Thursday, 30 September 2010

Kompilasi Azan

Bila dah langsung tak dapat dengar azan kat sini, sebab masjidnya yang amat jauh, barulah rasa gelabah. Mulalah nak cari hukum-hakam pasal azan. Alhamdulillah, ini sebahagian yang dijumpai, untuk dikongsikan bersama.

Apa Hukum Melaungkan Azan dan Iqamah?
Secara keseluruhannya , dalam apa jua situasi , adalah disunnahkan untuk melaungkan azan dan iqamah

Kalau dah terlewat?
Apabila kita ingin mengerjakan solat samada di rumah atau di masjid , disunatkan kita untuk melaungkan azan dan iqamah tanpa mengangkat suara dengan kuat

Sebab apa?
Dibimbangi akan mengelirukan msyarakat yang mendengarnya.

Apa faedahnya azan ini?
Apa sahaja yang mendengar azan tersebut samada dikalangan jin , tumbuh-tumbuhan dan sebagainya akan menjadi saksi dihari akhirat nanti.

Apa dalilnya?
Riwayat daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra (Rujuk Sahih Bukhari : 609). Al-Hafiz Ibn Hajar berkata : Azan pada solat berseorangan adalah disunatkan walaupun di gurun sahara (padang pasir / tempat yang tiada penghuni) – (Fathu al-Bari , Kitab Azan)
Dan jika datang waktu shalat hendaklah ada salah seorang di antaramu mengumandangkan adzan, kemudian yang paling tua hendaklah menjadi imam. (HR. Al Bukhari)

Tak nak azan, boleh tak?
Ibn Qudamah menjelaskan hukum meninggalkan azan. Hukumnya ialah makruh meninggalkan azan solat lima waktu kerana semua solat Nabi s.a.w. dengan azan dan iqamah, begitu juga solat-solat para imam selepas baginda. 

Kalau tak azan, sah ker solat tu?
Jika solat dilakukan tanpa azan, solat masih sah. [RUJUK : al-Mughni 2/229]

Kalau nak buat jemaah baru bila imam habis solat fardu, perlu azan dan iqamah juga?
Yang sahihnya disisi Syafi’iyyah ialah disunatkan kepada mereka untuk melaungkan azan tanpa mengangkat / mengeraskan suara.

Orang perempuan?
Tidak disyarak melaungkan azan dan iqamah

Apa hadisnya?
Tidak ada azan dan Iqamah bagi wanita. Hadis ini adalah mauquf disisi Al-Baihaqi (1/408)

Kena masukkan jari dalam telinga tak semasa azan?
Sifat ini disebut dalam hadis Abu Juhaifah yang menceritakan cara Bilal melakukan azan. Katanya: "Dan dua jarinya di dua telinganya". Direkod oleh Tirmizi (no: 197)

Toleh ke kanan dan kiri tu pulak, memang perlukah semasa azan?
Merupakan sunnah Rasulullah saw

Ada hadis berkaitan?
Diriwayatkan oleh Abu Juhaifah r.a yang mana dia menyebutkan bahawa dia melihat Bilal bin Rabbah menoleh ke kanan dan ke kiri semasa menyebut Hayya ‘ala as-Solat / Hayya ‘ala al-Falah. (HR Bukhari)

Kenapa?
Asal tujuan Bilal menoleh ke kanan dan ke kiri adalah supaya suara laungan azan tersebut dapat didengari oleh masyarakat Islam pada ketika itu yang berada di sebelah kanan dan sebelah kiri.

Sekarangkan dah ada pembesar suara...
sebahagian Ulama berpendapat tidak perlu lagi dilakukan untuk menoleh ke kanan dan ke kiri. Walaubagaimana pun terdapat juga ulama yang mengatakan bahawa , menoleh ke kanan dan ke kiri perlu dilakukan juga di zaman sekarang atas dasar mengikuti dan mengamalkan setiap Sunnah Rasulullah saw
Selepas Azan, kena buat apa?
Berselawat kepada Nabi Muhammad saw selepas azan adalah sahih dan thabit dari Baginda saw

Hadisnya?
“Sekiranya kamu mendengar muazzin (azan) , maka ikutlah seperti apa yang disebutkan. Kemudian, berselawatlah kamu kepadaku. Maka barangsiapa yang berselawat kepada ku sekali selawat, nescaya Allah swt akan berselawat kepadanya 10 kali.” 
(HR Muslim : 384 , Abu Daud : 523 , Tirmizi : 3614)

Bila dah dengar azan, mesti datang solat berjemaah ker?
Hukumnya pelbagai. Yang paling keras ialah pendapat Imam Ibn Hazm dari madzhab Zahiri, yakni fardhu 'ain kepada yang mendengar azan. Jika dia solat juga di rumahnya, solatnya tidak sah. Yang kurang sikit, hukumnya wajib pergi mesjid tapi jika dia solat juga di rumah solatnya adalah sah. Ini kata madzhab Ahmad dan Ibn Taymiyah. Yang sederhana: dia berdosa jika tak pergi ke musalla tsb, tapi jika sudah didirikan oleh ahli qaryah yang lain, maka dosa itu terangkat kerana hukumnya fardhu kifayah. Ini pendapat madzhab Syafi'iy. Yang ringan: hukumnya sunnat mu'akkad (sunat yg diberatkan). Sebabnya Nabi menyebut kebaikannya 27 kali ganda. Maka dia telah meremehkan sunnah Muhammad saw jika tak pergi.
Pesan Ustaz Hasan al-Banna dalam Risalah Ta'alim. Tanda hidupnya iman dan suatu latihan yang konsisten, ialah seseorang hendaklah segera menyahuti seruan azan dan segera ke mesjid bila saja terdengar seruan adzan. Inilah budaya kaum salaf.

Rujukan: al-ahkam.net

Monday, 27 September 2010

Muhasabah Pertama

Kerana Allah yang kami sembah di sini tetap Allah yang sama
Syaitan dan gengnya di Malaysia, tetap ada networknya di mana-mana

Cikgu BM Kolej kami dah pesan dulu, sebelum pergi belajar oversea, download azan awal-awal di Malaysia. Baru aku tahu kenapa. Masjid memang jauh dari sini, dan dorang tak guna mikrofon macam di Malaysia yang boleh dengar azan berkilometer jauhnya. Alhamdulillah, bermula dua hari lepas akhirnya dapatlah kami mendengar azan berkumandang dalam rumah kami. Tak perlu download susah-susah di rumah Zakwan (yang jadi transit n lepak-lepak kami), tapi kami sendiri yang azan.

