Tuesday, 15 January 2013

Organize!

Ada kata hikmah yang masyhur, "Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan kebatilan yang tersusun". Walaupun pahit bunyinya, ada betul juga kata-kata ini. Sebagai orang Islam, kita faham kebenaran itu merupakan segala yang datang dari Allah, manakala kebatilan pula datang daripada selain-Nya.

Suatu yang tak dapat kita nafikan, baik sedar atau tidak ialah Malaysia dan kita sekarang, sedang diserang penuh gasak oleh pelbagai jenis kebatilan dan serangan musuh; baik ia arus humanisme, pluralisme, kristianisasi, syiah, agenda barat, pemusnahan jati diri dan banyak lagi. Susah untuk katakan serangan mereka ini tidak sistematik. Maka sayang juga kalau kita terkial-kial, berpecah suara, tidak tegas konsisten menghadapi penentangan ini.

Sebab itu saya suka apabila kita menghadapi serangan ini, kita sekatakan pendapat kita. Bila sepakat, musuh pun takut untuk ganggu gugat. Di sini peranan gerakan-gerakan dakwah, suarakan pendapat mereka, membumikan dalil syara' yang ada,  agar nanti masyarakat dapat berkumpul, berpaut dan yakin dengan hujah strategi untuk menentang serangan musuh. Kata kawan saya, "confusion will lead to disunity."


Ada seorang lagi kawan saya komen, sayang kalau kita sudah ramaikan dunia dengan orang yang mantap tarbiyyahnya, mereka mewarnai dunia dengan kebaikan, tapi kita tidak agendakan mereka untuk bersistematik melawan kebatilan.
Gagal membaca situasi semasa umat
Gagal membaca strategi licik musuh
Gagal merencana & bertindak dengan tepat & berkesan
Bakal mengundang tragedi besar buat umat"
 - An Akh
Nanti sedang retreat, eloklah difikir-fikirkan.


ISMA Membangun Umat Beragenda
Melayu Sepakat Islam Berdaulat

No comments:

Post a Comment

Labels