Wednesday, 9 January 2013

Tuhan Kamu Itu Satu

"Apabila sesuatu urusan diserahkan / dirundingkan dengan yang bukan ahlinya ..."

Semalam kami berbulatan perwira. Selain sesi naqib memberi taujih semangat terhadap beberapa isu panas semasa terkait ISMA, usrah kami berbincang tentang slot sirah; rundingan dan tawaran yang diberikan kepada Rasulullah saw ketika berdakwah suatu ketika dulu di Mekah.

Kisahnya Utbah b Rabiah dihantar sebagai utusan bertemu Rasulullah; menawarkan harta kekayaan, jawatan kemuliaan dan kerajaan, agar nanti Rasulullah berhenti daripada menyebarkan Islam dalam masyarakat mereka. Panjang lebar Utbah bercerita tentang offer Quraisy, Rasulullah hanya bersabar sehingga Utbah selesai berbicara. 

"Dah habis segala hasrat yang ingin dicerita?" "Dengarkan daripada aku pula," lanjut baginda, lalu membacakan surah Fussilat, bahagian pertama.


Entah kenapa, bahagian surah ini sangat menyentuh hati ini sehingga terasa, seolah-olah sedang berada di situ menyaksikan Utbah diam terpaku mendengar ayat dibacakan baginda. Mungkin sebab kandungannya banyak bertepatan dengan situasi semasa yang berlaku sekarang. 
Betapa jelasnya ayat al Quran. Ingkarnya manusia tidak mahu mematuhi. Suruhan agar terus beramal. Esanya Allah dan kecelakaan bagi mereka yang menyekutukan-Nya. Ganjaran berterusan bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. Tidak patutnya mensyirikkan Tuhan pencipta langit. Hebatnya kekuasaan Allah. Dan ancaman bagi mereka yang berpaling.
Terharu sangat membayangkan hebat, tabah dan sabarnya baginda menghadapi strategi kafir Quraisy. Semuanya tidak lain tidak bukan agar dapat keluarkan umatnya daripada kemunkaran akbar paling besar. Dan ini jugalah yang terus berlaku pada hari ini, sehinggalah tibanya Yaumid Diin nanti.

Nak tahu apa kisah selanjutnya? Sampai ayat ke-13 saja, terus Utbah menutup mulut Rasulullah untuk berhentikan baginda, ketika ayat sampai menceritakan ancaman azab yang dahsyat, seperti yang diberikan kepada Aad dan Tsamud. Yang pasti, ugutan tersebut bukannya ringan, sampaikan nak dengarnya pun Utbah dah tak tahan.

1 comment:

Labels