So far, saya sebenarnya merindui suasana di Malaysia ketika solat di awal waktu menjadi suatu kemestian. Seminggu di sini, jadual kami hiruk pikuk. Berjalan ke sana sini, urusan pendaftaran yang sibuk menyebabkan waktu solat kami selalu terlewat. Ditambah lagi dengan waktu solat yang entah bila masuknya kerana tak dapat dengar azan. Tetapi, Khamis lepas dah dapat jadual waktu solat dan insya-Allah, kami akan usahakan untuk perbaikan.
(Kalau duduk dengan Yat sini, mesti dah lama kena marah. Huhu)

Peristiwa 25 Sept akan menjadi ingatan. Hikmahnya tetap ada, Tetapi yang kami risau, disiplin masa akan melonggar. Komitmen dengan al Baqarah, 2:238 akan berkurang. Dan hati jadi resah semacam sebab satu kewajipan tak disiap-siapkan. Bagi aku, perkara sebeginilah yang akan mengurangkan semangat dan himmah dalam diri. Lama-lama berjangkitlah sindrom iman yang down. Lalu menjadilah seperti manusia yang ditegur dalam at Taubah, 9:38.

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

Nauzubillah. Mudah-mudahan permulaan ini bukan permulaan yang menakutkan. Doakan kami survive sebagai orang kuat dan hebat!


Iqbal, bila nak hidup kat sini? Coordinate la gerakan kami cepat-cepat.

Friday, 24 September 2010

Perang Melawan Allah. Nak?

Tiga kali ulang alik untuk buka akaun. Nice.
Penat juga asyik-asyik  jalan kaki awal2 ni.


Is my accaunt an Islamic one? No.
Can you please make it an Islamic. Yes.
=)
Ramadan dah selesai. Yang dah graduate, sampai sekarang dia langsung tak sedar, sama ada dia telah menepati target yang disasarkan untuk menjadi student-Nya yang bertaqwa, ataupun belum, kerana dia masih lagi perlu terus menjaga reputasinya secara berterusan.

Checklist yang telah dibuat, jangan diberhentikan apabila Ramadan telah selesai. Teruskan. To-do-list yang tidak selesai-selesai, perlu juga dihabiskan dengan semangat tambahan. Entri kali ni hanya nak kongsi tentang to-do-list saya untuk Ramadan yang lepas. List adalah buat sikit-sikit. Alhamdulillah, sebahagiannya dapat diselesaikan dengan jayanya.

Salah satunya nak dapatkan ilmu asas mengenai kewangan Islam. Rujukan saya kebanyakannya daripada ustaz Zaharuddin: artikel di laman web dan rakaman video ceramahnya. Lagipun, ada banyak rakaman siaran di Tanyalah Ustaz, al Kuliyyah tv3 dan tv9 selain majalah dan buku-buku. Jadi la, sementara belum jumpa lagi ustaz untuk belajar depan-depan mata.
Ringkasnya, isu ini bukan isu boleh dipandang ringan, terutamanya bab riba / interest. Imam al Qurthubi pernah menulis mengenainya “Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364)

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
[al Baqarah, 2:279]


Macamane boleh tertarik untuk mempelajari tajuk ini, ia bermula dengan TER. Terbuka tv dengan sengaja, lalu tertengok siaran ulangan Tanyalah Ustaz TV9, lalu terduduklah di atas kerusi kerana berminat dengan cara ustaz memberi penerangan. Sebelum ni, memang langsung tak berminat nak baca tentang muamalah dalam Islam ni. Nampak je artikel, terus skip, tak nak baca. Jadi, kepada yang tak pernah berminat nak tau tentang isu ini, pandai-pandailah mencari ter-ter yang sesuai

For me, it needs a kickstart. Really.


Pandanglah duit raya itu betul-betul

Tuesday, 21 September 2010

Musafir Sheffield

Alhamdulillah, akhirnya kami sudah menjejakkan kaki ke bumi England. Dengan suhu sejuk tak terjangka, 7 darjah, baru dapat merasa peluang bercakap dengan mulut keluar wap. Perjalanan kami perlu cepat. Sesampai di London 0535, kami bertujuh perlu segera mengejar gate seterusnya yang akan tutup 0725, ditambah lagi dengan sedikit masalah birokrasi dan adaptasi. Alhamdulillah, naik British Airways yang kiut untuk ke Manchaster, sebelum perlu ke rumah sewa.


Buminya cantik. Dua scene yang sangat biasa dilihat sepanjang perjalanan kami ke Sheffield: Padang berbukit yang menghijau atau bangunan berbatu-bata merah. Naik British Airways memang boleh nampak petak-petak hijau, yang kebanyakannya menjadi tempat gembalaan kambing. Sangat luas, dengan bilangan kambing yang banyak, menyebabkan kami teringat kepada cerita Saidina Umar dengan kambing.

Kisah dari Abdullah bin Dinar, dimana beliau pernah berkata, Aku telah keluar bersama Saidina Umar al-Khattab ke Mekah, tatkala itu turun seorang budak gembala dari atas bukit yang berdekatan dengan kami, Umar pun berkata seakan menguji budak gembala itu.

Hai budak gembala, engkau jualkan saja seekor dari kambing biri-biri ini padaku. Kata budak gembala: Aku adalah hamba kepada tuanku sedangkan kambing-kambing ini adalah kepunyaannya.

Tanya Umar pula: Engkau katakan saja pada tuanmu, kambing itu dimakan serigala. Kata gembala: Kalau begitu dimanakah Allah? Tidakkah Dia Maha Melihat? Mendengar jawapan gembala itu, Saidina Umar menangis tersedu-sedu. Keesokannya, Umar menemui budak gembala itu dan tuannya, lantas membeli dan memerdekakannya. Umar berkata kepada hamba itu : Aku merdekakan engkau di dunia ini dari tuanmu, moga-moga engkau merdeka juga di Akhirat nanti.

Barulah kami dapat merasa dan menghayati lebih mendalam kisah lama ini. Memang itu yang kami fikirkan. Jika kejujuran tiada dalam diri, siapa yang tidak tergerak hati untuk mendapatkan keuntungan sedikit dengan menghilangkan satu dua ekor kambing? Tetapi, budak gembala ini memang menakjubkan, dialognya berkualiti, memaparkan keimanan yang tinggi dalam hati. Kita dan budak sekeliling kita pula bagaimana?

Tuesday, 14 September 2010

Debaran

Tinggal lagi beberapa jam sebelum terbang. Selamat tinggal Malaysia. Perkara yang hanya terbayang dalam kepala aku tak sampai setahun yang lepas, selepas menonton video senior bermain ski ketika Majlis Wida usrah. Walaupun dulu cikgu Sejarah kami pernah kata, "Saya yakin semua yang ada dalam kelas ini akan fly", tapi aku tak pernah rasapun aku akan termasuk dalam orang yang dimaksudkan itu.

Unknown source

Bila orang bertanya pasal persiapan, aku pun tak tau nak jawab macamane. Ada la sikit-sikit barang dah beli, berpandukan guide daripada senior. Walaupun Encik JPA dah bagi RM 1000, rasa macam tak cukup jer. Dua kali keluar shopping, beli dua biji beg, sikit-sikit baju seluar, warm wear, alatulis dan makan minum, habis RM 950. Sikit sangat seribu tu, rasa macam baru RM 10 jer belanja. Timbang dengan weighing scale, ada la tinggal baki 2 kg. Yang ni memang terkejut, sedar-sedar berat dah cukup. Lega pun ada. At least, almost items in the checklist has been finished.

