* Snapshot BBC News semalam, 25 Mei 2014
PM UK David Cameron pada April baru ini mengisytiharkan "we are still a Christian country". Ia kemudiannya menjadi isu dan pertanyaan. "With number of people calling themselves Christian in the UK in decline, is religion in crisis?" Nombor menjadi ukuran jatuh bangun status agama negara ini, "Christians will fall from 64% in 2010 to 45% by 2050.” Pada hari yang sama juga BBC Magazine bawakan pengalaman seorang lelaki yang melawat 46 gereja selama 46 hari, yang menurutnya pengunjung gereja digambarkan sebagai "the average age must be somewhere in the seventies."
Malaysia pula? Adakah ia Islamic country?
Kata-kata Pemerintah
PM Mahathir pernah sebutkan pada 2001 bahawa Malaysia negara Islam. Tahun 2014 baru ini, Dato Sri Jamil Khir selaku menteri kabinet menegaskan sekali lagi perkara tersebut. Namun dari sudut sahnya, kenyataan mereka bukanlah kata pemutus kerana mereka berada dalam bidang kuasa eksekutif (pelaksana), bukannya perundangan.
Perundangan
Dalam hal ini, selain Perkara 3 Perlembagaan (Islam agama Persekutuan) dan Perkara 37(1) (sumpah Agong memelihara agama Islam), ada beberapa keputusan mahkamah yang boleh dirujuk selaku badan berautoriti menafsirkan undang-undang. Antaranya termasuklah penegasan dalam keputusan hakim dalam kes Meor Atiqulrahman pada 2001 (Islam duduk di atas, berjalan dahulu) dan yang terbaru pada 2013 semasa kes Kalimah Allah (Article 3 imposes positive obligation on the Federation to protect, defend, promote Islam and to give effect by appropriate state action).
Syariah
Ikutkan syarak pula, ada banyak ukuran boleh digunakan, berdasarkan pelbagai ayat alQuran. Ia boleh dirumuskan sebagai dominannya hukum Islam pada pemerintahan muslim yang baik. Kuasa penentu pada orang Islam. Hukum yang tertinggi dan menjadi rujukan ialah hukum-Nya.
Situasi Semasa
Realitinya, pemerintah kita masih orang Islam, dan tidaklah sejahat diktator membunuh ramai rakyat negara sendiri. Negara kita juga mempunyai paling ramai mufti dalam sebuah negara untuk dijadikan rujukan; semua mereka berhubungan rapat dengan sultan selaku ketua negeri. Kita juga ada mahkamah syariah, selain adanya Majlis Fatwa Kebangsaan. Ada syiar azan, badan mengurus zakat, perisytiharan puasa, tabung haji dan pelbagai lagi yang menunjukkan agama Islam tersebar ke seluruh negara.

Ikutkan demografi juga, lebih 60% rakyat Malaysia beragama Islam, dan tiada tanda peratusan tersebut akan berkurangan dengan drastik. Yang memakmurkan masjid kita bukan yang berpurata umur sekitar 70-an. Majlis ilmu dan penceramah agama bertebaran di serata negeri. Semua ini merupakan tanda yang banyak bahawa Malaysia sudah berjiwa Islam. Cuma mungkin saja ada cacat cela dalam pelaksanaan dasar dan polisi negara.
Bukan Sekular
Semua ini ditunjuk agar label negara sekular pada Malaysia dapat dibuang. Ia tidak pernah sekular dan tidak patut dibawa ke arah itu. Juga untuk menyedarkan bahawa Malaysia kita ini sudah rapat dengan Islam, maka sewajarnya projek Islam digiatkan lagi. Kita tidak perlu menjadi liberal, tidak perlu juga sertai ISIS untuk diterima dan kelihatan gah di pentas dunia.
Majunya projek Islam ini penting agar kita dapat berkongsi manfaat agama ini dengan semua yang lain, termasuklah mereka yang bukan beragama Islam.
Majunya projek Islam ini penting agar kita dapat berkongsi manfaat agama ini dengan semua yang lain, termasuklah mereka yang bukan beragama Islam.
No comments:
Post a Comment