"What was the first word that came across your mind when thinking of JUMS?"
EXPERIENCE
Perjalanan untuk sampai ke tempat JUMS sahaja sudah memberi pelbagai pengalaman berharga. Belum lagi nikmati pemandangan di lokasi JUMS, yang setiap tahun di tempat berbeza. Juga berkenalan dan berkongsi cerita dengan ratusan kawan yang walaupun baru, terus mesra. Tak kurang berharga, mendengar perkongsian daripada speaker berkenaan pembangunan diri, agama dan negara serta berbincang dengan mereka. Tidak ada di perhimpunan lain.
Kata orang, pengalaman ini tak cukup dibaca. Walaupun boleh diGoogle dan terus jumpa, tetapi tak dapat dipegang kemas jika diri sendiri belum rasa. Bagi orang muda, pengalaman ini penting: ia mematangkan dan memberikan sudut pandang baru yang berbeza.
Alhamdulillah, empat JUMS yang pernah disertai sebelum ini merupakan guru pengalaman yang sangat bermakna. Jumpa di #JUMS2015 minggu depan ini pula, insya-Allah.
Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk (JUMS)
Of Falling Snow, Hot Chocolate and Warm Souls.
Link pendaftaran :
http://goo.gl/forms/8T7bsWW9Xr
No comments:
Post a Comment