Jadilah orang rabbani; kerana kamu selalu mengajar alKitab dan kamu tetap mempelajarinya [Ali Imran, 3:79]
Wednesday, 30 January 2013
Monday, 28 January 2013
Musuh Kepada Yang Tidak Tahu
Manusia itu Selalu Memusuhi Apa yang Dia Tidak Ketahui / Kenali
Baik ia manusia, benda sekeliling, agenda mahupun organisasi.
Apa yang perlu dilakukan ialah cuba untuk memahaminya.
Lebih-lebih lagi kalau perkara yang dia tidak tahu itu akan selalu dijumpai.
Duduk berbincang. Buka topik. Tanya soalan.
Friday, 25 January 2013
Adakah Rasulullah Dah Dibangkitkan Semula?
Kita semua ada lagu, yang apabila diperdengarkan; kita teringat pada peristiwa tertentu yang kita alami suatu ketika dulu ketika mendengar lagu tersebut. Kadang-kadang, ingatan tersebut datang jelas dengan orang dan gelagat tindak tanduknya sekali.
Kalau saya, bila saya terdengar lagu 1234 Aris Ariwatan, saya teringat pada seorang ikhwah; Fakrur Razi @ Kojie namanya. Pernah ketika kami berusrah dulu di Tronoh, ada hukuman bagi sesiapa yang tertidur ketika pengisian. Dia terlelap (-.-), dan denda baginya, menyanyikan lagu. 1234 inilah yang dia pilih. Dan setiap kali saya terdengar lagu ini, saya terkenangkan usrah tersebut, tempatnya di ruang tamu, bulatan kami yang besar, ahli usrah kami yang ramainya student UTP beserta murabbinya, seorang doktor yang hebat.
Begitu juga dengan para sahabat ra dan ahli Madinah. Bukan lagu yang timbulkan kenangan mereka semula, tetapi laungan azan Bilal ra. Inilah yang menyegarkan ingatan mereka dahulu ketika bersama Rasulullah. Dahulunya, suara itulah yang mereka sahuti, untuk berimamkan baginda. Mendengar azan seolah-olah menghidupkan semula hati mereka lantaran mereka akan bertemu dengan Rasulullah untuk bersolat. Mungkin inilah sebabnya ketika Bilal ra melaungkan semula azan ketika zaman Umar ra setelah sekian lama, teresak-esaklah para muslimin. Bahkan pada kisah yang lain, sehingga mereka tertanya, "Adakah Rasulullah dah dibangkitkan semula?"
Masjid al-Aqsa menyambut kedatangan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Khalifah Umar bin al-Khattab RA sewaktu ia dibebaskan daripada cengkaman penjajahan Rom. Palestin menjadi bumi Allah yang dimerdekakan oleh tangan-tangan yang beriman dan hati-hati yang penuh dengan rahmat. Mereka berkumpul di dalam masjid untuk menunaikan sembahyang Zohor. Amirul Mukminin Umar berkata: “Wahai Bilal! Ingatkanlah kami pada saat-saat permulaan datangnya Islam.”
Bilal diperintahkan untuk mengumandangkan azan kerana kerinduan mereka kepada suara muazzin Rasulullah SAW itu. Selepas kewafatan baginda SAW, beliau tidak pernah mahu mengumandangkan azan lagi kerana teramat sedih merindukan kekasihnya, Muhammad SAW. Tetapi hari ini digagahi juga hatinya yang lama merajuk. Hati yang memendam rindu yang mematikan segala hasratnya untuk bergembira. Kaum Muslimin menanti dengan penuh harap, adakah sahabat mereka Bilal RA sudi untuk melepaskan gemersik suara kalbunya yang menyimpan kecintaan itu?
Bilalpun bangun mengumpulkan segenap kekuatan bagi mengumandangkan kalimah-kalimah indah yang memukau setiap telinga yang mendengar dan menenggelamkan hati yang sarat dengan kasih tak terbalas. Kerana sang kekasih telah meninggalkan mereka menghadap Allah SWT. Pada saat kalimah yang paling mengharukan itu kedengaran; ’Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah …’. Lantas menangislah setiap mata yang menyaksikan, bergetar tubuh-tubuh para mujahid, terhiris rasa hati-hati yang amat rindu, terbuka seluruh hijab antara kekasih dengan kekasih.
