumaat, ia akan memberinya cahaya dari Jumaat ke Jumaat seterusnya"
Tapi sebenarnya al Banna pun pernah bercerita tentang isu ini. Suatu yang bagus tentang dia ni adalah dia selalu mengambil jalan pertengahan. Dan saya suka cara sederhana tu. Wasathan.

Zikir Secara Berkumpulan
Terdapat beberapa hadis yang memberi galakan supaya berzikir secara berkumpulan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim:
لا يعقد قوم يذكرون الله عز وجل إلا حفتهم الملائكة وغشيتهم الرحمت ونزلت عليهم السكينة وذكرهم الله فيمن عنده
“Apabila satu kumpulan duduk menyebut Allah Azza wa Jalla malaikat akan mengelilingi mereka dan mereka akan dinaungi rahmat, mereka akan dilimpahi ketenangan dan Allah akan menyebut-nyebut nama mereka pada sesiapa yang ada di sisiNya.”

Mungkin anda sendiri kerap bertemu dengan hadis-hadis yang menyebut bagaimana baginda terserempak dengan satu kumpulan yang sedang menyebut nama Allah di dalam masjid. Baginda memuji mereka dan tidak mencegah perbuatan mereka.

Melakukan sesuatu ibadat secara berkumpulan adalah digalakkan. Apatah lagi jika amalan tersebut banyak membawa manfaat seperti menyatukan hati, mengukuhkan hubungan, menghabiskan masa dengan amalan yang berguna, mengajar orang buta huruf yang tidak mendapat pendidikan yang sempurna dan menampilkan syiar Allah Taala.

Benar, berzikir secara berkumpulan adalah makruh jika ia menyebabkan berlakunya perkara yang dilarang oleh syarak seperti mengganggu orang yang sedang sembahyang atau disertai dengan perbuatan sia-sia atau gelak ketawa atau berlaku kesilapan pada bacaan atau penyambungan bacaan orang lain atau sebagainya yang dilarang oleh syarak. Jika itu yang berlaku, berzikir secara berkumpulan adalah dilarang kerana kesalahan-kesalahan yang dilakukan tersebut bukan kerana zikir secara berkumpulan itu sendiri. Apatah lagi jika zikir yang dilakukan secara berkumpulan itu mengikut bacaan yang diterima daripada Rasulullah s.a.w. dan sahih, seperti yang ada dalam wazifah ini. Alangkah baik jika Ikhwan dapat menjauhi perkara yang makruh ini ketika mereka berkumpul untuk berzikir pada waktu pagi dan petang di kelab mereka atau di mana-mana masjid. Sesiapa yang tidak sempat berzikir dalam kumpulan hendaklah dia berzikir sendirian dan jangan abaikan amalan ini.

Saya nak book Khamis malam anda setiap minggu untuk Quranic Circle boleh? =) 
Holberry Close jom!

No comments:

Post a Comment

Labels