Kadang-kadang terasa preparation aku ni macam orang nak pergi haji. Orang nak pergi haji memang kena sedia as fit as possible. Cukup belanja pergi balik, ada kenderaan, cukup makan minum untuk merantau ke tempat orang. Supaya dapat balik dengan selamat. Walaupun begitu, Allah tetap berikan guide kepada mereka tentang persiapan macamana yang perlu mereka lakukan. Ternyata, persiapan yang paling utama merupakan persiapan ketaqwaan. Sebaik-baik bekal, kata-Nya.

(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.
[al Baqarah, 2:197]

Soal penting kali ini adalah soal bekalan. Berapa banyak sudah kamu bekal dan sediakan?

Saturday, 11 September 2010

RM10 Itu...

Bukan cerita pasal duit raya
Tapi menyebok di Iftar I-Medik punya cerita

Ayah memang tak berkenan kalau kami bawa kereta orang lain. Takut jadi apa-apa, itu alasannya. Ikutkan sejarah (anbai ma qad sabaq), ada beberapa kemalangan minor yang aku terlibat. Kalau cerita nyaris-nyaris kemalangan pulak memang ada banyak, sehingga menyebabkan aku rasa syukur (as Syukr) tak terhingga kepada Allah yang menjauhkan aku daripada musibah. Mudah-mudahan macamtu lah. Inilah pembayang entri kali ini.

Hari itu, Jumaat, ada beberapa ikhwah Kmb akan ke Iftar I-Medik. Promote last minute, terkejut jugak dapat berbelas orang. Last minute jugak susun transportation, akulah antara orang terpilih untuk membawa kereta. Start kereta, dah merah menyala warning (al Inzar), tanda tak cukup minyak, lalu budak Cardiff belanja petrol. RM10 cukup, bekalan (az Zad) pergi balik Kmb, kata dia.

Sampai di Kmb, bila nak upload barang ikhwah ke sana dalam kereta, baru aku ternampak tong NGV dalam bonet. Aku tersenyum sorang-sorang sebab tadi dah isi petrol. Nice one. Nasib baik tak meletop. Aku pun start justifikasi apa yang berlaku dalam kereta tadi, patutla merah warning tu tak hilang walaupun dah isi minyak, sebab dah ada NGV.

Dengan riang hati, sebab tak perlu cari stesen NGV, perjalanan balik diteruskan, tapi kali ini melalui highway, ada akh yang perlu dihantar ke rumah. Round about kedua untuk ke Ukm, boleh pulak aku tersilap (akhlafu) ambil jalan, maka tersesatlah (ad Dhalal) kami ke arah Seksyen 5. Nak sedapkan cerita, tiba-tiba tekan punya tekan pedal accelerator kereta, dah tak berbunyi engin.

Rasa tak sedap hati, aku terus tukar lane kanan ke kiri, sementara kereta dah nyawa-nyawa ikan tak boleh gerak. Nyaris selamat, walaupun dah kena hon dengan bas. Maka tersadailah kami di tepi jalan tu bertujuh. Kereta dah tak boleh start. Yang best, ada Faqir, kawan yang pernah terkandas semasa iftar setahun lepas, maka bersembanglah kami tentang program tahun lepas.

Dah lambat sangat, kereta kami tak jadi ikut keluar menghantar ikhwah.
Boleh pulak bila dah exit highway, salah ambil jalan ke Ukm

Diagnos punya diagnos, akhirnya barulah ditemui masalah sebenar. Bukan masalah bateri. Bukan masalah tak cukup gas NGV. Rupanya kereta dah habis minyak. In fact, kereta tu bukan sedut NGV, tapi minum petrol. Ringkas cerita, inilah ibroh iftar kali ini. (tak fikriah langsung!)

  • Kena inform parents dulu sebelum bawak kereta orang. Baru berkat perjalanan.
  • Sebelum bawak kereta orang, dapatkan guide dan briefing dulu cara nak handle kereta.
  • Jangan panik apabila benda-benda pelik berlaku.
  • Elak berhentikan kenderaan di jalan gelap. Cari tempat yang cerah.
  • Elakkan tinggal berseorangan / berduaan di jalan yang gelap. Dikhuatiri diserang penyangak jalanan.
  • Don't judge a car by its tong NGV.

Yang best, baru aku tahu nilai RM10 tu. 71.2 km perjalanan. Like this.

Akhi Algebra pun ada macam-macam kisah bila start bermusafir =)

Wednesday, 8 September 2010

Lirik dah Mantap

Lirik dah mantap. 
Kenapa pulak kamu nak menangis?

Sesungguhnya peperangan al-Ahzab tidak merupakan peperangan yang membawa kepada kerugian hartabenda, malah ianya lebih merupakan peperangan saraf, lantaran tidak berlaku satu pertarungan yang hebat namun demikian ianya merupakan perjuangan yang menghasilkan garis penentu, memperlihatkan kekalahan kaum musyrikin, dan apa jua kekuatan bangsa Arab tidak berupaya untuk membenteras kekuatan yang baru muncul di Semenanjung Arab, di tengah-tengah kota Madinah, kerana bangsa Arab tidak berupaya lagi untuk menghimpun satu kekuatan yang kuat sebagaimana usahanya di dalam peristiwa al-Khandak ini.

Lantaran itu Rasulullah telah menegaskan di dalam sabdanya di saat Allah mengundurkan tentera al-Ahzab dengan sabdanya yang bermaksud:
"Sekarang sampai masanya kita yang menyerang mereka bukan mereka yang menyerang kita, dari sini kita akan mara menghancurkan mereka "
Edit daripada: ar Raheeq al Makhtum

Inilah kisahnya di sebalik takbir raya kita. Kisah kekuatan yang diperolehi, sekitar peristiwa peperangan al Ahzab @ Khandaq. Punyalah bersemangat maksudnya, tapi entah mengapa, hati orang kita terlalu sensitif. Entah apa yang ditangisinya


Allah itu Maha Besar, Allah itu Maha Besar, Allah itu Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar,
Allah itu Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.

Allah itu Maha Besar lagi Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia,
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,
Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya,
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar,
Allah itu Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.

Jom dengar takbir versi lain sket.

Apa-apapun, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Kad Recycle. Hehhe. =)

Sunday, 5 September 2010

Mari Berubah!

Arah dan tujuan kita jangan merubah 
Langkah harus semakin tegap



Kerana Hijrah itu terlalu payah dengan cubaan
Sebab ia disertai kesusahan pelbagai halangan
Sepertimana di Gua Tsur, Baginda dihendap berduaan
Maka seperti itulah perubahan yang kita harapkan pada Ramadan

Tapi usah terlalu dirisaukan hasil dan akibatnya
Bukankah kalimat "Allah bersama kita" yang diperingatkan baginda
Meluluskan ketenangan dan bantuan untuk datang menerpa
Memenangkan Allah melalui tentera yang tiada dilihat kita.