Bilal telah mengingatkan mereka kepada seorang manusia yang pernah meninggalkan kenangan manis, kenangan pada sepasang mata yang mengalirkan kesucian yang memasuki ruang hati dan memenjarakannya dalam cinta. Rindu pada sentuhan tangan yang menuntun ke jalan yang lurus, jalan yang mengajarkan tentang erti hidup. Ingatan mereka hanya tertuju kepada Rasulullah SAW, perkataan dan perbuatannya berhasil mempengaruhi pemikiran dan perasaan. Akhirnya hati merekapun menjerit: ”Bagaimana kami boleh teruskan hidup ini tanpamu ya Rasulullah …”
Sumber: drjuanda.com
Minit 35:20 ke atas
اللهم صل على محمد
Allahumma Solli Ala Muhammad.
Monday, 21 January 2013
Riang Ria Suka Duka Bersama Baginda
Wahai Rasul kami merindui, sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba, di hati kami kaulah segalanya.
Untuk hidupkan memori kita pada seseorang, biasanya kita akan kenang semula detik kita bergelak ketawa dengannya. Kata-katanya yang pernah diucapkannya, kita akan cuba selalu segarkan di minda. Teringatkan jasa, pengorbanan dan kesusahannya apatah lagi; menjadikan kita terhutang budi dan terharu.
Kalau baca novel / cerpen atau tengok movie / tv, teknik yang samalah yang digunakan untuk timbulkan emosi jika ada flashback pada watak-watak yang sudah tiada. Apatah lagi, jika watak yang dimatikan itu merupakan hero / watak utama cerita tersebut.
Elok juga kita aplikasikan teknik ini ketika cuba menghayati sirah Rasulullah saw. Cuba untuk memahami perasaan sahabat yang bertahun-tahun hidup di sisi baginda.
Kisah 1: Makan Kurma Sekali Dengan Bijinya
Pernah suatu ketika, dalam hadis yang diriwayatkan Imam al Bukhari, Rasulullah SAW dan para sahabat duduk bersama sambil memakan buah kurma. Biji-bijinya mereka sisihkan di tempat masing- masing. Ali ra tiba-tiba tersedar, biji-biji kurma yang disisihnya sudah banyak. Tanda beliau sudah makan terlalu banyak.
Tiba-tiba Ali mendapat idea untuk kenakan baginda. Secara diam-diam beliau pindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah. Lalu dengan tersipu-sipu Ali berkata, “Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu.”
Nabi pun tersenyum dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku makan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma sekali dengan biji-bijinya”.
Kisah 2: Menggali Parit Peperangan Khandaq
Menggali parit di Madinah ketika itu bukannya kerja yang senang. Apatah lagi kalau tanahnya keras bercampur batu. Diceritakan ketika susahnya bekerja ketika itu, ada seorang sahabat yang berasa teramat lapar dan dahaga sehinggakan terpaksa mengalas perutnya dengan sebiji batu.
Beliau bertemu Rasulullah sambil mengadu, "Wahai Rasulullah. Aku sangat-sangat lapar. Sampaikan untuk kurangkan rasa laparku aku alaskan perut aku dengan sebiji batu”. Sambil berkata begitu sahabat tersebut membuka bajunya dan menunjukkan satu batu yang ada pada perutnya.
Sambil tersenyum kemudian Rasulullah membuka bajunya. Terlihatlah oleh sahabat tadi ada dua buah batu yang terikat pada perut Rasulullah. Begitulah tabahnya baginda, waktu susah dan sukar, tetap diharung secara bersama.
Kisah 3: Siapa Mahu Beli Budak Ini?
Seorang sahabat bernama Zahir, Rasulullah mencintainya, begitu juga sebaliknya. Suatu hari, ketika di pasar, Rasulullah melihat Zahir sedang berdiri melihat barang dagangannya. Baginda cuba untuk bergurau dengan Zahir, dengan memeluknya dari belakang.
