Monday, 29 November 2010

Ada Apa dengan Nama?

Hampir 20 tahun pakai nama Faqih Aqili.
Akhirnya terfikir, ada apa dengan nama?

1. Selalunya bila ada pembentangan pasal ISK atau AKAL mahupun OH, akulah orang yang mesti disebut namanya. Selalu la jugak kena usik dengan pembentang bila masuk pada bab hadis logam. "Khiaruhum fil Jahiliyyah, Khiaruhum fil Islam. Iza Faqihu / Faqahu." Pembentangan ini jugalah yang memahamkan lagi maksud di sebalik nama aku ni.


2. "Masya-Allah brother, what a good name!" Ni respond yang selalu aku terima bila berkenalan dengan orang local sini. Tapi tak la rasa special pun, memang orang Arab selalu je ber"Masya-Allah" time sembang-sembang. Dan respond macam itu jugalah yang mengingatkan aku tanggungjawab yang perlu dibawa dengan nama yang aku dapat ni. Pernah juga bila aku beritahu nama aku, macam-macam soalan agama orang tanya. Fikirnya, Faqih ni faqih. Alhamdulillah,  tak kantoi banyak =)

3. Kalau ikut nahwu / tatabahasa Arab, sampai sekarang aku tak berapa faham macamana struktur nama aku ni. Faqih tu dalam bentuk sifat. Jadi nama seterusnya mesti dalam bentuk yang sama ie Aqil. Entah macamana boleh ada huruf Ya' belakang tu, aku pun tak tahu, tapi aku rasa tak salah pun nak letak. Ya' tu mungkin maksudnya "my" dalam Bahasa Inggeris. Kepunyaan. Kalau betul macamtu, biarlah aku ini menjadi kepunyaan ummat masa kini.

4. Macamana dapat nama? Entahla, tak pernah nak tanya betul-betul dengan mak ayah. Khabarnya sampai minta cadangan daripada al Marhum Ustaz Dahlan. Tak penting cerita tu, tapi paling tidak, ayah mak saya dah laksanakan tugas awal mereka dengan cemerlang ie memberikan nama yang baik untuk anaknya. Bravo!
“Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.”
[HR Abu Daud]

5. fiQ tu datang dari mana? Ha, ini kisah kami adik beradik masa hingusan dulu-dulu. Walaupun adik-beradik, tak jadi penghalang untuk kami ejek sesama sendiri. Pening kepala mak ayah kot =) Tapi still ok, masih berkongsi masdar yang sama. Dan orang tertentu je yang panggil aku fiQ. Aku pulak, selalunya pakai nama ni untuk benda online. Lagi satu, disebabkan family kami ni tak la sikit sangat ahlinya, banyak jugak la nama lain aku pernah dapat. 3 yang melekat lama. 2 dah tahu. Yang lagi satu, biarlah rahsia. Huhu

6. Nama anak yang baik tanda hebatnya ibu bapanya. Sebab tu, untuk ulang tahun ke-20 saya pakai nama ni, dengan macam-macam pengalaman (dan berkat, mudah-mudahan) disebabkan nama ni, saya nak ucapkan terima kasih yang special kepada mak ayah saya hari ini. Nama yang best datang daripada mak bapak yang best. Tak gitu? Hehhe.

Banyak kali dah jumpa baby boy yang diberi nama Faqih Aqili
Semoga dorang menjadi lebih hebat berbanding diri ini

5 comments:

  1. salam..

    akh, cam best je nama anta.bertambah best bile ada post pasal nama sendiri..
    ni entry promot nama faqih ye kawan-kawan.. nanti boleh pakai untuk anak kita..huhu~

    ReplyDelete
  2. Salam Zubair.
    Entri ni nak cakap terima kasih la. Serius anta tersilap paham ni, hahha

    ReplyDelete
  3. salam.lambat sehari nak wish.huhu.anyway,selamat hari lahir.moga terus tsabat dan istiqamah sesuai dengan maksud dari yang bernama 'Faqih Aqili'

    ReplyDelete
  4. atikah nur dzulkhefliSunday, 05 December, 2010

    name yg best! =)
    -atik-

    ReplyDelete
  5. salam. It's ok. Ni lambat berhari-hari nak reply, hahha.
    Ameen. Tq Mik

    ReplyDelete

Labels