Wednesday, 2 January 2013

Kelesuan Selepas Kesungguhan itu Tanda Buruknya Permulaan



Cabaran yang selalu kita alami setiap hari adalah untuk mulakan sesuatu perkara sehingga sempurna. Yang kita harapkan, projek / kerja yang kita lakukan akan berjalan dengan lancar. Cuma terkadang, apa yang kita rancang, tidak berjalan seperti yang kita mahukan. Semangat tetiba berkurang, persekitaran kelihatannya menghalang, azam yang disemat tak lama dahulu, kini tidak lagi membara.

الفترة بعد المجاهدة من فساد الإبتداء

Ada pepatah kata: al fatratu ba'da al mujahadah, min fasaadil ibtidaa'. Kelesuan selepas kesungguhan itu tanda buruknya permulaan. Orang Melayu pula fahami konsep yang sama melalui pepatah mereka, hangat-hangat tahi ayam. Mulanya all out, bersungguh-sungguh. Kemudian penyakit datang, kesungguhan mula hilang. Ketika inilah, perlu direnung semula di mana titik mula kita.

Saya suka fahami kedua-dua kata hikmah ini dengan suatu kata yang lain: "Apa yang datang dari Allah, akan berkekalan. Yang datang selain daripada-Nya, akan binasa". Semak semula niat kita berusaha, adakah kerana Allah semata-mata. Jika ikhlasnya tidak sempurna, wajar kita betulkan semula, mudah-mudahan apa-apa yang kita lakukan selepas ini bertambah berkat daripada-Nya.

Biar bismillah selalu menjadi teman usaha kita. Genggam bara api, biar sampai jadi arang. Bersungguhlah, jangan mudah putus asa. 

No comments:

Post a Comment

Labels