Spontan Zahir terkejut, “Hei, siapa ni? Lepaskan aku!”, Zahir cuba melepaskan diri, lalu menoleh ke belakang. Gembira beliau, ternyata yang memeluk dan bergurau dengannya merupakan Rasulullah.
Zahir pun menyandarkan tubuhnya pada Rasulullah dan eratkan lagi pelukan baginda. Di hadapan ramai manusia, Rasulullah lalu bergurau dengan berkata, “Wahai manusia, siapa yang mau membeli hamba ini?” Zahir menjawab, “Ya Rasulullah, aku ini tidak bernilai di pandangan mereka” Rasulullah menjawab: “Tapi di pandangan Allah, engkau sungguh bernilai Zahir. Mahu dibeli Allah atau dibeli manusia?”
Zahir pun makin mengeratkan tubuhnya dan merasa damai di pelukan Rasulullah. (HR Imam Ahmad)
Begitulah baginda bersama sahabatnya. Digambarkan bahawa baginda jarang kelihatan bersendirian, hampir setiap masanya didampingi para sahabat. Sudah pasti kehilangan baginda bukanlah perkara yang senang. Walau sudah tiada, bayangan baginda tetap hidup. Mungkin itulah yang menyebabkan Bilal ra tidak sanggup lagi tinggal di Madinah, kerana terlalu sangat merindukan baginda.
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah
Friday, 18 January 2013
Bagaimana Boleh Pahalaku Sebanyak Ini?
Dalam hidup, elok rasanya kita sentiasa siap sedia dengan benda yang tidak menyeronokkan, datang mengganggu kita. Bukannya berharap ia berlaku, tapi bersedia supaya kita tak terlalu sedih nanti.
Benda baik yang "surprise" pula, tidaklah kita berharap-harap akan banyak kali berlaku. Tapi bila dah berlaku, kita pasti gembira dan bersyukur tak terhingga. Benda baik yang tak disangka-sangka ni memang menyeronokkan.
Tiba-tiba dapat hadiah, ada orang datang tolong selesaikan masalah, soalan exam sama macam tahun lepas dan contoh-contoh lain, semuanya menyebabkan kita terkejut, tak sangka Allah masih lagi memandang kita, lalu memberikan pertolongan-Nya.
Cuma, kita pun pasti berharap situasi sama berlaku di akhirat nanti; tempat yang kekal abadi. Skripnya sudah ada, disebutkan Rasulullah dalam hadisnya. Tiba-tiba tak sangka, pahala menjadi banyak tak terjangka, memberatkan amal timbangan. Padahal usia dihabiskan, tidaklah banyak ke arah kebaikan.
“Ya Rabbi, bagaimana boleh pahalaku sebanyak ini?”
Mudah-mudahan, Allah akan memberikan jawapan yang sangat meriangkan hati kita, “Ya, amalmu sedikit, dosamu berbukit; tapi inilah pahala tak putus dari ilham kebajikan yang kau tebarkan.”
Inilah konsep amal jariyyah. Faedah dan kesan yang berkekalan.
Dakwah itu pun juga amal kebajikan, hebatkanlah.
Tuesday, 15 January 2013
Organize!
Ada kata hikmah yang masyhur, "Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan kebatilan yang tersusun". Walaupun pahit bunyinya, ada betul juga kata-kata ini. Sebagai orang Islam, kita faham kebenaran itu merupakan segala yang datang dari Allah, manakala kebatilan pula datang daripada selain-Nya.
Suatu yang tak dapat kita nafikan, baik sedar atau tidak ialah Malaysia dan kita sekarang, sedang diserang penuh gasak oleh pelbagai jenis kebatilan dan serangan musuh; baik ia arus humanisme, pluralisme, kristianisasi, syiah, agenda barat, pemusnahan jati diri dan banyak lagi. Susah untuk katakan serangan mereka ini tidak sistematik. Maka sayang juga kalau kita terkial-kial, berpecah suara, tidak tegas konsisten menghadapi penentangan ini.