Kerana kalimat Allahlah yang paling ulya
Mengalahkan kalimat kufur yang sufla
Ingatlah, Allah jualah yang Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana

Kerana itu,
Usah kita takut soal perubahan

Kerana perubahan itu suatu kepastian 
Bangkitkan semangat dan rebutlah setiap peluang

Jangan sibuk dengan hal yang tidak penting 
Lenyapkan keraguan
Dan yakinlah bahawa Allah pasti memilih kita 
Untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki
إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
... sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[at Taubah, 9:40]

Thursday, 2 September 2010

Cubaan Pertama 5 Kali Solat

Kisah lama, mula-mula nak praktik agama

Apabila masuk bulan Ramadan, saya pasti teringat peristiwa bersejarah yang berlaku dalam hidup saya. Ketika saya berumur 12 tahun, kira-kira 8 tahun lepas. Pada bulan Ramadan tahun itulah saya mula bersolat fardu secara penuh 5 kali sekali. Entahla, saya tak pasti sama ada umur 12 tahun ni awal ataupun lambat, tapi yang pasti umur ni sebelum sampai umur akil baligh saya. Tak perlu kot bagitau umur berapa.

Terkenang kisah lama, memang solat 5 kali sehari itu berat. Ini soal disiplin diri kita dengan Allah setiap hari. Nak mengelat mencari helah dengan mak ayah saya, memang banyak peluang, walaupun sesekali terkantoi (adoi). Bersyukur juga kepada Allah sebab mendapat mak ayah yang asyik sabar dengan trick-tak-nak-solat saya. 

Waktu tu, selalu jugak bila fikirkan tentang solat ketika itu, berdebar jantung ni. 5 kali solat 1 hari. Kalau 30 hari, 150 solat kena buat. Kalau setahun, dah dekat 2000 kali kena solat. Boleh ker aku solat sampai banyak tu.

Dan biasalah, 30 hari percubaan bulan Ramadan dulu tu memang susah, walaupun itulah masa paling senang ketika godaan syaitan tak banyak. Masuk waktu asar, bila dah rasa penat tak makan, plus terpaksa mendaki tangga masjid daerah untuk solat jemaah di tingkat atas, memang jiwa kacau, hati dah berulang kali memberontak. 

Memang banyak kali rasa tak nak solat tu datang, sebab dia berat, tapi saya fikir, biarlah saya buat rekod Ramadan ni, cubaan pertama saya solat 5 waktu straight paling banyak. Akhirnya saya rasa takut tinggalkan walaupun sekali, takut nanti rekod rosak. Kata orang lain pulak "Yang kedua pasti akan sampai kalau yang pertama dah datang". Alhamdulillah, cubaan pertama inilah yang menjadi.

Kisah orang zaman sekarang, semakin ramai yang kita temui tidak bersolat penuh 5 kali sehari. Solat subuh terkadang terus ditinggalkan bila dah bangun lambat, walaupun pernah juga Rasulullah terlewat bangun sehingga matahari terbit. Solat Zuhur sengaja dilupakan bila dah penat balik kelas. Makan dan tidur yang diutamakan. Nak kejar main awal petang, tertinggal solat Asar. Solat Isya, bila ditangguhkan sehingga tengah malam, terus lupa dibuat, sedar-sedar dah subuh. Tapi Solat Maghrib, saya masih salute orang Melayu kita, jarang sangat ditinggalkan, dah siap mandi la katakan.

Belum dikira kalau tengah sakit, berapa kerat pulak yang masih sanggup untuk bersolat. Kalau musafir pulak yang ambil masa Asar hingga Isya. Waktu tengah busy tengok match bola, masuk panggung wayang layan movie, busy lepak, shopping dan hang out dengan kawan. Waktu macam inilah teruji, siapakah diri kita.

Kata Yb Nizar dalam ceramah Ramadannya kat sini minggu lepas, orang Malaysia ni, bab puasa yang sekali sebut perintahnya dalam Quran, sangat bersemangat, meriah tv dan penduduknya. Bab solat yang disebut berpuluh-puluh kali dalam Quran tu, buat nohe jer. Nohe ni bahasa orang Perak, lebih kurang maksudnya buat dek, ataupun dono (don't know). Sila rujuk orang Perak untuk sebutan dan nada yang betul.

Malaysia cakap jangan lupa 5 yang ini, berbanding jangan lupa 5 yang tadi

Padahal, cukup jelas dalam hadis [Awwalu Ma Yuhasabu Alaihi-l Abdu Yaum al Qiamati as Solat] perkara pertama yang akan dihisab pada seorang hamba Hari Kiamat nanti ialah solat. Kalau baik, baiklah kesudahannya. Sebab tu risaulah kita dengan fenomena berpuasa, tapi tinggalkan solat. Ayuh bersama upgrade kawan kita yang seumpama ini, biar dia berpuasa, dalam masa yang sama menjaga solatnya. Sebab tu saya suka pesan, ambillah peluang Ramadan ini mulakan tabiat baik anda.

5 Rukun Negara, jangan pula dilupa

Monday, 30 August 2010

Rehlah Masyi

Berapalah sangat 5km berbanding 160km.
Bukan jarak nak dikisahkan, tapi nilai yang dipraktikkan

Perkongsian
Rasulullah saw telah membahagikan kenderaan seberapa yang ada itu, iaitu sebanyak 70 ekor unta untuk dikongsikan oleh sahabat-sahabatnya. Bahagian baginda berkongsi dengan Ali b Abu Talib dan Murthid b Abi Murthid. Baginda bergilir-gilir menunggangnya sama seperti setiap tenteranya yang lain juga.

Murah Hati
Sahabat kongsi Nabi saw (Ali dan Murthid) ingin menarik diri untuk memberi peluang kepada baginda, kata mereka, "Biarlah kami berjalan ...". Jawab baginda, "Kamu tak lebih kuat daripada saya dan saya pula tidaklah dapat menolak bahagian daripada kamu berdua."

Kecergasan
Orang-orang Islam berangkat dengan laju kerana takut kafilah Abu Sufyan terlepas daripada kejaran mereka. Di jalan, mereka melepaskan pengintip-pengintip bagi mendapatkan berita kedudukan musuh.

Kesetiaan
Orang-orang Ansar memberikan baiah pada hari Aqabah untuk mempertahankan baginda di Madinah seperti mereka melindungi anak isteri mereka sendiri, tetapi tidak membaiah untuk menentang musuh di luar Madinah. Kata Saad (wakil Ansar), "Sesungguhnya kami telah beriman dan membenarkan engkau, kami mengaku bahawa apa yang engkau bawa itu semuanya benar, kami telah memberikan perjanjian dengan dengar dan patuh, oleh itu teruskanlah, kami akan tetap bersama engkau. Demi Allah yang telah mengutuskan kebenaran melaluimu, sekiranya engkau berdepan dengan lautan lalu menempuhinya nescaya kami akan ikut, tak seorangpun dari kami yang akan tinggal, kami tidaklah takut untuk bertemu musuh esok, kami ini adalah orang yang tabah dalam peperangan dan benar dalam perjanjian ..."

