Tuesday, 2 November 2010

Volunteerism

Nikmatnya adalah ketika memberi.
Kerana kita sedar bahawa yang membalasnya bukan manusia, tetapi Pemilik manusia.

... to offer to do something that you do not have to do, often without having been asked to do it and/or without expecting payment
[Cambridge Advanced Learner]

Itu pengertian volunteer dalam kamus. Memberi sesuatu yang tak semestinya  perlu dilakukan, selalunya tanpa diminta dan tanpa mengharapkan balasan / ganti. Mendengar dan berkata tentangnya memang mudah. Tetapi cabarannya adalah kepada hati kita yang mula tidak selesa apabila volunteerism itu tidak dibalas semula. "Aku dah bagi ko senang, bila la pulak ko nak bagi balik senang kat aku."

Begitu juga kerja dalam medan kita. Banyak yang volunteerism. Belanja makan, tolong bayar, bagi hadiah, bagi guide, tunjuk jalan dan lain-lain. Tiada manusia akan menjanjikan gaji lumayan, mahupun karpet merah kepada anda.

Pravsworld

Orang yang mencari-cari sesuatu balasan, pasti akan hilang dan gugur. Mula-mula boleh bertahan, kemudian  keluar satu dua keluhan apabila pemberian tak berbalas dengan terima kasih. Lepas tu, hati mula menjadi tidak ikhlas. Akhirnya mula mempersoalkan satu persatu jasa yang dia dah buat. Kalau yang teruk lagi, minta ganti rugi atas apa yang dah diberikan. Dia gagal.

Hanya hati yang teguh kepercayaannya dengan balasan Allah di akhirat kelak yang akan terus berada dalam kelab volunteerism ini. Yang tercari-cari peluang dunia, akan gugur satu demi satu. al Banna pun pernah menceritakan mengenai golongan yang mengharap-harapkan sesuatu manfaat daripada jalan dakwah: Ini yang akan kami katakan kepada mereka, "Apa yang kamu cari tak dapat kami berikan, di sini bukanlah tempat yang sesuai untuk kamu mengejar peluang itu"

Sekali lagi, ayat al Insan ini menjadi teman hidup saya. Ayat dan hikmah untuk bulan ini.
"... kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih."
[al Insan, 76:9]

Sedang belajar dan berusaha memberi, tanpa menginginkan balasan. 
Harapnya berjaya ;)

2 comments:

  1. Jom buat CAS!! hik3...

    Kadang2 yg menerima tu pun kena faham2 la jugak kan? kan? kan? Takkan org dah byk memberi, yg menerima tu terus ingin menerima jer kan.. Bak kata pepatah arab "yadul 'ulya khairum minal yadus sufla." (n_n)v

    ReplyDelete
  2. SMKA pulak. Banyak betul nama akronim dalam blog ni =)
    Nak CAS? Anda seorang budak Kmb. hik3. Dah boleh tahu sape yang gelak macam tu.

    Setuju2. Faham2 la. Kena ada mentaliti kita ni bukannya bos kepada kawan-kawan kita. Senang lenang jer nak kasik arahan dan perintah, tanpa senyuman dan persilaan. Tak gitu?

    اليد العليا خير من اليد السفلى ni hadis saheeh la. Riwayat al Bukhari =) Patut kita amalkan tiap-tiap hari.

    ReplyDelete

Labels