Sebab itu saya suka apabila kita menghadapi serangan ini, kita sekatakan pendapat kita. Bila sepakat, musuh pun takut untuk ganggu gugat. Di sini peranan gerakan-gerakan dakwah, suarakan pendapat mereka, membumikan dalil syara' yang ada, agar nanti masyarakat dapat berkumpul, berpaut dan yakin dengan hujah strategi untuk menentang serangan musuh. Kata kawan saya, "confusion will lead to disunity."
Ada seorang lagi kawan saya komen, sayang kalau kita sudah ramaikan dunia dengan orang yang mantap tarbiyyahnya, mereka mewarnai dunia dengan kebaikan, tapi kita tidak agendakan mereka untuk bersistematik melawan kebatilan.
Gagal membaca situasi semasa umat
Gagal membaca strategi licik musuh
Gagal merencana & bertindak dengan tepat & berkesan
Bakal mengundang tragedi besar buat umat"
- An Akh
Nanti sedang retreat, eloklah difikir-fikirkan.
Saturday, 12 January 2013
#NotaUntukDiriSendiri
#NuDS #NotaUntukDiriSendiri
#NtMS #Note to Myself
Ada banyak benda yang perlu kita sentiasa muhasabah dengan diri kita. Terkadang, mungkin kita sendiri yang tak sengaja tersilap. Tak perlu suruh orang lain. Kata orang tua, "kuman di seberang laut boleh pulak nampak, gajah di depan mata tak nampak-nampak."
Mungkin sebab dunia ini seronok. Penuh dengan gurau dan gelak ketawa. Itulah yang menyebabkan kita terlalai. Terkadang yang hidup hebat dengan dakwah dan tarbiyyah pun boleh terpalit. Bukannya kita tak pernah dengar kisah Abu Dzar dengan Bilal ra.
- Sorok atau nafikan kebaikan orang lain
- Dengki dengan kelebihan pihak tertentu
- Sebarkan kesilapan, kelemahan ataupun aib seseorang
- Jumpa kesalahan yang kecil atau sedikit, kemudian besar-besarkan
Semuanya menuntut kita semak semula apa yang Islam ajar tentang adab sesama muslim, kaum kerabat, jiran tetangga dan lain-lain. Sebab akhlak itu binaan asas. Penuh termanifestasi pada Rasulullah saw. Bukankah baginda diutuskan untuk sempurnakannya?
Friday, 11 January 2013
Tunggu Mati vs Harapkan Hidup
Lelaki itu sudah mengabdi kepada ibunya sampai tuntas. Seluruh waktunya. Seluruh potensinya. Dia menggendong ibunya yang lumpuh. Memandikan dan mensucikannya dari semua hadatsnya. Ikhlas penuh dia melakukannya. Itu balas budi dari seorang anaknya yang menyadari bahwa perintah berbuat baik kepada kedua orang tua diturunkan Allah persis setelah perintah tauhid. Walaa tusryiku billahi wabil waalidaini ihsaana…
Tapi entah karena dorongan apa dia kemudian bertanya kepada Umar bin Khaththab :
“Apa pengabdianku sudah cukup untuk membalas budi ibuku?”
Lalu Umar pun menjawab,
“Tidak! Tidak cukup! Karena engkau melakukannya sembari menunggu kematiannya, sementara ibumu merawatmu sembari mengharap kehidupanmu.”
Wednesday, 9 January 2013
Muslim Korup. Non Muslim Tidak Korup.
“Buat apa milih muslim tapi korupsi, mendingan non muslim tapi tidak korupsi." Maka jawabannya:
- Ini adalah su'uzh zhan kepada sesama muslim sendiri, dan sudah memvonis pasti bersalah.
- Apa jaminannya non muslim tidak akan korupsi? dan apa buktinya?
- Seorang muslim, hendaknya dia berbaik sangka dengan muslim lainnya walau pun dia zalim, sebab keislaman dirinya sbagai modal untuk berbuat baik kepada kita. Seorang muslim hendaknya waspada (bukan curiga) kepada orang kafir, atau orang yang berkawan dekat dengan orang kafir, walau pun dia seorang yg adil, sebab kekafirannya merupakan modal untuk memusuhi dan berbuat jahat kepada kaum muslimin.