Kecerdasan
Mereka berkhemah dekat mata air yang mula-mula ditemui di Badar dari arah Madinah. al Habbab bin al Munzir datang berjumpa dengan Rasulullah saw bertanya, "Tempat ini engkau pilih menurut pertimbangan engkaukah atau tempat yang Allah tetapkan di mana kita tidak boleh maju atau mundur lagi, atau semata-mata pendapat, helah dan tipu daya perang sahaja?" Sabda baginda, "Sebenarnya ia adalah pendapat dan tipu helah perang." Kalau begitu, kata Habbab lagi, "Tempat ini tidak sesuai, arahkanlah orang ramai maju ke depan lagi sehingga mata air yang berdekatan dengan musuh, kita berkhemah di situ, kemudian kita timbuskan mata air yang di belakang, sebagai ganti kita bina sebuah kolam dan kita penuhkan air, dengan cara ini kita akan mendapat cukup bekalan air dan musuh tidak mendapatnya".

Edit daripada: Mahmood Shit Khattab, al Badar al Kubra, Teladan Bagi Muslimin Kini dan Akan Datang


Promo Rehlah Masyi DHL tahun ini. Kawasan lain tak jumpa pulak promonya

Itu kisah dan nilai yang terdapat pada ekspedisi Badar 1430 tahun dahulu. Ayuh aplikasinya dalam Rehlah Masyi tahun ini. Untuk bacaan lanjut, nilai-nilai dalam Perang Badar, boleh rujuk terjemahan tulisan Mursyid Am Ikhwan Muslimin di Renungan2u.

Tapi aku pulak tak dapat datang, kena turun KL minggu ni. Masyi around KL ada la lebih kurang 5 km kot =)

Friday, 27 August 2010

Naikkan Semangatmu!

Menjelang masa berharga bulan Ramadan, ayuh semarakkan semangat untuk beramal. Semoga gambaran syurga seperti tertulis di bawah mampu menjadi motivasi kita untuk terus beramal, mudah-mudahan mendapat target yang diharapkan iaitu ketaqwaan.


Para ulama bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang ketujuh. Dalam surah An-Najm ayat 13-15 Allah berfirman: Sesungguhnya ia (Muhammad) telah melihat Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di dekatnya ada syurga tempat kembali.

Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga.

Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Di syurga juga udaranya nyaman tidak panas membakar dan tidak pula sejuk mengigit. Allah berfirman:
Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya. (Al-Insan: 13)

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za’faran) dan buminya kasturi.” (Hadis riwayat Al-Bazzar).

Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni.” (Hadis riwayat Muslim). Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.

Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit. Di dalam Al-Quran, Allah banyak menyebut tentang macam-macam sungai di syurga ini antara lain firmanNya dalam Surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud: Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!).

Wallahu'alam

Edit daripada: Pelbagai sumber

Tuesday, 24 August 2010

Takutkan Harimau ...

Ini sketsa Program Iftar dan Qiam kami tempoh hari. 
Ada kecil, ada besar. Ada muda, ada tua muda.

Versi manusia biasa, kalau takut harimau, tak pernah teringin nak jumpa dalam hutan pun. Kalau dah jumpa, terus lari. Versi budak-budak, kalau takut hantu, xnak dengar cerita yang seram-seram. Bila sorang-sorang, mula rasa sejuk satu badan. Tapi versi orang kampung, kalau dah takut bila panjat pokok kelapa tinggi-tinggi, terus peluk batang pokok erat-erat. Lagi tinggi, lagi gayat, lagi kena pegang kuat-kuat.

Perkara yang sama. Takut. Tapi versi orang kampung memang lain daripada yang lain.


Takutkan Allah pula menjadikan kita semakin bersemangat dekat dengannya, bukan semakin menjauh. Bahasa Arabnya Taqarrub. Jadi perlulah ada rasa teringin nak berjumpa dengan-Nya. Bukannya semakin lari jauh daripada-Nya. Perlulah juga semakin bersemangat ingin mengenali-Nya dan mengetahui cerita-cerita-Nya. Juga rasa berbahagia apabila berseorangan bermunajat terhadapnya. Yang pasti, takut itu menjadikan kita ingin terus memegang erat tali-Nya.

إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ
Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami.
[al Anbiya', 21:90]
[Roghaban] itu penuh pengharapan. [Rohaban] itu pula penuh rasa cemas.

Mudah-mudahan, bersempena Ramadan ini. Laalli Min allazina Yattaqun

Monday, 23 August 2010

Solat Menangis-nangis?

... Sheikh itu menangis kepada Allah swt dalam sujudnya, mengharapkan agar Allah mengampunkan dosa-dosanya.


"Sheikh, ketika anda membaca al Quran, saya dapat rasakan bahawa anda sangat memahaminya. Kadang-kadang anda akan ulang suatu ayat tu berulang-ulang kali, kadang-kadang juga anda akan menangis-nangis. Walaupun saya faham maksud ayat tersebut, saya tak dapat menangis macam anda menangis. Lalu saya rasa anda bukan sahaja memahami maksudnya, tetapi anda FAHAM maksudnya. Macam manakah caranya saya nak menjadi macam mereka yang memahami?"


Dia menjawab, "Caranya ada banyak:

1. Siapkan Mental Semaksimumnya dengan Bersolat Sunat Sebelum Solat Fardu.
Sediakan hati anda sebelum menunaikan solat. Contohnya sebelum solat Isya, solat dua rakaat dahulu untuk pastikan hati anda merasai ruh al Quran sebelum bersolat yang fardu.

2. Selalu Membaca al Quran
a. Apabila anda membaca suatu ayat, bacanya berulang kali - cuba fahami sedalam-dalamnya ayat tersebut.
b. Berhubunglah dengan al Quran, satu juz satu hari, supaya anda boleh mengkhatamkan bacaan al Quran dalam satu bulan, dengan kerap kali mambacanya.

3. Baca tafsir al Quran
a. Jika menyedari terdapat ayat yang anda tidak fahami ketika membaca al Quran, terus pergi mencari tafsirnya. Kemudian, baca kembali ayat tersebut dengan dengan ilmu yang baru diperolehi, tentang bagaimana ia diturunkan, mengapa ia diturunkan, bila ia diturunkan, suasana ketika ayat itu diturunkan, kemudian cuba berfikir: Adakah aku sudah memahaminya sekarang?

4. Menyedari Allah swt memanggil ANDA
a. Bayangkan suasana ketika al Quran diturunkan kepada para sahabat. Merekalah yang telah menyaksikan proses penurunan al Quran tersebut! Mereka tahu sebab penurunan setiap ayat; mereka juga sedar bahawa ayat al Quran tersebut diturunkan untuk DIRI MEREKA. Bayangkan bagaimana para sahabat ra yang kemudiannya terkesan dengannya, ketika mereka tahu bahawa ketika al Quran itu diturunkan kepada mereka, al Quran itu jugalah yang sedang memanggil diri mereka.
b. Ketahuilah bahawa: Allah swt sedang memanggil anda! Contohnya, bayangkan anda mendengar surah al Hujurat: 
"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 
[al Hujurat, 49:1]. 