Demikian jawaban saya. Allahumasyhad!
Source: islamedia.web.id
Ku Baca Firman Persaudaraan
Ketika kubaca firmanNya, “Sungguh tiap mukmin bersaudara”
Aku merasa, kadang ukhuwah tak perlu dirisaukan
Tak perlu, karena ia hanyalah akibat dari iman
Aku ingat pertemuan pertama kita,
Dalam dua detik, dua detik saja
Aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan,
Itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
Dengan iman yang menyala, mereka telah mufakat
Meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat
Ya, kubaca lagi firmanNya, “Sungguh tiap mukmin itu bersaudara”
Aku makin tahu, persaudaraan tak perlu dirisaukan
Karena saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
Saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan
Saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai
Aku tahu, yang rombeng bukan ukhuwah kita
Hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil
Mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
Tentu lebih sering, imankulah yang compang-camping
Kubaca firman persaudaraan
Dan aku makin tahu, mengapa di kala lain diancamkan;
“Para kekasih pada hari itu, sebagian menjadi musuh sebagian yang lain…
Kecuali orang-orang yang bertaqwa”
Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A. Fillah
Tuhan Kamu Itu Satu
"Apabila sesuatu urusan diserahkan / dirundingkan dengan yang bukan ahlinya ..."
Semalam kami berbulatan perwira. Selain sesi naqib memberi taujih semangat terhadap beberapa isu panas semasa terkait ISMA, usrah kami berbincang tentang slot sirah; rundingan dan tawaran yang diberikan kepada Rasulullah saw ketika berdakwah suatu ketika dulu di Mekah.
Kisahnya Utbah b Rabiah dihantar sebagai utusan bertemu Rasulullah; menawarkan harta kekayaan, jawatan kemuliaan dan kerajaan, agar nanti Rasulullah berhenti daripada menyebarkan Islam dalam masyarakat mereka. Panjang lebar Utbah bercerita tentang offer Quraisy, Rasulullah hanya bersabar sehingga Utbah selesai berbicara.
"Dah habis segala hasrat yang ingin dicerita?" "Dengarkan daripada aku pula," lanjut baginda, lalu membacakan surah Fussilat, bahagian pertama.
Entah kenapa, bahagian surah ini sangat menyentuh hati ini sehingga terasa, seolah-olah sedang berada di situ menyaksikan Utbah diam terpaku mendengar ayat dibacakan baginda. Mungkin sebab kandungannya banyak bertepatan dengan situasi semasa yang berlaku sekarang.
Betapa jelasnya ayat al Quran. Ingkarnya manusia tidak mahu mematuhi. Suruhan agar terus beramal. Esanya Allah dan kecelakaan bagi mereka yang menyekutukan-Nya. Ganjaran berterusan bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. Tidak patutnya mensyirikkan Tuhan pencipta langit. Hebatnya kekuasaan Allah. Dan ancaman bagi mereka yang berpaling.
Terharu sangat membayangkan hebat, tabah dan sabarnya baginda menghadapi strategi kafir Quraisy. Semuanya tidak lain tidak bukan agar dapat keluarkan umatnya daripada kemunkaran akbar paling besar. Dan ini jugalah yang terus berlaku pada hari ini, sehinggalah tibanya Yaumid Diin nanti.
Nak tahu apa kisah selanjutnya? Sampai ayat ke-13 saja, terus Utbah menutup mulut Rasulullah untuk berhentikan baginda, ketika ayat sampai menceritakan ancaman azab yang dahsyat, seperti yang diberikan kepada Aad dan Tsamud. Yang pasti, ugutan tersebut bukannya ringan, sampaikan nak dengarnya pun Utbah dah tak tahan.
Tuesday, 8 January 2013
Terlepas Pandang Agenda Musuh
Ramai di antara kita yang terlalu fokus tarbiyyah, tarbiyyah, tarbiyyah sampai terlepas pandang agenda musuh.
Akhirnya kita menjadi orang yang hebat pengisian jiwa dengan tarbiyyah namun lemah bila berhadapan dengan sebarang ancaman. Tak ubah seperti seekor harimau yang dijinakkan.
Saturday, 5 January 2013
Amanat Haji Hadi (Komen)
Ini lima komen terpilih yang boleh saya berikan berkaitan kenyataan rasmi ISMA terhadap Amanat tersebut.
* Kalau nak katakan bahawa ISMA itu UMNO atau sayapnya, ini satu kesalahan besar. Beberapa juzu' persamaan tidak menjadikan sesuatu pihak itu sebahagian yang lain. ISMA sedaya upaya cuba (dan mengajak) untuk keluar daripada politik kepartian dalam tindakan yang mereka ambil, walaupun terkadang seolah-olah senada dengan UMNO atau terkadang tidak bersama majoriti.
* Apa yang ISMA komen tentang amanat tersebut, ada asasnya, betul dari sudut teori. Kesan yang berlaku akibat amanat tersebut tidak dapat kita nafikan. Cuma ISMA mencadangkan agar TGHH elok menarik balik tersebut dan membaiki kesan yang telah berlaku. Mungkin TGHH tidak bermaksud mengkafirkan UMNO, namun ahli bawahannya telah tersalah tanggap dan berlakulah kes perceraian, berlainan imam, tak makan sembelihan dan lain-lain sehingga sekarang.
* Ijtihad ISMA tersebut diambil bertepatan dengan seruan yang selalu dilaungkan ISMA agar perpaduan sesama orang Islam khususnya Melayu dapat dieratkan, selain mengelakkan budaya mengkafirkan berlaku secara berleluasa. Hubungan wala' sesama orang Islam perlu dikuatkan. Kita mempunyai akidah yang sama, tak perlu terlalu kuat berseteru sesama kita.
* Ada banyak persamaan antara apa yang Dr MAZA komen dengan apa yang ISMA sebutkan. Dr MAZA dihujung ulasannya, meminta kita berhenti daripada isu kafir ini dan kembali kepada politik yang membina negara; perkara yang sama juga ISMA serukan. Dari satu sudut, dapat dilihat bagaimana viralnya kenyataan ISMA dan Dr MAZA, walaupun tanpa bantuan media perdana. Apa salahnya TGHH turut sama memberikan kenyataan beliau, melihatkan kesan buruk yang telah berlaku.
* Di Eropah, ahli-ahli ISMA tidaklah terlalu tegar berkongsi dan mempertahankan kenyataan tersebut di media sosial terutamanya Facebook. Yang ramai memberikan komen / berkongsi merupakan mereka yang kelihatannya berafiliasi dengan PAS. Ada dua kemungkinan paling kurang; ahli ISMA Eropah kuat kesabaran, tidak suka perdebatan ataupun masih malu-malu lagi bawa aspirasi Pusat. Dari sudut lain, ahli ISMA mungkin patut berterima kasih kepada mereka yang berkongsi pautan (link) di facebook kerana menyebarluaskan fikrah kenyataan tersebut secara tidak langsung :)
Wallahu A'lam
In Uriidu Illa Al Islaaha Ma statha'tu [11:88]
Membangun Umat Beragenda
Friday, 4 January 2013
Belas Kasihannya Islam
Abu Aziz b Umair (saudara kandung Mus'ab b Umair ra) menceritakan pengalaman beliau menjadi tawanan perang orang Islam kepada penduduk bandar Mekah.
Katanya, “Saya ditawan oleh orang Islam dalam peperangan Badar, namun saya tidak dilayan seperti tawanan perang. Mereka memberi saya makan apa yang mereka makan. Malah ada masanya mereka memberi saya makan roti tetapi pada masa yang sama mereka hanya memakan kurma. Mereka betul-betul mematuhi arahan Muhammad supaya melayani kami sebaik yang mungkin.”
Cerita Abu Aziz itu menjadi bukti keluhuran sifat nabi Muhammad dan orang Islam dalam melayani tawanan perang.