Anda sepatutnya bayangkan, akulah salah seorang daripada mereka yang beriman. Apa yang Allah mahukan daripada AKU? Apakah yang Allah, yang maha Mengasihani itu, minta daripada aku?

5. Merasakan ayat tersebut Hidup
a. Ketika anda membaca ayat tentang syurga, bayangkan anda sedang DUDUK di dalam syurga, sambil melihat buah-buahan syurga, melihat warga-warga syurga serta menghidu wangi-wangian syurga.
b. Ketika anda membaca ayat tentang neraka, bayangkan dapur rumah anda, bayangkan betapa panasnya ketika anda berada sangat dekat dengan dapur tersebut ketika apinya menyala. Bayangkan betapa panasnya jika anda memegang api tersebut - tak tertahan sehinggakan muka anda juga sudah tak tahan merasai habanya. Itu hanya api dunia! Bayangkan api neraka! Bagaimanakah pula panasnya api Neraka nanti?

6. Doa: Sangat Penting
a. Allah swt lah satu-satunya yang dapat memberikan kefahaman yang anda inginkan. Anda tak akan mampu mendapatnya kecualilah jika Allah mahukannya. Jadi, ketika anda sujud, ketika anda berada antara tangan-Nya swt, mintalah beribu-ribu doa: "Ya Allah! Engkaulah yang Maha Pembuka! Bukakanlah kefahaman ini untukku, bukakanlah kefahaman terhadap al Quran untukku."

7. Qiamullail
a. Baca ayat tersebut sambil berfikir tentangnya. Baca ayat itu banyak dan berulang-ulang kali sambil berfikir dan merenungi ayat tersebut. Nabi saw pernah membaca hanya satu ayat berulang-ulang kali, sambil menangis kerana Allah swt.
b. Bacaan dan penghayatan terhadap ayat tersebutlah yang akan menggerakkan hati anda.

8. Kurangkan dosa dan maksiat kepada Allah swt
a. Raan (titik hitam akibat dosa dan amal jahat) merupakan penghalang daripada merasai dan memahami al Quran. Titik inilah yang mencipta penghadang kepada hati: 
"Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka." 
[al Muthaffifin, 83:14]

b. Ini menjadikan ketika anda mendengar sesuatu ayat yang hebat dan kuat, namun anda tidak terkesan dengannya kerana pada hati anda terdapat penghadang ini. Anda perlu mengurangkan dosa yang anda lakukan supaya hati anda terkesan semula dengan al Quran.

9. Kerap kali mendengar al Quran
a. Apabila anda mendengar al Quran, fikirkan - mengapa qari tersebut membaca sesuatu ayat itu berulang-ulang? Mengapa dia menangis ketika membaca sesuatu ayat? Dengar dan fikirkan mengapa qari tersebut membaca sedemikian rupa.

10. Letakkan Pengharapan kepada Allah swt
a. Allah swt TIDAK AKAN meninggalkan aku keseorangan.
b. Sedarlah bahawa Allah swt tidak akan membiarkan anda apabila anda memohon kepada-Nya. Berdoalah kepada-Nya! Berharaplah bahawa dia swt akan memakbulkan doa anda!
c. Berdoalah: "Ya Allah! Siapalah diriku ini? Siapalah diriku ini melainkan hamba yang berdosa dan bermaksiat? Maha suci Engkau! Engkaulah Pemilik Pengampunan! Ya Allah, bukakanlah pintu kefahaman kepadaku! Hanya Engkaulah yang memberikan kefahaman!"
d. KETAHUILAH bahawa dia akan memakbulkan permintaan anda dan dia tidak akan meninggalkan anda.


Wednesday, 18 August 2010

Kisah Manjung dan Tarbiyyah

Ini ungkitan kisah lama saya

Manjung
Saya mula keluar dari Manjung untuk sambung belajar ketika Tingkatan 4 ke Klang. Biasalah, ketika taaruf sepanjang lebih 6 bulan tu, kenalah sebut asal tempat tinggal dan sekolah sebelumnya. Bila sebut nama Manjung, ramai yang terpinga-pinga. Dekat mana tu? 

Saya rasa Manjung ni dah maju, siap dapat taraf Majlis Perbandaran, tapi rupanya ramai jugak yang tak tahu di negeri mana Manjung ni. Benda yang sama berulang selama hampir 4 tahun. Nak sebut Manjung, kena bagitau Pulau Pangkor / Base TLDM kat Lumut / 1 jam suku dari Ipoh. Memang tak ramai tau.

Itu kisah dulu, tapi sekarang, orang lain dah mula kenal Manjung kat mane. Bandarnya dah pun maju, macam standard bandaraya. Semua kemudahan dah dekat-dekat. Orang yang duduk sini pun dah semakin ramai dan padat. Bila berprogram kat tempat lain pun, selalu jumpa dengan orang Manjung. Dah tinggal sikit orang yang tak tau Manjung kat mana. Ada la sikit-sikit yang tak kenal lagi.

Dengan orang celik politik pulak, bila sebut nama Nizar / Zambry MB Perak / Perak Dap Chairman, dorang terus kenal Manjung. Itulah adun kawasan sini.


Tarbiyyah
Saya mula rasa tempias tarbiyyah ketika tingkatan tiga. Ketika zaman tu, memang tak ramai tau halaqah tu apa. Tapi halaqah TV9 memang popular. Daurah pun baru nak dibiasakan, tapi bila orang sebut raudah (slip of tongue la tu), kami tak tau apa. Kalau orang sebut Islam, orang mesti selalu kaitkan dengan Universi Islam UIA, Parti Islam PAS, tapi jarang orang kaitkan dengan dakwah dan tarbiyyah.

Tapi sekarang, semakin saya membesar bersama orang di sekeliling saya, saya rasa sangat seronok bila orang sudah mula mengenali tarbiyyah. Rasa seronok tu semakin menjadi-jadi bila orang yang rapat dengan kita pun dah tersentuh rapat dengan tarbiyyah. Classmate yang nakal-nakal dulu, jiran sebelah rumah kawan bermain sama-sama, dan even sepupu yang bertepuk tampar dulu (sekarang dah tak boleh, sebab dia seorang akhawat hebat, hahha), semakin ramai yang sudah memahami jalan Islam, dakwah dan tarbiyyah.

Sana sini dah senang nak jumpa ikhwah akhawat. Rasa sangat bahagia kerana akhirnya nikmat dakwah dan tarbiyyah itu akhirnya dikongsi dengan orang ramai. Sekarang, ia sudah semakin terang dan jelas. Semoga ia terus bergerak laju ke dalam masyarakat, menyebarkan nilai-nilai Islam (afshu as Salam).

Namun, ada suatu nasihat daripada syeikh dakwah kita ini, al Banna. Katanya, "Saya ingin berterus terang kepada kalian bahwa dakwah yang kita emban ini belum banyak diketahui orang. Nanti, di saat mereka telah mengetahui dan memahami tujuan dan sasarannya, niscaya akan terjadi permusuhan dan penentangan dari mereka. Di depan kalian akan terbentang berbagai kesulitan dan kalian akan menemui banyak kendala. Saat itu berarti kalian telah memulai meniti jalan para aktivis dakwah yang sesungguhnya."

Ayuh, persiapkan diri kita! Semoga terus tsabat, mewarnakan masa depan bersama!

Sunday, 15 August 2010

Jangan Silap Seperti Lut

Kerana dakwah itu sangat perlu disampaikan ke keluarga yang terdekat, Rasulullah mencontohinya kepada kita dengan memanggil Bani Hashim dan Bani Muthalib untuk diberitahukan mengenai persoalannya kepada mereka.

Kata Syaikh Munir Muhammad al Ghadban dalam Manhaj Haraki, ini merupakan sunnah Ilahiyah. Kaitannya ada pada kisah Nabi Lut. Tiada kaum keluarga mahupun kabilah yang mampu membela dirinya kecuali dua orang anak perempuannya. Isterinya kafir, orang beriman pula masih sedikit dan tidak mampu membela baginda.

Inilah yang mendorong baginda untuk mengadu kepada Allah, setelah merasakan perlunya baginda kepada [Ruknin Syadid]
Lut berkata: "Seandainya aku ada mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan)."
[Huud, 11:80]

Oleh itu, wajar pada awal-awal dakwah ini, keluarga terdekat menjadi sasaran dakwah asal, agar mereka mampu memahami atau menerimanya. Supaya ada pihak yang mampu bersiap-sedia membela dan menanungi diri kita, andai ada bahaya mendatang. Setidak-tidaknya, mereka bersikap seperti Abu Talib, bukannya Abu Lahab.


Agar mampu menjadi seperti keluarga Nabi Syuib
Mereka berkata: "Hai Syuaib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di antara kami; kalau tidaklah karena keluargamu tentulah kami telah merajam kamu, sedang kamu pun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami.
[Huud, 11:91]

Thursday, 12 August 2010

Kebahagiaan dalam Perpisahan

Part 1 | Part 2

Salam Ramadan!
Sambungan projek suka-suki bersempena bulan Ramadan. Semoga bermanfaat!

Kebahagiaan dalam Perpisahan. Tinggalkanlah keinginan nafsu kita yang liar dan bukan-bukan bersempena Ramadan ini. Jom tarbiyah dzatiyah sungguh-sungguh. Mintak maap Shahir. Ini poster bulan Ramadan. Bukan cover album anda =)

No human ever filled a vessel worse than his stomach. Berpada-pada makan Ramadan ni. Boleh mati kalau xbernafas. Makan bukan untuk mati

Semangat hadapi Ramadan. Forever strong, Insya-Allah

Monday, 9 August 2010

Pengisian Retreat Kami

Sedangkan Maher Zain pun pernah membawakan persoalan, 
"Is He satisfied? Is Allah satisfied?"

Retreat kami bermula dengan tajuk asas. Permasalahan umat yang berlaku pada masa kini. Kalau kita merasakan kehidupan yang kita jalani sekarang sudah cukup selesa, kita salah. Kerana ada pelbagai perkara dan peristiwa yang berlaku dan beredar sekeliling kita tidak selari dengan kehendak Tuhan kita, Allah.

Ustaz Hazizi cukup bijak. Dia tidak mahu syok sendiri bercerita mengenai masalah masyarakat kita, tetapi membiarkan kami menyatakan apa yang tidak kena dengan situasa masa sekarang. Agar sama-sama kita merasai bahawa itu merupakan masalah kita bersama, bukan masalah Ustaz Hazizi seorang sahaja.

Thanx Ammar!

Saya kira dia mengambil silibus daripada Dakwatuna yang ditulis oleh Imam as Syahid. Beliau menyenaraikan masalah yang wujud dalam situasi sekarang dalam tujuh aspek.

Politik: Bangsa ini telah dijajah oleh musuhnya. Masyarakatnya hidup dalam keadaan berpuak, bermusuh dan berpecah.

Ekonomi: Amalan riba berleluasa di semua lapisan. Syarikat asing menguasai sumber kekayaan mereka.

Pemikiran: Kekeliruan, kemurtadan dan amalan menolak tuhan yang boleh menggugat akidah mereka dan menghancurkan nilai-nilai baik dalam diri masyarakat mereka.

Sosial: Budaya pergaulan bebas. Keruntuhan akhlak. Tidak mahu terikat dengan mana-mana budaya baik yang mereka warisi daripada generasi lama. Sifat terikut-ikut dengan budaya barat.

Undang-undang ciptaan manusia yang tidak mampu menakutkan penjenayah dan tidak mampu mendidik serta tidak mampu mengembalikan hak daripada orang yang zalim. Mereka mengamalkan undang-undang yang tidak mampu menandingi undang-undang langit yang telah digubal oleh Tuhan yang mencipta manusia, Raja segala-galanya dan Pemilik jiwa manusia.

Kepincangan dalam dasar pelajaran dan polisi pendidikan hingga menghalang generasi baru; bakal pemimpin dan pendokong kebangkitan masa depan daripada menerima bimbingan yang betul.

Kejiwaan, bangsa ini ditimpa sifat-sifat putus asa, malas, pengecut, rendah diri, bacul, kedekut dan ego yang menyekat tangan mereka dari sifat memberi. Hanya berdiam diri tanpa mampu memberikan sebarang pengorbanan. Terkeluar daripada senarai pahlawan. Masuk ke dalam barisan mereka yang hanya mahu berseronok dan berhibur.

Edit daripada: al Banna, Majmuatu ar Rasail, Dakwatuna

Akhirnya kita menyedari bahawa kita perlu melakukan perubahan ke atas tujuh-tujuh aspek ini. Kerana katanya: Yang berasa selesa dengan keadaan masing-masing pasti tidak akan melakukan perubahan. Kerana perubahan itu datang dengan risiko juga ketidakselesaan. 

Maka barulah kami sedar, sebab itulah dia membawakan kepada kami tajuk Manhaj at Taghyir. Agar kami mudah memahami perubahan yang bagaimana yang kami mahukan. 

Dah lama aku tak cakap perkataan ini

Friday, 6 August 2010

Anticipation

Anticipation is exciting. That’s for sure.


I wanted to wait for another half a month at least for a new post, but it just had to come out today. The idea could no longer wait.

This thing must be shared supposedly weeks before. Nevertheless, I’m sharing it today and I think it is still acceptable. So let’s get on with it.

On anticipating things

What does it mean by anticipation? If you are anticipating things, exciting things, how would you react and what would you do?

Let us observe the world that we’re currently living in today. How do the world anticipate on “exciting” things?