Seindah Senyuman: Kisah-kisah Nabi Muhammad Bersama Masyarakat
Wednesday, 2 January 2013
Kelesuan Selepas Kesungguhan itu Tanda Buruknya Permulaan
Cabaran yang selalu kita alami setiap hari adalah untuk mulakan sesuatu perkara sehingga sempurna. Yang kita harapkan, projek / kerja yang kita lakukan akan berjalan dengan lancar. Cuma terkadang, apa yang kita rancang, tidak berjalan seperti yang kita mahukan. Semangat tetiba berkurang, persekitaran kelihatannya menghalang, azam yang disemat tak lama dahulu, kini tidak lagi membara.
الفترة بعد المجاهدة من فساد الإبتداء
Ada pepatah kata: al fatratu ba'da al mujahadah, min fasaadil ibtidaa'. Kelesuan selepas kesungguhan itu tanda buruknya permulaan. Orang Melayu pula fahami konsep yang sama melalui pepatah mereka, hangat-hangat tahi ayam. Mulanya all out, bersungguh-sungguh. Kemudian penyakit datang, kesungguhan mula hilang. Ketika inilah, perlu direnung semula di mana titik mula kita.
Saya suka fahami kedua-dua kata hikmah ini dengan suatu kata yang lain: "Apa yang datang dari Allah, akan berkekalan. Yang datang selain daripada-Nya, akan binasa". Semak semula niat kita berusaha, adakah kerana Allah semata-mata. Jika ikhlasnya tidak sempurna, wajar kita betulkan semula, mudah-mudahan apa-apa yang kita lakukan selepas ini bertambah berkat daripada-Nya.
Biar bismillah selalu menjadi teman usaha kita. Genggam bara api, biar sampai jadi arang. Bersungguhlah, jangan mudah putus asa.
Friday, 17 August 2012
[2:185] Supaya Kamu Membesarkan Allah
Dalam bahasa Arab, anjuran ini dibaca "litukabbirullaaha". Ketika Allah menjelaskan puasa dalam bulan Ramadhan, di hujungnya Allah letakkan anjuran agar membesarkan-Nya selesai saja menunaikan ibadah tersebut. Di sinilah letak asalnya kita disunatkan membanyakkan takbir ketika hari raya. Bahkan ada ulama mewajibkannya berdasarkan zahir ayat ini.
Ini bukannya satu-satunya ayat yang membawa anjuran tersebut. Ketika menyebut tentang ibadah haji [al Baqarah, 2:200], Allah mengungkapkan ayat yang sama: berzikirlah kepada Allah sebagaimana kamu menyebut nenek moyangmu atau zikir yang lebih banyak daripada itu. Perintah yang sama juga boleh didapati ketika Allah menyebut mengenai ibadah korban dalam ayat yang lain. [al Hajj, 22:37]
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
[al Baqarah, 2:185]
Maka selepas sebulan menyahut baik seruan puasa dan ibadah dalam bulan Ramadan, mari kita sempurnakan satu lagi anjuran-Nya dengan menyahut seruan "litukabbirullaaha" pula pada hari Raya nanti, sebagai tanda syukur kita kepada-Nya.
Thursday, 16 August 2012
[81:26] Ke Manakah Kamu Hendak Pergi?
Dalam bahasa Arab, soalan ini disebut "aina tazhabuun?" Ketika Allah menegaskan bahawa al Quran bukannya merupakan bisitan syaitan, dia bertanya di manakah rasionalnya mereka mendustakan al Quran tersebut, padahal isinya sangat jelas terang dan keberadaannya benar-benar datang dari Allah.
(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
[at Takwiir, 81:26]
Ketika sudah jelas pelbagai kekuasan dan bukti daripada-Nya kepada kita, perlu juga orang bertanya kepada kita "aina tazhabuun?", supaya kita tersedar, tiada tempat lari lagi daripada ketaatan-Nya dan kitab-Nya.
Friday, 10 August 2012
[5:54] Celaan Orang yang Mencela
Dalam bahasa Arab, ia disebut "laumata laa'im". Ketika Allah memberi amaran kepada orang yang berpaling dari pembelaan agama dan penegakan syariat-Nya, Allah berjanji akan menggantikan mereka dengan orang yang lebih baik, lebih kuat membela dan lebih lurus jalannya. Ada beberapa sifat mereka yang diperincikan: (1) Allah mencintai mereka dan mereka mencintainya (2) Rendah diri kepada orang beriman (3) Bersikap keras kepada orang kafir (4) Berjihad di jalan Allah (5) Tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
Tiada yang dapat membuatkan mereka berundur, tiada juga celaan yang dapat mencelakakan mereka. Apabila dicela atau ditakut-takutkan ketika menyampaikan hujah kebenaran, kita hanya perlu sedar ia langsung tidak mendekatkan kita pada ajal kita, tidak juga menjauhkan rezeki kita.
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
[al Maaidah, 5:54]
Lalu kita belajar dari sini, "laumata laa'im" itu memang tidak ada kesannya, lalu tidak patut kita takuti dalam membela agama-Nya, sebaliknya yang lebih layak ditakuti pastinya Allah swt.
Thursday, 9 August 2012
[8:2] Gementarlah Hati Mereka
Dalam bahasa Arab, reaksi ini disebut "wajilat quluubuhum". Di awal surah al Anfaal ini, Allah menyenaraikan tiga sifat orang beriman; gementar hati apabila disebut nama Allah, bertambah iman apabila dibacakan ayat-Nya kepada mereka, dan kepada-Nya mereka bertawakkal.
Namun ia berbeza dengan orang munafik. Ketika beribadah, mereka langsung tidak teringatkan Allah dalam hati. Mereka tidak beriman sedikitpun kepada ayat Allah, tidak juga bertawakal kepada-Nya, tidak mendirikan solat ketika orang lain tidak tahu dan tidak membayar zakat. Padahal perasaan gementar / takut ini perlu ada, sebagai pendorong untuk melakukan kewajipan yang diperintahkan dan meninggalkan larangan-Nya. Inilah sifat mu'min sejati.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
[al Anfaal, 8:2]
Semoga kita juga diberikan nikmat "wajilat quluubuhum" ini seperti yang diberikan kepada orang beriman ketika disebutkan nama Allah. Lalu teringatlah kita kepada perintah-Nya yang perlu kita lakukan, dan larangan yang perlu ditinggalkan.
Wednesday, 8 August 2012
[2:175] Sungguh Ajaib Kesanggupan Mereka Menanggung Seksa Api Neraka Itu
Dalam bahasa Arab, ungkapan ini disebut, "famaa asbarahum ala nnaar!". Ketika menceritakan mengenai orang Yahudi yang menyembunyikan isi Taurat dan menjualnya dengan harga yang murah, Allah menyenaraikan beberapa balasan bagi mereka. Antaranya (rujuk al Baqarah, 2:174), diberikan api bergolak sebagai makanan perut, tidak dapat berbicara dengan Allah, tidak disucikan daripada dosa, bahkan menyeksa mereka dengan seksaan yang pedih.
Sifat mereka yang membeli kesesatan dengan petunjuk, seksaan dengan keampunan ini sangatlah pelik, tidak berbaloi dengan balasan yang mereka dapat. Di sinilah peliknya mereka ketika melakukan pelbagai bentuk kemaksiatan ini yang akan menjerumuskan mereka ke dalam neraka. Yang paling menghairankan ialah keberanian mereka untuk menanggung api neraka, padahal mereka sedar diri mereka akan ke sana disebabkan maksiat yang mereka lakukan.
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.
[al Baqarah, 2:175]
Ketika kita bertanya "famaa asbarahum ala nnaar!" lantaran sifat hairan luar biasanya kita pada mereka, kita juga perlu bertanya diri kita soalan yang sama. Dari titik inilah kita berusaha untuk beristighfar mohon keampunan atas maksiat yang kita lakukan, lalu memperbanyak amal soleh, dengan harapan di akhirat nanti kita dihindarkan dari kedahysatan neraka.
Subscribe to:
Posts (Atom)