1) They line up, camps set up days before

iPhone4
People lining up in Japan to buy the iPhone4

In New York, same thing happened

Now that’s what we called anticipation!

2) Countdown

FIFA World Cup South Africa 2010
That's more than a year of anticipation!

Hollywood Movies
Movies also got countdown

3) Ubiquitous

Motorola Droid Ad Campaign
It's everywhere

Nicely design billboards

e.v.e.r.y.w.h.e.r.e

And not to forget, the internet is full of websites, tweets and stuff that update things almost in real-time. So we can imagine hardcore fans of some exciting things will regularly check for updates. Some have them directly fed into their droid, blackberry and the likes. Every morning, the moment they got up from bed, first thing to do is check if there are any news, or updates. That’s what we call serious anticipation.

Anticipation shouldn’t scared people away

We should notice in all the pictures above, that there are no impressions of burden, mental weight, stress, or difficulty associated with the campaigns. You know, something like:

iPhone4 is the next best thing after iPhone3GS. Save money. Don’t buy unnecessary stuff. cos you’re gonna need it for the iPhone4.

or maybe:

FIFA World Cup 2010 is near. Be prepare for it. It will be full of sleepless nights. For those who hasn’t got Astro must be ready to spare some money so you can subscribe Astro Beyond for full experience.

Same thing goes for Ramadhan. We shouldn’t be promoting it with impressions of difficulties. Especially to the kids. Although Ramadhan is actually associated with hardship (Battle of Badr etc), but you know, imo encouragement is more effective. Sometimes we need to change our way of anticipating it.

Try to portray it more positively. Like the picture above, if possible.

So what do we do now?

Here’s a few things I suggest we try in order for us to get the spirit of serious anticipation:
  1. Actively look for information on Ramadhan. Find out all Quranic verses and hadith regarding the fadhilat of Ramadhan.
  2. Talk with friends about it. The more daily percentage that your brain works in processing Ramadhan as its main topic, the better. It’ll automatically be your agenda. Sort of.
  3. You need to be part of it. Do something to really feel that you want to be part of ramadhan. Hang up banners, posters.
  4. Consistent. Just like the regular blog/tweet checker I mentioned before.
  5. Countdown. Yeah you can also try this one.
  6. Alhamdulillah, ISMA and PEMBINA has come up with full of programs for us. Please refer the bulk information I included below. That’s all for now. Anticipate it like it’s the best thing ever! Allahumma ballighna Ramadhan! Never stop praying so that we could reach it this year!

+++++
  • Majlis Pelancaran Kempen Nur Ramadhan yang akan diadakan pada hari Ahad, 8 Ogos 2010, jam 3-5 petang di PKNS B.Baru Bangi. Pada program ini ahli-ahli ISMA akan memulakan kempen penghayatan Ramadhan dengan mengedarkan risalah-risalah Ramadhan kepada semua umat Islam di sekitar B.B.Bangi. Persatuan Penduduk B.Baru Bangi, pertubuhan-pertubuh an NGO dan orang ramai dijemput untuk memeriahkan majlis ini.
  • Majlis Berbukan Puasa & Forum Ramadhan akan diadakan pada hari Sabtu, 21 Ogos 2010 dari jam 5pm – 11mlm. Majlis berbuka puasa ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan ISMA dengan masyarakat setempat dan juga untuk meraikan sebahagian umat Islam yang kurang bernasib baik dari kalanga anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin. Tempat akan dimaklumkan kelak.
  • Program Remaja & Ramadhan akan diadakan untuk mengisi masa cuti remaja dengan penghayatan Ihya’ Ramadhan. Program ini akan diadakan secara kerjasama dengan surau Islah, seksyen 7 B.B.Bangi. Tentatif tarikh ialah pada hari Sabtu & Ahad 28-29 Ogos 2010.
  • Program Iftar di IPT oleh PEMBINA di sepanjang Ramadhan di IPT-IPT terpilih.
  • Iktikaf Jamaie peringkat Hulu Langat akan diadakan pada hari Isnin 30 Ogos bersamaan 20 Ramadhan (malam 21) di masjid UKM.
  • Program Sumbangan Duit dan Hamper Hari Raya kepada kanak-kanak di wad kanak-kanak hospital Kajang pada 31 Ogos 2010. Sempena sambutan kemerdekaan dan menjelangnya Aidil Fitri, sumbangan ini diharapkan akan meringankan kesulitan yang dihadapi.
  • Kempen RM1 sehari untuk Tabung Palestin. Kempen ini akan diadakan dengan kerjasama Aman Palestin Berhad bagi menimbulkan rasa insaf dikalangan umat Islam terhadap kesengsaraan yang dihadapi oleh saudara kita di Palestin. Duit-duit yang telah terkumpul bolehlah diserahkan kepada Aman Palestin dihujung Ramadhan.
  • Edaran 5000 Flyer Ramadhan dan memasang kain rentang serta bunting di sekitar B.Baru Bangi akan dijalankan bagi menyemarakkan lagi penghayatan Ramadhan.
  • Untuk keterangan lanjut bagi program di atas, bolehlah hubungi sekretariat Nur Ramadhan, Sdr. Zakir 0192190995 ataupun setiausa ISMA DHL Sdr. Khairuddin 0192677180.

Manakala antara program-program individu adalah seperti berikut:
  • Solat sunat Tarawih setiap malam di masjid bersama keluarga
  • Tilawah Quran satu juzuk sehari disepanjang bulan Ramadhan. Setiap umat Islam sangat dituntut untuk memperbanyakkan bacaan al-quran disepanjang Ramadhan. Jadikan iltizam fardi untuk khattam quran (30 juzuk) dihujung Ramadhan.
  • Budayakan membawa mushaf quran dalam aktiviti seharian. Ini bagi menanamkan kecintaan kita terhadap al-quran.
  • Qiamullail setiap hari sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajjud sebelum subuh.
  • Rehlah masyi (jalan kaki) sejauh 3km sekali di bulan Ramadhan bagi menghayati perjuangan umat Islam di dalam peperangan Badar.
  • Tasmik hafalan juz ke 30 di hujung Ramadhan. Ini bagi membudayakan aktiviti menghafal quran.
  • Memasang lampu lip lap di rumah bagi menceriakan suasana Ramadhan.
Thanx bagi keizinan menciplak

Tuesday, 3 August 2010

Ramadan Santai

Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna

Di hujung-hujung Sya'ban ini, mari kita semarakkan rasa seronok dan bahagia kita untuk memasuki bulan Ramadan yang penuh keberkatan sekejap lagi.

Ni ada sikit poster / flyers untuk share sini. Kerja suka suki sementara tunggu nak sambung masuk uni. Asalnya ini kerja mak, untuk disebarkan kepada budak-budak sekolah menengah. Content diambil daripada dakwatuna.com. Edit menggunakan Powerpoint. Sebar-sebarkan la ea untuk wujudkan suasana bulan Ramadan. 

Salam Ramadan!



Labels